SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Khamis, 15 November 2007

Ozon Hidroterapi Ais Membina Tenaga

Bepeluh sering dikaitkan dengan aktiviti yang dilakukan dan ia dikatakan sebagai menyihatkan tubuh badan. Peluh yang keluar adalah unsur garam galian yang tersimpan di bawah kulit yang sebenarnya apabila tubuh memaksanya keluar dengan cara aktiviti berat seperti bersenam, berlari yang kuat, bekerja di ladang dan sebagainya ia telah mencipta pembaziran.

Perpeluhan ketika senaman
Pada ketika keadaan aktiviti berat dilakukan, otak sebenarnya telah banyak ditumpukan pada aktiviti fizikal seperti itu yang akhirnya mencipta keletihan dan kehilangan garam mineral yang berguna seara berlebihan melalui perpeluhan tadi.

Kadar metabolisma juga semakin menurun dan ketika itu nutrien yang jika banyak terbeban di dalam hati didapati akan bertukar menjadi racun. Lama-kelamaan keadaan ini sudah tentu akan mencipta penyakit pada organ yang tertentu. Kadar karbon dioksida akan bertambah manakala kadar oksigen semakin berkurangan.

Karbon dioksida akan menukar darah menjadi asid urik sedikit demi sedikit dan akhirnya pada suatu ketika kadar kesihatan tubuh menjadi rendah. Kerja-kerja sel akan terganggu dan terciptalah penyakit.

Berkelah di tepi air terjun ialah bersantai yang terbaik
Sebaliknya aktiviti bersantai dengan penuh kerehatan tanpa stress terhasil daripada pelbagai sumber sebenarnya menghasilkan oksigen yang mencukupi untuk sistem respirasi dan jantung. Oksigen yang cukup akan memecahkan kandungan gula yang berlebihan di dalam sel sebagai penghasilan respirasi sel bagi mencipta tenaga yang sebenar. Inilah kesesuaian tenaga daripada oksigen sebagai "nafas yang dipinjamkan" kepada setiap manusia yang hidup.

Kadar penyerapan oksigen ketika bersantai adalah lebih tinggi dan mencukupi untuk tubuh sementara karbon dioksida akan dibebaskan. Maka tubuh tidak lagi tercemar dengan gas karbon dioksida yang berlebihan serta beracun yang sebenarnya sebahagian daripada punca tubuh terasa ringan melayang-layang seperti ingin rebah. Kadar gas lengai ini di dalam tubuh sepatutnya hanya kurang 1% berbanding oksigen sebanyak 65%. Lemak yang berlebihan di dalam tubuh akan dapat dibakar dengan oksigen juga membentuk tenaga.

Sauna wap atau Infra Red Jarak Jauh
Seperti juga mandian sauna atau wap yang berlaku pada keadaan yang tidak sesuai seperti di kawasan iklim yang panas dan tempoh yang lebih daripada 5 minit serta kekerapan yang tinggi maka banyak oksigen akan dilepaskan daripada tubuh.

Kadar perpeluhan selepas aktiviti sauna juga berlebihan. Ketika itu kadar denyutan jantung sebenarnya semakin rendah, pernafasan juga berkurangan maka gas karbon dioksida terutamanya akan bertambah di dalam tubuh. Setelah itu asid urik akan mencipta masa berpenyakit di dalam tubuh.

Suhu badan normal
Gambar di ats menunjukkan suhu badan normal
Suhu badan ketika sauna
Gambar di atas menunjukkan suhu badan ketika sedang sauna
Suhu badan sejurus selepas sauna
Gambar di atas menunjukkan suhu badan sejurus selepas sauna

Suhu darah akan menjadi terlebih panas dan akibat keasidan maka nilai pH juga menurun. Apabila keadaan ini berlaku, pengaliran darah akan terganggu dan keletihan terutama ketika bangun pagi akan dirasai.

Ketika menjalani proses sauna, suhu badan yang panas akan menyebabkan kematian lebih banyak sel-sel dormin. Kesan yang sama berlaku kepada mereka yang menjalani x-ray atau diagnosis radiology.

Bila boleh bersenam?

Apabila dikatakan bersenam itu membazir, sebenarnya gerak kerja tersebut ada kegunaan dan manfaat yang jauh lebih penting lagi. Gerak tubuh yang terbaik ialah gerakan yang harmoni beserta dengan fokus dan kekuatan semangat.

