SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 21 Julai 2007

Ibu Mengandung dan Bayi

Attitude Therapy telah jauh maju ke hadapan dalam kajiannya terhadap rawatan ibu mengandung. Hampir semua ibu mengandung yang menjalani rawatan Attitude Therapy sepanjang tempoh mengandung mendapat banyak kelebihan berbanding dengan mereka yang tidak menjalani rawatan Attitude Therapy. Antaranya ialah tidak mengalami sebarang masalah ketidakselesaan ketika mengandung, tidak mengalami kesakitan semasa bersalin, tempoh nifas yang singkat. Kelebihan terhadap bayi itu sendiri ialah bayi akan sihat, berisi dan amat bijak dan cepat membesar. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mendapat rawatan penuh Attitude Therapy digelar sebagai "Anak AT". Anak AT mempunyai tahap genius yang tinggi, kematangan, dan tahap EQ yang tinggi di samping tubuh badan yang amat cergas dan kuat.

Formula Attitude Therapy yang semula jadi, selamat, bebas daripada bahan kimia, herba dan steroid menjadikan ia amat sesuai dijadikan amalan dan diambil oleh ibu mengandung. Formula Attitude Therapy kebanyakannya menggunakan medium glucose (gula ringkas Formula CEO), pati bunga (Aromatherapy Seri Wangi, Aromatherapy Brilliant Baby) dan Virgin Teen Rose. Dengan menggunakan kaedah yang tertentu antaranya seperti daripada konsep teori resonan dan teori tekanan, kesan pengambilan formula Attitude Therapy adalah menyamai seperti pengambilan makanan atau juadah harian, seperti mandi air sungai yang mengalir deras, seperti mendapat kerehatan tidur harian atau seperti bersenam atau beriadah di mana ia akan membekalkan tenaga semula jadi tubuh. Itulah sebabnya Attitude Therapy mengungguli rawatan ibu mengandung.

Bawaan Genetik

Ibu mengandung yang biasa digelar "berbadan dua" sebenarnya bermaklumat genetik satu (sama-sama berkongsi maklumat genetik) dengan bayi. Ibu mengandung amat penting mendapatkan rawatan kerana rekod penyakit yang dialami oleh ibu akan dirakam oleh DNA dan RNA bayi. Bermaksud bayi ada potensi dihinggapi penyakit yang dialami oleh ibu atau bayi akan dijangkiti oleh penyakit yang dihidapi oleh ibu.

Walaupun ibu tidak mengalami sebarang penyakit, tetapi emosi dan mental ibu akan mempengaruhi karektor bayi. Ibu perlu berada dalam keadaan tenang, hening, sabar, ikhlas dan redho dalam suasana yang gembira dan ceria untuk memastikan bayi terus sihat.

Sekiranya ibu disahkan mengidap sesuatu penyakit, jangkitan masih dapat dicegah walaupun penyakit tersebut amat berbahaya seperti taun, denggi, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis, HIV dan sebagainya.

Penjagaan Ketika Mengandung

Perkembangan bayi ketika dalam kandungan akan dibantu dengan pengambilan tenaga tertentu yang akan memastikan pertumbuhan bayi dalam kandungan sempurna dan sihat. Pengambilan tenaga adalah berbeza mengikut tempoh kandungan. Berikut ialah cadangan pengambilan Formula NW mengikut tempoh kandungan.
BulanPerkembangan Organ
Cadangan Formula


1
Sistem saraf dan sistem deria terbentuk. Saraf tunjang dan deria mata adalah yang pertama terbentuk.


2
Kelenjar pituitary terbina. Sistem kawalan hormon terbentuk. Gangguan sistem kawalan hormon menjadikan ibu loya dan mabuk akibat gangguan sistem tekanan darah.


3
Sistem pemprosesan individu bayi mulai terbentuk. Fetus mulai menjalankan sistem tubuhnya sendiri. Otak thalamus dan hipothalamus terbentuk. Fetus mulai bernyawa dan mempunyai hubungan kasih sayang.
CL3, CL4
4
Sistem antibody, kawalan suhu, tekanan darah terbentuk.
CL5, CL6, CL7, CL8


5
Organ tyroid terbentuk. Sistem metabolisma terbentuk. Bayi mulai boleh bergerakbalas terhadap rangsangan, menendang dan berpusing kedudukannya mengikut arah lawan jam. Metabolisma ibu yang terganggu menyebabkan kejadian pelik seperti kulit ibu hitam akibat hempedu ibu terhimpit, bengkak urat kaki akibat sistem limpatik ibu terhimpit dan bengkak kaki dan sembab muka akibat buah pinggang ibu terhimpit.
CL9


6
Paru-paru dan jantung terbentuk. Degupan jantung terasa dengan jelas. Bayi mengepam darahnya melalui jantungnya sendiri dan tidak lagi bergantung kepada pengepaman darah daripada jantung ibu.
CL10, CL11


7
Sistem penghadaman terbentuk. Enzim mulai dihasilkan. Ketika ini, ibu perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi zat bagi mengelakkan bebanan sistem penghadaman bayi. Ibu yang mengambil terlalu tinggi zat akan menyebabkan simptom jaundice terjadi terhadap bayi setelah kelahiran.
CL12, CL13, CL14, CL15.


