SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Khamis, 7 Februari 2008

Tabiat Dan Penyakit

Terdapat beberapa tabiat tertentu yang biasa dilakukan sama ada sengaja atau tidak sebenarnya menunjukkan keadaan kesihatan. Malah, apabila diamalkan selalu ia akan lebih memudaratkan lagi tahap kesihatan.

Sebelum ini telah diterangkan kaitan antara penyakit dengan organ dalam post bertajuk "Falsafah Punca Penyakit". Di sini cuma tiga jenis tabiat yang utama yang boleh dilihat dengan jelas dan mudah dikesan.

KEBOSANAN

Seseorang yang kerap mengeluh berkata seperti

"Bosan" atau

"Bosanlah" atau

"Bosannya" atau

"Boring" atau

lain-lain pertakataan seumpamanyanya, ialah seorang yang lemah sistem antibodinya. Antibiotik semulajadi tubuhnya juga lemah untuk menentang sebarang penyakit. Sistem kawalan biotik (CL5) yang terletak di bahagian bawah Hipothalamus ialah bahagaian yang juga mengawal biotik tubuh. Oleh itu, probiotik di bahagian organ-organ tubuh tertentu juga terjejas terutamanya bahagian usus besar. Antara kesan kelemahan di bahagian usus ialah seperti cirit-birit.

Antara sikap yang ditonjolkan oleh mereka yang lemah sistem antibodinya ialah gangguan keceriaan. Mereka yang tidak ceria akan melakukan sesuatu tanpa merasa puas. Contohnya apabila menonton TV, mereka akan menontonnya dengan lama. Apabila bermain (bagi kanak-kanak), mereka akan bermain dengan lama. Tetapi mereka tetap tidak akan puas dan akan mengulangi bermain atau menonton dengan lama pada hari yang berikutnya. Sepatutnya mereka yang normal di bahagian kawalan biotik atau keceriaannya akan rasa puas walaupun bermain sebentar atau menonton TV untuk tempoh yang singkat.

Bagi remaja, mereka akan mengisi kebosanan dengan cara bersosial atau keluar berjumpa dengan rakan-rakan. Kadang kala mereka keluar ke pusat memeeli belah tanpa hala tujuan. Tetapi mereka tetap tidak akan merasa puas dan akan terus keluar setiap hari. Sampai pada peringkat yang lebih terus lagi mereka akan mengambil bahan terlarang seperti merokok, mengambil dadah, mengambil akohol. Selain itu, mereka akan membuat perkara yang baru untuk meningkatkan lagi kepuasan yang disangkakan dapat mengisi kebosanan seperti menonton bahan lucah hingga ingin mencubanya.

Antara tanda atau simptom yang berkaitan dengan kelemahan pada bahagian sistem antibodi ialah seperti berikut:

1. Muka berjerawat dan ada masalah kulit.
2. Alahan dengan habuk.
3. Mudah mendapat kudis.
4. Luka lewat sembuh.
5. Suka memakai pakaian yang menyamai level warna CL5 atau indigo atau pakaian gelap.

Tabiat sering berkata "bosan" atau "boring" secara berterusan akan mematikan lagi lebih banyak sel-sel dormant (sel yang hidup dan berpotensi tetapi kurang aktif atau kurang digunakan) di bahagian otak.

KETIDAKPRIHATINAN

Mereka yang sering mengatakan:

"Lantak lah" atau

"Biar lah" atau

"Peduli apa" atau

lain-lain perkataan seumpamanya ialah tanda-tanda ketidakprihatinan. Sikap prihatin dikawal oleh organ Pankreas (CL15) dan Hati (CL12). Setiap kali seseorang menyebut perkataan di atas atau seumpamanya, ia menunjukkan organ bahagian penghadamam sedang lemah.

Tabiat ini menjadikan seseorang itu kurang rasa prihatin, tidak menghiraukan sesuatu nasihat atau saranan dan tertutup pintu hati daripada memiliki perasaan simpati dan empati.

