Orang yang hening akan melakukan kerja-kerjanya dengan penuh fokus, terurus dan tersusun. Begitulah juga dengan sel, ia menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dengan sangat tertib dan harmonis. Tiada kesilapan atau ralat yang berlaku dalam segala aktiviti-aktiviti sel. Segala aktiviti yang sempurna hanyalah boleh dilakukan apabila berada dalam keadaan fokus dan fokus hanya akan diperolehi apabila dalam keadaan hening.
Setiap sel tubuh mempunyai tugas-tugas yang tertentu dan spesifik. Setiap sel tubuh amat faham akan tugas masing-masing berdasarkan ilmu masing-masing. Ini menunjukkan bahawa sel-sel tubuh amat fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya. Walaupun begitu, sel-sel tubuh juga sangat peka (alert) terhadap pengaruh sekeliling. Ia bersedia pada bila-bila masa untuk menerima dan menjalankan arahan mengejut (interrupt) atau ini akan diberikan oleh hipothalamus melalui isyarat (hormon) yang dihantarkan kepadanya. Jika sel-sel tubuh tidak bersifat hening, segala aktivitinya akan menjadi kacau-bilau dan fungsi-fungsi organ tubuh terganggu. Ini akan menyebabkan berlakunya penyakit (sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit)
Setiap sel tubuh mempunyai tugas-tugas yang tertentu dan spesifik. Setiap sel tubuh amat faham akan tugas masing-masing berdasarkan ilmu masing-masing. Ini menunjukkan bahawa sel-sel tubuh amat fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya. Walaupun begitu, sel-sel tubuh juga sangat peka (alert) terhadap pengaruh sekeliling. Ia bersedia pada bila-bila masa untuk menerima dan menjalankan arahan mengejut (interrupt) atau ini akan diberikan oleh hipothalamus melalui isyarat (hormon) yang dihantarkan kepadanya. Jika sel-sel tubuh tidak bersifat hening, segala aktivitinya akan menjadi kacau-bilau dan fungsi-fungsi organ tubuh terganggu. Ini akan menyebabkan berlakunya penyakit (sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit)
Hening
Keheningan (ketenangan) sel-sel tubuh berkerja dapat diperhatikan pada ketika ia menghasilkan antibodi-antibodi yang tepat apabila tubuh diserang bakteria berbahaya. Tidak mungkin sel-sel tubuh dapat melakukan aktiviti-aktivitinya dengan tepat jika ia tidak berada dalam keheningan.
Sabar
Kesabaran sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara sangat teliti dalam aktiviti-aktiviti yang sangat kompleks. Walaubagaimana berat atau sukar sekalipun kerja-kerja itu, sel-sel tubuh tetap akan melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan sehingga berjaya.
Ikhlas
Keikhlasan sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten, sepanjang masa hingga ke akhir hayat tubuh.
Redha
Keredhaan sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa walaupun ia dianiaya oleh tuan tubuh. Walau apa pun yang dimakan atau diminum oleh tuannya, tidak kira sama ada makanan atau minuman itu barkhasiat atau tidak, sel-sel tubuh akan tetap menjalankan segala aktivitinya seperti biasa mengikut kemampuannya (dengan penuh redha).
Hening, sabar, ikhlas dan redha adalah sifat sebenar sel
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
4 ulasan:
Doc aslkum,apa khabar? Wow,SubhanAllah, best baca artikel2 you. Sayang sekali I tak dapat quote apa2 dpd artikel Doc dalam dissertation Masters sebab I buat dalam bidang lain :-)
Kalau balik Ipoh boleh datang jumpa Doc tak?*Hehe,tak semestinya nak dapat consultation aje kan? :-) Wassalam Doc!
Nak jumpa boleh, insya Allah. Datanglah pada bila-bila masa yang sesuai
Sabar, Ikhlas, Hening dan Redho ialah empat sifat yang perlu ada pada diri setiap individu. Individu yang sabar, ikhlas, hening dan redho dapat menjana pemikiran yang positif dan dapat menjalani kehidupan yang sihat mental dan fizikal.
Berikut adalah satu petikan yang diperolehi dari laman motivasi.
"Suara hati kita sentiasa inginkan kita melakukan perkara yang baik. Jika ia menginginkan keburukan maka itu bukanlah suara hati.Sesetengah orang tidak mudah memaafkan orang lain dan menyimpan dendam.
Segala perasaan benci, marah dan dendam adalah tenaga. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tenaga hanya boleh berubah bentuk. Maka tenaga dari marah, benci dan dendam tadi adalah tenaga negatif yang akan bertukar menjadi bintik-bintik hitam yang memenuhi kalbu seseorang secara metafizikal.
Maka terjadilah seperti apa yang Rasulullah S.A.W yang bermaksud " didlm diri itu ada seketul darah. Jika baik ia maka baiklah ke seluruh badan itu, jika buruk maka buruklah ke seluruh badan itu."
Hati yang dipenuhi noda hitam tidak dapat mengeluarkan suara hati sebenar kerana sudah ditenggelamkan oleh suara nafsu. Oleh itu kita dianjurkan supaya dapat memaafkan segala kesalahan yang diperlakukan kepada kita.
Untuk mengubah keadaan, cara yang terbaik untuk menghapuskan tenaga negatif ini ialah dengan memaafkan diri dan orang yang pernah bersalah terhadap kita. Selagi kita tidak memaafkan, selagi itulah tenaga negatif itu wujud dalam diri kita dan merosakkannya sedikit demi sedikit. Apabila kita memafkan orang itu , dia tidak lagi dapat merosakkan kita walaupun dia masih berdendam dengan kita".
Oleh itu aplikasikan sifat sabar, tenang, hening dan redho dalam diri kita. Dengan sabar menjalani kehidupan, tenang (hening) menghadapi apa jua kesulitan, ikhlas dalam apa jua perbuatan dan redho bila ditimpa musibah merupak kunci positif untuk hidup bahagia rohani dan jasmani..
"Seorang pakar sains neuron dari Universiti Wisconsin bernama Paul Whelan berkata 'Kebanyakan dari apa yang kita lakukan setiap masa adalah diluar sedar" Ini bermaksud kadang-kadang kita juga kurang mengerti mengapa kita berkelakuan sedemikian. Mungkin kita merasakan ia berlaku diluar kawalan.
Tetapi seorang pengkaji lain berpendapat ia boleh dikawal dan dibentuk. Ini kerana jika kita memahami apa yang bakal berlaku dengan melihat bayang-bayang masa hadapan, maka kita akan dapat membentuk satu perlakuan yang tidak membawa hasil tindakan negatif. Inilah yang dikatakan "REDHO".
Mereka yang "REDHO" sebenarnya tanpa sedar telah mendapat tanda-tanda sesuatu perkara yang akan berlaku. Cuma sekiranya mereka tidak memahami, maka mereka tidak pasti apa yang bakal terjadi. Namun ia tidak pula bermaksud mereka yang redho itu mengetahui dengan tepat apa yang bakal berlaku. Tetapi mereka hanya seperti mendapat imbasan bayangan tentang masa hadapan.Dengan itu mereka dapat menyediakan diri dengan lebih teliti.
Kekuatan itu hanya akan datang apabila seseorang itu dapat menguasai emosi dan nafsunya. Penguasaan hanya akan berlaku apabila kita mempunyai tenaga yang dapat mematahkan setiap laluan emosi yang datang."
Sumber:Dr. Azhar bin Haji Sarip
Perunding Emosi, Soulaxis Management
http://meditasi-islam.tripod.com
Catat Ulasan