SELAMAT DATANG

Blog ini telah berpindah ke hosting baru dengan domain yang baru. Sila klik link ini
http://attitudetherapy.com.my
Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 14 Oktober 2008

Keajaiban Mandi Ais

Mandi ais adalah teknologi paling ulung dalam rawatan Attitude Therapy sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit, kecantikan dan menenangkan minda. Terapi menggunakan ais bukan perkara yang baru malah ia telah dipraktik sejak zaman Rasulullah lagi.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim).

Cara merawat demam juga ada disebukan dalam hadis "Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari, maka selamlah ke dalam sungai sebanyak tiga kali selama tiga hari. Jika tidak sembuh, lakukan selama lima hari, jika tidak sembuh lakukan selama tujuh hari, jika tidak sembuh lakukan selama sembilan hari. Tetapi jangan melebihi sembilan hari". [*sumber sahih hadis ini belum ditemui]

Berdasarkan itulah pengasas rawatan alternatif Attitude Therapy mencipta terapi yang pertama di Malaysia menggunakan ais. Untuk memulakan terapi menggunakan ais, beberapa perkara perlu diambil berat. Kesihatan pesakit akan diperiksa terlebih dahulu untuk menentukan masalah yang dihadapi.

Pemeriksaan kesihatan pesakit hanya dilakukan oleh pengamal AT yang bertauliah dan berpengalaman. Setelah dipastikan masalah yang dihadapi, barulah pesakit dibawa ke bilik terapi mandi ais. Terapi itu hanya dikendalikan oleh kakitangan yang benar-benar berkelayakan dengan prosedur dan etika yang ketat.

Keistimewaan Mandi Ais

Terapi ini dikatakan amat berkesan untuk merawat beberapa penyakit kronik daripada kanser sehinggalah sakit yang paling ringan seperti demam. Selain itu, terapi ini juga boleh memberi kesan kepada kecantikan dan awet muda.

Terapi ini bertindak untuk
  • Membunuh kulat, bakteria, virus yang tidak diperlukan dalam darah dengan cara tekanan daripada air.
  • Menguatkan sistem imun untuk menguatkan badan daripada jangkitan penyakit berjangkit.
  • Membunuh kuman pada luka, memecahkan darah beku.
  • Membaiki fungsi serta peredaran darah ke otak.
  • Boleh mengecilkan dan menghapuskan pertumbuhan sel barah, lymphoma dan leukimia.
  • Memberikan ketenangan, rehat yang sebenar, tidur yang lena dan kesegaran yang cepat.
  • Mengawal dan membaiki denyut nadi, meningkatkan kadar metabolisma.


Mereka yang sihat juga boleh mengamalkan mandi ais untuk ketenangan, menghilangkan keletihan, kecantikan dan awet muda. Paling berkesan, mandi ais ini boleh melegakan keletihan dengan cepat dan memulihkan tenaga dengan pantas.

Penemuan Lain Tentang Mandi Ais

Di England terapi ais digunakan oleh pakar physiotherapiest untuk memulihkan ahli sukan yang keletihan. Terapi ais digunakan untuk mempercepatkan pemulihan badan daripada keletihan dan menyembuhkan kecederaan.
Atlit mandi ais
Dengan hanya berendam di dalam ais selama lima hingga 10 minit, kesejukan ais itu boleh melancarkan perjalanan darah di kaki ataupun bahagian yang mengalami keletihan. Selepas 10 minit akan terasa kaki berpeluh atau hangat dari dalam dan terasa ringan serta hilang kesakitan.
Semasa berendam, darah yang membawa oksigen akan banyak dibawa mengalir ke otot kaki dan bahagian lain badan untuk menolak asik laktik dan mengeluarkan toksin di dalam darah yang menyebabkan keletihan.

Biasanya mandi ais diamalkan oleh pemain ragbi semasa perlawanan Rugby World Cup, selepas menjalani latihan. Mereka mengamalkan mandi ais untuk membantu otot sentiasa kekal segar dan mengelakkan kecederaan.

