SELAMAT DATANG

Blog ini telah berpindah ke hosting baru dengan domain yang baru. Sila klik link ini
http://attitudetherapy.com.my
Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Rabu, 22 Oktober 2008

Punca dan Rawatan Buasir

Buasir terjadi apabila struktur usus telalu lemah. Mengamalkan meneran kuat ketika membuang air besar akan menambahkan lagi keterukan tahap buasir.

Usus besar amat berkait rapat dengan karektor seperti berikut sekiranya ia lemah;
1. Sifat kurang yakin
2. Terburu-buru
3. Suka menangguh kerja
4. Was-was
Karektor usus yang negatif
Sebenarnya sikap tersebut juga merupakan punca utama mengapa seseorang yang lemah usus besarnya itu suka meneran ketika membuang air besar.

Aktiviti dan tenaga usus besar (CL19) dikawal oleh otak Hipothalamus (CL4). Selain mengawal usus besar, hipothalamus juga mengawal waktu tidur. Waktu tidur yang sihat dan menyihatkan otak ialah antara waktu selepas Isyak (kira-kira 8.30 malam waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga dua per tiga malam (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia).

Usus yang lemah adalah sangat panas dan sensitif dengan makanan yang panas seperti berikut:
1. Cili
2. Rempah
3. Lada
4. Ulam pegaga dan ulam raja
5. Kopi
6. Tembikai
7. Makanan rangup
Makanan yang menjejaskan usus jika diambil berlebihan
Selain makanan panas, makanan yang tinggi fiber juga boleh melemahkan usus besar. Fiber boleh bertindak mengaktifkan usus secara berlebihan. Antara makanan yang tinggi fiber ialah:
1. Pisang (kecuali pisang embun)
2. Bijirin oat

Makanan yang berkoko
1. Milo
2. Coklat koko
3. Kek koko

Semakin banyak seseorang itu mengambil makanan tinggi fiber, maka semakin panas keadaan usus dan memudahkan sembelit apabila makanan fiber dihentikan pengambilannya.

Tidur Sebagai Rawatan

Otak yang mengawal tenaga usus ialah otak yang sama mengawal tidur dan tumpuan iaitu Hipothalamus. Mereka yang mengalami masalah di usus juga turut mengalami masalah tidur.

Misalnya mereka yang lewat tidur biasanya akan mengalami masalah sembelit atau simptom sembelit seperti sukar membuang air besar atau terlalu lama di tandas.

Mereka yang mengalami masalah buasir pula biasanya sukar mendapat tidur yang lena.

Mengamalkan tidur awal sejurus selepas solat Isyak serta mengelakkan mengambil makanan yang tinggi kalori dua jam sebelum tidur ialah petua rahsia untuk merawat masalah berkaitan dengan usus. Jumlah tidur bukan penentu kesihatan usus, tetapi kualiti tidur atau "Tidur Delta". Maklumat lanjut mengenai tidur yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan merawat kesihatan sila rujuk post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan dalam blog ini.
Makanan berkalori tinggi ialah makanan pedas seperti cili, lada, kari, rempah dan termasuk juga perasa pedas yang diletakkan dalam makanan ringan.

Biasanya rawatan untuk masalah buasir peringkat pertama ialah dengan menguatkan sistem otot di sekitar usus kemudian diikuti dengan menguatkan usus itu sendiri berserta dengan otak yang mengawal tenaga usus iaitu hipothalamus.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

16 ulasan:

fairuz berkata...

Kadangkala di dalam usus didapati adanya polips atau ketumbuhan bukan kanser. Kebiasaanya pihak hospital akan mencadangkan pembedahan untuk membuang polips ini.

Adakah cara lain utk membuang polips ini selain pembedahan. Adakah pengambilan ubatan akan dapat membuang polips ini?Adakah polips berkemungkinan akan bertukar menjadi kanser?

Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin berkata...

Fairus, polips ialah ketumbuhan yang mengandungi kolestrol tepu. Ia tidak perlu dibuang selagi tidak menjejaskan kesihatan atau menyebabkan kesakitan.

