SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 30 Julai 2007

Terapi Kambing

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawet) seperti daging burger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit


Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (CL18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (CL3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)

Selain pengurai kolestrol dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal (CL1), Kelenjar Pitutary (CL2), Hati (CL12), Hempedu (CL14), Pankreas (CL15), Kelenjar Adrenal (CL13) serta hormon pembiakkan ovari dan testis (CL16).

Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient EQ.

Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi

Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang bertindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.

Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor

Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia sesuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabetis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabetis, tahap cemburunya amat melampau.

Karektor Kambing

Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
  1. Tegas.
  2. Berpendirian.
  3. Matang.
  4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
  5. Memahami arahan.
  6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
  7. Tinggi EQ (emotional quotient).
  8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
  9. Tersenyum.
Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Rahsia Janggut Dan Senyuman

Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunyai banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.

Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam Falsafah Hukum Keseimbangan.

Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.

Rawatan Penyakit Darah Tinggi

Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.

Sebelum mengambil daging kambing, pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rawatan untuk Darah CL18 dan Thalamus CL3. Rawatan terbaik untuk menstabil dan menguatkan darah daripada penyakit darah tinggi ialah dengan pengambilan Formula Habibi, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat penyakit darah tinggi atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya.

18 ulasan:

No longer valid berkata...

Subhanallah. Pujian setulus hati saya bagi tuan. Saya belum pernah beroleh bacan sejelas ini. Teraphy kambing ini sungguh mengejutkan saya. Padahal dalam msyarakat saya, produk kambing adalah hal yang ditakuti bagi pengidap penyakit drah tinggi. Berani mengkonsumsinya berarti sanggup menghadapi resiko stroke yang menyengsarakan dan mahal sekali.
Ada pepatah China, "Watak manusia akan seperti apa yang dimakannya." Sekarang saya baru faham akan maknanya. Akan tetapi kebenaran daging kambing sebagai pembangkit semangat juang, sejak muda saya pernah membuktikannya. Akan tetapi para leluhur menafikannya. Mungkin maksudnya, agar kelakuan lelaki jangan seperti kambing saja. Oleh karenanya saya menghindarinya. Bekalan tuan mengisyaratkan saya, buat kembali mengkonsumsi daging kambing secara bijaksana. Salam.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Terima kasih kerana memberikan komen, telah lama saya tulis tajuk ini tetapi tidak mendapat komen. Saya hanya menerangkan secara gambaran kasar. Insya Allah jika berkesempatan saya akan tulis lagi tetapi dalam bentuk kajian yang lebih saintifik. Masyarakat arab dan penduduk utara afrika mengamalkan daging kambing sebagai diet harian, tidak ada masalah penyakit darah tinggi dan obesiti terhadap mereka. Saya juga kerap amalkan sejak beberapa tahun yang lalu, Alhamdulillah darah stabil, cuma mula-mula tu pening kepala sikit akibat kesan pembongkaran

Unknown berkata...

Salam Ramadhan

Terima Kasih kerana Dr Ariif Faizal meningglakan Jejak Blog Doktor pada blog saya.Ianya memberikan impak yang besar bagi kami penternak kambing khasnya dan penggemar daging kambing amnya.Info yang sangat baik dan memberi kesedaran pada semua rakyat Malaysia bahawa makan daging kambing boleh membawa penyakit darah tinggi adalah salah.Sebenarnya makan daging kambing adalah sunnah kerana baginda Rasullullah SAW adalah pengemar daging kambing.
Disini juga saya ada menyiar kembali artikel Doktor di blog saya dan di backlink ke Blog Dr Arif Faizal .Terima Kasih

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Maklumat ini memang patut disebarkan. Untuk menyiarkan kembali artikel saya dan membuat back link, dipersilakan. Terima kasih

Rie berkata...

Salam Ramadhan Dr,

Alhamdulillah....
saya tak pernah mendapat info tentang kambing sebegini. Walaupun telah hampir setahun lebih bergelumang dalam bidang penternakan kambing ini. saya akan review tentang info ini di blog kambing-boer.blogspot.com saya.

Dan saya akan linkkan dengan blog Dr.

Terima kasih banyak2 Dr. dengan ilmu yang bermanfaat ini.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Syukur alhamdulillah, akhirnya tulisan saya diakui oleh penternak kambing itu sendiri. Dulu ayah saya pernah menternak kambing, jadi saya berkesempatan merasai pengalaman indah di kandang kambing. Asalnya ingin mengetahui pengalaman rasulullah. Ternyata Allah itu maha bijaksana, di sana saya tersentuh dengan kebesaran Allah.

Saya telah menguji psikologi kambing dengan pelbagai ujian hingga merumuskan sesuatu yang telah saya tuliskan dalam topik terapi kambing ini. Saya juga sempat memberi panduan kepada orang yang mengambil upah menjaga kambing tentang cara untuk menjaga kambing dengan mudah dan menyeronokkan.

Semasa mula-mula saya mengenal tentang "Blogging" ini, persepsi pertama saya ialah "Blogger" (penulis blog) ialah seorang yang professional atau mempunyai tahap pemikiran EQ yang tinggi. Nampaknya terbukti pengembala kambing ialah "Blogger" yang mahir.