Langkah-langkah Mandi Ais

Ada beberapa bahan yang akan dicampurkan di dalam tab mandi untuk terapi mandi ais. Bahan pertama yang mesti ada ialah air, iaitu perkara penting sebagai medium perantaran getaran tenaga dalam rawatan. Bahan-bahan lain ialah garam, kapur, belerang, minyak aromatherapy dan buih mandian beraroma. Bahan terpenting yang berperanan menguatkan getaran tenaga bahan-bahan yang dinyatakan di atas ialah ais. Ais berperanan menyejukkan air supaya molekul bahan menjadi bertenaga apabila ia bergetar denagan frequensi yang tinggi.

Setiap bahan-bahan ini memainkan peranan seperti berikut;
Air
Unsur atom air paling cepat mengesan gema atau gelombang yang berlainan dan paling cepat bergetar
Ais
Memberikan tekanan yang boleh menolak benda-benda asing mendap ke dasar kolam
Kapur
Menguatkan semula sktruktur tulang, meningkatkan suhu darah dan merendahkan suhu tulang. Merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Membersihkan kulit supaya deria sentuhan lebih peka pada tekanan persekitaran.
Sulfur
Membantu proses penghadaman, meneutralkan racun dan toksik dalam sistem penghadaman. Melancarkan penyerapan nutrient
Garam
Mencairkan darah, melancarkan aliran darah, mengeluarkan karbon dioksida yang terperangkap di dalam aliran darah dan memelihara sel darah
Aromatherapy
Merangsang kelenjar pineal untuk menguatkan sistem imun

Sebelum mandi, pesakit akan diberikan sesuatu formula mengikut keadaan hasil pemeriksaan kesihatan seperti berikut;
Formula CL7
Jika kandungan urik asid tinggi untuk mengelakkan kesejukan melampau semasa mandi. Formula ini juga membantu mengurai urik asid ketika mandi supaya tidak berlaku kekejangan
Formula CL4
Jika banyak angin dalam badan boleh menyebabkan pergolakan antara angin yang hendak dikeluarkan oleh tubuh dengan tekanan untuk memecahkan angin dalam badan. Formula ini membantu mengelakkan rasa mual atau muntah ketika mandi akibat angin hendak dikeluarkan.
Formula CL5
Sekiranya pesakit mengalami masalah jangkitan kuman dalam darah. Formula ini membantu tubuh mengawal bakteria dan mengelakkan jangkitan bakteria akibat disingkirkan secara drastik semasa mandian
Formula CL3
Formula ini khas untuk pesakit darah tinggi untuk mengelakkan rasa sakit kepala akibat pemecahan kolestrol yang drastik semasa mandi.
Formula CL1
Formula ini khas untuk pesakit yang mengalami gangguan spiritual seperti terkena sihir, saka dan sebagainya. Formula CL1 membantu menguatkan kelenjar Pineal yang merangsang semagat supaya tidak perlaku peristiwa pelik semasa mandi seperti keluar objek tajam, berbisa dan sebagainya dari tubuh.


Air rendaman pula cepat menjadi panas dan ais mudah menjadi cair sepanjang proses mandian. Bilik rawatan sentiasa dipasang dengan penghawa dingin untuk memastikan tiada pergerakan udara yang bebas. Ais akan ditambah setiap 10 minit untuk mengekalkan kesejukan.

Sepanjang proses mandian bakteria akan banyak terurai dan dikeluarkan melalui kulit. Ia boleh menyebabkan bau busuk atau menjangkiti semula pesakit. Oleh itu, lampu UV akan dipasang sepanjang rawatan untuk memastikan bakteria tidak aktif. Dari dalam air pula, buih ozon dilepaskan untuk mematikan kuman atau jangkitan di dalam air.

Tab mandian dilengkapi dengan jakuzi untuk memastikan garam dapat bertindak mengecaj semula ion-ion negatif.

Rawatan dimulakan dengan doa kerana air amat terpengaruh dengan niat dan hajat seseorang. Rendaman dimulakan daripada kaki sehingga seluruh badan. Bahan-bahan akan dimasukkan ke dalam air satu persatu mengikut sukatan berdasarkan hasil analisa dan pemeriksaan pesakit. Tempoh rendaman mengambil masa 30 minit. Seitap masa, menyelam keseluruhan badan ke dalam air perlu dilakukan dengan kerap.

Maklumat lanjut sila rujuk katagori Hidrotherapy Ice dalam blog ini
Sebahagian post ini turut disiarkan dalam majalah i-Sihat terbitan Utusan Karya keluaran bulan September 2008.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)