SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Rabu, 21 November 2007

Perawatan Attitude Therapy Sebagai Penyembuhan

Sekiranya anda sedang melalui suatu keadaan yang menyebabkan anda rasa sakit pada salah satu anggota atau organ tubuh anda, apakah yang anda akan fikirkan ketika itu?

Bagi mereka yang mampu mengawal pemikirannya, penyakit dapat ditafsirkan sebagai suatu tenaga yang menjelma atau wujud pada pandangan mata dan akalnya, dan dapat pula dirasakan kesakitannya. Namun ketika itu rasa sakit sebenarnya wujud daripada keadaan tiada kepada adanya penyakit itu. Jelas kepada kita bahawa penyakit akan wujud pada waktu atau masa yang telah ditetapkan dan apabila ia akan berlalu atau berterusan juga berkadar dengan masa.

Bagi sesetangah individu pula, penyakit ditakrifkan sebagai suatu ujian daripada Pencipta yang sebenarnya adalah “peluang” bagi tujuan pembersihan, pembetulan atau peningkatan diri daripada satu tahap kepada suatu tahap yang lain.

Attitude Therapy menyatakan bahawa segala yang ditakrifkan sebagai penyakit tidak mempunyai sebarang “ubat”. Ubat yang sering disebut dan diambil itu hanyalah sebagai perangsang kepada kelegaan dan penahan rasa sakit yang bersifat sementara sahaja.


Sebagai contoh penyakit kronik seperti barah sebenarnya tidak pernah ada suatu penyembuh melainkan suatu kaedah yang bertindak membuang, menukar dan memusnahkan sel-sel yang sebenarnya amatlah keterlaluan dalam konteks pengubahsuaian kerja-kerja Maha Pencipta yang akan menimbulkan kecelaruan memori dan aturcara DNA yang berpanjangan kepada pesakit atau individu itu.

Kejadian manusia sebenarnya sangatlah menakjubkan. Sesuai dengan penyataan Al Quran bahawa manusia itu tercipta dengan segala kesempurnaan. Sistem tubuh manusia dan organ-organnya berfungsi seperti suatu alat kawalan jauh yang mempunyai pemancar dan penerima gelombang. Pemancar tenaga adalah daripada ketetapan Maha Pencipta yang mengatur segala kejadian seperti matahari dan bulan sementara manusia melalui system kederiaannya bertindak sebagai penerima isyarat tertentu melalui cahaya dan warna.

Oleh yang demikian di dalam tubuh manusia juga perlunya ada suatu bekalan tenaga yang bertindak sebagai bateri atau sumber tenaga bagi menerima isyarat tersebut. “Bateri” yang dimaksudkan itu boleh dikatakan sebagai isotop radioaktif nikel yang menjana tenaga elektrik pada frekuensi rendah yang mampu berfungsi selama 50 tahun atau lebih bergantung kepada cara penjagaannya. Sebagaimana difahami, “bateri” perlu dipertenagakan dengan air yang bersifat ionic atau alkali dengan kadar pH yang sesuai iaitu 8.5 serta diperhaluskan bagi tujuan kadar penyerapan yang tinggi.

Penerimaan bentuk isyarat gelombang pada tubuh manusia ialah system kederiaan iaitu kulit sebagai penerima yang terbesar selain mata, hidung, telinga dan lidah. Isyarat-isyarat ini akan dihantar kepada system kelenjar utama iaitu kelenjar pineal, pituitary, thyroid, thymus, adrenal, pancreas dan system reproduktif (ovary/testis). Inilah sebenarnya secara simboliknya bertindak sebagai bateri kepada system kederiaan tubuh yang perlu dipertenagakan dengan air alkali. Sistem kederiaan pula harus dipelihara keseimbangannya dengan air sejuk atau ais dan disertakan dengan Aromatherapy Vibration.

Sistem kelenjar ini apabila dipertenagakan dengan formula Attitude Therapy melalui pengambilan di lidah akan memberikan tenaga dalam bentuk gelombang radioaktif (bentuk penyebaran menyamai corak alfa, beta dan gama) yang paling selamat yang merangsang sel-sel sehingga ke nucleus bagi atom di dalam tubuh.

Formula Attitude Therapy adalah sebagai penyembuh atau penawar bukan ubat yang hanya berkisar pada suatu bentuk isyarat dengan ketetapan yang apabila dihantar kepada pusat kawalan system tubuh, melalui system neurotransmitter akan mengembalikan getaran sel pada keseimbangannya sebenar, enzim dan hormone akan dikeluarkan semula maka ketika itu tenaganya yang asal akan dikembalikan semula. Maka penawar sebenarnya telah wujud di dalam setiap tubuh manusia itu sendiri.

