Semua formula yang dihasilkan oleh Attitude Therapy tidak diklasifikasikan sebagai ubat. Formula Attitude Therapy telah dipertenagakan dengan konsep kelajuan cahaya dan getaran bunyi yang dihantar kepada sistem kelenjar untuk memproses semula keperluan enzim dan berbagai jenis asid amino semulajadi yang menjadi keperluan sel-sel yang mengalami kepincangan.
Ia bukanlah penawar kerana penawar semulajadi sebenarnya telah ada di dalam diri individu itu sendiri di dalam hati. Attitude Therapy dalam menyelesaikan masalah ini ialah dengan menjana (menyeimbangkan) semula kerja asas sel melalui aktiviti output dengan menggunakan segala bentuk bebanan keracunan untuk ditukar menjadi tenaga sebagai keperluan asas sel (penawar semulajadi yang bertindak sebagai antidot). Attitude Therapy memegang teguh prinsip bahawa setiap racun itu adalah penawar. Attitude Therapy cukup yakin bahawa sel-sel asas tubuh perlu dikembalikan semula getaran bunyi yang menjadi asas kepada keperluan tenaga hayat semulajadi sehingga ke dasar nukleusnya.
Attitude Therapy menolak konsep taksub kepada bahawa ubat yang dicipta itulah yang menjadi penyebab kepada penyembuhan. Ini akan menimbulkan riak dan taksub kepada seseorang atau individu yang merawat. Kefahaman seumpama ini boleh mendatangkan kelemahan kesucian akidah kepada kepercayaan bahawa Allah lah yang menyembuhkan.
Formula Attitude Therapy paling natural serta bebas 100% dari bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindak balas kimia atau keracunan.
Tidak menggunakan bahan-bahan daripada binatang atau sumber hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif sering menimbulkan kesan sampingan yang amat berat. Ini membuatkan Attitude Therapy mengubah cara dengan meniru frekuensinya sahaja bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya dan getaran bunyi dalam tubuh manusia. Menggunakan bahan daripada binatang tidak akan terlepas daripada pengaruh karektor bawaan haiwan tersebut.
Ia bergetar atas frekuensi warna yang tertentu untuk membentuk keseimbangan secara serta merta pada bahagian-bahagian yang sakit (tidak seimbang) pada setiap tahap tubuh.
Attitude Therapy dengan teknologi memerangkap, meniru dan merakam pelbagai getaran gelombang seperti bunga-bungaan, kristal, buah-buahan dan segala jenis rempah ratus, dirakam dengan 7 jenis minyak pati aroma (essential oil) yang dikenali sebagai Formula Aromatherapy Vibration Seri Wangi berupaya meneutralkan pelbagai keasidan, keracunan dan jangkitan melalui pelbagai bentuk getaran dengan frekuensi tertentu.
Attitude Therapy dengan teknologi memerangkap tenaga dengan konsep keseimbangan menggunakan tenaga yang kecil, tetap dan konsisten sehingga sukar diukur dengan kelajuan di bawah daripada 6 Hertz dalam bentuk tenaga yang amat semulajadi.
Tenaga sesuatu organ dipindahkan dan dirakamkan ke dalam glukosa dan minyak pati bunga. Larutan ini mempunyai potensi skala sentesimol yang amat kecil dan ada kalanya ia tidak dapat dinilai frekuensinya kerana amat laju.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
5 ulasan:
Baru-baru ini Metro Ahad melaporkan seorang wanita warga asing sembuh dari kanser dengan mengamalkan perubatan alternatif. Namun perubatan alternatif yang dimaksudkan itu ialah "Terapi Air Kencing". Menurut wanita itu dia bebas dari kanser dan tahap kesihatannya amat baik ketika ini.
Pada pendapat saya apa jua rawatan yang ingin diambil , kita mestilah menilai tahap kebersihannya. Penawarnya mestilah dari bahan yang bersih dan suci supaya dapat menyucikan tubuh kita. Apa yang kita makan akan menjadi darah dan daging. CVT bagi saya adalah perubatan yang suci dan amat sesuai diguna pakai oleh umat Islam dan seluruh manusia. Istimewanya formulanya sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi hingga dewasa dan tidak perlu risau tentang kesan sampingan terhadap organ.
CVT bagi saya adalah perubatan yang suci dan amat sesuai diguna pakai oleh umat Islam dan seluruh manusia. Istimewanya formulanya sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi hingga dewasa dan tidak perlu risau tentang kesan sampingan terhadap organ.
_____________________
Saya menyokong kenyataan anda,sebab tu tugas kita membantu mereka membei kefahaman akan kaedah ini,sebab ada yang tahu tapi tak yakin,ada yang yakin tapi tak faham,dan ada yang faham tapi diam jer....walaupun banyak kendala dihadapi,meyakinkan masyarakat lebih mahfum akan selok belok rawatan ini mungkin sebahagian Misi dan Visi dari blog ini.
Dan oleh kerananya kita perlu menyelitkan post yang boleh difahami berkenaan rawatan ini di blog pribadi kita,dan mengajak pembaca,rakan dan sesiapa yang mengunjungi blog kita untuk tahu,baca,atau boleh menyimpan satu memory tentang CVT....perlahan tapi pasti,,jika bersama sama,,semua akan ringan dan berjaya..berdoalah.
Urine Therapy atau Terapi Air Kencing sememangnya telah diakui merupakan salah satu terapi yang mujarab. Tetapi ia terpaksa ditolak kerana sebab-sebab berikut:
1. Bernajis.
2. Susunan molekul yang bercelaru.
3. Bercaj positif (ion proton).
4. Radikal bebas dan mengoksidakan.
Sebenarnya rahsia kelebihan Urine Therapy ialah:
1. Menyerap vibration, sama peranannya seperti cendawan dan kulat. Oleh itu, ia boleh melemahkan sel kanser.
2. Molekul airnya sangat halus dan boleh meresap terus ke dalam sel. Oleh itu, sel mudah mendapat nutrient.
Alternatif terhadap Urine Therapy ini banyak sebenarya. Gunakan Quran dan Sunnah sebagai panduan untuk mencarinya.
assalamualaikum.
saya (32 tahun)mempunyai masalah sakit tulang belakang sejak 7 tahun yang lalu. Saya telah membuat MRI Scan di sebuah hospital swasta dan pemeriksaan doktor mengatakan bahawa terdapat satu tulang rawan yang pecah. Puncanya mungkin disebabkan mengangkat barang berat atau sebagainya. Doktor menasihati JIKA saya mahu, pembedahan kecil boleh dilakukan. Jadi saya minta nasihat doktor adakah perlu saya menjalani pembedahan tersebut atau adakah cara-cara lain yang lebih baik.
AMLI.
Catat Ulasan