SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 5 Jun 2007

Melatonin

Lesu dan tidak ada mood, termenung dan berbaring-baring, atau gemar tidur atau angau, putus harapan, hilang keyakinan dan tidak bersemangat adalah sesuatu dialami oleh kebanyakkan orang. Jika keadaan ini berlarutan, ia akan dipandang serius. Jika anda tidak menyedarinya, sekarang anda perlu ambil serius jika mengalami tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

Ramai masih tercari-cari dan mencuba pelbagai "ubat kuat" atau perangsang tenaga. Banyak yang popular di pasaran antaranya seperti 100plus, isotonik, livita, ma'jun, pati ayam brand atau bistari dan sebagainya. Paling polular ialah dengan pengambilan nescafe, atau kopi. Berbagai-bagai kopi ada di pasaran yang dicampurkan dengan cendawan seperti genseng, lingzhi, gano, tongkat ali dan pelbagai herba yang lain. Malangnya produk komersal ini hanya bertindak sementara dan bukanlah penyelesaian, malah kesan keasidan yang tinggi akan melemahkan pankreas dan meninggikan asid urik dalam darah. Beberapa jenis herba tertentu tidak sesuai dicampurkan dengan kopi. Mungkin beberapa jenis ma'jun asli yang tidak dipekatkan serta habbatus sauda yang tidak dicampurkan dengan kopi boleh membantu tanpa kesan sampingan.

Masalah tidak ada semangat atau biasa disebut sebagai tidak ada mood, menyebabkan sesetengah orang berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional untuk mandi bunga dan sebagainya untuk mengatasinya. Atau membiarkan sahaja dan terus menunggu semangat baru untuk datang. Tanpa berdoa dan keizinan Allah, semangat tidak akan datang juga. Merawat dengan kaedah yang tidak dapat difahami sebaik-baiknya dihindari.

Masalah hilang semangat yang berlarutan boleh mengakibatkan seseorang rasa seperti penakut, tidak berani mencuba dan gangguan psikologi daripadanya boleh mengganggu visual seperti ternampak bayangan atau perkara yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang normal. Ia dipanggil halusinasi. Penyakit ini digelar "skizo sferena". Paling teruk, pesakit skizo akan ketakutan yang tidak munasabah dan bertindak secara tidak releven seperti menjerit, mengadu takut terhadap sesuatu dan sebagainya. Gangguan skizo dan visual menjadikan pesakit akan melihat sesuatu yang tidak sama seperti yang dilihat oleh manusia normal seperti melihat wajahnya buruk, melihat cermin tetapi tidak kelihatan wajah, mendakwa terlihat makluk ghaib dan sebagainya.

Jika seseorang mengalami masalah saraf, tulang dan tinggi kolestrol dalam keadaan lemah semangat, ia boleh menyebabkan koma. Jika tekanan darah rendah dalam keadaan lemah semangat, ia boleh menyebabkan kerap pengsan, lebih-lebih lagi jika lemah buah pinggang, kawalan elektrik di bahagian kelenjar adrenal akan menyebabkan seseorang mudah pengsan jika terkejut atau jika menerima berita yang mengejutkan.

Melatonin

Sebenarnya kekuatan tubuh untuk mengatasi segala masalah lemah semangat atau tenaga adalah ditentukan oleh tahap hormon melatonin. Melatonin dirembeskan oleh Kelenjar Pineal. Pineal terdapat di hujung bahagian saraf tunjang dan merupakan organ yang teratas sekali dalam tubuh kita. Saiznya sangat kecil seperti kacang tanah. Kapilari darah dalam Kelenjar Pineal adalah yang tersempit berbanding dengan kapilari di kawasan lain dalam tubuh kita.

Melatonin tidak boleh dihasilkan secara sintetik. Ini bermaksud, kita tidak boleh mendapatkan melatonin tiruan. Melatonin hanya boleh dihasilkan secara semulajadi oleh Kelenjar Pineal. Pemindahan melatonin (atau transplan hormon) adalah sesuatu yang mustahil dan belum pernah dilakukan kerana hormon mempunyai jangka hayat yang pendek dan sukar diekstrak daripada darah. 

Melatonin yang terdapat banyak di pasaran adalah 100% memiliki kesan sampingan. Melatonin tersebut dibuat daripada dadah terkawal. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan kesan ketagihan. Kandungan melatonin asing dalam darah akan menyebabkan saraf terkeliru dengan paras rembesan hormon semulajadi tubuh. Antara akibatnya ialah pankreas gagal berfungsi merembeskan insulin dan glukagon. Buah pinggang terbeban dengan darah yang tercemar dengan melatonin asing hingga menjadi lemah atau gagal berfungsi. Jantung tidak mampu mengesan isyarat melatonin asing dalam darah kerana mempunyai DNA yang berbeza. Akibatnya kemampuan jantung yang tidak serentak dengan penggunaan tenaga daripada melatonin asing akan menyebabkan degupan jantung terganggu. Kesan secara tidak langsung daripada masalah jantung ialah imsonia atau gangguan kawalan tidur, tekanan darah tidak seimbang hingga menyebabkan migrain, pedih perut dan sebagainya.