Ia boleh membesar sekiranya kadar kolestrol tepu tinggi dalam darah. Sekiranya pembesarannya berlaku dengan cepat, ia boleh mengganggu fungsi organ seperti punca kemandulan, masalah kelancaran saluran usus atau sebagainya.

Polips juga ialah sel hidup. Ia boleh bertukar menjadi kanser sekiranya berlaku perkara yang menyebabkan petukaran maklumat DNA di dalam sel polips. Tetapi bukan semua polips berpotensi menjadi kanser malah potensi polips menjadi kanser adalah rendah.

Tanpa Nama berkata...

manusia moden mengalami masalah rangkaian darah tinggi, kencing manis, tinggi kolesterol, masalah jantung, sembelit (usus) mana nak dirawat dulu? usus dulu atau bagaimana?

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Terdapat dua jenis keadaan gangguan kesihatan.

1. Penyakit
2. Gejala

Kencing manis, tinggi kolestrol, masalah jantung dan sembelit adalah penyakit kerana ia kelemahan di sesuatu organ.

Darah tinggi ialah gejala kerana ia gabungan daripada beberapa kelemahan pada sesuatu organ dan sistem.

Sama ada penyakit atau gejala, rawatan ialah kepada punca.

Untuk menentukan bahagian mana yang perlu dirawat dahulu, berikut ialah kaedah yang digunakan;

1. Applied Kinesiology: mengentahui punca serta merta.

2. Melihat kepada sejarah penyakit, yang mana datang dahulu dan yang mana kemudian. Punca ialah yang datang dahulu.

Biasanya kaedah Applied Kinesiology yang paling lazim digunakan kerana mengesan sejarah adalah rumit dan mungkin terdapat ralat.

eas berkata...

bagaimana saya ingin tahu yang saya sudah menghidapi buasir atau tidak? ini kerana sesetengah doktor mempunyai pendapat yg berbeza! ada yg kata buasir peringkat pertama dan ada yg kata bukan. sedang saya rasa sakit apa bila berdiri lama tetapi lega ketika duduk

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Saraf pada bahagian usus berkongsi dengan saraf di bahagian kaki melalui ruas tulang belakang. Buasir pada peringkat yang kronik akan menyebabkan kaki merasa lenguh apabila berdiri lama atau memandu jauh.

Apabila seseorang mendapatkan rawatan dengan saya, saya akan menjalankan beberapa analisa mudah untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu betul-betul mengalami buasir kronik atau tidak.

ilah berkata...

salam,
saya mendapat buasir ketika mengandung anak kedua dan menjadi lebih teruk ketika bersalinkannya.
sekarang setelah 6 bulan mneghadapinya,saya masih sakit.terutama ketika setiap kali selepas membuang air besar dan setiap kali itu jugakklah ada darah merah cerah yg keluar selepas itu.sakitnya memang teramat perit dan dah byk klinik dan doktor yang saya jumpa tetapi masih belum mendapat ubat yg betul2 menyembuhkan. saya risau kerana rutin harian saya memang tidak membolehkan saya sakit.saya juga masih menyusukan bayi saya.harap prof dpt bantu.terima kasih.

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Komplikasi akibat bersalin seperti buasir dan berdarah ialah masalah sementara yang boleh dirawat, insya Allah.

Sementara itu, untuk mengelakkan masalah buasir ini bertambah serius, berikut ialah petua dan langkah yang perlu diambil.

1. Elakkan makan makanan yang tinggi fiber seperti pisang (kecuali pisang embun), oat, bijirin, buah ciku (atau dalam bahasa Indonesia disebut sawo). Makanan yang tinggi serat ini sekiranya ingin diambil, sebaiknya dalam kuantiti yang sedikit, pada kekerapan yang amat minima dan pada waktu tengah hari yang tidak mendung supaya fiber ini dapat dihadam sepenuhnya dalam sistem penghadaman.

