SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 4 September 2007

Organik Tidak Mengubah Radioisotop Protein

Organik dari segi istilah dalam pemakanan bermaksud makanan dari sumber yang bebas daripada bahagian kimia seperti racun serangga dan baja kimia. Sayur yang tidak diberikan baja kimia dan semburan racun serangga dipanggil sayur organik. Sekarang makanan organik telah banyak dijual dipasaran dan harganya hampir 3 ke 4 kali ganda daripada makanan biasa di pasar basah. Di US, susu soya telah dikaji mempunyai banyak protein yang boleh menyebabkan kanser jika diambil berlebihan. Oleh itu, pemasaran susu soya tinggi protein di US telah diharamkan tetapi aktiviti pengilangan masih diteruskan dan hasilnya dilambakkan ke dunia ke 3 termasuk Malaysia. Kaedah pemasaran ialah dalam bentuk jualan langsung kerana akta jualan langsung membenarkan penjualan pelbagai barangan yang dilarang dijual secara terbuka. Ada sesetengah saintis berpendapat, walaupun soya diakui sebagai punca kanser, tetapi ia tidak berlaku sekiranya soya tersebut dihasilkan secara organik.

Bagaimana soya memberikan manfaat kepada tubuh?

Segalanya bermula daripada protein dalam soya. Protein amat diperlukan oleh sel sebagai makanan sel. Sel yang mendapat bekalan protein yang mencukupi akan segar atau kelihatan "gemuk" (di bawah mikroskop) hingga mampu merembeskan hormon atau menghasilkan enzim yang mencukupi untuk fungsi tubuh. Contohnya pankreas, jika pankreas mendapat bekalan protein yang mencukupi, ia berkeupayaan menghasilkan insulin untuk mengawal kencing manis.

Bagaimana protein menjejaskan tubuh?

Sebenarnya protein boleh mendatangkan kemudaratan jika diambil berlebihan. Protein itu sendiri mempunyai beberapa jenis. Ia mudah terokdisa. Bahan teroksida adalah karsinogenatik atau punca kanser. Secara umum, protein terbahagi kepada protein berat atau protein radioisotop 12 dan protein ringan dengan radioisotop 14. Protein radioisotop 14 cuma boleh didapati daripada ikan segar manakala protein radioisotop 12 didapati banyak daripada sumber tumbuhan seperti soya, kobis dan taugeh. Protein radioisotop 12 boleh menyebabkan kromosom dalam DNA disenyawakan hingga mengubah identitinya menjadi sesuatu yang baru dan boleh pula membiak. Fenomena ini dipanggil kanser. Soya organik didapati kurang menyebabkan protein teroksida atau berlakunya pembentukan protein radioisotop 12. Ringkasannya di sini saya turunkan beberapa panduan pengambilan makanan tambahan
  • Elakkan pengambilan makanan tambahan secara berlebihan
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan atau makan berdasarkan keperluan tubuh hasil pemeriksaan kesihatan
  • Elakkan mengambil makanan kesihatan bagi tujuan "pencegahan" sebelum sakit, sebenarnya pengambilannya hanya bagi tujuan rawatan atau mengurangkan sipmtom sahaja.
  • Berhenti mengambil makanan tambahan setelah simptom atau penyakit hilang.
  • Sentiasa berfikiran positif, rasional, tenang, sabar, ikhlas dan redho supaya tubuh dapat mencernakan makanan dengan baik. Gangguan akhlak atau pemikiran seperti tertekan, pemarah, terburu-buru dan sebagainya akan menyebabkan tubuh terbeban dengan sumber nutrien yang berlebihan dan akan menukarkannya menjadi asid lemak yang juga punca penyakit.
Protein soya organik tetap radioisotop 12
Walaupun soya dihasilkan secara organik, tetapi radioisotop proteinnya tetap nombor 12. Bermaksud ia masih lagi boleh teroksida dan membentuk bahan bersifat karsinogenatik (bahan punca kanser). Beza soya organik dan soya biasa ialah soya organik kurang teroksida dengan racun atau baja kimia berbanding dengan soya biasa yang telah dari awal-awal lagi teroksida dengan bahan tersebut.