8
Sistem kelamin terbentuk. Haram mengetahui jantina bayi dalam kandungan melalui pengimbas ultrasound atau sebagainya. Mengambil tahu tentang jantina bayi akan mendatangkan risiko khunsa kerana ibu yang tidak redho dengan dakwaan jantina akan merencatkan pembentukan sesuatu jantina dengan sempurna (disebabkan Hukum Keseimbangan).
CL16, CL17


9
Semua tulang dan saluran darah terbentuk dengan lengkap. Usus masih dalam proses pembentukan sehingga saat kelahiran. Setelah kelahiran, bayi hanya akan dibenarkan keluar dari hospital setelah membuang air besar yang bertama. Bayi yang tidak cukup bulan akan diletakkan ke dalam incubator untuk membantu pembentukan tulang, saluran darah dan usus.
CL18, CL19, CL20.
Epilepsy

Epilepsi berlaku akibat kelemahan Kelenjar Pituitary. Tanda-tanda epilepsy ialah bayi kelihatan tarik-tarik secara terkejut atau kerap tersentak-sentak. Kadang kala kelihatan seperti terkejut dengan bunyi. Ia mudah diperhatikan ketika bayi sedang tidur.

Kelenjar Pituitary mendapat tenaga semula (pada panjang gelombang antara 0 ke 279 nanometer) iaitu menyamai warna putih atau sinar yang hanya akan tersebar dalam atmosfera pada waktu tengah malam (iaitu 2 jam setelah waktu isyak). Kelenjar Pituitary hanya akan menyerap warna putih ini dalam keadaan minda separa sedar (Sub Concious Mind). Sub Concious Mind hanya boleh didapati dalam tidur pada peringkat delta (iaitu tidur lena dalam kegelapan malam).

Ibu mengandung yang mengamalkan tidur dalam keadaan terang atau tidur lewat mendatangkan risiko bayi menghidap epilepsy. Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan CL2 ketika bayi masih dalam kandungan atau sejurus setelah kelahiran.

Autism (Brain Development Disorder)

Pesakit autism (autisma) didapati lemah di bahagian pusat kawalan kasih sayang Thalamus CL3 dan hilang tumpuan sepenuhnya Hipothalamus CL4.

Ibu mengandung yang kurang mendapat tidur atau sering tidur lewat dalam keadaan emosi yang terganggu (biasanya melibatkan kerjasama suami), adalah punca kepada masalah autism terhadap bayi. Masalah ini boleh diatasi sekiranya ibu mengandung mendapatkan tenaga yang merangsang bahagian Thalamus dan Hipothalamus daripada Formula CL3 dan CL4.

Gejala Ketika Mengandung

Bayi dalam kandungan sebenarnya akan bergerak dan berpusing mengikut arah lawan jam untuk memastikan perkembangannya dapat terus meningkat. Pergerakan bayi dibantu oleh kadar metabolisma yang tinggi. Metabolima bayi yang lemah akan menyebabkan pergerakan bayi dalam kandungan terganggu.

Saiz bayi yang semakin bertambah dalam keadaan bayi yang tidak bergerak akan menyebabkan komplikasi tertentu. Maka organ ibu yang tertentu akan terhimpit dan mengganggu fungsinya. Akibatnya timbullah gejala pelik seperti kulit ibu menjadi hitam (kerana hempedu terhimpit). Berat badan ibu naik mendadak (kerana pankreas terhimpit). Mata kabur atau nampak putih (kerana hati terhimpit). Urat kaki bengkak dan timbul (kerana limpa terhimpit). Kaki bengkak dan muka serta tengkuk sembab (kerana buah pinggang terhimpit). Paling jelas ialah ibu mengalami masalah sakit belakang kerang gangguan di bahagian tertentu di dalam sistem penghadaman.

Punca bagi masalah ini ialah kelemahan metabolisma yang boleh diatasi dengan mempertenagakan Kelenjar Tyroid daripada Formula CL9.

Bayi songsang

Bayi songsang boleh diatasi dengan Formula CL9 untuk merangsang metabolisma semasa kandungan berusia lima bulan.

Kelahiran songsang boleh diatasi dengan selamat dan berkesan melalui kaedah kelahiran dalam air ais.