2. Elakkan makan makanan yang pedas, berempah, bercili, berlada atau sebagainya. Ia termasuk perisa pedas (Mono Sodium Glutumat pedas). Pemakanan ini sekiranya terpaksa atau terambil, cuba sedaya upaya mengelakkan daripada mengambil Vitamin C. Vitamin C yang bertemu dengan kalori tinggi daripada makanan pedas akan menyababkan wujud ikatan semacam fiber yang akan melemahkan usus dan menjadi punca berdarah.

3. Mereka yang mengalami masalah buasir akan mengalami masalah kesukaran tidur lena, lewat tidur atau terlalu mengantuk, tidur waktu siang berlebihan atau rasa tidak puas tidur. Untuk mengatasi masalah ini, cuba intuk tidur awal, mandi atau berwuduk sebelum tidur, minum air berais sebelum tidur dan berdoa atau berniat untuk tidur lena. Otak yang mengawal tidur (Hipothalamus) adalah otak yang sama mengawal tenaga usus. Oleh itu, tidur yang lena akan memberi tenaga yang cukup kepada usus supaya kuat dan dapat menghadapi masalah buasir, insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

salam....
sy fina (22tahun) blum berkahwin dan baru memulakan kerjaya setelah tamat blajar.sy telah 2 thun mhidap buasir tetapi ini merupakan kali ke2 sy terkena penyakit ini setelah hampir setahun penyakit ini tidak mnyerang sy.
sy mpunyai masalah buasir dimana ia bermula apabila sy makan buah durian agak banyak dan sebelum ini sy tiada sebarang masalah apabila memakan durian.keesokan harinya sy mngalami mabuk durian di mana perut sy kmbung dan terasa ingin muntah.selepas minum air kelapa muda perut sy tidak lg sakit tetapi keesokan harinya sy mngalami ciritbirit yg agak teruk selama beberapa hari.kemudian sy terasa sakit apabila membuang air besar.
bermacam2 jenis ubat pernah sy cuba tetapi ia tidak berkurangan.
sy rasa sakit dn pedih apabila membuang air besar beserta dgn darah merah yg byk..apabila sy berjalan atau duduk juga,sy berasa amt sakit di bhagian dubur dan berdenyut2 dimana sy rasa kemungkinan besar dubur sy telah mngalami luka. tetapi sy mndapati buasir tersebut tidak terkeluar..

*setelah itu sy juga mendapati kitaran haid sy tidak teratur.adakah ini berpunca darpd pnyakit buasir sy ini??
*adakah ini jenis buasir dalaman? *adakah buasir sy berada di tahap kritikal?
*apakah yang harus sy lakukan sekarang dan bagaimana cara untuk memulihkan penyakit sy ini?
*apakah jenis ubat yg paling berkesan untuk menangani masalah buasir sy ini..


sy amat berharap prof dpt membantu sy dalam msalah ini kerana sy perlu bekerja dan mempunyai tanggungjawab yang lain..
sekian,terima kasih..wsalam..

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

waalaikum salam. Fina (22)

Mereka yang mengalami masalah buasir, biasanya mereka mempunyai kadar kalori yang tinggi.

Sebagai langkah untuk mendapatkan kelegaan dan mengelakkan masalah ini berulang, harap dapat elakkan daripada mengambil makanan berkalori tinggi seperti

1. Cili, lada, kari (makanan pedas)
2. Teh, termasuh teh susu atau lemon atau semua jenis teh.
3. Vitamin C daripada limau, jambu batu atau buah-buahan lain. Vitamin C bukan kalori, tetapi mengaktifkan kalori yang sedikit serta menggumpalkan protein untuk dijaikan kalori.

Selain kalori tinggi, fiber boleh menjadikan tindak balas otot usus terlalu akif dan melemahkan semula usus. Usus yang lemah tidak boleh berhadapan dengan kalori yang tinggi. Oleh itu, elakkan makanan yang berfiber tinggi seperti;

1. Pisang
2. Ciku
3. Oat

Simptom yang diceritakan menunjukkan cik/puan ada kelamahan yang melibatkan sistem tubuh. Mengurangkan makanan insya Allah dapat membantu, tetapi cara terbaik, pantas, murah dan berkesan ialah dengan mendapatkan rawatan.