Akibat pengambilan soya

Protein soya akan diproses oleh liver (CL12) untuk dijadikan tenaga. Jika jumlah protein ini berlebihan, ia akan ditukar dan disimpan dalam bentuk asid lemak. Jika proses penukaran protein kepada asid lemak ini tidak dapat dijalankan dan hati (CL12) akan terbeban dan fungsi keseluruhannya akan terjejas. Pankreas (CL15) akan bertindak untuk meneutralkan dan memproses asid lemak untuk menjadikannya tenaga semula. Sekiranya jumlah asid lemak ini berlebihan, pankreas akan terjejas. Protein yang berlebihan dalam darah dan tidak digunakan akan dinyahkan oleh buah pinggang (CL13). Jumlah protein yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan buah pinggang terbeban dan akan menjejaskan fungsi keseluruhan organ tersebut. Kesan jangka panjang, ia akan turut menjejaskan kelenjar prostat dan menyebabkan timbulnya simptom gangguan atau masalah berkaitan kencing. Antara kesan awal akibat pengambilan soya ialah sakit pinggang atau kerap kencing. Kekerapan kencing yang normal sepatutnya hendaklah kurang daripada 2 kali sehari. Kencing melebihi 3 kali sehari dengan kuantiti urin yang sedikit adalah petanda awal gangguan kesan daripada protein yang berlebihan. Antara tanda lain ialah kencing berwarna pekat dan berbuih.

Semoga sedikit tips ini dapat membantu, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia membantu walau di mana anda berada. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya. Setiap pesakit yang mendapatkan rawatan Attitude Therapy, akan diberikan khidmat nasihat mengenai nutrient dan amalan pemakanan yang betul dengan penerangan yang menarik sesuai dengan ikhtiar untuk proses penyembuhan penyakit.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 016-3315761 

5 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Penerangan dari segi saintifik berkenaan dengan produk soya telah dijelaskan di sini, malah salah seorang doktor di hospital juga telah menyatakan kelemahan produk soya. Sekiranya tuan puan ada menonton rancangan 360 semalam, tentu dah tengok bagaimana air soya dan tauhi dihasilkan, itu baru satu kilang yang ditunjukkan, yang lain wallahu'alam. Kebersihan langsung tak dijaga, buat tauhu dekat dengan tong sampah, sebelah tandas, simen yg kotor, lepas tu jual dekat pasar malam dan tempat-tempat lain,so fikir-fikirkan ...

babylito berkata...

Apa yang hendak saya utarakan disini juga berkaitan "organik". Isu 'ayam daging' mencetuskan kegemparan khususnya buat penduduk beragama Islam di Malaysia. Ayam daging di pasaran tempatan dikatakan telah disuntik dengan protein hidrolisis yg mana sumbernya adalah dari khinzir.
Alternatifnya wujud ayam kampung organik.
Ayam-ayam ini telah diberikan makanan yang berkhasiat tinggi seperti yang dinyatakan di bawah. Seperti yang kita ketahui ayam bersifat "cemburu". Adakah dengan mengawal bentuk makanan yang dimakan oleh ayam2 tersebut boleh mengawal karektor tersebut seterusnya menjadikan manusia yang memakannya juga bebas dari karektor tersebut?


"Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba.

Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadi kegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai anti biotic, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.


KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG ORGANIK

A. HALAL PROSES PENTERNAKANNYA.
B. AYAM DIBERI MAKANAN YANG BERSIH DAN BERKHASIAT TINGGI YANG MENAWARKAN FAEDAH PERUBATAN BAGI PENGGUNA SEPERTI :

1) HABBATUS SAUDA
2) HALIA
3) PANDAN
4) KUNYIT.
5) AIR BERSIH BAWAH TANAH TANPA KLORIN

Khasiat-Khasiat :

1) Jintan hitam /Habatussauda
• Sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.
• Mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.
• Meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.
• Mekstrak dari bijinya adalah toksik kepada sel kanser
• Meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.
• Dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel imuniti tubuh untuk meningkatkan penghasilan interveron
• Melindungi sel-sel normal terhadap kesan virus yg boleh merosakkan sel
• Menghancurkan se-sel tumor

2) Pandan
• Membantu menghilangkan masalah angin
•Mmerawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia

3) Kunyit
• Antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser.
• Berupaya menyembuhkan luka di dalam badan,
• Mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin,
• Membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah,
• Membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.
• Dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

4) Halia
• Membantu menghadamkan makanan
• Membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
• Boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
• bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman"

Sumber: http://ayamorganik.com

Lezna hangat berkata...