Jaundice

Jaundice tidak boleh dipandang ringan kerana ia punca kepada demam panas yang akan menimbulkan pelbagai komplikasi lain dan ia juga boleh membawa maut. Ibu mengandung yang menghadapi masalah di bahagian sistem penghadaman akan menyebabkan organ bayi terbeban dengan nutrien terutamanya jika ibu mengambil makanan yang mengandungi zat yang tinggi. Selain beban zat yang tinggi, maklumat kelemahan sistem penghadaman ibu akan diwarisi atau dicatat juga dalam DNA dan RNA bayi dalam kandungan.

Bayi itu sendiri sebenarnya turut memproses makanannya sendiri semasa dalam kandungan. Setelah dilahirkan, keupayaan untuk memproses makanan sendiri akan dilakukan sepenuhnya. Jika sistem penghadaman bayi lemah, akan timbul simptom jaundice seperti kulit dan mata kekuningan. Ia biasa disebut sebagai demam kuning.

Demam kuning boleh dielakkan sekiranya ibu mengamalkan puasa semasa sedang mengandung terutama setelah kandungan berusia tujuh bulan. Atau sekurang-kurangnya mengelakkan pengambilan nutrien atau makanan tambahan (food suplement) yang berlebihan. Sekiranya ada pengamal perubatan tertentu yang menyarankan agar ibu mengandung mengambil nutrien berlebihan dengan alasan supaya bayi sihat, adalah sesuatu yang perlu dikaji semula dengan teliti (sila rujuk JAMA).

Demam kuning boleh dirawat secara semula jadi dengan cara mengelakkan bayi mengambil susu lembu (utamakan susu badan / susu ibu). Cara paling mudah ialah dengan mendedahkan bayi kepada cahaya matahari pagi (bukan secara terus) selama 30 minit.

Ibu mengandung yang mengambil formula yang berkaitan dengan sistem penghadaman (CL12, CL13, CL14, CL15) akan membantu mengatasi masalah jaundice.

Satu salah tanggapan yang sering berlaku ialah semua simptom kekuningan dianggap jaundice. Istilah jaundice yang diperkenalkan oleh rawatan klasik merujuk kepada kematian sel darah merah yang dikaitkan dengan organ hati dan limpa. Sebenarnya sebarang gangguan dan kelemahan pada organ penghadaman (yang meliputi hati, perut dan limpa CL12, buah pinggang CL13, hempedu CL14 dan pankreas CL15) akan menyebabkan simptom kekuningan yang terus dianggap jaundice.

Tanda gangguan organ penghadaman boleh dikesan sekiranya ibu mengalami sakit belakang. Sakit belakang berpunca daripada saraf yang membawa impuls bertekanan rendah daripada organ yang lemah ke saraf tunjang di dalam tulang belakang. Sekiranya ibu mengalami masalah sakit tulang belakang, langkah berjaga-jaga berlu diambil sebagai persediaan menghadapi risiko bayi mendapat simptom jaundice.

Khunsa

Sesuatu yang amat tidak beretika ialah cubaan untuk mengetahui keadaan bayi dalam kandungan. Segala keadaan dalam kandungan adalah bukan urusan manusia untuk mengambil tahu mengenainya.

Amatlah mudarat sekiranya ibu bapa kepada bayi tersebut yang sedang mengharapkan sesuatu terhadap bayinya dikhabarkan dengan dakwaan yang bercanggah dengan harapannya. Ia akan menyebabkan gangguan emosi terhadap ibu.

Tidak ada sebarang manfaat untuk mengetahui keadaan bayi dan juga jantina bayi. Sekiranya keadaan bayi berada dalam keadaan yang mencurigakan, rawatan klasik (allopathic medicine) tidak ada sebarang kaedah dan perubatan untuk mengatasinya. Sekiranya ibu dan bapa tidak redha dengan jantina bayi, akibatnya daripada getaran emosi ibu akan mengganggu pembentukan jantina bayi secara normal.

Naluri ibu bapa telah disetkan oleh Allah sama seperti keadaan bayi itu apabila dilahirkan nanti. Keadaan bayi di dalam kandungan adalah berubah-ubah bentuk dan kedudukan. Itulah sebabnya kita tidak dibenarkan mengetahui urusan di dalam rahim.



Kemudaratan Ultrasound Scan
Bukan sahaja tidak beretika, malah peralatan yang digunakan untuk mengetahui keadaan bayi dalam kandungan (ultrasound scan) juga mendatangkan mudarat kepada bayi. Gelombang ultrasound yang digunakan ialah high-frequency sound (ultrasonic) iaitu berada di luar julat frekuensi tenaga organ pada tubuh manusia dan skala schumenn (iaitu antara 0 ke 780 nanometer).

Kekerapan menggunakannya akan menyebabkan gangguan saraf terhadap bayi terutamanya mengganggu pembentukan otak. Kelaziman kecacatan yang berlaku terhadap bayi yang terdedah kepada gelombang ultrasound ialah epilepsi, pekak (juga menyebabkan bisu) dan buta warna.