Saya harap cik/puan dapat mengisi borang analisa untuk memulakan rawatan. Insya Allah pihak kami akan memberikan komitmen untuk membantu merawat masapah cik/puan.

lan berkata...

prof..sy mmpunyai mslh yg hmpr sama dgn fina(22),buang air besar berdarah dan amat pedih skali.
tersa sakit dan pedih di dubur ketika berjalan atau duduk.
sy malu untuk mndapatkan rawatan di klinik dan sy hnya mngambil ubat2an di klinik dan farmasi.

adakah buasir sy di tahap kronik?

klu sy ingin mendptkan rawatan dr prof,apakh yg harus saya lakukan dan dimanakah sy boleh mndapatkan rawatan?

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

lan, untuk mendapatkan rawatan cuma perlu hubungi saya seperti nombor yang terteran 012-4008972. Atau untuk urusan yang lebih sistematik, isikan borang analisa yang disediakan di bahagian bawah blog ini www.rawatankesihatan.com

Nor. berkata...

Saya mengalami masalah buasir pd bulan 12 tahun lepas..sy pnh dpt rawatan di sbuah klinik kerajaan,doktor tu kata di peringkat awal lg,sy diberi ubat terkawal yg mlembutkn najis sy yg dimakan dlm tempoh 1bulan,serta ubat 'roket'..skrg juga sy akan kena skali skala samada darah pd dubur atau najis,kdg kala terasa panas pd dubur..jd,ada rawatan lain x Prof.?supaya sy xkena buasir lg..samada operate ke?agak2 mahal ke kos utk operate?

anis berkata...

salam..
sy sedang mngalami masalah buasir. terasa sakit dan bdenyut2 apabila mbuang air besar dan berdarah. setelah sy makan beberapa jenis ubat,sy mndapati ia semakin pulih dan terasa gatal di dubur.tetapi baru2 ini,sakit itu datang kmbali dan ketika mbuang air besar,sy mndapati terdapat ketulan darah seperti darah beku telah keluar.tetapi tidak banyak.adakah masalah buasir sy berada ditahap bahaya??
adakah masalah buasir boleh membawa kepada kanser rektum??
sekian.trm kasih.

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Masalah buasir walau seteruk mana sekali pun, rawatannya tidak lah perlu kepada pembedahan.

Usus boleh menjadi lemah sekiranya bekerja terlalu berat untuk memproses makanan yang berkalori tinggi, pejal atau rangup dan berfiber tinggi.

Makanan berkalori tinggi biasanya makanan pedas seperti cili, lada, kari, rempah dan sebagainya.

Makanan pejal ialah tepung yang digoreng rangup, keropok, kerepek, meruku, kekacang dan sebagainya.

Makanan yang berfiber tinggi ialah seperti pisang, ciku, oat dan sebagainya.

Pendarahan di dalam usus disebabkan oleh kewujudan jisim tajam akibat proses penumpalan protein oleh vitamin C. Mengurangkan pengambilan vitamin C lebih digalakkan. Cara lain ialah jarakkan pengambilan makanan berprotein dengan vitamin C. Jangan perah limau dalam masakan berdaging, elakkan mengambil buah-buahan seperti limau dan jambu bersama dengan sumber vitamin C seperti soya dan kobis.

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Otak yang mengawal tenaga usus adalah otak yang sama mengawal fokus dan tidur. Otak ini dinamakan Hipothalamus.

Hipothalamus boleh menjadi lemah sekiranya seseorang itu lewat tidur, tidak tidur mengikut waktu yang betul, tidur terganggu akibat tertidur dalam keadaan tertekan dan sebagainya.

Mengamalkan tidur awal insya Allah akan membantu mengatasi masalah ini. Cara terpantas dan terbaik ialah dengan menguhubungi saya untuk mendapatkan rawatan.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)