Saya selalu terbacalah dalam majalah yang mengatakan bahawa susu kacang dapat mencegah dari sakit jantung
sampai kenser payudara. mungkin pengasuh kolum kesihatan tu mengagungkan kandungan ajaib dalam kacang yang melahirkan nama tempe tu, semacam hormon estrogen, yang membantu bekerja buat kit- kita tetap sihat dan awet muda,diartikel ini menambah perbendaharaan saya akan bahaya soya'pernah saya diberitahu kawan masa beli cola,tapi saya pilih susu soya...dia kata"jangan minum soya...soya tu sari kacang tempe atau biji kedelai yang mana sebenarnya tidak lain adalah sisa olahan beracun dari indastry minyak sayur. gila jugak kawan aku ni,ntah mana dia dapat cerita ni,Tapi seperti yang terkandung dalam artikel Dr Arif ni,akan kebaikan dan keburukan soya yang akan membwa kelebihan protein dan menyebabkan kenser,tentunya kaum wanitalah kena jaga jaga dengan kanser payudara...tapi jika di USA benda ni diharamkan,ada pula hari tu kementerian kesihatan mencadangkan produk susu kacang soya sebagai ganti susu dalam Program Susu Sekolah (PSS)..haahh....mungkin mereka fikir susu soya mempunyai ketahanan terhadap bakteria,tengoklah tempe tu,,makin lama makin elok,,heheh,,bemakna tempe dah sekeluarga dengan bakteria..hahah andai-andaian awam titian blog serumpun sahaja ni"kita juga maklum bahawa pemakanan yang dihasilkan dari kacang soya menerusi teknologi'bioteknologi'istilah kita Pemakanan Pengubahsuaian Genetik’.kan oleh pakar pemakanan di seluruh dunia dah dibahas serius mengenai bahaya pengambilan soya jika secara berterusan atau berkala ke atas kesihatan manusia dan juga haiwan,so jikalau susu soya ni masuk sekolah.buat budak-budak tu,dah tentu beresiko kemungkinan terdedah pada alahan dan penyakit yang terkait dengan genetik,kalo macam tu budak budak tu kira jadi bahan ujikaji pula,kan elok kalo minuman misai kucing,,lagi berkhasiat.

Baby_syahiran berkata...

Serumpun : Ye ke ada cadangan dari Kem. Kesihatan berkenaan penukaran Prog. Susu Sekolah tu kpd produk susu kacang soya.
Harap2 tk jadi, dulu ada cadangan utk tukar warna baju sekolah pelajar ke warna lain,katanya "Anjakan Paradigma", klu warna bersesuaian takpe, atau boleh pakai uniform warna berlainan setiap hari,nk kena ada 5 uniform warna lain2 plk,buatnya ada cadangan nk tukar warna oren, dn diterima,takke mendatangkan masalah lain, pd pandangan sy sblm memberi apa2 cadangan yg seluruh negara akan tahu, elok mrk berbincang dahulu, cedok ilmu kt mana2.Elok diaorg rujuk blog Dr. Ariff ni dulu, pengetahuan penting sb kita nk mendidik generasi.
Berbalik kpd susu kacang soya, pelik jgk Kem. Kesihatan ni,takkan diaorg tk tahu khasiat dan mudarat,mana yg lebh banyak. Saya ada baca buku CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang)-terbitan 2006. Harap2 ramailah Org Islam yg dpt mengeluarkan makanan halal. Berikut antara petikan berkenaan produk soya :
Contoh Makanan ubah suai genetik (GM):Jurutera genetik telah mengenalpasti gen dalam ikan flounder mampu bertahan dalam air yg sgt sejuk.Jadi, mrk "memotong" gen antibeku daripada ikan tersebut dan "menampalnya" ke dalam DNA tomato. Dengan itu, tomato yg mengalami perubahan genetik itu mampu bertahan dalam cuaca sejuk dan mempunyai tempoh pembesaran yg lebih panjang.* DNA tomato tidak asli lg krn bercampur dgn DNA haiwan dan akan menimbulkan masalah lain.
Di manakah terdapat mkn ubah suai genetik?
Kajian tlh menunjukkan makanan GM yg paling meluas penjualannya di Malaysia ialah kacang soya atau minyak kacang soya.
Kesan-kesan makanan GM ke atas kesihatan:
1. Penghasilan toksin
2. Kematian dan kecacatan ribuan manusia kerana terdapat suplemen L-trytophan drp hasil kejuruteraan genetik
3. Alergi yg mengancam nyawa,contohnya ramai yg meninggal dunia akibat serangan asma yg dicetuskan oleh bahan ini
4. Pembentukan virus yg kebal dan peningkatan ketahanan bakteria terhadap antibiotik.
Semoga ramai yg mengambil tahu hal ini dan ibubapa atau guru blh memaklumkn kpd "pembuat keputusan" berkenaan baik buruknya soya, insyallah.

Lezna hangat berkata...

Betul tu Syahiran...cubalah kalo ada yang bagi komen diblog ni pakar pakar kesihatan lain,bolehlah kita kita belajar dari mereka jika diblog ni ada saling tukar fikiran tentang kesihatan,lagipun kita kena kembali kepada perubatan asal yang murni ,sebab skarang ni banyak sangat warna warni,dari warna pakaian,makanan,warna ubat,sampailah warna asap lagi menyesakkan nafas' agak-agaklah,,,kalau kalau (ya kalau sahaja") menteri kesihatan memberi komen di blog ini..."biarlah kita buatkan satu kolum khas disini..dengan tajuk SIHAT BERSAMA MENTERI....ya ya saja bah...

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)