Kaedah dan teknik tertentu yang diamalkan oleh bidan moden telah memadai untuk mengetahui keadaan bayi sama ada songsang, sihat atau kembar.

Amalan ketika mengandung

Kebanyakkan penyakit yang dialami oleh bayi disebabkan oleh amalan ibu ketika mengandung. Pengambilan rokok dan alkohol adalah punca kepada jantung berlubang, masalah coronary, jaundis atau liver psorisis.

Amalan mengambil makanan tinggi zat juga harus dielakkan. Selain amalan pemakanan dan tabiat yang buruk, gangguan emosi juga mempengaruhi bayi dalam kandungan. Akhlak suami juga turut mempengaruhi bayi dalam kandungan dan menyebabkan kesukaran di saat kelahiran.

Gangguan pertumbuhan bayi

Pertumbuhan sel dalam tubuh bayi berlaku dalam keadaan sel mendapat tenaga di bawah frekuensi 489 nanometer. Tenaga ini boleh didapati secara berterusan dalam kegelapan rahim itu sendiri. Amalan tidur awal dalam gelap akan memastikan pertumbuhan bayi sempurna.

Ibu mengandung yang membiasakan diri tidur dalam terang atau cahaya samar akan menggangu pertumbuhan bayi yang sempurna. Apabila berlaku kelahiran pramatang, bahagian organ berwarna merah iaitu saluran darah, otot, usus, tulang dan saraf belum terbentuk sepenuhnya. Ia akan terus dibentuk sekiranya bayi diletakkan dalam kegelapan. Incubator mempunyai gelombang yang menyamai kegelapan iaitu dari sinar, pink, violet dan indigo.

Gangguan pertumbuhan boleh diatasi dengan mempertenagakan bahagian otot dan saraf serta usus dengan Formula CL18, CL19 atau CL20.

Kelahiran pramatang

Rahim ibu yang lemah tidak mampu menampung kandungan terurama apabila kandungan mencapai usia lapan bulan. Ketika itu ibu akan rasa seperti hendak bersalin. Ini menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang di mana bayi yang dilahirkan masih belum tumbuh dengan sempurna.

Kelahiran pramatang boleh diatasi dengan cara mempertenagakan bahagian rahim melalui rawatan Formula CL17.

Bersalin dalam bath tub ais

Bayi yang dilahirkan dengan kaedah dalam air ais ialah cara yang paling selamat, tidak menyakitkan, mudah dan menjamin kesihatan dan keselamatan bayi dan ibu daripada sebarang jangkitan atau sebarang implikasi.

Bayi yang dilahirkan di dalam air ais tidak akan lemas kerana isyarat saraf bayi akan menganggap air ais tersebut menyamai keadaan ketika dalam ketuban dalam kandungan.

Apabila bayi masuk ke dalam air, tekanan akan dikenakan dengan serta-merta, ibu tidak perlu meneran atau menolak bayi keluar, ia sungguh lembut, lancar dan amat cepat. Tekanan itu juga meransang saraf dan sistem immune. Antibody semulajadi bayi menjadi amat kuat dan sebarang jangkitan yang dibawa ketika dalam kandungan terus diatasi dengan serta-merta.

Melahirkan anak dalam bath tub ais boleh dilakukan sendiri dengan ditemani suami di rumah. Untuk kelahiran yang lebih berkesan, titiskan setitik Aromatherapy Seri Wangi ke dalam bath tub berisi air ais tersebut.



Caesarean

Caesarean telah banyak dilulis dalam blog bahasa inggeris saya http://mostmodernmedicine.blogspot.com/

Ibu mengandung yang menjalani caesarean pada anak yang bertama mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terus menjalani caesarean untuk anak yang seterusnya.

Bayi yang dilahirkan secara caesarean tidak akan mendapat isyarat tekanan terhadap saraf yang sepatutnya boleh didapati melalui mulut rahim. Tekanan atmosfera yang menghentam paru-paru bayi secara mengejut dan dengan paksaan akan melemahkan paru-paru bayi. Oleh itu bayi caesarean amat lemah antibiotik semulajadinya dan mudah mendapat penyakit. Selain itu bayi mudah mendapat lelah, asma atau sebarang penyakit yang berkaitan dengan paru-paru.

Caesarean sebenarnya sesuatu yang tidak perlu walau dalam apa keadaan sekalipun sama ada kelahiran berisiko atau tidak. Ia tidak diwajibkan dan seharusnya dielakkan sama sekali.

Selusuh

Sesakitan ketika hendak bersalin berlaku apabila rahim tidak terbuka sepenuhnya sedangkan bayi telah mulai turun. Ini adalah satu situasi yang amat menyakitkan.

