SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Khamis, 23 Oktober 2008

Makanan Bertoksik Punca Mengantuk

Sesuatu makanan yang diambil berulang kali akan bertukar menjadi toksik dan mengganggu sistem tubuh. Toksik biasanya akan tersimpan di usus untuk dinyahkan. Usus yang menerima banyak toksik juga boleh menjadi lemah dan terjejas.

Tenaga dan aktiviti usus dikawal oleh Hipothalamus. Hipothalamus juga mengawal tidur dan tumpuan. Mereka yang banyak makan atau mengambil makanan yang bertoksik atau makanan yang sama berulang-ulang akan mudah rasa mengantuk.

Sesuatu makanan asasi seperti nasi dan gandum mempunyai karbohidrat yang tinggi. Mengambil nasi setiap hari akan mengakibatkan rasa mengantuk kerana karbohidrat akan bertukar kepada toksik yang tersimpan di usus. Sila rujuk post bertajuk Nasi Punca Penyakit dalam blog ini untuk keterangan lanjut.

Terdapat juga makanan yang tersedia dalam bentuk toksik walaupun dimakan sekali sahaja. Antaranya makanan ringan seperti KFC, McDonald. Makanan yang berkimia atau mempunyai bahan perasa dan perwarna tiruan seperti Nescafe dan Mocha. Makanan yang berkoko seperti Milo. Minuman berkarbonat atau minuman bergas seperti Sarsi, 100 Plus dan sebagainya.
Makanan segera ialah resepi kimia
Makanan atau minuman yang memberi rangsangan tenaga seperti Nescafe, Red Bull, 100 Plus dan sebagainya memanipulasi toksik bagi tujuan rangsangan berjaga. Misalnya seseorang yang mengambil Nescafe pada waktu malam boleh terus berjaga dan tidak mengantuk untuk 5 jam. Tetapi selepas itu, rasa mengantuk tidak dapat terkawal dan orang yang mengambil Nescefe ini akan tertidur dengan tidak sedarkan diri atau tidurnya tidak mencapai peringkat yang merehatkan (atau Tidur Delta). Keadaan ini berlaku kerana terdapat steroid yang menganggu otak Hipothalamus.
Jenama makanan terkenal memiliki aset menyamai KDNK sesebuah negara dan sangat kebal
Kesan bahan bertoksik boleh berlanjutan dalam tempoh yang lama. Mereka yang pernah mengambil makanan bertoksik perlu menjalani rawatan detoksifikasi (detox) untuk mengatasi masalah kerap mengantuk. Tetapi pengambilan fiber kasar adalah tidak digalakkan. Antara fiber lembut yang boleh diamalkan ialah timun. Satu-satunya fiber yang terbaik, lembut dan tidak sejuk seperti timun malah boleh meneutralkan toksik dari dalam ialah pisang embun. Pisang embun mempunyai DNA yang paling moden berbanding dengan pisang lain yang mempunyai sejarah DNA yang sungguh tua dan misteri (maklumat DNA pisang mendapati usia pisang lebih tua daripada pembentukan bumi, fibernya sungguh kasar dan tidak sesuai dimakan dengan banyak).

Masalah kerap mengantuk selain mengganggu prestasi harian, ia juga faktor kepada hilang fokus, kesempitan rezeki, kemurungan dan risiko menghidap pelbagai penyakit. Rawatan Attitude Therapy mempunyai cara khas untuk detox yang selamat, cepat, murah dan berkesan, insya Allah.

Rahsia Garam Booster Untuk Slimming

Lemak terjadi apabila kekurangan mineral untuk mensintesiskan karbobidrat menjadi tenaga. Kehadiran garam membentu mengasingkan karbihidrat daripada hidrogen (daripada air) untuk membentuk tenaga.
Apabila garam bertindak kepada lemak, karbohidrat dan air akan terpisah dan hasilnya tubuh akan berstamina (bertenaga) dan perpeluhan akan berlaku dengan lebih banyak.

Untuk mengelakkan pembentukan lemak terjadi dengan banyak, elakkan minum air selepas makan. Jarakkan waktu selepas makan untuk kira-kira lebih daripada 30 minit atau apabila perut sudah tidak kembung lagi.

Mereka yang makan dengan banyak tanpa henti atau selagi tidak penuh perut ialah mereka yang tidak mendapat nikmat kelazatan makanan. Sepatutnya seseorang yang mendapat nikmat kelazatan makanan akan berhenti makan apabila sebelum kenyang. Nikmat kelazatan ialah isyarat daripada otak yang menunjukkan sistem penghadaman telah mendapat nutrient yang mencukupi. Mereka yang makan tanpa ada rasa ingin berhenti sebelum kenyang menunjukkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap nutrient dengan baik. Akibatnya toksik mudah terbentuk dan boleh tersimpan sebagai lemak. Untuk mengelakkan rasa tidak kenyang semasa makan, amalkan menjilat secubit garam sebelum makan. Formula Soul Salt (Attitude Therapy) boleh digunakan untuk diambil sebelum makan dengan cara dilarutkan ke dalam setengah cawan air sejuk.

