Tumbuhan bukan sekadar membekalkan gas oksigen dalam tubuh badan tetapi segala bekalan tenaga yang lain. Tumbuhan dan manusia mempunyai keseimbangan tenaga dalam satu kitaran yang saling menyeimbangkan antara satu sama lain. Keseimbangan adalah menyeluruh meliputi segala sistem dalam tubuh badan manusia sama ada spiritual, emosi, mental dan fizikal.
Semua tenaga mempunyai getaran. Getaran itu ditentukan oleh warna sebagai ukuran ketepatan bagi keperluan tenaga yang harus diganti semula.
Tenaga daripada formula Attitude Therapy ini dicipta daripada tenaga tumbuh-tumbuhan yang dimanfaatkan daripada pancaran cahaya matahari dan sinar cahaya bulan.
Petik bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami. Rendamkan ke dalam air untuk merakamkan tenaga yang akan dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang. Tenaga getaran air itu amat berkait rapat dengan ilham daripada Allah terhadap mandi bunga yang menjadi amalan pelbagai budaya di seluruh pelusuk dunia.
Bumi sebagai planet bermagnet dapat merakamkan tenaga cahaya matahari. Bumi yang mempunyai daya graviti dapat menarik atau merakam pelbagai bentuk tenaga yang lain.
Kita dan tumbuh-tumbuhan adalah sebagai pengguna tenaga dari sumber yang sama. Mitokondria terus hidup dalam nukleus pada setiap sel. Setiap kehidupan mempunyai sel. Sel adalah asas kepada setiap kehidupan. Apa yang lebih menarik ialah tenaga getaran sel tumbuhan dan sel manusia mempunyai persamaan frekuensi dalam pengimbang kepada keseluruhannya.
Tumbuh-tumbuhan dan sebatang pokok secara keseluruhannya mempunyai tenaga yang berlainan getarannya bermula dari biji benih, akar, kulit, buah dan bunga.
Bahagian | Fungsi |
Bunga | Mempunyai kuasa spirit |
Kelopak | Bertindak untuk menstabilkan emosi dan mental dan keadaan yang mendadak |
Buah-buahan | Untuk kestabilan bahagian pernafasan dan penghadaman |
Kulit pokok | Mempunyai peranan siknifin untuk penyembuhan berbagai penyakit kulit |
Akar | Untuk penyakit yang menguasai bahagian saraf fizikal seperti tulang, darah dan usus |
Pengaktifan tenaga ini boleh ditambah lagi dalam memori dalam bentuk air (minyak pati bertenaga) melalui proses yang dipanggil pemberi tenaga.
Penyakit dianggap sebagai takdir. Tetapi andalah pencipta penyakit kerana anda membiarkan jiwa anda dilanda keresahan secara berterusan.
Alasannya ialah keresahan adaalah tabiat dan kelakuan yang sebenarnya dapat dikawal oleh otak. Umpamanya semangat jiwa mengganggu perasaan. Perasaan atau emosi pula akan mengganggu mental dan fikiran. Fikiran inilah yang akan membawa kepada keresahan. Keresahan ini pula akan mengganggu sistem fisiologi tubuh badan yang lama-kelamaan akan menyumbangkan kepada penyakit.
Tumbuh-tumbuhan satu kuasa pengimbang tenaga semulajadi
Mengkaji bagaimana tumbuh-tumbuhan menggunakan cahaya matahari untuk membuat makanan adalah sesuatu yang unik. Tenaga dari tumbuh-tumbuhan ini memberi tenaga untuk hidup malah bertanggungjawab mengatur keceriaan dan kasih sayang. Apabila tumbuhan-tumbuhan tidak lagi wujud, maka tidak akan ada lagi kehidupan di planet.
Dunia penuh dengan pencemaran. Berbagai bencana yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Tetapi sesuatu yang mengagumkan dalam jangka waktu yang singkat tumbuh-tumbuhan dengan suatu kuasa yang penuh bertenaga terus hidup. Ini ialah cara semulajadi mengembalikan keseimbangan. Itulah satu kekuatan yang ada pada tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber imuniti bagi menghadapi pencemaran dan masalah alam sekitar. Gunakan dan manfaatkan tumbuhan sebagai penyelesai bagi kekurangan imuniti yang menjadi punca penyakit kepada seseorang. Umpamanya bunga-bunga kecil yang tumbuh meliar di kawasan pergunungan atau tanah tinggi amat kuat getaran tenaga untuk menyesuaikan atau mengembalikan tahap spiritual seseorang kembali normal.
Tumbuh-tumbuhan kunci penyembuhan
Di dalam masyarakat moden hari ini kita dikelilingi dengan kesusahan dan kepayahan dalam melawan arus yang melanda ketidakharmonian perasaan. Setiap satu bentuk ketidakharmonian akan mewakili satu penyakit tetapi tidak kepada tumbuhan. Tumbuhan walaupun dicemari, tetap dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk terus hidup dengan penuh bertenaga. Maka kita memerlukan tumbuhan untuk keperluan keseimbangan di saat menghadapi pencemaran.
Maka tidak hairanlah jika tumbuhan itu diperlukan untuk menstabilkan ketidakharmonian dalaman yang kita alami. Sumber tenaga wajib dicari dan dimanfaatkan sebagai pengganti kepada tenaga cahaya matahari dan tenaga magnet bumi yang telah bersatu di dalam tenaga tumbuh-tumbuhan.
Dan tidak memeranjatkan jika setiap satu tumbuhan di bahagian tertentu memegang kunci kepada salah satu gangguan untuk penyembuhan penyakit.
Satu tindak balas yang sedemikian jelas menunjukkan bahawa tumbuhan amat cepat menyesuaikan diri di dalam keadaan yang paling tercemarkan sekalipun. Tubuh, tumbuhan, bumi dan planet amat bersatu dan saling memerlukan untuk memelihara keharmonian.