Punca kepada masalah kesukaran kelahiran disebabkan rencatan kasih sayang melalui Hukum Keseimbangan. Suami yang tetap setia dengan isterinya yang sedang mengandung dapat mengatasi masalah ini.

Nuzum (memindahkan RNA suami kepada isteri) antara kaedah yang terbaik untuk merawat masalah ini dengan pantas. Ia boleh dilakukan dengan segera, mudah dan berkesan serta-merta.

Mungkin agak tidak sopan mencium isteri di khalayak ramai, cukuplah sekadar isteri minum bekas air ais yang dititiskan setitik Aromatherapy Seri Wangi di dalamnya. Caranya ialah suami minum dahulu separuh, kemudian isteri sambung minum hingga habis di bekas mulut suami.

Sebenarnya taubat dan keinsafan suami adalah cara yang paling mujarab berbanding dengan mana-mana selusuh. Rasa insaf dan taubat yang mendalam akan mewujudkan getaran yang boleh dicapai dan dikesan oleh deria isteri.

Tungku ais

Bertungku dengan batu panas bukan amalan yang biasa dilakukan oleh penduduk dunia. Di Malaysia, hanya kaum Melayu sahaja yang bertungku dengan batu panas. Bertungku dengan batu panas akan merosakkan rahim. Mengandung anak yang pertama jarang menimbulkan sebarang komplikasi. Ibu yang bertungku dengan batu panas setelah kelahiran anak yang pertama akan menghadapi komplikasi setiap kali mengandung anak yang seterusnya.

Rahim boleh dikecutkan dengan amalan tungku ais yang dititiskan Aromatherapy Seri Wangi. Malah kadar pengecutan akan berlaku dengan cepat hanya dalam seminggu. Garisan berketak-ketak di bahagian ari-ari boleh menjadi licin dengan menyapu formula minyak Virgin Teen Rose. Rahim yang bertenaga akan menyusun saraf seperti biasa dan menyingkirkan lemak berlebihan di bahagian ari-ari.

Meroyan

Bertungku dengan batu panas akan menyebabkan darah nifas keluar dengan banyak dan memakan masa yang lama untuk berhenti. Nifas yang normal sepatutnya berhenti setelah seminggu. Ketika itu hormon telah kembali normal.

Nifas keluar bersama dengan saraf. Ibu yang mengalami masalah emosi, diikuti dengan amalan berpantang yang panas (termasuk bertungku batu panas) akan mengalami masalah tinggi urik asid yang akan mengganggu koordinasi saraf antara bahagian penghadaman dan bahagian otak. Akibanya ibu tadi akan mengalami gangguan ingatan atau meroyan.

Meroyan boleh diatasi dengan mandian air ais yang dititiskan Aromatherapy Seri Wangi atau kaedah Hidrotherapy Ice.

Program Immunisasi

Bayi yang dilahirkan dalam air ais atau "Anak AT" tidak perlu menjalani program immunisasi yang dianjurkan oleh rawatan klasik (allopathic medicine).

Vaksin tersebut bukan sahaja tidak halal, malah ia menyebabkan alahan kepada bayi. Terdapat juga kes kematian bayi akibat implikasi daripada program immunisasi tersebut. Biasanya bayi yang lemah mengatasi vaksin program immunisasi ini bermula dengan demam panas.

Immunisasi boleh dijalankan melalui rawatan Attitude Therapy dengan mempertenagakan Kelenjar Pineal dengan formula CL1.

Emotional Quotient

Ibu yang mendapat penjagaan sempurna melalui kaedah dan amalan Attitude Therapy ketika sedang mengandung akan memastikan bayi sihat dan kelahiran berlaku dalam keadaan normal dan selamat. Bayi yang dilahirkan dengan kaedah hidrotherapy (lahir dalam bath tub ais) akan mempunyai tahap immune yang tinggi, sihat tubuh badan dan kuat ototnya. Emotional Quotient atau biasa disebut EQ akan berkembang dengan pantas dan menjadikan bayi tersebut amat bijak.

Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada kaedah Attitude Therapy ketika mengandung adalah satu pelaburan unggul dan menjamin kesihatan dan masa depan bayi yang cerah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya.

20 ulasan:

Fergieliena berkata...

menarik artikel dalam blog nih.. boleh saya tahu kat malaysia ada tak tempat bersalin kaedah dalam ais air nih? kalau ada di mana?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Terima kasih kerana bertanya. Hampir semua pusat rawatan Colour Vibration Therpy yang dilengkapi kemudahan rawatan Hidrotherapy Ice, boleh menjalankan kelahiran dalam ais ini. Legally, ia tidak menyalahi undang-undang.