Tabiat menyebutnya berulang kali akan menyebabkan kolestrol makin banyak terbentuk. Selain itu sel-sel dormant bahagian penghadaman juga akan mati dan merosot.

Antara tanda atau simptom yang berkaitan dengan tabiat ini ialah:

1. Tahap kolestrol tinggi.
2. Pembentukan banyak kutil atau ketuat atau tahi lalat di kulit.
3. Tidak tahan mandi atau minum air sejuk.
4. Tidak tahan kesan pembongkaran ditoksifikasi (apabila mengambil rawatan berunsur semula jadi atau rawatan alternatif).
5. Tahap gula dan urik asid tinggi dalam darah.

KETIDAKPUASAN

Mereka yang kerap mengeluarkan comment complaint atau

Mengadu domba atau

Sering meluahkan ketiakpuasan hati atau

Melihat sesuatu seperti tidak sempurna atau tidak betul

atau sebagainya menunjukan seseorang itu mengalami gangguan emosi dan perasaan. Mereka yang bertabiat begini biasanya mengalami beberapa masalah berkaitan dengan jantung, dada dan paru-paru.

KETIDAKYAKINAN

Mereka yang kerap melakukan perbuatan seperti ini;

Menghantak kaki seperti berentak ketika duduk atau

Menggoyangkan kaki atau

Menghenjut jengket kaki (angkat tumit jengket dan henjut) atau

Melibas-libas goyang kaki atau

Menggerakkan jari-jari tangan

atau seumpamanya yang berkaitan dengan goyang kaki menunjukkan organ-organ bahagian fizikal seperti Sistem Darah dan Sistem Otot (CL18), Usus (CL19), Sistem Saraf dan Sistem Tulang (CL20) sedang lemah.

Perbuatan ini dilakukan secara tidak sengaja untuk mengimbangi kelemahan pada bahagian organ-organ yang dinyatakan tadi. Apabila kaki digoyangkan, maka keyakinan akan dapat ditingkatkan dan gangguan karektor akibat kelemahan organ yang terlibat dapat dikurangkan.

Bisanya tabiat ini mula terjadi kepada mereka yang keletihan. Tetapi tabiat ini akan dilakukan secara tidak sengaja pada waktu yang lain. Melakukan tabiat menggoyangkan kaki ini secara berterusan akan menyebabkan sel-sel dormant di bahagian organ yang dinyatakan tadi akan mati dan merosot. Malah tubuh juga akan kehilangan gema (tenaga atau vibration sel).

Punca Tabiat Berterusan

Kali pertama tabiat ini dilakukan tanpa sedar disebabkan oleh kelemahan organ yang terlibat. Tetapi ia akan menjadi sesuatu yang berterusan dilakukan disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan IQ. Ketidakseimbangan IQ terjadi apabila terdapatkan lebihan protein yang merupakan logam berat yang mengganggu Kelenjar Pituitari dan sistem sympathetic (tindakan luar kawal). Akibatnya akan timbul simptom "berkenan" terhadap sesuatu tabiat yang dilakukan pada pertama kali.

Behaviour Therapy

Terapi Sikap atau lebih terkenal dengan nama Terapi Kelakuan (Habit Therapy / Behaviour Therapy) merapakan salah satu cara terbaik untuk merawat sesuatu penyakit. Apabila seseorang menyedari salah satu daripada tabiat yang diteritakan tadi, maka cubalah dengan sedaya upaya berhenti atau mengawalnya. Jika ia terjadi tanpa sengaja, maka ia adalah tanda kelamahan pada organ yang terlibat.

"Berkenan" atau kekerapan mengulangi tabiat tersebut boleh dielakkan dengan cara mengawal pemakanan atau mengurangkan pengambilan protein tinggi.

Behaviour Therapy yang terbaik sebenarnya ialah melalui solat yang dilakukan dengan tomakninah.

Mereka yang menolak Hukum Keseimbangan antara organ dan karektor atau menolak kaitan antara organ dan bawaan karektornya, pasti akan menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau merawat penyakit.