Sel dan tenaga
Frekuensi warna sel tumbuhan dinilai sama dengan frekuensi warna sel tubuh. Getaran ini umpama rangka atau sistem yang akan merawat sel yang berada pada paras tenaga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Anda hanya boleh menggunakan mikroskop untuk melihat satu sel yang mengandungi berjuta-juta antonik tetapi belum ada alat yang boleh mengukur daya hidup organisma sel melainkan melalui ukuran getaran warna.
Ukuran tersebut dapat dinilai melalui alat nanometer getaran warna. Konsep pemberi tenaga ke dalam memori cecair aromatik telah ditentukan mengikur ukuran getaran yang ditetapkan dalam lingkungan cahaya nampak iaitu antara 420 nanometer hingga 780 nanometer.
Tahap tenaga dalam sel menurun bermakna tahap sistem imun telah turut terancam. Setiap spesies sel bergetar dalam frekuensi warna yang berlainan kerana ia mempunyai tugas yang berlainan dalam menentukan gaya hidup.
Pengimbang tenaga Attitude Therapy mempunyai tahap tenaga yang tinggi dan diperlukan untuk menangani setiap aktiviti tenaga sel yang tercemar untuk perawatan semulajadi yang tepat dan berkesan.
Dalam tubuh yang sihat mempunyai jirim proton bercas positif dan luaran tubuh jirim elektron bercas negatif. Air dan tanah didapati mempunyai elektron yang cekap sebagai pengimbang. Tumbuh-tumbuhan didapati mempunyai kelebihan dalam memiliki kuasa neutron ini.
Sebenarnya dengan mengkaji satu sel, anda telah mengkaji keseluruhan alam semesta atau angkasa lepas. Di dalam satu sel terkandung berjuta-juta misteri yang telah dirakam pelbagai getaran tenaga mengikut keperluan atau keupayaan anda memandu kehidupan ke arah yang harmoni.
Otak manusia terdiri daripada dua jenis sel, iaitu sel-sel neuron dan glia. Glia mengendalikan segala aspek biokimia, manakala neuron menjalankan kerja-kerja utama otak, memproses impuls (utusan) saraf yang diterima dari organ-organ deria di seluruh tubuh.
Melalui mikroskop elektron, manusia dapat melihat bentuk sel saraf itu dengan jelas. Setiap neuron terpisah dengan neuron-neuron yang lain. Ruang yang memisahkan neuron-neuron itu dinamakan sinaps. Jadi utusan-utusan saraf itu tidak dapat melepasi ruang sinaps ini. Bagi mengeluarkan berbagai jenis bahan kimia pengutus yang dipanggil neuron penghantar atau neurontransmitter yang membanjiri ruang sinaps itu seolah-olah air yang membanjiri sebuah sungai supaya utusan saraf itu dapat menyeberang ke neuron yang lain.
Begitulah impuls saraf sentiasa diterima oleh otak siang dan malam. Neuron sentiasa bertugas menyampaikan dan membawa maklumat dan serentak dengan itu segala aktiviti otak dan kimia berjalan silih berganti. Kebanyakkannya lebih tertumpu di dalam bahagian korteks (lapisan luar) otak yang kelihatan berkedut-kedut.
Kumpulan neuron di bahagian permukaan lapisan korteks memproses segala maklumat kompleks. Maklumat ini sentiasa mengalir dari mata, telinga dan lain-lain organ deria serta dari urat saraf di seluruh tubuh. Neuron-neuron juga memindahkan maklumat elektrik dan kimia ke bahagian korteks yang lemah dalam ke bahagian-bahagian lain dalam otak dan juga ke serata organ otot-otot di dalam badan.
Neuron bekerja dalam kumpulan tertentu dan setiap kumpulan pula menggunakan neuron penghantar tertentu dan khusus pada sesuatu masa. Jenis neuron penghantar yang digunakan menentukan keupayaan kerja setiap kumpulan. Sifat-sifat kumpulan neuron penghantar inilah yang mempengaruhi ciri-ciri serta kualiti keseluruhan otak kita dan seterusnya fikiran yang dihasilkannya.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
1 ulasan:
Menurut kajian terdapat hampir 10 juta spesies flora dan fauna di seluruh dunia. Lebih 50% daripadanya didapati di dalam hutan hujan tropika. Adalah dianggarkan lebih 200,000 spesies tumbuhan berbunga terdapat di atas muka bumi ini dan sehingga kini hanya lebih kurang 5000 spesies sahaja yang telah dikaji untuk penilaian farmakologi.
Allah tidak menjadikan sesuatu melainkan bermanafaat untuk semua makhluknya. Memang benar kita dan tumbuhan saling memerlukan. Namun kajian mendalam terhadap tumbuhan khasnya bunga rupanya memberi seribu kelebihan kepada manusia dalam memelihara kesihatan. Bunga selain memiliki warna juga memiliki haruman tersendiri yang amat menenangkan. Selama ini ilmu sains yang diajar disekolah hanya menyatakan simbiosis tumbuhan dan manusia dalam skop yang sangat kecil iaitu tumbuhan menghasilkan oksigen .Keistimewaan ini jelas menunjukkan kebesaran Tuhan dan betapa sedikitnya ilmu yang ada pada manusia.
Penggunaan bunga dan tenaga darinya untuk tujuan kesihatan adalah satu cabang ilmu dari Maha Pencipta.
CVT adalah satu contoh yang mengaplikasikan bunga dan tenaga dalam perawatan kesihatannya. Dengan menggabungkan rahsia warna menjadi satu formula yang pertama di dunia. Unggulnya kerana Islam diterapkan dalam formula dan rawatannya.
Catat Ulasan