Formula khas untuk mempertenagakan kawasan tengkuk yang meliputi tyroid, saluran esofagus atau kelenjar liur yang mendatangkan simptom tertentu antaranya beguk (goiter) dan sebagainya.
[Gambar CL 9]
Berikut ialah ringkasan daripada formula CL 9
FORMULA | CL 9 |
NAMA FORMULA | |
WARNA | BIRU |
PANJANG GELOMBANG | 490 nanometer |
WAKTU RESONAN | Subuh hingga syuruk
(6.00 pagi hingga 7.00 pagi) |
PSIKOLOGI KETIKA SIHAT | Peramah |
PSIKOLOGI KETIKA SAKIT | Pendiam |
KAWASAN |
- Kelanjar Tyroid
- Esofagus
- Kelenjar Air Liur (Salivary Glands)
- Permukaan Gusi
- Cervical C3, C4, C5, C6, C7
|
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM |
- Gangguan di bahagian kerongkong.
- Gangguan suara.
- Metabolisma yang tidak teratur.
- Kegemukan / terlalu kurus
- Sakit tekak / beguk / tongsil / mulut kering.
- Sendawa / kelenjar leher membengkak.
- Kabur mata.
- Berkaitan sakit tulang dan saraf.
- Tiada selera makan / merangsang reseptor citarasa.
- Masalah penelanan / sakit semasa menelan.
- Reseptor air liur yang berlebihan.
- Gusi selalu berdarah.
- Hipotyroid.
- Nafas berbau.
- Pendek / gangguan pembesaran.
- Kelenjar limfa di sekeliling leher membengkak(Rubella).
|
KETERANGAN FORMULA |
- Meningkatkan keupayaan sel-sel otak dan menambahaktiviti pengaliran elektrik pada otak.
- Menyeimbangkan berat badan (dieting programme) atau program kelangsingan (berkaitan dengan CL 12).
- Pengganti nila dan cuka untuk penyakit beguk.
- Membantu penyerapan zat metabolisma.
- Pelembab dan pelinciran untuk pertuturan.
- Membantu perkumuhan bahan organik (urea/gula).
|
5 ulasan:
"Beguk atau mumps adalah sejenis penyakit berjangkit. Ia terjadi apabila virus RNA Paramyxovirus disebarkan melalui udara oleh penghidap beguk. Sebaran ini berlaku apabila bersin, batuk dan sebagainya.
Simptom beguk:
Demam, badan terasa amat letih dan paling ketara bengkak pada kelenjar liur.
Bagaimana Beguk Berjangkit?
Virus itu akan menjangkiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar liur membengkak. Beguk akan berlarutan selama 9 hari selepas kelenjar mula membengkak.
Kesan Sampingan Beguk
Bengkak pada buah zakar yang boleh menyebabkan kemandulan. Juga boleh menyebabkan pancreatis iaitu kerosakan pada kelenjar pankreas. Selain itu boleh juga sebabkan encephalitis atau inflamasi otak.
Cara Rawatan
Tiada rawatan khusus atau ubat tertentu dalam merawat beguk. Ini kerana tiada ubat dapat membunuh virus RNA Paramyxovirus. Ubat yang diberikan biasanya untuk mengurangkan kesakitan atau bengkak pada kelenjar liur."
Sumber: Majalah Harmoni 15-31 Mei 2005/Klinik Anak
Kenapakah seseorang yang tidak pernah menghidap beguk, berisiko tinggi untuk dijangkiti? Sebaliknya seseorang yang pernah dijangkiti pula akan mendapat pertahanan terhadap kuman ini sepanjang hayatnya.
Apabila seseorang dijangkiti virus, setiap kelenjar di tubuh akan mengeluarkan hormon tertentu. Apabila sakit, melatonin akan dikeluarkan. Apabila ada jangkitan bakteria, hipothalamus akan meningkatkan antibodi semulajadi. Adrenal pula akan merembeskan adrenalin untuk membawa toksin daripada kawasan yang dijangkiti untuk dinyahkan.
Ketika seseorang itu dijangkiti, tubuh akan menjalankan proses penyembuhan. Berapa lama penyakit akan sembuh itu bergangtung kepada kekuatan tubuh itu sendiri. Apabila telah sembuh, kesan antibodi masih ada dan ia akan bertindak sebagai vaksin semulajadi yang menjadikan tubuh immune terhadap jangkitan virus yang sama.
Tetapi, jika kita mengambil antibiotik tiruan, tubuh tidak sempat mengeluarkan antibodi semulajadi. Maka sekiranya terdapat sesuatu wabak, maka tubuh akan dijangkiti semula. Kes ini biasanya terjadi terhadap penyakit demam, selsema dan batuk.
Orang yang berpeleseran atau pesakit mental di tepi-tepi jalan itu immune terhadap beberapa jenis jangkitan penyakit. Salah satu sebabnya kerana mereka pernah diserang dengan penyakit ini dan pulih tanpa antibiotik tiruan sehingga tubuhnya lengkap dengan beberapa jenis vaksin semulajadi.
Salam doktor...saya ingin bertanya berkenaan penyakit tongsel....adakah ianya sejenis penyakit yg serius....
yaya; setiap penyakit ada tahap "keterukan" nya (severity). Keterukan yang tinggi atau kronik yang kritikal adalah penyakit yang serius. Ia terjadi dalam tempoh masa yang panjang secara sedikit demi sedikit. Jika ia membengkak sehingga boleh kelihatan apabila disuluh (sila lihat di kanan dan kiri otot tonsil) sama ada ia membengkak dengan besar atau kecil. Atau adakah ia diikuti dengan kesukaran menelan dan yang paling kronik menyebabkan kancing gigi atau sakit di rahang atau lenguh rahang ketika mengunyah.
PENGGUNAAN pil bagi merawat tiroid pada kanak-kanak boleh menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. Menurut Donald R. Mattison dari Institut Kesihatan Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia Kebangsaan AS, kebanyakan doktor menggunakan propylthiouracil atau methimazole bagi merawat kanak-kanak yang menghidap penyakit Graves di samping pembedahan serta iodin radioaktif.
Kajian Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine mendapati ada hubung kait antara pengawalan diri dan kenaikan berat badan di kalangan kanak-kanak.
Kajian diatas menguatkan lagi bahawa rawatan alopatik sememangnya akan meninggalkan kesan sampingan terhadap kesihatan manusia. Oleh itu kita mesti mendapatkan rawatan yg lebih semulajadi agar bebas dari kesan sampingan yg akan membawa kepada penyakit lain yg lebih merbahaya.
Catat Ulasan