Terima kasih kepada abghalim dan esis kerana meninggalkan link masing-masing dalam blog ini. Diharapkan ramai lagi pengembala kambing melawat blog ini dan memanfaatkan maklumat yang didedahkan.

FAN Agri berkata...

Dr,
Terima kasih di atas tulisan Dr. Amat berguna dan bermanfaat. Saya percaya penternak-penternak kambing seperti saya akan menyebarluaskan fakta ini kepada umum terutamanya masyarakat melayu yang masih kurang faham tentang khasiat kambing.

Syabas dan terima kasih Dr!

Tanya berkata...

Maafkan saya Dr...saya mencelah di sini di bawah tajuk Kambing ini berdasarkan bagaimana Dr menghubungkaitkan karaktor kambing yang mempengaruhi karaktor pada manusia juga.

Saya apabila membaca email sepertimana di bawah ini yang mengisahkan mengenai kehebatan Semut membuatkan saya berfikir semula akan kenapa kita apabila termakan semut boleh mengakibatkan masalah lupa. Namun begitu berdasarkan kisah semut ini begitu banyak kehebatan tentang semut.

Dalam kisah ini juga menceritakan tentang diri kita yang dijadikan dengan tugasan tertentu. Diharap jika Dr dapat komen juga. Terima kasih.

Terima kasih Dr jika Dr dapat mengulasnya di bawah tajuk lain.

Keajaiban Semut

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda tentang satu e-mail yang saya kira menarik untuk tatapan kita semua......


SELAMAT DATANG KE DUNIA SEMUT

Dalam perjalanannya ke sekolah setiap hari, Omar berjalan melalui taman rumah di seberang jalan dan menanti di sana untuk seketika. Seorang kawan istimewanya tinggal di taman ini. Siapapun tidak mengenali kawan ini, tetapi Omar amat menyayanginya. Omar tidak pernah lupa menziarahi kawannya, dan dia amat gembira dengan persahabatan mereka. Tambahan pula, dia mempunyai seorang sahabat yang lebih pintar daripada orang lain. Walaupun saiz badannya kecil, tetapi kawannya ini melakukan banyak perkara-perkara penting. Dia juga adalah seorang yang kuat bekerja. Dia melakukan semua kerja-kerjanya dengan baik dan dalam masa yang sepatutnya, seolah-olah dia adalah seorang askar. Walaupun dia tidak pergi ke sekolah seperti Omar, dia melaksanakan dengan jayanya banyak tugas-tugas yang diperlukannya di dalam hidupnya.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah sahabatnya itu?
Sahabat rahsia Omar ialah seekor semut, yang dapat melakukan banyak perkara-perkara yang indah.
Mungkin kamu belum pernah mendengar betapa mahir dan bijaknya semut. Sebahagian kamu mungkin menganggap mereka sebagai serangga-serangga ringkas yang hanya melata ke sana sini tanpa melakukan apa-apa. Tetapi mereka yang beranggapan demikian telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri.
Omar berkesempatan untuk mempelajari dengan lebih terperinci kehidupan ini daripada sahabatnya. Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk menziarahi sahabatnya dan amat gemar berbual dengannya.

Semut-semut penganyam adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka.

Omar berasa amat kagum dengan perkara-perkara yang didengarinya daripada sahabatnya tentang dunia semut. Dia ingin berkongsi semua yang telah dipelajarinya tentang bakat, kebijaksanaan dan semua sifat-sifat lain hebat sahabat kecilnya ini dengan orang lain.

Jadi, apa yang menyebabkan Omar begitu gembira? Kenapa dia begitu tertarik dengan dunia semut? Sudah tentu kamu tertanya-tanya mengapa. Jadi teruskan membaca...

Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain. Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.

Semut-semut penjaga pintu mengawal sarang. Mereka melakukan tugas ini dengan jayanya. Semut-semut lain juga kuat bekerja. Mereka melakukan semua kerja-kerja di dalam sarang.

Keluarga semut juga amat besar. Contohnya, kamu mungkin mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada 4-5 orang anggota. Bagaimanapun, di dalam keluarga semut, kadang kala terdapat berjuta-juta semut. Sekarang fikirkan untuk seketika: jika kamu mempunyai berjuta-juta adik beradik bolehkan kamu tinggal di dalam sebuah rumah? Sudah tentu tidak!

Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.

Sebahagian keluarga semut adalah tukang jahit, yang lain pula menghasilkan makanan mereka sendiri seperti peladang, dan yang lain pula menjalankan ladang-ladang kecil di mana mereka memelihara haiwan-haiwan kecil. Seperti mana manusia memelihara lembu dan menggunakan susunya, semut pula memelihara kutu-kutu kecil (kutu daun) dan menggunakan susunya.
Semut-semut "bercakap" di antara satu sama lain dengan menyentuh.

Sekarang mari kita lihat apa yang Omar akan katakan tentang dunia semut ini:

Omar: Saya mula menyedarinya apabila saya ternampak kepalanya yang kecil itu muncul daripada tanah. Kepalanya menarik perhatian saya, kerana ia lebih besar daripada badannya. Saya tertanya-tanya mengapa kepalanya begitu dan mula memerhatikan sahabat kecil saya ini. Kepalanya yang lebih besar daripada badan membantunya untuk bekerja sebagai pengawal di pintu masuk sarang. Adakah kamu mahu tahu 'bagaimana'? Dia memeriksa sama ada semut-semut yang hendak memasuki sarang berasal daripada keluarganya atau tidak, dan dia tidak akan membenarkan mereka masuk sekiranya mereka orang asing.

Sebaik sahaja melihatnya, saya bertemu dengannya dan memintanya menceritakan apa yang sedang berlaku di dalam. Sahabat kecil saya faham akan perasaan ingin tahu saya, dan mula memberitahu saya tentangnya. Apa yang paling menghairankan saya ialah bagaimana semut-semut yang berkepala besar mengenali rakan-rakan sama sarang dengan mereka dan membenarkan mereka masuk.


Semut-semut tidak mahu orang luar memasuki sarang mereka, kerana ia akan mengancam keselamatan mereka. Mereka tidak akan ragu-ragu untuk bergaduh untuk melindungi sarang dan sahabat-sahabat mereka.


Si Semut: Omar, pertamanya biar saya memaklumkan kepada awak bahawa kami memanggil keluarga kami sebuah 'gerombolan' . Dengan kata lain, kami hidup di dalam masyarakat yang digelar gerombolan. Seekor semut dapat memberitahu dengan mudah sama ada semut lain berasal daripada gerombolannya atau tidak. Dia melakukannya dengan menyentuh badan semut tersebut dengan sesungutnya, (batang kecil dan nipis yang keluar daripada atas kepalanya) yang membantunya membezakan semut luar. Bagaimanapun, kami mungkin terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalaunya.


Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki sarang. Apabila dia berkongsi pemikiran ini dengan sahabatnya, dia tersenyum kepadanya dan menyatakan bahawa terdapat banyak perkara yang akan memeranjatkannya.

Semut-semut mempunyai tugas-tugas berbeza. Mereka bekerja keras pada kerja mereka tanpa berehat.


Semut tersebut kemudian berkata: "Biar saya memberitahu awak tentang keadaan dalaman sarang kami, yang kamu beria-ia untuk mengetahuinya. Gerombolan-gerombol an kami mempunyai seekor ratu semut, semut-semut jantan, askar-askar dan semut-semut pekerja.
Ratu dan semut-semut jantan mengekalkan spesies kami. Ratu lebih besar daripada kami semua. Tugas semut-semut jantan ialah untuk membolehkan ratu melahirkan semut-semut baru. Askar-askar bertanggung jawab memelihara gerombolan kami, memburu dan mencari tempat baru untuk sarang. Kumpulan terakhir mengandungi semut-semut pekerja. Semut-semut pekerja semuanya terdiri daripada semut-semut betina yang mandul. Iaitu, mereka tidak bolehmelahirkan anak. Mereka menjaga ratu dan anak-anaknya, dan membersihkan dan memberi makan kepada mereka. Lebih daripada itu, mereka terpaksa melakukan semua kerja-kerja lain di dalam gerombolan. Mereka membina koridor lubang baru di dalam sarang, mencari makanan dan membersihkan sarang. Semut-semut pekerja dan askar juga terbahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil di kalangan mereka. Sebahagian mereka adalah penternak, juru bina, dan pencari makanan. Setiap kumpulan mempunyai tugas-tugas yang berbeza. Ketika satu kumpulan berlawan dengan musuh-musuh atau berburu, kumpulan lain pula membina sarang, dan yang lain pula mengambil berat tentang kebersihan dan membaiki sarang".

Apabila sahabat kecil Omar telah menjelaskan semuanya, dia mendengarnya dengan penuh tanda tanya, dan kemudian menyoalnya: "Tidak pernahkah kamu merasa bosan, menanti di pintu masuk sarang setiap masa? Apakah tugas kamu di dalam sarang?

Si semut menjelaskan: "Saya juga seorang pekerja, dan tugas saya ialah untuk bekerja sebagai penjaga pintu. Seperti yang dapat kamu lihat, kepala saya cukup besar untuk menutup lubang masuk sarang. Saya bangga mempunyai kebolehan ini, dan saya melaksanakan tugas saya dengan bangga. Saya tidak pernah bosan; sebaliknya, saya gembira kerana saya melindungi sahabat-sahabat saya daripada ancaman".

Omar tidak dapat menahan kekagumannya terhadap jawapannya. Semut-semut bekerja sepanjang masa untuk menolong yang lain, tanpa memikirkan diri mereka sendiri dan tanpa sebarang masalah - sesuatu yang sering tidak dapat dilakukan oleh manusia.

Daripada apa yang telah diberitahu oleh sahabat kecilnya, dia dapat memahami dengan mudah bahawa kerja-kerja di dalam sarang telah dibahagikan dengan sempurna di antara semut-semut ini. Jelas di sini bahawa kehidupan semut-semut telah diatur dengan baik dan semua semut-semut ini tidak mementingkan diri. Kemudian dia tertanya-tanya sama ada mereka pernah bergaduh di kalangan mereka kerana sebahagian mereka mendakwa mereka lebih baik atau lebih kuat daripada yang lain. Sahabat beliau berkata bahawa perkara seperti itu tidak pernah berlaku dan menambah:


Pekerja-pekerja yang rajin sedang bekerja.

"Kami adalah sebuah keluarga yang besar, Omar. Tidak ada perasaan cemburu, persaingan atau angan-angan di kalangan kami. Kami selalu tolong-menolong di antara satu sama lain dan kami melakukan yang terbaik untuk gerombolan kami. Segala-galanya di dalam gerombolan ini adalah berdasarkan kepada pengorbanan. Setiap semut memikirkan kepentingan sahabat-sahabatnya

terlebih dahulu, dan kemudian barulah dirinya. Biar saya berikan kamu satu contoh. Apabila berlaku kekurangan makanan di dalam gerombolan, semut-semut pekerja dengan segera berubah menjadi semut "pemberi makan", dan mula memberi makan kepada yang lain dengan makanan di dalam perut simpanan mereka. Apabila telah cukup makanan di dalam gerombolan, mereka sekali lagi bertukar menjadi semut-semut pekerja.

Saya pernah mendengar manusia menyatakan bahawa terdapat persaingan di dalam alam semula jadi. Jangan sekali-sekali percaya apa yang mereka katakan. Kami lebih tahu bahawa kami perlu bekerjasama untuk berjaya."

Omar menyatakan bahawa apa yang telah dia beritahunya tentang dirinya dan gerombolannya adalah satu contoh yang baik. Dia amat gembira mengetahui bahawa Allah telah menjadikannya begitu tidak mementingkan diri sendiri, membantu dan sukakan sahabat-sahabatnya. Selepas apa yang diberitahunya kepadanya, dia memilih untuk menjadi sekurang-kurangnya seorang yang selalu memikirkan orang lain seperti mana semut-semut tersebut, dan menjadi orang baik yang Allah sukai.

Dia telah terlewat dan perlu pergi segera ke sekolah. Dia memberitahu sahabatnya bahawa dia terpaksa pergi, tetapi dia akan datang bertemu dengannya esok.
Keesokannya, Omar pergi semula ke tempat yang sama dan menanti sahabat kecilnya. Selepas beberapa minit, dia muncul. Dia memberitahunya bahawa dia tidak sabar menanti sepanjang malam untuk bertemu dengannya lagi. Kemudian mengingatkannya tentang janjinya untuk menceritakan kepadanya keadaan dalaman sarang. Oleh itu, si semut mula menceritakan tentang tempat tinggalnya:

"Walaupun kami adalah haiwan-haiwan yang kecil, sarang kami amat besar, tidak ubah seperti ibu pejabat sebuah angkatan tentera yang besar. Jika kamu orang luar, kamu tidak akan dapat memasukinya. Kerana, seperti yang telah kamu ketahui, terdapat pengawal-pengawal seperti saya di pintu-pintu.

Di dalamnya, terdapat aktiviti yang sangat tersusun dan berterusan. Beribu, malah berjuta-juta semut askar dan pekerja seperti saya bekerja di dalam keadaan yang paling mudah.
Lagipun, kami telah memikirkan semua keperluan-keperluan kami ketika kami mendirikan bangunan-bangunan kami. Contohnya, bangunan kami mempunyai paras-paras bawah tanah yang hanya mengehadkan sejumlah cahaya matahari masuk. Tetapi terdapat juga bahagian di mana tenaga cahaya matahari diperlukan. Kami membina bahagian ini di paras paling atas, yang menerima cahaya matahari pada sudut paling luas.

Dan kemudian, terdapat juga bahagian-bahagian yang perlu berada dalam keadaan berhubungan di antara satu sama lain. Kami membinanya berhampiran di antara satu sama lain, supaya semut-semut dapat bertemu antara satu sama lain dengan mudah. Ruang simpanan kami, di mana bahan-bahan lebihan kami disimpan, dibina sebagai satu bahagian yang terpisah di satu bahagian bangunan. Bilik-bilik kecil di mana kami menyimpan makanan kami ditempatkan di tempat-tempat yang mudah dicapai. Tambahan pula, terdapat juga sebuah dewan di bahagian tengah bangunan di mana kami berkumpul pada waktu-waktu tertentu".


Di sebelah, kita dapat melihat sebuah bandar bawah tanah. Walaupun tubuh mereka kecil, mereka dapat membina bandar-bandar yang begitu besar.

Apabila Omar mendengar semua ini, dia bertanya kepada sahabat kecilnya: "Apakah kamu benar-benar melakukan semua ini? Saya tidak tahu semut-semut dapat bekerja seperti jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek yang mahir. Jika manusia hendak mendirikan bangunan-bangunan yang sempurna, mereka perlu meluangkan banyak tahun di sekolah dan bekerja keras. Adakah kamu juga mendapat latihan yang sama?" Sebagai balasan, si semut tersebut memberitahunya lebih banyak perkara-perkara menarik tentang sahabat-sahabatnya:

"Tidak, Omar. Kami semua mempunyai kemahiran ini di dalam diri kami. Ia tidak pernah diajarkan kepada kami, tetapi kami mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan, dan bila. Bukan setakat itu sahaja. Apa yang akan saya beritahu kamu selepas ini akan lebih memeranjatkan kamu.

1. Sistem Pertahanan Udara
2. Bangsal Perkebunan
3. Pintu Masuk Utama dan Pintu-Pintu Masuk Sisi
4. Bilik-Bilik yang Telah Siap
5. Perkuburan Penyimpanan
6. Bilik Pengawal
7. Perisai Luar
8. Bilik Asuhan
9. Gudang Daging
10. Gudang Bijirin
11. Penjagaan Kanak-Kanak untuk Larva-Larva
12. Bilik Musim Sejuk
13. Pusat Sistem Pemanasan
14. Bilik Mengeram
15. Bilik Diraja...
Sudah tentu semut-semut tidak dapat merancang dan mereka semua perincian ini sendiri.Mereka telah didorong oleh Allah untuk melakukannya.

Seperti yang telah saya beritahu kamu sebelum ini, bangunan kami sangat besar jika dibandingkan dengan saiz kami. Bagaimanapun, kepanasan di setiap tempat adalah sama rata. Di dalam sarang kami, terdapat satu sistem pemanasan yang sangat maju. Dengan cara ini, suhu akan kekal sepanjang hari. Untuk menjamin perkara ini, kami menutup permukaan luar bangunan kami dengan bahan-bahan yang tidak membenarkan kepanasan masuk. Dengan cara ini, kami juga menghalang udara sejuk masuk ketika musim sejuk dan menahan udara panas pada musim panas. Dengan cara inilah kami mengekalkan suhu pada satu paras".

Rumah yang semut-semut bina untuk diri mereka adalah seperti sebuah istana bagi mereka.





Sudah tentu jika Omar tidak bertemu dengan sahabat kecilnya ini, dia sukar untuk percaya bahawa semut dapat melakukan semua ini. Dia berkata kepada si semut: "Sebelum kamu memberitahu saya perkara ini, jika seseorang datang dan memberitahu tentang perincian tentang sarang kamu dan bertanya siapakah yang dapat membina sarang seperti itu, sudah tentu saya memberikan jawapan yang berbeza. Saya mungkin akan mengatakan bahawa sebuah sarang seperti itu hanya dapat dibina dengan peralatan yang baik dan kerja keras oleh orang-orang yang mahir. Jika ada orang menyatakan bahawa sarang ini tidak dibina oleh orang yang berpelajaran tetapi oleh semut-semut, sebenarnya, saya tidak mungkin akan mempercayainya" .

Ketika sahabat kecilnya, si semut bercakap dengannya, banyak anggapan melintasi mindanya. Dia beranggapan bahawa mereka lebih mahir daripada manusia, dan mula melihat haiwan-haiwan dengan pandangan yang berbeza. Dia faham semut-semut itu telah dijadikan Allah, dan ilham Allah kepada mereka setiap masa yang menjadikan mereka berkelakuan seperti ini. Jika tidak, mereka tidak akan dapat melakukan perkara-perkara ini dengan berjaya.

Ketika semua perkara ini terlintas di fikirannya, sahabat kecilnya masih terus bercakap. Apabila dia telah selesai, Omar menjadi lebih tertarik, dan mahu bertanyanya tentang semua yang terlintas di fikirannya. Dia bertanyakan soalan pertama yang difikirkannya segera. Dia telah diberitahu sebelum ini bahawa semut-semut ini berkelakuan seperti peladang, jadi dia bertanya bagaimana mereka dapat melakukannya. Bagaimana seekor semut yang begitu kecil, berladang di atas tanah tanpa sebarang peralatan, sesuatu yang manusia pun sukar untuk melakukannya?

Si semut berkata: "Biar saya beritahu awak satu perkara tentang kami. Dengan cara itu, ia akan memudahkan untuk menjawab soalan kamu. Walaupun kami kelihatan sama semuanya, kami sebenarnya terbahagi kepada banyak kumpulan-kumpulan yang berbeza mengikut cara kami hidup dan rupa kami. Terdapat 8,800 jenis semut yang berbeza. Setiap spesies mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Semut peladang adalah salah satu daripadanya. Sekarang, saya akan memberitahu kami tentang semut yang terlibat di dalam perladangan. Mereka digelar "attas", iaitu, semut pemotong daun.

Sifat-sifat terkenal attas ialah kebiasaan mereka membawa di atas kepala mereka pecahan-pecahan daun yang telah dipotong. Untuk tujuan itu,
mulanya mereka melicinkan jalan mereka, supaya mereka dapat melaluinya dengan mudah. Jalan di mana mereka berjalan ke sarang mereka ketika membawa pecahan-pecahan dedaun kelihatan seperti sebuah lebuh raya kecil. Semut-semut berjalan perlahan-lahan sepanjang jalan ini,mereka mengutip semua ranting-ranting, batu-batu kerikil kecil, rumput dan tumbuhan liar di atas tanah, dan membuangnya. Jadi mereka membersihkan sebuah jalan untuk diri mereka sendiri.

Selepas melakukan kerja yang banyak dan lama, lebuh raya mereka menjadi lurus dan licin seperti telah diratakan oleh alat khas. Attas berjalan di atas laluan ini, berlindung di bawah pecahan-pecahan daun yang besar, yang mereka bawa di dalam rahang-rahang mereka yang dikepit kejap.


Attas memotong dedaun dengan mahir dan berhati-hati.


Omar: Kamu katakan mereka bersembunyi di bawah daun-daun? Mengapa attas merasa perlu untuk bersembunyi di bawah daun-daun?

Si Semut: Kadang kala, semut attas perlu berhati-hati, Omar. Contohnya, pekerja attas yang bersaiz sedang meluangkan hampir sepanjang hari berada jauh daripada sarang, membawa dedaun. Adalah sukar untuk mereka melindungi diri mereka ketika melakukannya, kerana mereka membawa dedaun di rahang mereka, yang selalunya mereka gunakan untuk mempertahankan diri.


Omar: Jadi, jika mereka tidak dapat mempertahankan diri, siapa yang melakukannya untuknya?

Si Semut: Semut-semut pekerja pemotong daun sentiasa ditemani oleh pekerja-pekerja yang lebih kecil. Pekerja-pekerja ini memanjat naik ke atas daun yang dibawa oleh attas dan terus memerhati. Jika berlaku serangan musuh, mereka akan melindungi sahabat-sahabat mereka, walaupun mereka bersaiz kecil.

1- Semut-semut memotong daun-daun yang mereka bawa ke sarang kepada cebisan-cebisan.
2- Mereka mengunyah cebisan-cebisan ini menjadi pulpa.
3- Mereka meletakkan pulpa ini di atas benda yang berasaskan daun-daun kering di dalam bilik-bilik baru.
4- Mereka meletakan cebisan-cebisan kulat yang mereka ambil daripada bilik-bilik lain di atas pulpa ini.
5- Sekumpulan semut-semut yang sibuk membersihkan taman dan membuang semua benda-benda yang tidak diperlukan.

Omar: Itu adalah satu lagi contoh pengorbanan. Tetapi saya ingin mengetahui satu lagi perkara. Untuk apa attas-attas ini menggunakan dedaun ini? Mengapa attas-attas ini membawa dedaun ini sepanjang hari?


Si Semut: Mereka memerlukannya untuk perladangan mereka. Attas menggunakan dedaun ini untuk menanam kulat. Semut-semut tidak dapat memakan dedaun ini sendiri. Oleh itu semut-semut pekerja membuat satu longgokan pecahan-pecahan dedaun selepas mengunyahnya, dan kemudian menempatkannya di dalam bilik-bilik bawah tanah di dalam sarang mereka. Di dalam bilik-bilik ini, mereka menanam kulat di atas daun-daun dan mereka memperoleh makanan mereka daripada pucuk-pucuk kulat yang tumbuh.


Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri?


Omar: Ya, memang saya cuba memahami bagaimana semut-semut dapat melakukan semua itu. Contohnya, jika kamu meminta saya menanam kulat, sudah tentu ia bukan pekerjaan yang mudah bagi saya. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca beberapa buah buku atau meminta nasihat daripada mereka yang tahu melakukannya. Tetapi saya tahu semut-semut tidak mendapat latihan seperti ini.

Sekarang baru saya faham apa yang menyebabkan kamu dan sahabat-sahabat kamu begitu mahir. Kamu telah diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas kamu. Contohnya, attas telah wujud di dunia ini dalam keadaan telah sedia mengetahui tentang perladangan. Sudah tentu, Allah, Pencipta semua hidupan, telah memberikan kemahiran ini. Allahlah yang telah menjadikan kamu dan sahabat-sahabat kamu dengan sifat-sifat yang hebat ini.


Attas membawa daun-daun yang mereka potong.
Si Semut: Kamu betul, Omar. Kami mengetahui perkara-perkara ini secara semula jadi. Pencipta kami, Allah, memberikannya kepada kami sebagai satu nikmat.

Omar telah lewat lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya, dan pergi ke sekolah. Ketika berjalan, perkara-perkara yang sahabat semutnya telah beritahunya masih bergema di dalam telinganya. Sementara itu, dia terus berfikir.

Perlakuan-perlakuan mahir semut menunjukkan kepada satu kebijaksanaan hebat. Tetapi kebijaksanaan ini tidak mungkin kepunyaan semut-semut itu sendiri. Tambahan pula, mereka hanyalah makhluk-makhluk kecil. Kalau begitu, sudah tentu semua kemahiran semut menunjukkan kepada manusia kebijaksanaan Allah. Untuk menunjukkan kehebatan-Nya dan kesenian rekaan-Nya, Pencipta semut ini, telah menjadikan makhluk-makhluk kecil ini melakukan tugas-tugas yang tidak dapat mereka lakukan dengan kebijaksanaan dan kehendak mereka sendiri.

Sahabatnya memiliki kebijaksanaan, kemahiran dan pengorbanan semula jadi kerana dorongan Allah. Semua yang dilakukannya menunjukkan bahawa ia bukan kuasa dan kebijaksanaannya, tetapi Allah.

Memikirkan perkara-perkara ini, dia menyedari bahawa beberapa perkara yang digambarkannya sebelum ini secara berbeza telah digantikan oleh pandangan-pandangan fakta yang sebenar. Dia juga memahami kini bahawa cerita-cerita tentang hidupan, bagaimana mereka wujud secara kebetulan, bagaimana mereka memperoleh kemahiran-kemahiran yang mereka miliki secara kebetulan melalui satu jangka masa, adalah dusta. Bagaimana ia boleh menjadi benar? Cuba fikirkan, bagaimana semut-semut ini "bercakap" di antara satu sama lain dengan begitu sempurna jika mereka wujud secara kebetulan? Bagaimana mereka dapat berhubung di antara satu sama lain tanpa sebarang kekeliruan, dan membina sarang yang sempurna? Lagipun, jika semua semut-semut ini telah wujud secara kebetulan dan jika mereka hidup hanya untuk mempertahankan diri, bagaimana mereka dapat melakukan pengorbanan yang sangat besar di antara satu sama lain?

Dia memikirkan perkara ini sepanjang hari di sekolah. Apabila dia pulang pada sebelah petangnya, dia memilih untuk membaca al-Quran, yang telah Allah turunkan kepada semua manusia. Ayat pertama yang dibacanya adalah seperti berikut:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)

Dia yakin bahawa Allah telah menjadikan semut, dirinya, ibunya dan bapanya, saudaranya dan segalanya di alam semesta ini. Sahabat kecilnya telah mengingatkannya tentang satu kenyataan penting di dunia ini: iaitu tiada pencipta selain daripada Allah.

Saya percaya apabila kamu membaca ayat-ayat ini, kamu semua akan memahami kebenarannya seperti Omar, dan mengetahui bahawa Allahlah yang telah menjadikan segalanya. Kemudian kamu akan berkata: "Darwin, yang menyatakan bahawa hidupan tidak dijadikan, tetapi telah wujud secara kebetulan, adalah suatu pembohongan besar. Apabila kita dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang mempunyai banyak kemahiran menakjubkan, adalah mustahil untuk memikirkan bahawa ia wujud secara kebetulan".

Jadi, seperti Omar kamu juga mungkin menemui suatu hari nanti seorang kawan baik, jangan lupa bahawa banyak yang dapat kamu pelajari daripadanya. Kaji dan fikirkan tentang kesempurnaan di dalam kesenian Allah, Yang menjadikannya. Dan jika kamu bertemu dengan pendusta-pendusta seperti Darwin, ceritakan kepada mereka tentang sifat-sifat sahabat kecil kamu dan katakan bahawa kamu tidak akan mempercayai penipuan-penipuan mereka yang tidak masuk akal.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Menarik cerita semut ni, dah 3 kali saya baca kerana belum pernah membacanya sebelum ini. Cuma saya ada terbaca cerita yang lebih kurang seperti ini yang diterbitkan oleh Utusan Pengguna edisi kanak-kanak pada sekitar tahun 90-an.

Rasulullah tidak pernah makan semut dan tidak melarang kita memakan semut (kerana tidak ada hadis tentang larangan memakan semut). Cuma tok guru yang mengajar saya mengaji dan menghafal Quran agar jangan makan semut mahupun jika terminum air yang dimasuki semut. Mungkin ini ijtihad (pendapat) ulama yang diberikan ilham oleh Allah.

Mungkin kita tertarik dengan karektor sesutu haiwan, tetapi kita perlu membuat pertimbangan dasar iaitu sama ada haiwan tersebut boleh di makan atau tidak serta adakah terdapat kemudaratan walaupun ada manfaat di sebaliknya.

Khinzir misalnya, mempunyai sifat pemalu, menundukkan pandangan dan tidak cemburu. Tentu para suami suka jika isterinya tidak ada perasaan cemburu. Tetapi secara dasarnya daging haiwan ini hiharamkan untuk dimakan.

Walau sehebat mana kajian dan ilmu akal manusia yang sedikit ini, tetapi kita perlu rujuk kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar dan batasannya.

Lezna hangat berkata...

DAGING AYAM CEMBURU:DAGING KAMBING POWER...mesti yang baca tajuk recent comment ni melirik ,,ya ke,,dari bau ketiak hingga power up,,saya ada satu pengalaman tentang pemakanan daging kambing ni,pada 2004 saya berada di malang jawa Timur,saya diajak seorang rakan di salah sebuah restoran,kalo tak silap namanya restaurant president,kawan saya ni seorang siswazah dari University Brawijaya Malang, time duduk dia bagi satu klu"MAU COBAIN TORPEDO YA,,di Malaysia ada nggak yang gitu"...apa tuh,,torpedo ke turbo atau turnado,,hahaha,,dia menjelaskan,,bahawa torpedo adalah makanan sate atau sop kambing untuk menambah power lelaki''heheh,,normal,,saya pun menyoal la,,maklumlah lelaki kalo soal soal ni,,open jer..kesihatan lelaki"memang diutamakan..sebelum pelayan datang bawa buku senarai menu dia melanjutkan,,torpedo kambing ni tidak sesuai untuk penderita darah tinggi,dia tanya sama ada saya ada darah tinggi,entah knapa...sebab menurutnya darah akan mendadak hangat dengan torpedo kambing ni" sebab resipi inti katanya adalah 1 sudu serbuk lada hitam dan organ pangkal kemaluan hewan tu,,haahhh...saya jadi hilang selera masa tu...sama ada nak cuba atau tidak,,,akhirnya saya cuma pesan avocado jer,,,menggelikan juga..dia banyak cerita laa,,pasal organ kambing ni memang dari cerita rakan tu sesuai dengan penjelasan di artikel ini,,bila dah time qurban ni,,ingat kambing ingat kawan saye tu..sekarang dia dah jadi pensyarah di salah satu university di Indonesia,namun tak lagi dengar berita...

Baby_syahiran berkata...

Salam, nak sentuh ttg janggut,sblm ni saya cuma tahu, bg lelaki,menyimpan janggut tu sunnah, dan bila sesuatu tu digalakkan dalam Islam, mesti ada kebaikan di sebaliknya, begitu juga perkara yg dilarang.Orang Barat mmg suka mengkaji sesuatu perkara, contohnya, dalam satu kajian di Eropah, mrk tlh menemui kelebihan menyimpan janggut di mana didapati di celah-celah janggut wujud gas yg boleh menjadi unsur penenang. Sekiranya disentuh oleh isteri,darah akan menjadi normal.So, klu dah tahu tu, buatlah, insyaallah, rumahtangga aman, agak-agak isteri nk marah tu, cubalah hulurkan janggut. Yg ni boleh tahan lagi rasanya, lg satu janggut kn perhiasan org mukmin di akhirat...

Tanpa Nama berkata...

Warga Indonesia: Assalamualaikum... Dr. saya nak tanya berkaitan susu kambing. Daripada beberapa post yang telah saya baca Dr. ada menyarankan untuk mengamalkan meminum susu kambing dan memakan daging kambing untuk pelbagai tujuan kesihatan. Soalan saya bagaimanakah untuk mengenal pasti samada susu kambing yang dibeli di pasaran adalah ASLI dan bukannya TIRUAN atau CAMPURAN? pada masa ini terdapat ramai peniaga yang menjual susu kambing samada dengan LABEL mahupun TANPA LABEL. Terima kasih.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Warga Indonesia; Dalam makmal ia boleh diuji menggunakan bahan C-reactive protein (CRP) untuk menguji kehadiran protein. Sekiranya protein didapati amat randah, maka susu tersebut adalah susu kambing asli. Cara lain ialah, kita dapat rasa susu tersebut kurang berlemak dan baunya agak hamis. Jika saudara mahir menggunakan kaedah Applied Kinesiology. Ikhtiarlah untuk mengetahui keaslian susu tersebut dengan cara bertanya dengan peniga yang jujur.

Tanpa Nama berkata...

Very very infomative post. Learned a lot. Cheers Doc.

SERI BUMI TERNAK berkata...

Assalammualaikum,

sungguh hebat penulisan dr. sebagai seorang penternak kambing agak sukar bila saya hendak mencerita kebaikan makan daging kambing kepada kawan2 dan sedara mara yg tidak suka makan daging ini. alasan mereka makan daging kambing akan mengakibat pening dan darah tinggi. sekarang saya boleh ceritakan kepada mereka kebaikan daging kambing bukan sahaja untuk mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti malahan boleh mencantikkan kulit lagi. walaubagaimanapun saya ingin bertanya, adakah cara atau jenis masakan tertentu sahaja bagus untuk kesihatan atau sebaliknya?. terima kasih dr.

Hussein berkata...

Daging kambing sesuai dimakan waktu malam tak...

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

SERI BUMI TERNAK,

Kambing yang terbaik untuk kesihatan ialah dari jenis kibays. Ia tidak memeningkan dan amat berkesan memecahkan kolestrol.

Kambing yang betul-betul untuk memecahkan kolestrol tepu ialah kambing kampung dan kambing biri-biri tetapi amat memeningkan kepala.

Kambing boer tidak memeningkan tetapi tidak begitu berkesan memecahkan kolestrol tepu.

Setiap kambing ada kelebihan dan kelemahan tertentu, terpulang untuk kita memilihnya.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Hussin,

Daging kambing mempunyai tahap pottasium (sejenis garam) yang tinggi. Semua jenis garam adalah tidak stabil pada waktu malam kerana dipengaruhi oleh atmosfera yang dipenuhi oleh tahap elektron yang tinggi.

Untuk mengelakkan masalah kesan pembongkaran daripada daging dan susu kambing, elakkan memakannya pada waktu malam.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)