Oleh itu, Kelenjar Pineal amat penting yang memainkan peranan untuk merembeskan melatonin semulajadi yang memiliki DNA yang boleh berkoordinasi dengan seluruh tubuh.

Kelenjar Pineal

Kelenjar Pineal hanya boleh merembeskan melatonin yang seimbang mengikut keperluan tubuh sekiranya Pineal berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Keadaan yang sihat akan menjadikan Pineal cekap menerima darah yang membawa cukup bekalan oksigen dan nutrien yang halus.

Selain daripada gangguan karektor atau psikologi yang diceritakan di awal topik ini, kita boleh mengesan kelemahan atau tanda sekiranya Kelenjar Pineal kita lemah dengan cara menekan bahagian ubun-ubun. Jika terasa sakit, maka Kelenjar Pineal anda lemah. Tanda lain ialah seseorang akan merasa kerap berdiri bulu roma, atau bulu roma mudah meremang secara tiba-tiba tanpa sebab atau pada waktu bangun subuh atau dengan sebab seperti terasa seram atau mendengar orang berkata sesuatu yang sensasi sedangkan kata-katanya itu tidak benar.

Tenaga pineal adalah amat halus dan gelombangnya dianggarkan dibawah 100 nanometer iaitu menyamai gelombang spektrum warna putih.



Untuk menterapikan Kelenjar Pineal supaya bertenaga, Formula CL1 dalam rawatan Attitude Therapy telah dihasilkan. Insya Allah formula ini adalah ikhtiar untuk mempertenagakan Kelenjar Pineal secara semula jadi seterusnya mampu mengatasi masalah atau simptom akibat daripada kekurangan hormon melatonin dalam darah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

4 ulasan:

zarith berkata...

Dr.Ariff
Saya adalah pengguna CVT. sejak 3 bulan yang lalu. Tujuan saya menggunakan produk CVT adalah untuk menghilangkan debaran dan darah gemuruh dan yang diluar kawalan saya. Saya menggunakan Jam Kekanan, SW, Chloropyl,Garam NW-1, 20, 13, 8 tahap 1 & 2. Perubahan untuk hilangkan debaran tidak ada lagi tetapi perubahan saya jadi seorang yang penyabar dan control marah tu adalah. Setelah sekian lama tidak ada perubahan hati saya merasai sedikit kekesalan. Persoalan saya apakah cadangan NW yang Dr sarankan untuk mengatasi masalah saya. Sekarang ini saya perbanyakan menggunak kekerapan garam dan SW.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Tahniah kerana menggunakan CVT. Setakat ini rawatan yang diambil adalah relaven. Jika pengamal profesional CVT yang merawat saudara mahir menggunakan Applied Kinesiology, minta dia diagnos rawatan khas untuk simptom darah gemuruh setelah proses rawatan pertama selesai. Saya suka menjawab soalan saudara kerana saya juga pernah mengalami darah gemuruh, paling teruk ketika saya menjawat jawatan Ketua Pelajar semasa Upper Six dan terpaksa berucap di perhimpunan setiap minggu. Sebelum merawat dengan CVT, saya biasa amalkan 4 qul untuk memantapkan spiritual, tetapi ikhtiar lain juga perlu. Saya telah menulis topik khas untuk menjawab soalan saudara bertajuk "Berdebar atau Darah Gemuruh" di bawah lebel NW 18. Semoga tulisan ini dapat membantu saudara, insya Allah.

Lezna hangat berkata...

Assalamualaikum Dokter"saya ada satu kes,dimana anak jiran saya mengalami penyakit ganjil"setiap ketika dia murung,lari dan berteriak atau bercakap sorang sorang,kami juga telah menghantar budak remaja lelaki ni bersama orang tuanya pergilah cari bomoh di daerah Tawau ni,diubat dengan pelbagai cara,last dia dibawa ke Kota Kinabalu,masuk Hospital..pehak Hospital bagilah satu jenis ubat,sekarang ni budak tu bergantung dengan ubat tsbut,,,namun dia makin kuat menghisap rokok, minum nescafe yang manis manis,bayangkanlah Tn.Dr,,sehari dia sanggup habiskan 4 kotak rokok,,dan bergelas gelas minuman manis...mata dia dah mcam kuning buram,keluarga dia pun cakap boleh ke budak ni pulih seperti sediakala,,skarang timbul pula kerisauan.akan kencing manis dan paruparu sebab rokok,,Tn Dokter adakah jalan rawatan dan pencerahan bagi kes pada budak ni,Terimakseh atas maklumat Tn.Dokter..Allwiz "Tawau Sabah.. tawaukomputer@gmail.com

putra berkata...

Smekom...
Bagaimana kalau kita berhadapan dgn pesakit yg 'Kerasukan'dan memerlukan kita bertindak segera utk keselamatan diri pesakit tersebut dan org disekeliling.. Bagaimana nak membezakan Kerasukan yang sebenar atau sekadar psikolgi pesakit tu shj...Tq

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)