SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 28 September 2007

Lumbar Spine Dan Keyakinan


Pesakit yang mengalami masalah L4 dan L5 sebenarnya mengalami masalah penyakit dasar. Ia boleh dirawat dan lebih cepat sembuh dengan keyakinan diri sendiri yang kuat. Psikologi pesakit yang mengalami masalah penyakit dasar ialah cepat putus asa, was-was, curiga dan kurang keyakinan. Sebenarnya masalah keyakinan tidak boleh disalahkan kepada pesakit, tetapi pengalaman yang pernah dilalui pesakit menyebabkan kesan trauma hingga lahirnya karektor sedemikian. Oleh itu, keyakinan yang tinggi untuk pulih ialah salah satu keperluan keperluan utama untuk membantu proses penyembuhan.

Penyakit dasar melibatkan organ-organ bawahan atau pada level Fizikal seperti rajah di bawah.
Karektor pembawaan (sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit) akibat gangguan atau kelemahan pada peringkat lumbar adalah seperti jadual yang ditunjukkan di bawah;
BAHAGIAN LUMBAR
ORGANKESANRawatan
L1Usus besar, groinGangguan keseluruhan pada usus besarCL18
CL19
L2Apendiks, bahagian bawah abdomen, pahaKekejangan otot kaki, urat-urat timbul di betis, peredaran darah yang lemahCL18
CL19
L3Uterus, prostat, pundi kencing, lututGangguan urin, pusingan haid, mati pucuk, sakit lututCL13
CL 6
CL17
L4Prostat, tulang punggung, saraf siatikSakit punggung, sakit belakang dan sisi luar peha, betis, kaki, sakit belakang pada bahagian bawah (lumbago), gangguan pundi kencingCL17
CL 9
CL20
L5KakiKebas, kejang dan peredaran darahCL18
CL20

Terdapat pelbagai kaedah dan ikhtiar di dalam rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sakit tulang belakang. Untuk mendapatkan rawatan, setiap pesakit perlu menjalani sesi diagnos dengan kaedah yang dipercayai dan biasa diguna pakai dalam rawatan Attitude Therapy iaitu Applied Kinesiology. Dengan kaedah ini, keadaan sebenar penyakit dapat ditentukan (walaupun telah menjalani x-ray dan MRI) serta cadangan pengambilan formula menjadi lebih tepat (walaupun terdapat banyak teori pengambilan formula yang telah ditetapkan).

Pemeriksaan dapat dijalankan dengan cara hadir sendiri ke pusat rawatan saya atau membuat temujanji yang sesuai. Jika tidak berkesempatan, saya boleh membuat analisa di tempat saya dan menghantar formula rawatan melalui pos. Rawatan lengkap boleh dijalankan sendiri di rumah. Sebelum ini saya berpengalaman merawat ramai pesakit hingga hampir kesemuanya telah sembuh walaupun kami tidak pernah berjumpa.

Sepanjang tempoh rawatan, pesakit akan dipantau sepenuhnya dengan rapi dengan segala perkembangan direkodkan. Pemantauan membantu proses rawatan menjadi lebih cekap.

Kos rawatan jauh lebih murah daripada menjalani pembedahan. Malah pembedahan sebenarnya adalah tidak perlu sama sekali memandangkan ia boleh dirawat dengan mudah. Rawatan akan mengembalikan semula tenaga yang akan mengikat semula struktur tulang dan bahagian yang terlibat supaya terbentuk seperti asal atau digelar Elasticity. Tempoh untuk pulih juga jauh lebih cepat serta ia bergantung kepada kesungguhan pesakit itu sendiri. Insya Allah saya akan memberikan sepenuh komitmen untuk merawat pesakit yang mengalami masalah Lumbar Spine.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

2 ulasan:

babylito berkata...

"Hassan Kassim pula sedang dalam perjalanan ke luar daerah untuk urusan jualan barangan syarikatnya. Selepas memandu beberapa km, Hassan mula berasa was-was sama ada dia telah memadam lampu bilik air dan juga dapur gasnya, lebih teruk, dia ragu-ragu adakah telah mengunci pintu depan rumah flatnya itu.
Dengan penuh kebimbangan, Hassan berpatah balik dan sebaik sahaja sampai di rumah, beliau mendapati semuanya berada dalam keadaan baik."
Saya rasa setiap dari kita pasti mengalami situasi seperti di atas walaupun mungkin berbeza jalan cerita. Dinamakan penyakit was-was yang kini melanda ramai penduduk terutama di bandar.
Mungkin gaya pemakanan kita yang banyak membebankan organ-organ penghadaman.Memang betul pepatah "you are what you eat". Rugilah orang yang tidak menjaga pemakanan lebih lagi yang tidak menjaga halal haram.
Membaca artikel "Lumbar Spine" dan kaitan terhadap "Keyakinan" memberi satu persepsi baru terhadap penyakit was-was kerana kajian alopati menyatakan ia adalah akibat sel-sel otak yang menurun tetapi sebab dan musabab penurunan sel otak tidak dinyatakan dengan jelas juga tidak mengaitkan dengan karektor keyakinan. Lebih menyedihkan kajian tersebut tidak mencadangkan apa jua rawatan untuk pemulihan sedangkan mereka telah mencatat statistik yang tinggi bagi penduduk bandar yang mengalami penyakit was-was ini.
CVT mengaitkan penyakit ini dengan sakit tulang belakang dan mempunyai beberapa alternatif dalam perawatannya.

sha berkata...

salam,dr.

saya baru tahu mngenai blog dr.ini.
saya de soalan mengenai sakit tulang belakang yg mana dr. yg merawat saya mncadangkan saya tuk mjalani pembedahan dan saya masih menangguhkannya. sebelum itu saya telah mngikuti siri rawatan fisioterapi tuk mngurangkan rasa sakit it.masalah tulang belakang saya melibatkn 2 bahagian iaitu di L5 and L4.kini, kaki kiri saya selalu merasa kebas dan kadangkala bisa. saya kena sentiasa memakai stokin tuk mengelakkan rasa sejuk,kebas and bisa itu. jadi, boleh saya tahu adakah sakit saya ini masih dirawat tanpa memerlukan saya menjalani pembedahan?harap dr.dapat membantu.terima kasih

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)