Sebenarnya tulang ialah struktur yang paling kuat dan teguh dalam tubuh badan. Ia lebih keras daripada besi dan lebih kukuh daripada batu. Tulang terdiri daripada ikatan-ikatan mineral seperti kalsium, fosforus, taurina dan sebagainya. Kekuatan ikatan molekul mineral ini menentukan kekuatan tulang.
Kekuatan ikatan molekul tulang dipengaruhi oleh isyarat bertekanan rendah yang melaluinya atau isyarat bertekanan tinggi hilang daripadanya.
Kekuatan ikatan molekul tulang dipengaruhi oleh isyarat bertekanan rendah yang melaluinya atau isyarat bertekanan tinggi hilang daripadanya.
Gambar rajah di atas menunjukkan struktur tulang dalam ikatan molekul yang kuat (gambar rajah kiri) dan ikatan molekul yang lemah (gambar rajah kanan). Sehingga kini tidak ada ubat-ubatan di hospital yang boleh menguatkan ikatan molekul tulang bagi tujuan mencantumkan tulang patah atau retak.
Tulang berfungsi untuk mengalirkan isyarat daripada organ yang mengalami kesakitan atau kelemahan untuk dineutralkan oleh tulang sulbi (sila rujuk post pertajuk Elektromagnetik Tulang Belakang). Apabila isyarat bertekanan rendah ini diserap terlalu banyak, maka tulang tidak dapat meneutralkannya dan ia akan terpendam di dalam tulang. Keupayaan tulang sulbi untuk meneutralkan kesakitan disebabkan oleh faktor rembesan Hormon Melatonin oleh Kelenjar Pineal (CL1). Semakin normal penghasilan Melatonin, maka semakin cekap kadar peneutralan kesakitan.
Isyarat bertekanan rendah bukan sahaja datang daripada kesakitan (iaitu rasa sakit yang dapat dirasai), tetapi ia juga datang daripada keadaan organ yang lemah (kesakitannya tidak dirasai) yang cuba untuk nyah positif caj atau membuang tenaga yang lemah atau tidak diperlukan. Ataupun kegagalan sesuatu organ, walaupun tidak berlaku rasa sakit, tetapi caj positif banyak akan dialirkan ke tulang.
Petua Mengelak Kecederaan Tulang
Selain disebabkan oleh pengaliran isyarat bertekanan rendah di tulang yang berlebihan, faktor pengaliran isyarat bertekanan tinggi keluar juga adalah punca kepada masalah tulang menjadi rapuh dan mudah patah apabila tercedera atau kemalangan. Punca kepada pengaliran isyarat bertekanan tinggi keluar dari tulang adalah disebabkan oleh faktor berikut
Banyak bercakap
Bercakap memerlukan banyak tenaga. Apabila kita bercakap sesuatu yang mendatangkan manfaat, ia akan dineutralkan. Tetapi apabila bercakap sesuatau yang sia-sia atau lagho, ia akan menghilangkan banyak tenaga terutama di tenaga bertekanan tinggi di bahagian tulang.
Mereka yang terlalu banyak bercakap tidak henti-henti mudah mendapat kecederaan tulang seperti terseliuh atau kepatahan akibat kemalangan. Kadang kala akibat terjatuh sedikit pun boleh menyebabkan tulang patah atau retak.
Tumbuhan Beradiasi
Tumbuhan beradiasi ialah tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri akarnya terkeluar ke permukaan tanah seperti orkid, tanduk rusa (juga dipanggil pokok sakat atau langsiur) atau tumbuhan yang digantung atau tumbuhan seperti gambar-gambar yang ditunjukkan di bawah

Pelbagai pokok orkid berasal dari hutan dan hanya sesuai tumbuh dalam ekosistem di hutan. Walaupun berbunga tetapi mudarat daripada akar yang terdedah lebih bahaya dan menjejaskan tulang.
Pokok paku ialah pokok parasit yang tidak berbunga. Semua tumbuhan parasit adalah penyerap tenaga. Tumbuhan tidak berbunga tidak memancarkan tenaga. Akarnya terdedah mengakibatkan punca radiasi yang menjejaskan tulang.
Pelbagai tumbuhan tergantung dan tumbuhan hutan yang tidak bermanfaat ini kelihatan cantik, tetapi radiasi yang dipancarkan amat memudaratkan tulang. Sesiapa yang dirumahnya terdapat hiasan seperti ini, berhati-hati terhadap risiko kecederaan tulang atau penyakit berkaitan tulang seperti sendi, sakit lutut, osteoporosis (kereputan tulang), sakit belakang dan sebagainya.
Dalam sehari 24 jam semua jenis pancaran cahaya dan warna di atmosfera lengkap 7 warna dan juga sinar termasuk infra red yang panas dan beradiasi. Tulang mempunyai tenaga yang menyamai spektrum warna merah dan menghampiri radiasi infra red. Oleh itu sebarang pendedahan terhadap sumber infra red panas secara berlebihan akan menyebabkan tulang menjadi lemah ikatan molekulnya.