Bagi tujuan kecemasan, misalnya jika rasa hendak bersalin sangat, ketuban telah pecah, jangan tunggu ambulan depan pintu, atau tunggu seseorang drive ke hospital. Sebaliknya segera ke bath tub dan isikan air ais ke dalamnya. Sejurus duduk ke dalam bath tub, proses kelahiran tanpa rasa sedikit pun kesakitan dapat dijalankan, insya Allah.

Jangan panik untuk memotong tali pusat, panjang tali pusat berbeza bagi setiap bayi, potong di antara keduanya kira-kira 15cm dari pusat bayi dan pastikan ia jauh sedikit dari pintu rahim supaya mudah dikeluarkan. Ironinya ialah plasenta tidak akan pecah dan tidak akan melekat dalam air ais, sebaliknya amat mudah ditarik keluar. Setakat ini, belum pernah dilaporkan ada sebarang masalah dengan bayi, ibu atau plasenta yang disabitkan dengan kelahiran dalam ais.

Baby_syahiran berkata...

Apakah amalan CVT selepas bersalin? Mengikut pantang larang org Melayu, tidak boleh minum air sejuk slps bersalin, bgm dgn CVT.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Tidak ada masalah jika dalam pantang minum air sejuk. Kerana ia telah dicuba, alhamdulillah ibu dalam pantang tersebut tidak mengalami sebarang kesan pembongkaran walaupun air berais. Tujaun minum air panas atau makanan "panas-panas" kerana ingin mengeluarkan semua nifas. Nifas sepetutnya dihadkan pengeluarannya kerana kesan sampingan kepada ibu yang bermasalah emosi atau mengakibatkan meroyan. Jika kita faham konsep thermodinamic yang saya ada tulis dalam blog ini, inysa Allah pengalaman dalam pantang amat menarik kerana rasa cepat sembuh, tidak letih dan ceria. Sedikit kesan pembongkaran berlaku kepada ibu yang tinggi kolestrol (NW12) dan tinggi urik asid (NW15). Saya berani minta semua ibu dalam pantang agar teruskan minum air sejuk. Mulakan dengan sedikit-sedikit, kemudian lihat kesannya.

Tanya berkata...

Menyebut tentang khunsa dan penyakit lain yang dihidapi oleh bayi, saya ada mendengar juga penjelasan yang dikaitkan dengan pasangan yang berkahwin sama warna dirinya turut akan menyumbang kepada penyakit kronik dan penyakit sosial pada hari ini. Boleh Dr elaborate? Terima kasih

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Tajuk tersebut masih dalam kajian. Ia tidak sepatutnya dihebahkan selagi kajian dan pembuktian belum diperolehi. Daripada manakah saudara mengetahui perkara ini? Siapakah pengamal CVT yang mendedahkan perkara ini?

Jodoh adalah ketentuan Tuhan, kita perlu terima dengan redho. Mengkaji personaliti hendaklah bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian dan keserasian.

Kahwin sama warna menyebabkan zuriat mengalami penyakit kronik dan penyakit sosial adalah perkara berbeza dan sukar disabitkan secara langsung.

Penyakit bawaan genatik itu mungkin ada. Jika benar, mereka yang tenang, sabar, ikhlas dan redho dapat mengatasi teori ini.

Elok bertanya terus kepada pengamal yang menjelaskan perkara ini kepada saudara. Saya sukar untuk bertanggungjawab dengan kenyataan atau tulisan oleh pengamal CVT yang lain atau amalan konsep rawatan seumpama ini yang diasaskan oleh orang lain.

putra berkata...

Smekom...
mmm mmg menarik post ni... ini bermakna saya kena standby 1 set lengkap NW (1 hngga 20 ) utk wife saya sekiranya prenant nanti... Ble dr ajarkn cara penggunaan NW1 hngga NW20 dari bulan pertama hingga bersalin dan lepas bersalin.. maksud cara terperinci dan displin pengambilan formula supaya baby yg keluar menjd seorang yg redo,ikhlas,sabor dan hening...tq

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Sebaik-baiknya semua orang perlu sediakan NW (1 hingga 20) di rumah. Cuma penggunaannya hendaklah mengikut keperluan.

Matlamat, doa dan harapan sebenar terdahap anak yang lahir ialah supaya menjadi seorang yang soleh.

putra berkata...

Smekom... Ble tak Dr Ariff bg panduan guna Nw1 hingga Nw20 dalam tempoh masa hamil bulan pertama hingga bersalin dan juga lepas bersalin... Contoh Bulan pertama guna NW1 berapa biji dan seterusnya... Terima Kasih

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Kaedah rawatan CVT ialah kaedah yang memerlukan seseorang menjalani sesi diagnos yang lengkap. Dari sini, kaedah pengambilan formula akan ditentukan.