Sebenarnya mengerahkan diri untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh adalah salah satu gerakan yang membentuk fokus. Arahan berperang pula ialah gerakan yang dirangsang oleh kekuatan semangat.

Sila klik untuk besarkan gambar
Ketinggian fokus boleh dijana daripada petua keheningan iaitu mentelaah pada waktu malam atau tidur awal selepas waktu isyak atau sekurang-kurangnya sebelum pukul 9.30 malam. Mereka yang mendapat keheningan ini akan mendapati hasil kerja pada keesokan hari amat berganda dan berjalan lancar atau menjadi tanpa sebarang tekanan atau halangan.

Terdapat juga senaman yang merupakan bersantai dalam keadaan fokus. Antaranya ialah berenang, memanah dan menunggang kuda.

Senaman terbaik
Ozone-Hidrotherapy Ice
Bersantai dalam bath tub
Kaedah rawatan secara ozon-hidrotherapi ais sebenarnya menjalankan aktiviti bersantai seperti yang dimaksudkan di atas. Kadar oksigen daripada mesin ozon dan garam akan menyihatkan tubuh manakala ais akan menghasilkan tekanan dan resapan.

Sel-sel tubuh akan menjalankan aktiviti respirasinya seperti semulajadi bagi mencipta tenaga. Maka tidak hairanlah selepas tubuh mendapat rawatan rendaman ais, tenaga akan diperolehi bukan keletihan seperti selepas penat bekerja.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

9 ulasan:

Brother Lans berkata...

Aslkum Doc,apa khabar pagi Juma'at ni? Artikel2 Doc banyak ilmu baru (pada saya).Perlu diulang baca, bagus.Solat Juma'at dimana?Wsalam dari Putrajaya :-)

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Waalaikum salam. Saya alhamdulillah sentiasa sihat. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Saya tinggal di ipoh, taman rapat setia baru, biasa solat jumaat di masjid sultan yusuf, gunung rapat. Jika out station, merata-rata saya singgah untuk solat jumaat.

msrizal berkata...

Assalamualaikum Doc.
Artikel yg menarik.
Saya nak tanya satu soalan..
Kawan saya adalah orang yang aktif bersenam dan bersukan. Sehinggakan suatu hari tu dia tetap bersukan walaupun masih demam. Tetapi lepas tu dia menerima penyakit ganjil yang menyebabkan tangan dan kakinya terketar-ketar. Selepas tu penyakitnya melarat dan terlantar di Hospital. Pihak hospital tak dapat detect penyakitnya.
Adakah ini disebabkan aktiviti sukannya atau penyakit ni tiada kena mengena..
Sekarang ni dia terlantar rumah dengan keadaan dirinya yang makin kurus dan kulitnya yang makin hitam dan sedikit menggelupas.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Bersenam boleh asalkan ketika dalam keadaan sihat. Bersenam bukan untuk kesihatan tetapi untuk orang yang sedang sihat.

Pastikan ketika bersenam, emosi dalam keadaan stabil dan gembira. Minda pula telah bersedia. Untuk mendapatkan kedua-dua ini, bersenamlah bersama dengan rakan dan lakukan secara ringan. Senaman berat perlu dibimbing oleh jurulatih professional dan amalan diet yang amat ketat. Jadual latihan pula perlu dilakukan dengan disiplin.

Lebih baik lakukan senaman pernafasan atau berjalan dengan laju. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memberi kesan terhadap kesihatan.

Di Ipoh terdapat sebuah taman rekreasi yang popular dipanggil Padang Polo. Setiap tahun sekurang-kurangnya terdapat seseorang yang akan meninggal ketika sedang bersenam. Rakan saya seorang doktor allopati juga meninggal ketika sedang memecut semasa berjoging.

Bersenam secara mengejut akan mengganggu rentak jantung. Tanpa persediaan mental dan keadaan emosi yang tidak stabil akan memudaratkan lagi keadaan. Mineral yang penting seperti pottasium akan hilang dengan banyak. Pottasium adalah untuk manfaat tulang dan saraf. Terketar-ketar adalah salah satu simptom kehilangan pottasium.

Insya Allah, sebenarnya masalah ini masih boleh dirawat.

msrizal berkata...

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya Doc.
Untuk pengetahuan doc. saya pun suka jogging di taman Polo tu, (sebab dulu saya bersekolah di sebelah padang ni je).. Tak tahu pulak ada orang mati sebab berjogging..
Terima kasih banyak-banyak..

titian blog serumpun berkata...