Semoga anda gembira dengan maklumat yang diberikan. Cuma tiga sahaja tabiat umum yang diterangkan. Sekiranya anda dapat memahami tulisan dalam post ini serta cuba mempraktikkannya, insya Allah, anda mampu meningkatkan tahap kesihatan hampir 70% dan mencegah daripada mendapat sesuatu penyakit.

Semoga anda dimurahkan rezeki dan dibahagiakan oleh Allah. Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh, sila hubungi kami. Kami sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh


hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)

untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email
Perlis Kedah Pulau Pinang Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Kangar Alor Setar Seremban Johor Baharu Kuantan Kuala Terengganu Kota Bahru Sabah Sarawak Kuching Kota Kinabalu

9 ulasan:

waliz berkata...

saya selalu jugak buat benda-benda yg tertulis kat atas tu..mungkin lepas ni kena kurangkan la...

titian blog serumpun berkata...

Hahah,, Senyum sorang sorang waliz ngaku pulak,,saya ingat benda tu wajar wajar,tak perasan pula ada kaitan dengan kategori kesihatan...ada satu kes jugak,,seorang rakan ni,,tak pasal pasal,,buat senaman hidung ,kejap kejap dia miringkan hidung kekiri,pas tu kat kanan,,tariik lagi,,dia kata semula jadi...tapi jelek lah bah kan...time kita sembang dia pusing hidung 180 darjat...dia kata tak boleh hentikan...barangkali ada ulat dalam hidung dia,,saya pernah bagi saran suruh check kat hospital...kadang saya gelak sorang jika borak dengan dia,,tiap ketika dia akan hembus nafas dengan hidung yang berputar....

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Sebenarnya terdapat banyak tabiat yang buruk kesan daripada sesuatu penyakit, tetapi kesemuanya terbahagi kepada 4 jenis sahaja iaitu;

(i) suka mengeluh "bosan"
(ii) suka tidak ambil peduli atau berkata "lantak"
(iii)suka komen atau bangkang atau semua perkara tidak betul "complant"
(iv) menggoyang anggota kaki/tangan/jari.

Suka korek hidung atau gosok hidung tergolong dalam katagori suka mengeluh "bosan". Bisanya ramai yang tahu ini ialah masalah resdung.

titian blog serumpun berkata...

oh ya pula,ni aku dah cakap maybe resdung,tapi dia kata bukan,sebab takda tanda gatal apa ke,tak juga dia korek atau sentuh hidung dia,cuma ada ketika tetiba dia memutarkan hidung dengan gerak bibir sekali,serta kedipan mata...memang sah ada juga seninya...jika dah begitu barulah dia rasa puas...mungkin ada ketumbuhan dalam hidung dia kot,atau barangkali juga bulu hidung dia tajam ,tak pasti segan juga nak tanya tanya lebih,jatuh airmuka si kawan.Takdirnya la tu,

titian blog serumpun berkata...

Yang bahagian ini Dr...
(iii)suka komen atau bangkang atau semua perkara tidak betul "complant"
Ni kes penyakit jiwa juga kan....kebiasaan yang terjangkit jenis penyakit ni cari salah orang.

Soleh berkata...

Salam
Ermm patutla..rupanya kerana lebihan protein..Aku memang selalu makan ayam(protein). Nampaknya, pelbagai hikmah dari solat kita boleh dapat. Tomakninah tu rukun kan dalam solat..hehe.
Terima Kasih atas info anda

titian blog serumpun berkata...

heheh,,soleh kena kurangkan budget daging ayam tu,,thanks gak dah melawat blog saye...salam dan nsihat slalu...

@LiYaNNuaR berkata...

fuh... sya pun selalu begitu... bpenyakit kah sya... huhuhu... byk yg perlu dikurangkan nih... boleh ke?? adoiii...

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Jika kita merawat atau berada dalam keadaan sihat, insya Allah dengan sendirinya tabiat ini akan dapat dihentikan tanpa disedari.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)