Pengambilan formula tanpa pemeriksaan terlebih dahulu atau tanpa panduan daripada pengamal akan menyebabkan kesannya tidak ketara atau penyembuhan berlaku agak lewat. Secara konsepnya, saya telah menulis mengenainya dalam blog ini dalam post bertajuk "Cara Pengambilan dan Penggunaan Formula CVT" yang bertarikh 26 September 2007

Walaupun seseorang perlu sediakan 20 set lengkap formula NW untuk tujuan rawatan lengkap ketika mengandung, tetapi biasanya tidak semestinya kesemua formula diperlukan (berdasarkan pengalaman saya memberi rawatan lengkap kepada ibu mengandung). Sekurang-kurangnya cuma 10 formula sahaja yang diperlukan tubuh (mengikut tahap kesihatan) sepenjang ketika sedang mengandung.

Pengambilan yang kurang daripada yang dicadangkan mengikut teori adalah disebabkan tubuh tidak mengalami masalah atau berada dalam keadaan yang amat sihat dibahagian tertentu.

putra berkata...

Smekom... Terima kasih atas penerangan... ini bermakna kena berjumpa dgn pengamal CVT utk diagnos le... Maaf kalau dilihat pada post IBU MENGANDUNG DAN BAYI dibawah tajuk 'Penjagaan ibu mengandung dan bayi'ada diterangkan tentang Bulan Kehamilan Perkembangan Organ dan Cadangan Formula... dari situ seperti panduan dalam penggunaan NW1 hngga NW 20 dalam tempoh kehamilan... boleh tak kita guna sebagai panduan ?

babylito berkata...

Berikut adalah artikel mengenai DISLEXIA. Setakat ini perubatan moden tidak ada ubat khusus untuk penyakit ini. Kajian mengenainya menunjukkan kemungkinan berlakunya kepincangan semasa tempoh kehamilan. Jika pesakit Dislexia ingin mendapatkan rawatan CVT apakah cadangan rawatan CVT untuk menanganinya.

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:

*mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk
*mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung
*mereka sukar mengeja
*mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik
*mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman
*mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia.

Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeda dari lazimnya, namun sehingga kini, tiada rawatan atau penawar untuk masalah disleksia ini.

Kita perlu tahu bahawa tidak semua kanak-kanak yang mengalami disleksia akan menghadapi masalah atau kepayahan yang sama. Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh menghadapi masalah ini di peringkat rendah dan tidak terlalu menjejas prestasi pelajaran mereka sehinggalah kepada peringkat yang amat sukar dan menghambat kemajuan pelajaran mereka. Berikut adalah beberapa kepayahan atau masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia.

Ciri-ciri

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p'
dianggap 'q'.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan snediri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


Membaca

* Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti 'b' dan 'd', 'p' dan 'q', 'n' dan 'u'.
* Membaca perkataan terbalik seperti "saw" menjadi "was".

Mengeja

* Menulis perkataan atau huruf dengan terbalik atau salah urutan. Misalnya huruf 'b' ditulis 'd' dan bila mengeja perkataan 'play' menjadi 'paly'.
* Tertinggal huruf semasa menulis. Misalnya semasa megeja perkataan 'flower', dia akan menulis sebagai 'fower' dan 'went' pula akan ditulis sebagai 'wen'.
* Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara huruf dan bunyi

Menulis

*Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz, tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
*Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim.
*Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.
*Menulis dengan amat perlahan.

Punca

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Pertuturan

Sebutan perkataan yang tidak jelas

Tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan apa yang ingin disampaikan.

Menyampaikan sesuatu perkara atau menceritakan sesuatu kejadian dengan tidak mengikut urutan.

Ayat-ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering terbalik lantas menyebabkan orang yang mendengar tidak memahami maksud sebenar ayat itu.

Kanak - kanak yang mengalami disleksia sering merasakan yang mereka tidak dapat melakukan atau menghasilkan yang terbaik seperti yang mereka inginkan. Oleh kerana masalah permbelajaran ini, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan tumpuan di dalam pelajaran mereka.

Mereka juga sering disalah mengertikan oleh orang-orang di sekeliling mereka. Oleh kerana kesilapan yang sering mereka lakukan dan kegagalan mereka di dalam pelajaran, mereka selalu dianggap sebagai 'malas', 'bebal', 'bodoh', 'bengap', 'cuai', 'leka' dan sebagainya.

Sebenarnya, mereka ini adalah kanak-kanak pintar. Jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh melakukan sama seperti kanak-kanak lain dan menghasilkan yang terbaik.

Terdapat ramai tokoh-tokoh termuka yang juga mengalami disleksia. Menteri Singapura Encik Lee Kwan Yew, pembantu Perdana Menteri England Encik Winston Churchill dan pelakon terkemuka Tom Cruise merupakan contoh-contoh individu disleksik yang berjaya di dalam kerjaya masing-masing.
__________________

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Saya biasa menjumpai pesakit Dyslexia. Kanak-kanak ini tidak kelihatan sakit, tetapi karektornya amatlah lurus bendul dan menurut kata. Tetapi apabila besar, jika tidak diawasi mereka mudah terikut-ikut kawan.