Apabila seseorang kerap membuang air besar, fiber akan meninggalkan banyak asid dan air untuk membentuk asid lemak. Apabila seseorang itu kerap bekerja secara fizikal dan berstamina, mereka akan banyak menyingkirkan asid melalui proses pembuangan air besar. Penyingkiran asid ini berlaku kerana ia telah cukup terkumpul dalam sesuatu tempoh waktu yang panjang. Oleh itu asid lemak tidak terbentuk.

Tanda berat badan semakin meningkat atau menurun boleh dilihat melalui kekerapan membuang air besar. Secara logik akal tentu ada anggapan yang menyatakan kekerapan membuang air besar menunjukkan seseorang itu mudah kurus. Hakikat sebenarnya, tanda berat badan menurun ialah semakin kurang membuang air besar atau keadaan seperti sembelit. Mereka yang sembelit atau jarang membuang air besar ialah mereka yang merosot berat badannya.

Untuk lebih jelas berikut ialah persamaan kekerapan membuang air besar dengan pertambahan atau pengurangan berat badan;

Sembelit / Jarang buang air besar = berat badan bekurang / kurus
Cirit birit / kerap membuang air besar = berat badan meningkat / kegemukan

Makanan berbentuk fiber yang didakwa untuk menguruskan badan atau menurunkan berat badan melalui cara meningkatkan kekerapan pembuangan air besar sebenarnya akan lebih menambahkan lagi berat badan dalam tempoh jangka panjang disamping meninggalkan kesan sampingan pembentukan urik asid.

Satu-satunya cara yang paling pantas dan mudah untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan Soul Salt formula Attitude Therapy. Formula ini bersifat kecenderungan alkali yang menghalang pembentukan asid lemak. Nutrient yang diambil dalam bentuk makanan akan diuraikan sepenuhnya melalui perantaraan garam untuk menjadi zat, keberkatan, membina sel, pemangkin kepada kemakmuran dan kekayaan, insya Allah.

Kekerapan membuang air besar tidak sama keadaan dengan kekerapan membuang air kecil. Kerap membuang air kecil atau melebihi tiga kali sehari menunjukkan masalah pada organ buah pinggang, saluran kencing seperti uretra, pundi kencing, prostat dan uterus. Membuang air kecil dua kali sehari adalah normal.

Membuang air besar tidak boleh secara paksa, tetapi perlu mengikut mood atau benar-benar rasa ingin membuangnya. Ketika itu pula tidak boleh diteran atau melalui paksaan. Ia mesti lancar dan tidak menyebabkan kesakitan. Mengamalkan fiber lembut seperti timun akan membantu kelancaran dan megelakkan kesakitan. Elakkan mengambil makanan berkoko untuk mengelakkan sembelit atau pemanasan otot usus.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 ulasan:

Neyssa berkata...

DOktor,bagaimana kita mampu membasuh rambut dengan kekerapan setiap 3 jam sekali? Bagaimana kalau saya membasuhnya dengan kekerapan sekali sehari sahaja?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Jika menutup rambut atau memakai tudung ketika keluar rumah, tidak perlu terlalu kerap untuk membasuh rambut.

Ketika sedang tempoh haid, tidak perlu basuh kerana rambut sedang mengumpulkan logam berat.

babylito berkata...

"Sesuatu makanan asasi seperti nasi dan gandum mempunyai karbohidrat yang tinggi. Mengambil nasi setiap hari akan mengakibatkan rasa mengantuk kerana karbohidrat akan bertukar kepada toksik yang tersimpan di usus." -Kajian sains terbaru mengatakan gandum mengandungi 'gluten' iaitu sejenis bahan yg tidak dapat dihadam oleh usus dan akan menjadi toksik didalam perut. Juga menjadi penyebab kepada percambahan kulat candida yg akan menyebabkan penyakit angin dlm usus dan juga penyakit kewanitaan seperti keputihan dll. Maka dengan itu adalah wajar jika kita menjaga pemakanan kita dan kerana itu Islam itu amat menitikberatkan soal halal haram makanan. Makanan yg kita makan akan menjadi darah daging dan akan menjana bentuk pemikiran yg baik jika baik bentuk makanannya. CVT menggalakkan kita menjaga pemakanan walaupun mempunyai rangkaian produk utk menangani masalah kesihatan yg berpunca dari pemakanan. Ia mengingatkan kita supaya memilih makanan yg baik dan tidak memudaratkan serta menghadkan pengambilannya secara sederhana.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)