SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 12 Oktober 2008

Ketidaktulenan Ekstrak Kondensasi Pendidihan

Semua jisim boleh berubah keadaan dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Bahan berunsur terapeutik (therapeutic / perubatan) memegang sesutu getaran yang boleh diterapikan kepada sesuatu sel pada sesuatu ogan tubuh badan. Sekiranya ia tidak dapat diresonankan atau diambil melalui cara pejal, ia boleh ditukarkan bentuknya supaya boleh diambil dalam bentuk jisim yang lain. Antara cara yang paling mudah ialah melalui cara cecair.

Ekstak

Bahan berbentuk pejal boleh ditukar kepada cecair melalui cara ekstrak. Pejal yang padat jisimnya akan dihilangkan tekanan jisimnya melalui pemanasan. Jisim yang merenggang akan dilarutkan bersama air supaya tidak memejal semula. Oleh itu terjadilah ekstrak pendidihan melalui kondensasi (proses perubahan wap kepada cecair).

Semasa proses pendidihan, getaran asal sesuatu jisim akan hilang. Apabila ia terkondensasi semula, ia sudah kehilangan keseluruhan getaran asalnya. Cuma terdapat jisim kosong sahaja yang terdapat dalam ekstark tersebut.

Potentization

Perkara ini telah lama disedari oleh pengamal herba yang berpegang kepada konsep "potentization" (mempertenagakan sel). Konsep dan teknologi potentization telah dimajukan lagi sehingga wujudnya perubahan Alternatif Homeopati.

Tekanan Sejuk (Cool Compressed)

Untuk mengekalkan getaran (vibration) yang terdapat di dalam sesuatu bahan, proses ekstrak tidak boleh dilakukan melalui cara pemanasan atau pendidihan. Sebaliknya perlu melalui proses cool compressed atau tekanan sejuk.

Proses ini memerlukan peralatan khas (nitrogen cooler) iaitu sesuatu bahan dimasukkan ke dalam kebuk yang direndahkan suhunya kepada kelvin sifar. Kemudian ia ditekan sehingga hancur dan dilarutkan ke dalam air. Minyak semulajadi yang terdapat dalam bahan tersebut juga telah memadai untuk menjadikan ia cair.

Kesemua minyak masak zaitun dihasilkan melalui tekanan sejuk. Oleh itu, minyak zaitun yang tulen mempunyati getaran tenaga yang kekal seperti buah yang berkeadaan asal.

Cara tradisional masyarakat Melayu menghasilkan air asam jawa melalui cara mengembunkannya pada waktu malam ialah kaedah cool compressed untuk mendapatkan ekstrak embun yang dilarutkan bersama air embun. Ia sungguh jernih dan bersinar tetapi mempunyai getaran tenaga asam jawa berserta dengan haruman aromanya sekali. Kaedah pengembunan (cool compressed) ini juga digunakan untuk menghasilkan minyak wangi mawar.
Air asam jawa dan embun
Air asam jawa sepatutnya jernih seperti embun kerana ia adalah getaran asam jawa dalam embun.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun terhasil dengan sendiri daripada buah zaitun melalui tekanan sejuk.

Penghasilan Herba

Herba yang dihasilkan melalui cara cool compressed sahaja yang mempunyai cukup getaran tenaga yang boleh menterapikan sel.

Herba yang dilarutkan sehingga mencapai kecairan paling halus (potentization) yang mempunyai getaran range yang paling bertenaga untuk resonan dengan tenaga sel.

Mana-mana herba yang dihasilkan melalui cara ekstrak pendidihan akan menyebabkan tenaganya hilang. Pendidihan juga akan menyebabkan herba bertambah pekat. Memekatkan herba hanya akan meningkatkan kadar jisimnya dan menjadikannya bertambah berat. Kemungkinan boleh bersifat logam berat atau berunsur karsinogen (bahan yang boleh bersenyawa dengan kromosom sel untuk membentuk sel kanser).

Herba boleh menjadi penawar sekiranya dia diambil secara sedikit, diperoleh secara semulajadi (bukan ditanam). Herba yang ditanam tidak mendapat cukup tenaga dan tidak berperanan sebagai penawar yang bertenaga.
Gambar di atas menunjukkan kaedah lazim kondensasi pendidihan yang menghilangkan getaran semulajadi bahan akibat pemanasan yang telah menghuraikan ikatan molekul.

Pencemaran Ekstrak

Setiap bahan yang diekstrak melalui cara pendidihan mudah dipengaruhi oleh bakteria disebabkan kehilangan getaran asal. Bahan yang diekstrak secara pendidihan boleh dipertenagakan semula sekiranya dimasukkan bahan asal dalam bentuk pejal di dalam esktrak tersebut.

Caranya ialah apabila ekstrak bunga terhasil melalui pendidihan. Setelah ekstrak itu disejukkan, masukkan segera bunga segar yang belum kehilangan tenaganya. Dengan cara ini, tenaga daripada bunya tersebut akan dipindahkan dengan baik ke dalam ekstrak yang telah kehilangan tenaga.

Ekstrak Kayu Sugi

Beberapa produk ubat gigi yang didakwa dicampurkan dengan ekstrak kayu sugi di pasaran boleh diuji kebenaran atau keberkesannya. Ujian dilakukan terhadap kandungan elektron pada ekstrak kayu sugi tersebut.

Setakat ini, hanya jenama Colgate dan Winz yang mempunyai ekstrak kayu sugi yang tinggi tahap elektronnya. Winz berjaya mengekalkan elektron di dalam ekstrak kayu sugi disebabkan kandungan garam pottasium yang tinggi di dalamnya. Garam tersebut juga baik untuk kesihatan gigi.

Suatu ketika dahulu beberapa jenis ubat gigi menggunakan kalsium dan pemutih daripada tulang. Jakim telah menarik sijil halal daripada beberapa jenis ubat gigi ini kerana tulang tersebut datang daripada sumber yang meragukan. Kemudian ada diantaranya menukarkan tulang kepada merkuri (raksa). Merkuri ialah logam berat yang amat beracun dan boleh menyebabkan kanser mulut.

Bahan lain yang terdapat di dalam ubat gigi yang didakwa bahaya dan menjadi punca pengharamnya di US dan China ialah Aquasept, Triclosan, Gamophen, Sapoderm dan Ster Zac.

Jika dibuat perbandingan dengan kayu sugi yang asli, ubat gigi yang dicampurkan dengan ekstrak kayu sugi tidak mempunyai peranan optimum seperti kayu sugi kerana gosokan daripada ubat gigi dengan menggunakan berus gigi linen tidak mampu mengalirkan elektron yang secukupnya kepada gigi.
Memberus gigi bukan sekadar sukar, malah ubat gigi dan berus gigi itu sendiri tidak bersih.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

1 ulasan:

samdaddycool berkata...

Thanks dropping by to my blog.. Bagus blog ni, memang banyak info.. terlalu banyak.!

teruskan usaha murni!

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)