Terdapat dua jenis infra red, iaitu infra red sejuk dan infra red panas. Infra red sejuk akan terpancar secara semula jadi apabila terbit matahari (waktu syuruk). Momentum infra red tersebut akan berlanjutan hingga kira-kira 30 minit (contohnya dari 7.00 pagi hingga 7.30 pagi). Infra red panas pula akan terpancar ketika matahari terbenam. Kira-kira 30 minit sebelum matahari terbenam ialah tempoh infra red terpancar (contohnya dari 7.00 petang hingga 7.30 petang).

Berada di luar rumah pada waktu infra red panas (iaitu waktu senja) ialah amalan yang tidak baik kerana akan menjejaskan tulang. Tetapi terdedah kepada infra red sejuk amatlah baik. Sebagai amalan, elekkan diri serta laranglah anak anda bermain-main di luar rumah ketika waktu senja. Pada waktu pagi, bukalah semua tingkap dan pintu rumah supaya dimasuki cahaya matahari. Waktu pagi ialah waktu yang paling sesuai untuk keluar rumah bagi memulakan kerja (atau menuntuk ilmu atau musafir) atau mencari nafkah.
Apabila berlaku kecederaan terhadap tulang seperti terseliuh (ligamen atau tendon), retak atau patah, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah senyap atau berhenti bercakap. Atau perhatikan faktor lain sama ada tumbuhan beradiasi perlu dialihkan atau elakkan terdedah di luar ketika maghrib. Jika ini dapat diatasi, sebenarnya pesakit ini telah berada dalam keadaan pemulihan.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat tulang patah atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
5 ulasan:
Tuan yang terkasih. Saya sungguh beruntubg disaat saya tertimpa kemalangan tulang, ada saudaraku yang telah menyediakan artikel yang sangat bermanfaat ini, buat penyelamatan saya pribadi entahpun bagi teman2 yang saya tinggalkan di Menes Pandeglang yang tengah menderita musibah patah tulang. Ijinkan saya untuk boleh mencetak artikel tuan untuk saya tempelkan di dinding ruang perawatan di klinik patah tulang H. Achmad. Anjuran dan cegahan bagi penderita patah tulang akan sangat bagus untuk diketahui agar mereka mereka Insyallah cepat pulih. Adapun artikel ini juga saya muat dan linked di blog Tebak Manggis.
Alhamdulillah, semoga tuan selalu berjaya fillah. Wassalam.
Boleh apa saja silakan, di samping itu tolong buatkan link nya ke blog ini ya.
Bercakap memerlukan banyak tenaga. Apabila kita bercakap sesuatu yang mendatangkan manfaat, ia akan dineutralkan. Tetapi apabila bercakap sesuatu yang sia-sia atau lagho, ia akan menghilangkan banyak tenaga terutama di tenaga bertekanan tinggi di bahagian tulang.
ermm......bagaimana nak bezakan antara bercakap yang mendatangkan manfaat dengan bercakap yang sia-sia dr.? especially bagi mereka yang sememangnya sudah terbiasa cakap banyak, kadang-kadang dalam percakapan tu yang bermanfaat dan sia-sia pun bercampur aduk.
Org tua2 dulu mmg byk ilmu, cuma mrk tak menerangkan rasional melakukan sesuatu perkara, contohnya,kenapa nak mandi bunga pd waktu subuh,jadi bila kita ikut sesuatu tanpa tahu apa faedahnya, itu yg ustaz atau ustazah kata 'khurafat'. Mungkin masa dulu-dulu,nenek2 kta tak byk menyoal,ikut shj, tp berbeza dgn zaman skrg,anak2 kita nk tahu knp perlu ikut arahan/suruhan tertentu,jadi sbg ibubapa zaman millenium kenalah tuntut ilmu,cth masa kecil,nenek kata,jgn main masa senja,nnt kena sorok hantu,kita dh takut,so tk buat lg,tp klu ckp mcm tu kt anak2 kta skrg,mesti diaorg tanya mcm2,jadi kenalah kta bgtau yg sebenarnya,masa matahari terbenam,waktu tu warna di alam 'infra red',tk elok utk kesihatan, dan vibration lambat,susah nak mencapai sesuatu,org kita suka tgk matahari terbenam,katanya cantik,tu kena bgtau jgk, elok tgk matahari terbit. Sama macam waktu pagi,elok buka pintu atau tingkap biar rezeki masuk, so skrg kita boleh terangkan warna di alam skrg sgt sesuai utk kita memulakan kerja,lgpun kan ada hadith menyuruh kita keluar di waktu pagi utk bekrja?
Perkara yang bermanfaat dan perkara yang sia-sia amat jelas, ia boleh dikenali. Niat untuk bercakap itu sendiri telah menentukan sama ada percakapan itu bermanfaat atau sia-sia. Oleh itu, berfikir dan rancang dulu sebelum berkata-kata.
Lagho, cakap besar biasa terjadi kepada mereka yang bercakap berlebih-lebihan.
Serius tetapi mesra.
Cakap sedikit tetapi amat bermakna.
Lebih banyak mendengar daripada berkata-kata akan meningkatkan kefahaman (Ilmu Laduni).
Lebih banyak mengurangkan kata-kata yang sia-sia seperi bergurau dan bercakap kosong akan meningkatkan kewibawaan kata-kata yang amat bermakna (Jum'ul Qalam).
Catat Ulasan