SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 25 Jun 2007

Ringkasan Formula CL 8

Formula CL 8 mempertenagakan kawasan Medulla Oblongata dan Cervical Spine (tulang belakang tengkuk) yang membantu merawat simptom seperti tekanan darah rendah, tekanan perasaan, kerasukan dan sebagainya.

Berikut ialah ringkasan keterangan mengenai Formula CL 8;
FORMULACL 8
NAMA FORMULA
WARNAINDIGO
PANJANG GELOMBANG472 nanometer
WAKTU RESONAN2 jam selepas waktu pink
(2.00 pagi hingga 4.00 pagi)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATDamai, bertenang.
PSIKOLOGI KETIKA SAKITTertekan.
KAWASAN
  1. Medulla Oblongata.
  2. Cervical C1, C2, C3, C4.
  3. Cervical rib.
  4. Belakang tengkuk
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Tekanan darah rendah.
  • Kerungsingan / gelisah / resah / susah hati.
  • Ketegangan / tekanan kerja.
  • Selalu berdebar / gugup / kebimbangan.
  • Panik / serba tak kena.
  • Kerasukan.
  • Kebas / berpeluh, loya / menggeletar.
  • Rasa terhoyong-hayang / rasa nak pitam.
  • Sakit di belakang tengkuk dan bahu / silap bantal.
KETERANGAN FORMULA
  • Jika dibiar boleh membawa kepada kerasukan yang tidak terkawal dan sampai ke tahap sakit jiwa.
  • Formula ini memperlihatkan perasaan riang dan tenteram (berkaitan dengan CL 13).
  • Kelemahan ini akan mengganggu fungsi Hormon Pankreas (kencing manis) CL 15.
  • Pusat percepat rentak jantung (pengawalan secara refleks).
  • Menyeimbangkan tekanan darah rendah.
  • Bahagian kawalan muntah (vomitting).
  • Bahagian yang mengawal psikologi dan emosi.
  • Perlu untuk aliran darah yang cepat.
  • Merangsang saraf simpatetik / meningkatkan kadar denyutan jantung.
  • Bahagian ini membolehkan badan mengatasi cabaran dari persekitaran luar. Digunakan untuk keadaan-keadaan yang melibatkan stress, ketakutan, kemarahan yang amat sangat.
  • Kelemahan di bahagian ini akan mempercepatkan debaran dan ini akan mengganggu fungsi jantung (CL 11).
  • Bahagian ini amat berkait dengan kelemahan pusingan darah (CL 18).


Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Medulla Oblongata seperti tenakan darah rendah (hipotension), panik, kerasukan, sakit belakang tengkuk (cervical rib), rasa terhoyong-hayang / nak pitam atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

5 ulasan:

babylito berkata...

Islam sering menganjurkan kesederhanaan dalam kehidupan. Kebersihan juga adalah sebahagian dari iman. Tidak semestinya berpakaian baru atau mahal namun cukuplah jika ianya bersih. Begitu juga dalam soal memakai pewangi. Memakai pewangi haruslah sekadar untuk menutup bau yang kurang enak dan kandungannya bebas dari bahan haram. Bagi wanita haram jika memakai pewangi yang berlebihan.

Petikan dari email berikut mungkin dapat menjelaskan pemakaian minyak wangi dan psikologinya..

"LONDON: Penyelidik yang menjalankan kajian mengenai pewangi memberi amaran kepada wanita yang meminati pewangi kerana penggunaan terlalu banyak bahan itu adalah antara tanda mereka sedang mengalami kemurungan.

Penyelidik berkenaan mendapati wanita yang memakai pewangi berbau kuat adalah mereka yang secara klinikal, sedang menghadapi kemurungan berikutan semakin tidak sensitif terhadap bau, kata akhbar The Daily Telegraph, kelmarin.
“Penemuan saintifik kami juga mendapati wanita yang murung juga menghadapi masalah kurang daya bau dan cuba mengatasinya dengan menggunakan lebih banyak pewangi,” kata ketua penyelidik itu Profesor Yehuda Shoenfeld.