Seorang pesakit Dyslexia telah pulih setelah menjalani rawatan selama lebih 2 tahun bermula ketika umurnya 11 tahun yang langsung tidak boleh membaca atau mengenal huruf. Kini kanak-kanak ini telah boleh membaca dengan lancar (setelah melalui latihan khusus) tetapi tidak boleh mengenal huruf jawi (kerana tidak menjalani latihan khusus untuk jawi).

Kanak-kanak Dyslexia bertindak dengan cara meniru, bukan berfikir melalui pengalaman (EQ). Mereka tidak nakal, tetapi amat mudah terikut-ikut dengan persekitaran, tv dan rakan. Jika dia berdamping dengan ibu bapanya, akhlaknya menjadi baik dan mudah dibentuk.

Kanak-kanak ini sebenarnya berpotensi untuk dirawat kerana masalah cuma daya ingatan NW2 dan tumpuan NW4. Tidur awal adalah salah satu terapi yang perlu dilalui. Dengan adanya formula EQ, lebih memudahkan lagi rawatan, tetapi kelemahannya kesan EQ akan berkurang apabila setiap kali pengambilan terhenti. Begitu juga latihan khusus, apabila terhenti, maka mereka akan mengalami Dyslexia semula, tetapi lebih baik atau tidak kronik seperti asal (sebelum rawatan).

putribalqis berkata...

apakah formula yang boleh diambil semasa dalam pantang

putribalqis berkata...

Salam Dr.
Boleh tak saya ambil Emotional Quotient EQ ketika pregnant. Sekarang nie kandungan saya dah masuk 6 bulan, so skrg saya mengambil NW11 dan NW10. Saya juga mengalami paras hemoglobin yang rendah..so apakah yang harus saya ambil untuk menambahkan kepekatan hemoglobin darah tersebut.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Dalam tempoh pantang, rawatan yang sesuai akan ditentukan setelah menjalani sesi diagnosis. Secara umumnya Alga for Women adalah formula utama untuk membaiki otot di bahagian peranakan.

EQ amat sesuai malah memberikan kesan paling maksumum atau 99% ketika bayi dalam kandungan. Kesan ini akan berkurang bermula dari lahir hingga dewasa. Contohnya bayi kesannya 98%, kanak-kanak bawah 6 tahun 80%, kanak-kanak 12 tahun 70%, remaja 60%, dewasa lelaki 45% dewasa wanita 55%. Warga emas lelaki 15%, warna emas wanita 40%. Peratusan ini juga bermaksud keperluan EQ oleh seseorang. Semakin rendah keperluan EQ, menunjukkan tahap EQ nya tinggi. Dalam keadaan ini bayi hampir kurang EQ manakala lelaki berusia mempunyai tahap EQ yang amat tinggi.

Rawatan CVT terhadap bayi ketika dalam kandungan adalah pembinaan sistem immune yang paling teguh untuk masa hadapannya. Ibu yang mendapatkan rawatan lengkap ketika sedang mengandung sebahagiaan besar nya menunjukkan hasil terhadap perkembangan anak yang amat bijak (kadang-kadang mempunyai kebolehan di luar sangkaan) dan sihat malah amat immune terhadap sebarang penyakit.

Keadaan ini disebabkan pembentukan kelenjar dan organ menjadi amat sempurna ketika dalam kandungan berbanding setelah dilahirkan dan membesar menjadi dewasa. Semakin dewasa seseorang, maka semakin lewat pembentukan sel dan tisu sehingga terpaksa diberkan rawatan "Teori Tekanan" (rawatan hidrotherapy ais).

titian blog serumpun berkata...

Saya senang dengan komen-komen diatas yang bertanyakan soalan soalan ini,dan jawapan demi jawapan dari Dr,jika mereka bertanya kerana memerlukan,dan pertanyaan mereka akan menjawab soalan kepada mereka yang mencari jawapan bagi setiap masalah berkaitan kandungan ini. MEMBAWA KEBAIKAN UNTUK SEMUA

putribalqis berkata...

dr. macam mana cara pengambilan alga semasa mengandung

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Cara penggunaan alga ketika mengandung adalah sama seperti biasa.

Alga juga boleh digunakan semasa pregnant malah ia amat baik untuk membantu metabolisma dan mengelakkan berlakunya komplikasi bayi songsang (akibat kekurangan metabolisma).

Ketika saat kelahiran, alga membantu dan boleh berperanan seperti "selusuh" (melancarkan kelahiran). Insya Allah.

keiki panther berkata...

salam...Dr.
sy kn bt kjian mngenai disleksia...
klau bleh nk pnrangan lbh lnjut mgenai pnca disleksia...fokus kpd otak knk2 disleksia

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)