Makin menarik sahaja ni,menelaah satu persatu maklumat di blog ini,,,saya ada satu soalan ni Dr,,beberapa hari lepas saya mengalami lemas,,,mcam mahu demam,terketar ketar,,saya tengok skrin komputer,,cam nak pitam,,saya terbaringlah dilantai,,anak buah saya datang bagi selimut tebal,,saya pun bgulunglah dalam selimut tu...panas ,,sesakkk,tapi saya biar je,,keringat saya mencurah,,mcam mandi tinggal pakai sabun,,,beberapa ketika saya buka selimut,,rasa agak stabil...alhamdulillah...kes saye ni dalam kategori apa Dr..terimakaseh atas jawapan Tn. Doc...

Baby_syahiran berkata...

Artikel dlm akhbar Utusan yg bertajuk "Kesan sukan Ekstrem terhadap kesihatan tulang" menerangkan sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yg byk mungkin akan meninggalkan kesan buruk kpd badan. Antara kesan ketara sukan ekstrem adalah masalah tulang di mana ahli sukan bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang, malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang.Artikel tersebut juga menyentuh bahawa aktiviti yang memerlukan banyak tenaga bukan sahaja memerlukan nutrien secukupnya daripada makanan malahan memerlukan rehat secukupnya sebelum aktiviti yang sama dilakukan sekali lagi.
Kekurangan sumber nutrien dan rehat yang cukup mungkin menyebabkan badan ‘mengambil’ tenaga daripada tulang menyebabkan tulang ahli sukan rapuh seperti tulang pesakit osteoporosis.Di antara ahli sukan yang menghidapi masalah poros tulang ialah Zaiton Othman dimana doktor tlh mengesahkan usia tulangnya 75 tahun,2 kali ganda drp usia beliau ketika itu.
Perkara ini membuatkan saya terfikir kenapa Islam menggalakkan 3 aktiviti 'santai' yg disebut dalam artikel Dr. Ariff iaitu Berenang, Memanah dan Menunggang Kuda,rupanya setiap yg digalakkan dalam ajaran kita ada hikmahnya.Subhanallah. Perkara ini juga mengingatkan kita agar menyayangi dan menjaga diri sendiri kerana ia merupakan tanggungjawab kita, bukankah kita akan memulangkan semua kpd 'Pemilik' yg sebenar nanti?

babylito berkata...

Saya sangat bersetuju dengan komen Baby Syahiran tentang sukan. dan kesannya terhadap kesihatan tulang. Saya adalah seorang yang aktif bersukan terutama hoki, bola jaring, bowling dan sgt gemar dengan aktiviti lasak dan mencabar. Bila bersukan kita tidak akan dapat lari dari mengalami kecederaan. Kecederaan yang biasa saya alami ialah dibahagian lutut. Selalunya bila tercedera sejenis semburan akan digunakan terus ke lutut dan akan memberi kesan sejuk serta merta dan rasa sakit akan pulih dengan serta merta. Bahan kimia jika digunakan secara berterusan kesannya akan timbul pada kemudian hari. Setelah saya melahirkan anak, dalam tempoh berpantang saya telah mengalami sakit lutut yang keterlaluan. Org tua kata itu adalah akibat saya suka mandi air sejuk semasa pantang. Kebetulan tempoh berpantang jatuh masa musim panas di pantai timur sini menyebabkan saya selalu curi-curi mandi air sejuk. Saya pergi klinik dan doktor di situ mengarahkan saya ke hospital untuk x-ray kerana disyaki kemungkinan penipisan ligamen.(tapi saya tak pergi pun)Doktor tu katakan bahawa sakit saya ni biasanya dideritai oleh org yang berumur 50 tahun ke atas, bayangkan.Mungkin juga usia tulang saya berusia lebih dari usia saya.Setelah 3,4 bulan menderita akhirnya sakit itu hilang tiba-tiba tanpa mengambil apa-apa rawatan, cuma saya kerap tuam kawasan lutut berkenaan dengan ais atas dasar naluri. Jadi jika dikatakan ada sukan yang baik dan ada yang tidak baik saya sangat-sangat bersetuju.Bersederhanalah dalam apa jua yang dilakukan. Yang penting janganlah membebankan tubuh dengan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat.

titian blog serumpun berkata...

Balik sini baca baca lagi ni,ikut ikut petunjuk didalam sini,,akhir akhir ni saya banyak buat senaman otak, bersantailah....,keluar dari kesibukan dan relax .....saya anggap senaman awal tahun....

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)