Mengikut "Gerak Hati" dari naluri yang mendalam adalah rahsia kejayaan seseorang. Gerak Hati atau intuition yang sentiasa dituruti dengan penuh keyakinan melalui naluri atau instinct akan memandu seseorang ke arah yang benar, membahagiakan dan menguntungkan. Ia juga dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami musibah akibat kemalangan, penyakit, kerugian dan penderitaan hidup.
Intuition dan instinct ialah kurniaan daripada Allah. Ia berlaku hampir sepanjang masa setiap hari kerana kita sentiasa berinteraksi dengan alam dalam urusan harian sepanjang masa setiap hari. Tetapi minda sedar manusia hanya mengetahuinya ketika berada dalalm keadaan yang hening. Gerak hati ini hanya dating sekali, sekiranya ia tidak dituruti, maka ia tidak akan berulang kembali.
Keheningan
Keheningan boleh diperolehi apabila seseorang berada dalam keadaan bersyukur, bersabar, ikhlas dan redha. Pencapaian ini memerlukan kepada penyerahan yang tinggi kepada Allah. Semakin dekat dan semakin banyak proses penyucian diri kepada Allah, maka semakin banyak intuition yang akan diperolehi.
Mereka yang berada dalam keadaan stress, kelam kabut, tidak redha, terburu-buru, cemas dan berfikiran negatif gagal mengesan kehadiran intuition dengan baik. Akibatnya akan menyebabkan tindakan yang diambil tidak tepat, membawa kepada kesalahan dan kegagalan dalam segala yang diusahakan.
Otak Kanan
Untuk menyedari kemunculan gerak hati, kita memerlukan kepekaan otak kanan. Otak kanan boleh dipotensikan apabila seseorang mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi protein. Tanpa protein, daya Emotional Quotient atau EQ akan meningkat kerana sistem penghadaman dapat dikurangkan bebanannya supaya dapat menumpukan kepada keupayaan kederiaan yang lebih tinggi.
Pengambilan makanan yang terlalu tinggi protein boleh membebankan beberapa organ penghadaman untuk memproses, menghadam dan mencernakannya. Beberapa organ penghadaman turut terlibat di dalam urusan pemikiran terutama untuk membantu meningkatkan daya EQ dan membantu daya kederiaan atau mata ketiga. Tanpa mata ketiga, kemunculan intuition bukan sahaja diabaikan, malah lebih teruk daripada itu, ia dinafikan kerana tertipu dengan dunia logik.
Hipotesis
Cuba hayati setiap intuition yang terlintas di hati dan catatlah ia sebagai sebuah hipotesis. Anda akan mendapati ia sebagai sebuah idea dan penyelesaian terbaik apabila dia berjaya dikaji dengan mendalam.
Rahsia Subuh
Intuition paling banyak diperolehi pada waktu subuh dalam keadaan dan persekitaran yang bersih. Subuh udaranya bersih dan suhu rendah merangsang kekuatan saraf pada tahap yang paling optimum.
Banyak kebenaran yang tidak dapat dibuktikan secara empirical atau klinikal test. Oleh itu, keyakinan terhadap kewujudan intuition adalah amat penting. Peningkatan keyakinan memerlukan iltizam yang tinggi terhadap penjagaan keheningan dan diet yang penuh disiplin. Selain itu, antara jalan pintas ialah sentiasa berdoa sepanjang masa meminta Allah memberikan jalan yang lurus.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat penyakit berkaitan dengan masalah lebihan protein atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan