SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 21 September 2008

Himpunan FAQ Bulan April 2008

Memandangkan terdapat banyak soalan-soalan lazim yang berulang diterima melalui email, shout box (sebelah kiri bar), sms dan sebagainya, maka saya telah menyusunkannya semula himpunan soalan-soalan tersebut mengikut pembahagian bulan. Selain disusun, ia telah dihurai dengan lebih mendalam lagi supaya lebih jelas. Berikut ialah himpunan soalan-soalan berkualiti yang disusun semula pada bulan April 2008 untuk dikongsi bersama.

Karektor dan Organ

Semua sikap atau perbuatan (personaliti dan karektor) serta akal adalah dipacu oleh sel, tisu dan organ tubuh. Jika sihat organ itu, maka mudahlah untuk mengawal fokus, tenang, tidak mudah lupa dan lebih terancang. Jika organ itu lemah atau bermasalah maka sukarlah untuk mengawalnya. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk memahami hubungan karektor dengan organ. Selain perlu mendapatkan rawatan, saya telah menulis beberapa petua amalan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan untuk matlamat kawalan holistik (fokus/tenang, sabar, ikhlas, redha) dalam post bertajuk Keberkatan Makanan dan Tidur Sebagai Rawatan. Insya Allah.

Kesemua organ pada tubuh badan mempengaruhi karektor kecuali Tongsil (Thyroid) sahaja yang tidak mempengaruhi karektor. Tetapi ia berperanan mengoptimumkan sesuatu karektor dan juga menampilkan atau menukar karektor dalam bentuk nyata (perbuatan zahir / suara). Apabila tongsil telah dibuang, maka karektor tidak nampak ketara.


Barah

Kaedah kajian dan pemahaman doktor-doktor allopati (rawatan konvensional di hospital) terhadap kanser adalah salah. Keadaan ini menyebabkan rawatan yang diberikan itu salah, menemui jalan kebuntuan dan boleh memudaratkan. Meramal kematian masa depan serta mempercayainya adalah haram hukumnya malah akan melemahkan lagi sistem immune pesakit. Tidak ada penyakit yang tidak boleh disembuhkan kecuali maut.

Barah boleh dicegah malah boleh dirawat dan terbukti berjaya dirawat dengan berkesan melalui kaedah Attitude Therapy. Barah terjadi kerana seseorang itu sering tidak redha akan sesuatu. Insya Allah saya akan menulis post khas mengenai rawatan barah (termasuk konsep, falsafah dan definisi sebenar) dan langkah mengatasinya serta kaitannya dengan sifat redha.

Jika fibroid belum terjadi, ia boleh dielakkan melalui sifat TENANG, SABAR, IKHLAS dan REDHO. Fibroid boleh dicegah sekiranya isteri redha dengan suami. Jika ia telah terjadi, elakkan makanan yang tinggi urik asid seperti ayam, roti (yang menggunakan yis), limau (kecuali lemon), makanan yang masam serta makanan yang berperisa (mengandungi MSG). Selagi anda seorang yang tenang, insya Allah ia tidak perlu dirisaukan.

Diabetes / Kencing Manis

Gula dikawal oleh insulin yang dirembeskan oleh pankreas. Pankreas dikawal oleh bahagian otak Serebrum. Sekiranya otak gagal mengesan isyarat rasa manis daripada deria lidah, maka otak tidak akan menghantar isyarat tenaga kepada pankreas untuk merembeskan insulin. Mengambil gula bukan punca kepada masalah kencing manis kerana ada orang yang mengambil gula seperti biasa tetapi masih sihat seumur hidupnya. Pankreas juga menjaga karektor keperihatinan. Insulin tidak dapat dirembeskan apabila seseorang berhenti makan makanan manis dan terlalu memikirkan tentang sesuatu perkara yang melibatkan seseorang yang lain sehingga ke dasar dan mendalam.
Makanan dikesan oleh otak melalui deria gigi untuk dihantar ke organ pencernaan supaya enzim dapat dirembeskan
Maklumat lanjut mengenai punca kencing manis, sila baca post bertajuk Punca Diabetes.
Pelbagai Sakit Kepala

Pening kepala jika cuaca panas berkaitan dengan kelemahan di bahagian Thalamus (CL3). Tetapi jika tertekan, ia berkaitan dengan Serebelum / Pusat Kawalan Suhu (CL7). Pemakanan yang berasid adalah salah satu punca kelemahannya.

Di kepala ada beberapa tempat yang boleh sakit. Jika tekan ubun-ubun rasa "angin" atau sedap, itu lemah semangat (CL1). Jika bawah sikit dari ubun-ubun itu kelam kabut atau pelupa atau gangguan hormon keseluruhan (CL2). Jika sakit di kiri atau kanan dahi itu migrain (CL3). Jika berat kepala itu hipothalamus (CL4). JIka sakit dahi terutama ketika sujud itu sinus atau migrain (CL6 / CL5). Jika belakang kepala dan rasa gegar itu CL7 (tekanan darah tinggi, suhu badan panas - perhatikan mulut, gigi, gusi, lidah atau bibir kering atau sakit). Jika sakit dibelakang tengkuk diikuti dengan lenguh di bahu termasuk sendi lengan, ia menunjukkan medulla oblongata (CL8) lemah. Selain stress, kelemahan medulla menunjukkan penghadaman terganggu, kerisauan, rasa nak pitam, rasa goyang / tak stabil, terlalu banyak kerja dan sebagainya [mana-mana salah satu atau beberapa antaranya].

Penyakit Berulang

Penyakit yang pernah dihidapi ketika dahulu boleh berulang kembali kerana rekod penyakit tersebut masih tersimpan dalam DNA. Bakteria atau miasma yang pernah membiak secara tidak terkawal ketika penyakit dahulu menyerang, boleh terbongkar kembali kerana ia cuma terpendam di dalam tulang akibat pengambilan antibiotik kimia.

Bagi yang telah mendapatkan rawatan, tetapi didapati penyakit lama berulang kembali setelah lama berhenti mengambil rawatan atau dalam tempoh jangka masa tertentu, ia menunjukkan proses penyembuhan sedang berlaku. Sebenarnya penyakit tersebut bukan berulang, tetapi kesan penyambuhan menyebabkan ulangan penyakit berlaku pada kekerapan yang semakin menjarak. Dalam blog ini telah diterangkan secara terpeinci mengenainya bertajuk Kajian Penyembuhan Penyakit.
Pengambilan Nutrisi Tambahan dan Enzim Tiruan

Enzim yang dihasilkan oleh tubuh manusia mempunyai vibration magnetik yang membawa isyarat atau menjalankan tugas tertentu dalam fisiologi manusia. Enzim tiruan tidak ada keupayaan atau fungsi vibration magnetik untuk tubuh. Pengambilan yang sedikit mungkin tidak mendatangkan kemudaratan. Pengambilan yang berterusan tidak akan menjadikan enzim tersebut berfungsi sepeti yang dikehendaki dalam sistem fisiologi tubuh. Ringkasannya, kita boleh makan apa sahaja nutrient, tetapi persoalannya adakah nutrient itu berfungsi setelah dimakan? Sama lah seperti jantung, manusia boleh buat jantung tiruan atau mesin yang berfungsi secara fizikalnya seperti jantung, tetapi mesin itu tidak boleh membawa karektor Perasaan seperti jantung asal manusia, kadar denyutannya tidak akan berubah mengikut perasaan manusia.

Kesimpulannya, jika enzim tersebut bersifat hidup, maka ia boleh diambil kerana ia akan resonan dengan sel atau DNA tubuh yang mempunyai sifat pembawakan karektor. Begitu juga nutrient, ia mestilah hidup. Sesuatu yang hidup itu boleh dirakam vibrationnya (seperti kaedah yang digunakan dalam rawatan Attitude Therapy ini) atau diekstrak secara tekanan sejuk "cool compressed" (seperti minyak zaitun, madu, kurma) atau dimakan terus sejurus setelah dipetik (atau dalam masa sebelum tempoh 24 jam dipetik).

Teori dan era nutrien adalah era 70-an dan di negara seperi US dan beberapa buah negara eropah telah mengharamkan nutrient tertentu seperti:

1. Spirulina - kerana terlalu banyak protein tinggi dan logam berat serta didakwa sebagai punca kanser kerana terdapat zat berlebihan dan berganda-ganda yang berpotensi sebagai bahan karsinogen (bahan punca kanser).

2. Susu tinggi protein - Masalah lebihan protein telah ditulis dengan terpeinci dalam blog ini. Sila rujuk post bertajuk Masalah Terlebih Protein, Soya Organik Tidak Mengubah Radioisotop Protein atau secara umumnya boleh baca post bertajuk Petua Pengambilan Makanan.

Terdapat dua jenis protein iaitu Protein Radioisotop 12 dan Protein Radioisotop 14. Kebanyakkan protein daripada tumbuhan dan susu awal lembu adalah Protein Radioisotop 12. Protein Radioisotop 12 ini mudah mengoksidakan sel dan menyebabkan banyak implikasi terhadap sesuatu organ malah ia sukar pula dicernakan dan dihadam menjadi zat yang bermanfaat. Manakala Protein Radioisotop 14 tidak mengoksidakan sel dan mudah dicernakan dan dihadam untuk manfaat sel. Sumber Protein Radioisotop 14 (Protein yang baik) datangnya daripada ikan segar, iaitu ikan yang tidak diproses atau ikan basah. Sila rujuk kategori NUTRIENT untuk maklumat lanjut.

3. Vitamin C dan Multivitamin - punca kepada masalah batu karang di buah pinggang. Ia sekiranya tubuh memiliki vitamin yang mencukupi tetapi pengambilan vitamin tiruan diteruskan, ia akan menyebabkan pembentukan logam berat. Akibatnya tubuh akan kelesuan dan akan timbul masalah pelupa dan sakit sendi tulang. Vitamin C apabila diambil bersama dengan bahan berkalori tinggi seperti cili, kari, rempah atau perasa pedas seperti lada, ia akan menyebabkan usus menjadi panas dan punca najis berdarah.

Nutrien yang telah diharamkan di negara maju ini telah dilambakkan ke dunia ketiga termasuk Malaysia dan dijual dalam bentuk jualan langsung untuk menghabiskan stok.

Era rawatan terkini ialah era mempertenagakan sel sebagai ikhtiar terbaik, selamat, pantas dan berkesan untuk penyembuhan. Kebanyakkan rawatan altenatif telah memajukan teori mempertenagakan sel manakala rawatan allopati sedang menuju ke era ini.

Apabila kita telah mendapat penyakit, jangan cari apakah makanan yang diperlukan untuk merawat penyakit, tetapi carilah apakah makanan yang perlu dielakkan supaya penyakit tidak bertambah mudarat. Makanan membantu penyembuhan melalui keberkatan yang terhasil melalui adab dan teknik pemakanan yang betul.

Setiap makanan walaupun ia tidak memudaratkan, sebaiknya perlu dipelbagaikan. Pengambilan yang kerap akan memekatkan kandungannya di dalam darah. Cuma makanan bermineral sahaja yang boleh diambil dengan kerap kerana tubuh boleh menguraikan makanan jenis ini dengan baik dan menyingkirkannya jika berlebihan di dalam tubuh. Antara makanan yang bermineral yang boleh diambil tanpa dos ialah timun, buah delima, zakfaran, habbatus sauda, air kelapa dara. Air minuman biasa juga bermineral dan boleh diambil setiap hari. Pengambilan sawi berlebihan boleh menyebabkan toksik yang terbentuk mengganggu sistem pernafasan (rasa lelah) atau menyebabkan kesejukan (tidak tahan persekitaran sejuk, bersweater atau tidur berselimut). Toksik dari usus boleh dibuang dengan pelbagai formula AT. Sebagai petua, amalkan tidur awal setiap hari sekurang-kurangnya sebelum pukul 9.30 malam dan bangun awal selewat-lewatnya sebelum pukul 6 pagi.

Nasi dan kentang

Ubi kentang ialah alternatif kepada karbohidrat daripada nasi. Malah kentang ialah "karbohidrat kering" yang tidak menyebabkan kegemukan atau menyebabkan pembentukan urik asid akibat daripada pertembungan karbohidrat dengan air. Ini kerana kerana struktur kentang sukar menyerap air manakala struktur nasi mudah menyerap air. Bahan perasa yang mengandungi garam bersodium (seperti garam dapur) yang berlebihan atau perasa monosodium glutamat (MSG) adalah berasid dan menjejaskan kesihatan jika diambil berlebihan. Mencampurkan kentang dengan perasa berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan.

Pengoksidaan

Makanan teroksida ialah makanan yang telah kehilangan unsur oksigen di dalamnya. Untuk lebih mudah makna teroksida ialah makanan yang telah sejuk atau mulai hendak basi.

Makanan yang elok atau tidak elok dimakan adalah berdasarkan pengaruh atau kandungan nutrient, ion, keasidan dan vibration di dalamnya. Makanan seperti budu, tempoyak, belacan, ikan masin, ikan / udang / sotong / kerang kering, ikan rebus, tempe, cincalok, pekasam, tau chu, sayur masin, acar, keju, jeruk dan telur masin adalah berasid malah teroksida. Kurma adalah satu-satunya makanan yang boleh dikeringkan tanpa teroksida.

Bunga Cengkih mempunyai rahsia antioksidan beralkali. Dalam formula Attitude Antioksidan, antara bahan utamanya ialah bunga cengkih yang dipertenagakan dengan getaran oksigen yang berfungsi sebagai antioksidan yang paling stabil. Kesan pertama yang ketara selepas penggunaannya ialah kita akan dapati kulit muka yang teroksida menjadi mengelupas dan berkuping. Kesan jangka panjang menjadikan kulit muka menjadi lembut, gebu dan lembab. Formula Antioksidan bukan semata-mata merawat kulit wajah, tetapi berfungsi sebagai agen antioksidan paling stabil, beralkali dan selamat, insya Allah.
Pantang Buah Kuning
Pengoksidaan yang aktif mejadikan pigmen unsur karbihidrat dalam buah berwarna kuning
Buah yang berwarna kuning secara semulajadi mempunyai vibration yang sama dengan sistem penghadaman. Warna kuning dalam buah menunjukkan kehadiran karbohidrat, gula, protein vitamin C teroksida dan serat yang bersifat asid. Kehadiran makanan kuning yang berlebihan akan menyebabkan sistem penghadaman terjejas. Protein juga adalah berwarna kuning (walaupun kita lihat soya dan kobis itu putih, setelah teroksida ia akan berwarna kuning). Mempelam mas hitam, cuba uji kadar keasidannya, jika baru dipetik kadarnya rendah, setelah lama, keasidannya bertambah. Pisang walaupun keseluruhan spesisnya kuning, tetapi pisang embun tetap putih dan beralkali. Lemon pula beralkali dan airnya jernih.

Gamat

Gamat mengandungi protein aktif (radioisotop 14) yang membantu pertumbuhan sel dan terdapat juga kolagen untuk kesihatan kulit. Tetapi pengambilan berterusan tidak digalakkan. Hanya dua jenis nutrient yang boleh diambil berlebihan dan berterusan kerana ia boleh dinyahkan dengan berkesan jika berlebihan iaitu fiber lembut seperti timun dan kangkung serta mineral ringan seperti habbatus sauda, zakfaran dan zaitun. Protein aktif, walaupun baik tetapi jika berlebihan tetap akan ditukar menjadi asid lemak.

Apabila ada masalah atau penyakit, jangan cari apakah makanan yang harus dimakan, tetapi carilah apa makanan yang harus dielakkan

Ramai yang tidak menyedari makanan harian adalah punca kepada sesuatu masalah dan penyakit. Masalah dan penyakit hanya boleh diubati dengan kurangkan makan atau mengamalkan puasa sunat. Puasa menundukkan nafsu, walimah menstabilkan hormon dan memurahkan rezeki, insya Allah.

Mitos Makanan Tambah Darah

Darah mengandui pelbagai komponen dan unsur. Sel darah dihasilkan setiap hari sepanjang masa. Semua makanan yang diambil secara seimbang adalah penambah darah. Tetapi elakkan makanan yang bermineral berat seperti kerang dan bayam. Ia tidak terbukti menambahkan darah sebaliknya menjejaskan kesihatan terutama menyebabkan benak atau pelupa. Dalam tempoh kesan jangka panjang, kerang dan bayam akan merosakkan hati dan buah pinggang.
Kerang dan bayam dikaitkan dengan mitos penambah darah
Formula AT yang membantu tambahkan darah secara semulajadi oleh tubuh ialah formula CL3 Thalamus. Saya telah merawat pesakit telesemia dan leukimia dengan formula ini hingga menunjukkan kesan yang di luar jangkaan. Tetapi formula ini perlu diimbangkan dengan formula CL18 (untuk sistem darah dan otot).

Habbatus Sauda

Ambil tanpa dos bermaksud boleh diambil berlebihan, kerana tubuh berkeupayaan untuk mencernakan lebihan bahan atau nutrient tersebut. Hanya bahan bermineral ringan yang boleh diambil berlebihan misalnya Habbatus Sauda. Habbatus sauda sebaiknya dikunyah 7 biji sehari. Untuk lebih resonan, ambil pada waktu pagi.

7 biji pagi sahaja telah memadai. Pengambilan pada waktu petang tidak membantu kecuali jika tidak makan tengah hari pada hari tersebut. Pengambilan pada waktu malam akan menyebabkan metabolisma meningkat (rasa aktif) sehingga sukar hendak tidur awal atau agak kepanasan pada waktu malam. Semakin halus (Teori Delution) sesuatu nutrien, maka semakin resonan nutrient tersebut untuk merawat penyakit.

Madu Lebah

Madu lebah dan susu lebah amat berbeza. Madu lebah yang diambil daripada pelbagai jenis bunga mengandungi pelbagai vibration warna. Susu lebah ialah enzim lebah yang terhasil daripada lebah yang amat sihat kerana memakan madu yang mengandungi pelbagai warna itu. Susu lebah lebih kepada untuk mendapatkan manfaat enzimnya, manakala madu lebah lebih kepada manfaat vibration warnanya. Madu lebah lebih baik, selamat dan semula jadi untuk diamalkan berbanding dengan susu lebah. Tambahan pula susu lemah amat mahal, tetapi pengambilannya perlu mengikut dos yang terhad. Beza madu dengan susu lebah ialah madu dalam tajuk "masa", susu lebah dalam tajuk "jisim" (rujuk katagori Teori Ruang dan Masa).
Madu mempunyai lengkap tujuh warna hasil getaran yang terrakam daripada getaran warna bunga yang menghasilkannya
Madu akan mudah membeku jika disimpan dalam peti sejuk. Madu asli perlu dihabiskan segera kerana ia amat mudah bertindak balas dengan keadaan persekitaran hingga boleh membentuk kelodak dan menghasilkan gas. Jika madu dapat dihabiskan segera, maka tidak akan timbul masalah penyimpanannya. Madu kormesial telah dicampurkan dengan penahan. Ia boleh disimpan di mana-mana tempat asalkan tidak panas.

Madu bersifat aktif, mudah bersenyawa dan bertindak terus kepada sesuatu bahan organik. Oleh itu, ia tidak sesuai dicampurkan dengan sembarangan makanan. Lebih baik ia dimakan terus.

Minyak Kelapa Dara dan Minyak Zaitun

Minyak kelapa dara dan minyak zaiton memang berbeza. Minyak kelapa dara bermineral halus, minyak zaiton mempunyai ikatan molekul yang halus dan tersusun. Walaupun ia baik, pastikan penghasilannya melalui proses "Cool Compressed" atau bukan melalui pemanasan. Secara umumnya fungsi minyak zaiton ialah pengurai kolestrol dan protein tepu dalam darah dan liver, minyak kelapa dara ialah pengurai logam berat dalam saraf dan sistem endokrin.

Dari segi persamaan, kedua-duanya bersifat alkali dan bermineral ringan yang boleh diambil tanpa dos.

Berbanding dengan minyaknya, air kelapa dara yang diminum sejurus dipetik adalah jauh lebih baik. Malangnya, air kelapa dara hanya boleh didapati di Pulau Jawa, Indonesia.

Proses Cool Compressed

Proses cool compressed ialah proses penghasilan pati sesuatu bahan tanpa melibatkan pemanasan. Pemanasan akan menghilangkan vibration asal sesuatu bahan. Cool compressed adalah cara pati atau minyak diekstrak keluar dengan cara memberikan tekanan dalam suhu yang sejuk. Buah zaitun merupakan antara bahan yang paling mudah untuk mendapatkan ekstrak pati minyaknya melalui cool compressed. Kebanyakkan aromatherapy juga dihasilkan dengan cara cool compressed. Terkini, pengamal herba yang terbaik akan mengekstrak herba dengan cara cool compressed.

Masalah Angin Dan Fokus.

Angin dikawal oleh Usus CL19. Usus dikawal oleh Hipothalamus CL4 (yang juga berfungsi menjaga tidur). Menjaga kesihatan usus dapat membantu mengatasi masalah angin. Antaranya ialah Tidur Awal dan Senaman di Perut (sila rujuk post bertajuk Kemandulan untuk melihat kaedah senaman untuk menguatkan usus). AT ada banyak formula untuk mengatasi masalah angin antaranya ialah Habibi. Pengambilan habbatus sauda 7 biji sehari adalah amalan yang baik dan selamat. Pengambilan bawang putih juga baik tetapi perlu bersederhana kerana pengambilan berlebihan akan menyebabkan tekanan darah rendah. Untuk mengatasinya, pastikan makan bersama kulitnya sekali.

Fokus dikawal oleh Hipothalamus (CL4). Selain mengawal tumpuan, Hipothalamus juga mengawal aktiviti Usus. Punca kesukaran tidur disebabkan oleh Usus (CL19) yang lemah. Usus boleh dijaga supaya terus bertenaga dan tidak menjejaskan tidur dengan cara mengawal pemakanan. Kurangkan makanan yang berkolestrol tepu dan berprotein tinggi. Sila rujuk post-post dalam kategori Nutrient untuk memahami makanan berkolestrol tepu dan berprotein tinggi. Pemakanan merupakan faktor utama yang menjejaskan daya tumpuan dan punca masalah angin.

Rahsia Tidur

Tidur yang baik ialah tidur mengikut waktunya, bukan jumlah tidur. Mereka yang dapat jumlah tidur yang mencukupi sekalipun tetapi waktu tidurnya tidak betul masih tidak akan mendapat matlamat Tidur Sebagai Rawatan. Tidur pada waktu yang betul iaitu antara pukul 11 malam hingga 2 pagi walaupun cuma dapat satu jam yang lena, ia telah memadai untuk memberikan kerehatan yang mencukupi, menyegarkan dan memelihara kesihatan, insya Allah.

Janganlah kita menyangka bahawa semakin banyak kita tidur maka semakin sihat. Sebenarnya tidur yang lebih lama (terutama bukan pada waktu keheningan atau tempoh tidur sebagai rawatan) akan menyebabkan lebih banyak sel tidak aktif dan kematian sel-sel dormant. Akibatnya akan keluar peluh bersama daki yang meninggalkan bau hapak di tempat tidur. Tidur pada kali yang seterusnya akan menyebabkan masalah dengkuran dan menjadi punca kepada penyakit jantung.

Rahsia Mandi Malam

Mandi malam amat digalakkan kerana ia membantu Hidrotherapy mencapai Resonan dalam usaha untuk mencapai Teori Tekanan dan kelancaran vibration dalam medium kekonduksian kegelapan (Rahsia Kegelapan). Waktu mandi yang terbaik sehingga memberi kesan sama seperti rawatan rendaman Hidrotherapy Ice ialah mandi pada waktu sebelum terbit fajar atau sejurus (dalam 30 minit) sebelum masuk waktu subuh, Insya Allah.

Sebenarnya apabila sakit, ramai yang tercari-cari ubat. Sedangkan ubat itu ada di sekeliling kita. Ais yang ditakuti dengan mitos punca paru-paru berair, urat bengkak, batuk dan sebagainya sebenarnya ialah penawar yang amat hebat, tetapi tidak diketahui umum.

Di Malaysia, suhu malam akan turun antara 1 ke 3 darjah daripada waktu siang. Pada kedudukan yang biasa (bukan tanah tinggi), suhu paling sejuk tidak kurang daripada 25 darjah celsius. Di negara yang mengalami empat musim, mereka tetap mandi dalam keadaan suhu di bawah 0 darjah celsius. Malah mereka tinggal dalam atmosfera dan iklim yang di bawah tahap beku tanpa mengalami masalah paru-paru berair. Istilah paru-paru berair ialah istilah Melayu bagi sejenis penyakit yang dinamakan Pneumonia. Sedangkan pneumonia ialah penyakit akibat jangkitan paru-paru dan ia terjadi bukan disebabkan oleh mitos mandi malam.

Urat bengkak adalah disebabkan oleh masalah sistem limpatik. Ia terjadi kerana gangguan buku limpa di bahagian sebelah perut (atas pankreas). Bukan disebabkan oleh mandi malam. Mereka yang kerap mendapat batuk ialah mereka yang biasa mengambil munuman panas. Mereka yang mengamalkan pengambilan ais setiap hari akan kebal daripada penyakit batuk, insya Allah.

Ais, mandi sejuk dan mandi malam sebenarnya mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan

Rahsia Ais

Kita tidak perlu takut untuk minum ais. Ais amat baik untuk kesihatan malah digalakkan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa ais (Teori Tekanan) merupakan terapi yang amat berkesan dan selamat. Mandi malam dan minum ais ialah salah satu cara yang terbaik.

Ais krim itu baik pada kesejukannya tetapi tidak kepada lemak trans di dalamnya. Sebarang komplikasi kesan daripada minum ais adalah pembongkaran toksik dan ia akan berakhir setelah semua toksik dinyahkan.

Aiskrim yang terbaik ialah yang tidak diletakkan "lemak trans" di dalamnya. Lemak trans ialah lemak tiruan yang bersifat kekal di dalam tubuh dan sukar dicerna. Ia menyebabkan obesiti. Walaupun ais itu baik, tetapi campuran bahan di dalamnya perlulah yang tidak menjejaskan kesihatan.

Pengambilan ais bagi tujuan kesihatan telah melalui kajian yang amat saintifik (Teori Tekanan) dan banyak pembuktian terhadap keberkesanannya. Pengambilan air sejuk bagi tujuan rawatan telah memecahkan mitos yang mengatakan ais itu akan menyebabkan bisa tulang, serangan jantung, urat bengkak, paru-paru basah dan sebagainya. Air ais yang kita minum di Malaysia suhunya tidak mampu mencapai bawah 15 darjah Celsius. Tetapi penduduk di barat boleh tinggal dan maju minda dan tamadunnya di dalam persekitaran suhu di bawah 0 darjah Celsius selama empat bulan setiap tahun.

Lelah dan Astma

Di atas organ-organ Kuning (atau organ penghadaman) terdapat satu lapisan otot yang berfungsi menarik nafas. Otot ini dinamakan diafragma. Apabila organ kuning lemah, maka diafragma akan kekurangan tenaga untuk menarik nafas. Antara sebabnya ialah masalah tinggi urik asid (Pankreas CL15). Pankreas dikawal oleh bahagian otak yang juga mengawal denyutan jantung dan darah gemuruh iaitu Medulla Oblongata CL8. Kurangkan makanan berasid serta memakai baju hijau terutamanya pada hari Jumaat insya Allah dapat mengurangkan sedikit masalah ini. Cara terbaik dan terpantas ialah dapatkan rawatan.
Diaphragm melitupi organ pencernaan yang terdiri daripada perut, hati, limpa, pankreas dan hempedu
Kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh masalah pada brongkiol (saluran pernafasan di paru-paru) atau diafragm (otot di bawah paru-paru yang mengawal pernafasan). Brongkiol yang terjejas mudah kelihatan jika x-ray, tetapi jika tidak kelihatan, kemungkinan puncanya ialah daripada organ penghadaman antaranya Perut, Limpa atau Pankreas. Cuba lihat sejarah sama ada pernah mengidap gastrik atau sakit di belikat (belakang) atau pernah sakit di belakang tengkuk. Jika ada, maka punca kepada masalah sukar bernafas itu datangnya daripada bahagian penghadaman. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Bengkak Urat

Dalam sistem tubuh terdapat rangkaian saluran limpatik ke seluruh tubuh. Sistem limpatik ini apabila lemah, ia akan membengkak terutama di bahagian nodul (sambungan antara satu saluran limpa ke saluran limpa yang lain). Organ yang mengawal limpa ialah Medulla Oblongata, pusat sistem limpa terletak di sebelah perut. Dalam anatomi AT ia dilabelkan dengan CL12
Limpatik kronik sesuai dirawat dengan rawatan CVT, insya Allah.
Kelemahan limpa pada tahap sederhana selalu disalahertikan sebagai Gout! oleh rawatan klasik (rawatan hospital)
Sistem limpatik amat kebal daripada dijangkiti sebarang kuman. Pengambilan antibiotik amat tidak perlu. Mengawal stress adalah salah satu cara untuk mengelakkan sistem limpatik lemah dan timbulkan urat. Stress berkaitan dengan pusat kawalan sistem limpatik iaitu Medulla Oblongata.

Dari segi karektor, sistem limpa berkaitan dengan "penghayatan terhadap orang lain". Rasa diri teraniaya, geram dan memendam perasaan akan menjejaskan sistem limpatik. Masalah sarkoma, limfoma dan sebagainya ialah berkaitan dengan gangguan sistem limpatik. Di hospital (atau kaedah rawatan klasik), ia dirawat seperti pesakit kanser. Cara yang terbaik, selamat dan terpantas untuk mengatasinya ialah dengan mendapatkan rawatan AT. Harap dapat hubungi saya 016-3315761 untuk memulakan rawatan.

Hakikat Bersukan

Bersukan ialah untuk mereka yang sihat, tetapi tidak membantu merawat penyakit. Pastikan kita bersukan dalam keadaan tenang, ceria dan gembira. Selepas bersukan pastikan kita mendapatkan semula potassium dan magnesium yang hilang dengan banyak melalui perpeluhan. Semua penyakit ada ubatnya dengan izin Allah dan kita wajib mempercayainya.

Sesuatu yang baik untuk kesihatan dan menyihatkan ialah boleh diamalkan ketika sedang sakit walaupun ketika penyakit sedang kronik. Tetapi mereka yang sedang sakit tidak boleh bersukan malah akan bertambah mudarat jika cuba melakukan aktiviti berat.

Terdapat ramai atlit yang mati ketika sedang bersukan dan kita dapat menontonnya dengan kerap dalam berita sukan misalnya pemain bola sepak yang tersungkur rebah dan mati di atas padang. Sekiranya anda biasa bersenam di sesuatu taman rekreasi pusat bandaraya, sekurang-kurangnya kita akan dapati sekurang-kurangnya seorang dalam setahun mereka yang jatuh rebah dan mati ketika sedang berjoging (ini tidak termasuk mereka yang mati dalam tempoh 3 jam setelah berjoging).

Di US, masih dalam kontraversi untuk mengharamkan sukan Badminton kerana hasil kajian mendapati sukan ini punca kepada serangan jantung.

Pelupa

Daya ingatan dikawal oleh Kelenjar Pituitary (CL2). Selain mengawal keupayaan mengingat, Pituitary juga mengawal Saraf dan Tulang (CL20). Karektor kayakinan membantu kekuatan saraf dan tulang supaya sentiasa bertenaga.

Dengan meningkatkan keyakinan diri terhadap sesuatu, maka daya ingatan juga akan turut meningkat. Keyakinan juga membantu sistem fisiologi mengurai logam berat yang menjadi punca kelemahan Kelenjar Pituitary.

Pemakanan yang mengandungi logam berat seperti kulit ikan bersisik halus dan berwarna hitam akan menjejaskan Kelenjar Pituitary. Bahan yang bernutrien tinggi, sayuran yang disembur racun serangga, air bertakung yang tidak mengalir dan sumber protein tinggi seperti bayam dan kobis juga mengandungi logam berat yang boleh menyebabkan pelupa. Manisan buah dan kismis membantu mengurai logam berat. Kismis bukanlah bertindak meningkatkan daya ingatan, tetapi menguraikan logam berat yang menjejaskan daya ingatan. Cara mengambil kismis hendaklah tujuh biji setiap kali ambilan dan tidak perlu dimakan setiap hari, memadai seminggu atau setiap tiga hari sekali.

Gastrik

Buah Delima insya Allah boleh dimakan kerana membantu menguraikan toksik di dalam paru-paru yang menyebabkan asthma. Asthma biasanya bermula dengan gastric, jika sebelum ini pernah pengalami gastric, elakkan makanan yang berasid dan masam.

Gastrik melibatkan organ penghadaman terutama Pankreas dan Duodenum (saluran dari perut ke urus). Bahagian penghadaman dikawal oleh otak Serebrum dan Medulla Oblongata (kedudukannya di belakang tengkuk). Tanda-tanda gastrik dapat dikenalpasti dengan jelas sekiranya seseorang itu juga mengalami sakit di belakang tengkuk (seperti silap bantal), sakit di bahu (jika stress), mata kering (atau mana-mana bahagian mulut, bibir atau lidah yang kering dan pecah/merekah). Jika tanda ini tiada, ia menunjukkan ini masalah angin dan ia melibatkan organ usus. Usus dikawal oleh otak Hipothalamus. Hipothalamus mengawal tidur dan nafsu makan (rasa lapar). Jika setiap pagi rasa seperti tak puas tidur atau tidur lewat malam, ia menunjukkan simptom yang saudara ceritakan tadi ialah masalah angin (yang melibatkan organ usus dan hipothalamus).

Masalah Sakit "Puan"

Rambut dan kuku ialah salah satu medium untuk meneutralkan ketidak seimbangan elektromagnetik tubuh ketika tempoh menstruasi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya seseorang itu mengalami keputihan ialah pastikan anda tidak membasuh rambut dan memotong kuku ketika haid.

Sekiranya ada masalah untuk mendapatkan anak, sila tanya dahulu kepada suami, adakah dia mahukan zuriat. Zuriat terbentuk kerana kemahuan dan cinta yang mendalam. Pemeriksaan fizikal (sperm count) bukan penentu tahap kesuburan seseorang. Jika suami berhajat untuk dapatkan anak, insya Allah akan terbentuklah janin yang sempurna.

Semasa sedang uzur, proses ditoksifikasi yang sempurna sedang berlaku. Urik asid, logam berat dinyahkan sepenuhnya ketika itu. Rambut, kuku pada ketika itu penuh dengan logam berat, oleh itu tidak digalakkan membasuh rambut, memotong kuku supaya logam berat akan terus keluar dengan sempurna melalui rambut. Jika tidak ia akan keluar bersama haid, membebankan organ peranakan. Air sejuk membekalkan elektron untuk keseimbangan tubuh. Ketika haid, elektron tidak diperlukan, oleh itu, minum air sejuk adalah tidak perlu. Tetapi jika diamalkan, ia tidak menyebabkan masalah kesihatan sebaliknya kesan pembongkaran akan berlaku dengan drastik dan boleh menyebabkan tubuh rasa tidak selesa. Antara tandanya ialah discaj yang berlebihan pada peringkat awal haid. Selain air sejuk, petua kesihatan lain seperti makan timun, kambing dan mandi ais juga tidak perlu. Tetapi mereka yang mengalami masalah haid yang tidak teratur dan tempohnya panjang, mengambil makanan ini akan membantu.

Rawatan yang sesuai untuk masalah PCOS akan ditumpukan ke bahagian Ovari (CL16). Apabila hempedu telah dibuang, penggantinya perlu diambil. EPO ialah aromatherapy yang selamat dan semulajadi. EPO yang asli amat mahal, dlm AT vibration yang menyamai EPO boleh didapati dengan harga yang murah melalui formula CL14 (Hempedu)

Formula Rawatan Attitude Therapy

Formula CL 1 hingga CL 20 sememangnya baik diambil semua. Dalam kaedah rawatan, sesuatu formula ditentukan setelah menjalani pemeriksaan mengikut keperluan tubuh. Ada CL tertentu pada tubuh yang kuat dan sihat. Ada juga amalan serta makanan tertentu seperti Terapi Kambing, Tidur Awal dan sebagainya yang resonan terhadap kekuatan tenaga sesuatu CL pada tubuh. Secara logiknya tidak salah untuk mengambil kesemua formula CL, tetapi secara praktikalnya dengan hanya mengambil beberapa formula CL sahaja telah memadai, Insya Allah.

Semua produk AT boleh didapati dengan mudah walau di mana anda berada. Cuma smskan nama, alamat dan nyatakan apakan rawatan atau formula yang diperlukan ke nombor 016-3315761  Belanja pos di mana-mana kawasan seluruh semenanjung Malaysia cuma RM10sahaja.

Sebenarnya secara umum, formula AT bukan untuk dijual begitu sahaja tanpa prosedur diagnosis, nasihat daripada pengamal AT. Dalam rawatan AT, dengan hanya merawat punca, penyakit-penyakit atau simptom-simptom yang minor juga akan mendapat kesan rawatannya. Oleh itu, cara terbaik ialah menjalani pemeriksaan dahulu. Kelebihan rawatan AT ialah ia amat serasi dengan pengambilan rawatan lain seperti ubat-ubatan hospital atau makanan kesihatan yang lain. Cuma perlu sedikit nasihat mengenai cara pengambilannya, Insya Allah. Untuk mendapatkan rawatan, sila lengkapkan borang fail analisa yang terdapat di bahagian bawah blog ini.

Kesihatan Thyroid

Thyroid (teletak di leher) ialah kelenjar yang membantu mengawal selera makan. Formula untuk menguatkan Kelenjar Thyroid ialah CL9. CL9 menyamai dengan frequensi biru. Garam ialah unsur yang mempunyai frequensi biru secara semulajadi. Soul Salt AT walaupun mempunyai vibration biru semulajadi, ia tetap di beam kan dengan vibration biru. Pengambilan CL9 dan Soul Salt akan menjadikan terapi biru untuk Thyroid menjadi lebih mudah resonan seterusnya selera makan dan penyerapan makanan akan dapat dibantu, Insya Allah

Vibration biru secara semula jadi boleh diserap dengan resonan pada waktu terbit fajar sehingga terbit matahari iaitu pada waktu Subuh hingga Syuruk dengan syarat ketika itu alam keadaan sedar sepenuhnya atau tidak tidur. Sesiapa yang tertidur antara waktu selepas Subuh hingga Syuruk, maka keadaan Thyroid yang lemah akan menjadi bertambah lemah dan menyebabkan simptom seperti berikut:

1. Mudah kehausan / dahaga,
2. Serak suara,
3. Gangguan penyerapan makanan,
4. Gangguan selera makan dan sebagainya.

Cara minum air yang kasar dengan tegukan yang deras dan besar akan menjejaskan thyroid walaupun air tersebut sejuk. Amalkan minum dengan cara seteguk demi seteguk perlahan-lahan dengan tegukan yang sederhana.

AT mempunyai rawatan khas untuk masalah tekak antaranya formula CL9 (khas bagi tujuan masalah menelan) dan Soul Salt. Elakkan minum air panas sebaliknya minum lah air ais dan jilat garam sebelum makan, insya Allah.

Menambah Berat Badan

Saiz badan seseorang telah ada ketetapan berdasarkan kod genetik. Dalam ilmu AT ia dipanggil "Sistem Log". Secara ringkasnya, saiz atau berat badan ditentukan oleh kelemahan sesuatu injap jantung. Insya Allah saya akan menulis post khas mengenainya.

Faktor pemakanan bukan penentu saiz dan berat badan. Selera makan dikawal oleh Hipothalamus (CL4). Selera makan dikawal oleh Kelenjar Thyroid (CL9). Mereka yang lemah hipothalamusnya akan kerap terasa lapar. Mereka juga agak kerap tidur dan mengantuk. Mereka yang tidak ada selera makan ialah mereka yang aktif bekerja.

Pengambilan makanan yang berlebihan hanya akan menyababkan kadar urik asid bertambah dan menjejaskan kesihatan.

Getaran bunyi pada warna biru membantu menyusun molekul dan membentuk sesuatu dengan sempurna. Kelebihan Kelenjar Thyroid (rawatan ini boleh diambil menggunakan Formula CL9) ialah getaran warna biru yang membantu membentuk tubuh menjadi cantik tanpa mengira berat badan. Lebih baik badan itu kurus daripada mendapat tubuh yang tidak terbentuk dengan baik. Begitu juga mereka yang berat badannya berlebihan, ia boleh mendapatkan tubuh yang cantik apabila sihat Kelenjar Thyroidnya, insya Allah.

Untuk langsing tidak semestinya perlu menggunakan herba. Kelangsingan terjadi disebabkan lemak dapat dibakar dengan beberapa cara. Cara paling selamat ialah dengan mengasingkan air daripada karbohidrat (air + karbohidrat = lemak). Sesuatu herba itu mudarat apabila kepekatannya tinggi atau pengambilannya berlebihan. Banyak ikhtiar boleh dilakukan untuk mengasingkan air daripada karbohidrat, antaranya elakkan makan 3 jam sebelum tidur, elakkan minum air 30 minit selepas makan nasi, melakukan kerja fizikal yang bermanfaat. Darah yang sihat boleh mengasingkan air dan karbohidrat secara semula jadi. Dalam rawatan AT, sebuah formula telah dicipta khas untuk tujuan ini, antaranya ialah Habibi. Selain itu, Soul Salt membantu meningkatkan metabolisma untuk mengelakkan pembentukan lemak.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)