Beliau berkata, sesetengah penyakit menyebabkan tubuh menyerang sistem olfaktori dan mengakibatkan ia gagal mengesan bau.
“Keadaan ini bermakna kekurangan deria bau mungkin menjadi isyarat kepada penyakit lain yang lebih serius,” katanya.

Shoenfeld berkata, kemurungan mungkin berpunca daripada masalah biologi berbanding psikologi."

Bagaimana pula dengan tabiat suka dengan kopi? Mungkin juga kerana bau kopi yang kuat dan dapat dikesan deria bau dengan lebih kuat menyebabkan rasa kopi itu diminati dan menjadi ketagihan pada sesetengah orang.

babylito berkata...

Kita selalu menyalahkan keadaan sekeliling jika jatuh sakit. Contohnya cara duduk yang salah atau mengadap komputer dalam jangka masa yang lama. Sakit tengkuk atau berasa tidak selesa dibahagian bahu adalah simptom yang kerap diadukan oleh orang yang mengalami stress.
Artikel tentang NW8 ini menjelaskan tentang keadaan yg dialami jika NW8 lemah. Boleh dirumuskan bahawa NW8 penting untuk kita melawan tekanan persekitaran.
Tekanan jika tidak ditangani akan menjadi satu beban. Tekanan sepatutnya dilihat sebagai satu isu kecil yang sepatutnya tidak dapat menjejaskan kesihatan. Namun jika berlarutan, jalan penyelesaian harus dicari dengan cepat.
Lihat sahaja selebriti Hollywood, Britney Spears yang kini dirawat di Pusat Kesihatan kerana masalah tekanan. Nyatalah tekanan sepatutnya ditangani.

Tanpa Nama berkata...

doc saya berumur 17 tahun dan telah terpilih ke program latihan khidmat negara tapi saya mahu tanya doctor apakah saya yang bermasalah tekanan darah rendah boleh melakukan aktiviti-aktiviti lasak.apakah ia tidak mendatangkan mudarat terhadap kesihatan saya.selalunya tekanan darah saya adalah 98/45.mohon nasihat daripada doctor terima kasih

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

rania; Bacaan 98/45 adalah sangat rendah dan sepatutnya boleh merayu untuk tidak menyertai program tersebut (jika mahu). Jika tiada pilihan lain, terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan sebarang kemudaratan berlaku. Antara kemudaraan yang biasanya terjadi kepada mereka yang bertekanan darah rendah yang kelesuan atau melakukan aktiviti lasak ialah kerasukan / heteria, mudah pitam jika lapar atau dahaga, mudah stress (yang boleh menimbulkan pelbagai masalah lain). Sebagai petua, semasa berkawad cuba untuk pandang ke atas atau lurus ke hadapan. Mereka yang bertekanan darah rendah suka tundukkan kepala sehingga menyebabkan mudah pengsan. Pastikan sarapan diambil secukupnya sebelum keluar melakukan aktiviti lasak. Cara terbaik ialah mendapatkan rawatan CVT supaya masalah ini dapat diatasi dengan berkesan dan pantas, serta memberikan kesan kesihatan yang berpanjangan, insya Allah.

Zul berkata...

Slm Prof. saya ada masaalah mudah marah dan berdebar2,biasanya kalau sy marah jadi tak terkawal emosi. Sy tak redho dgn sikap sy sebegini.
Lagi satu masaalah berdebar2 or gugup seringkali menghantui saya lbh2 lagi ditempat org ramai berinteraksi, nafas panjang berulang2 kali saya tarik pun masih tak dpt menyelesaikan masaalah ini.
Tolonglah Pof bagi sedikit nasihat utk menyelesaikan prob sy ni.

slm

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)