Namun factor-factor kesucian jiwa perlu diambil kira sebagai masa yang mewujudkan ketetapan dan getaran yang dipanggil “amplitude” atau maksimum. Factor-factor kesucian itu ialah hening, sabar, ikhlas dan redha atau rasa syukur yang tidak berbelah bagi kepada Maha Pencipta penyakit itu. Individu haruslah mengawal sifat-sifat tersebut di dalam dirinya maka ia sebenarnya adalah pengawalan minda atau akal atau kerohaniannya sendiri menurut masa yang telah ditetapkan.

Faktor ketenangan juga akan mempengaruhi pengambilan sesuatu penawar kerana ketika itu bahagian-bahagian yang disasarkan di dalam keadaan bersedia dengan penerimaan isyarat frekuensi pada julat rendah. Sebaliknya jika ketika itu tubuh sedang bekerja atau ketika selepas pengambilan makanan, system tubuh sebenarnya sedang di dalam kecelaruan di dalam fungsinya ketika itu telah menjadi julat tinggi yang memungkinkan pembongkaran dan tindak balas lebih ketara akan wujud.

Sekalipun di barat ramai yang telah mempraktikkan kaedah “holistic” tersebut, namun sebenarnya ia tidaklah begitu praktikal apabila tiadanya pengekalan atau konsisten di dalam proses pengamalan kaedah tersebut serta tidak dipraktikkan dalam budaya kehidupan harian (sibghatullah). Manusia akan menjadi lemah apabila berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak terjangkau oleh akal fikirannya sendiri.

Namun demikian, factor-factor kesucian jiwa itu sebenarnya adalah suatu bentuk tenaga yang diistilahkan masa bagi setiap diri individu itu. Masa sebenarnya adalah “roh” yang sepatutnya berada atau wujud pada tahap tertentu dengan konsisten tanpa ada kepincangan yang akan mencipta penyakit.

Masa sebenarnya adalah hak mutlak setiap manusia sebagai rahsia Maha Pencipta manakala jasad sebagai jisim dengan segala atomnya adalah hak Pencipta yang telah tercipta dengan ketetapan yang tidak boleh diubahsuai atau digantikan dengan milik manusia lain.

Justeru manusia perlu melalui masa yang menyenangkan dirinya sendiri sebagai perawatan secara semulajadi. Masa apabila ditakrifkan sebagai unsur iaitu unsur angin, api dan air manakala jisim sebagai unsur tanah. Masa dan keseimbangan tersendiri pada keadaan asalnya. Masa boleh berubah-ubah atau dipindahkan menurut kesesuaian pada ketika itu dan akan kekal manakala jisim sebagai sel adalah ketetapan yang tidak kekal dan akan berubah menurut ketetapan Maha Pencipta.

Masa sebagai rahsia kelajuan yang boleh berada di dalam mana-mana ruangan sekalipun tercetus daripada niat yang apabila telah menjadi sama dengan jisim akan mewujudkan keadaan “resonance” dan amplitude sebagai penawar atau penyembuhan sebenar ketika itu.

Attitude Therapy meneliti akan rahsia masa itu dan menemui kehebatan tenaga yang setara dengan tenaga masa dalam diri manusia daripada bunga-bungaan sebagai penawar yang mampu mewujudkan keadaaan konsisten sebagai tujuan penyembuhan penyakit. Tenaga daripada bunga-bungaan dilihat pada warnanya yang diukur pula sebagai gelombang cahaya di dalam unit nanometer sebelum ditukar kepada getaran atau gelombang pada ukuran Hertz atau kitaran sesaat masa. Tenaga inilah yang dirakam daripada bunga-bungaan tertentu yang mekar pada ketika bulan purnama sebelum dirakamkan semula ke dalam pati bunga (aromatherapy vibration) atau formula Character/Colour Level (CL) dan disusun menurut kesesuaian organ tubuh manusia.

Tenaga ini didapati konsisten sekalipun pada jangkamasa yang lama, maka ia sangat sesuai diambil bagi tujuan penyembuhan penyakit yang terpantas dengan syarat pengambilannya juga konsisten dan tepat pada masanya. Jelaslah bahawa penawar yang dihasilkan oleh Attitude Therapy adalah penawar di dalam rahsia masa.

Justeru manusia harus melihat dengan jelas bahawa kadar peningkatan penyakit di dalam dirinya sendiri, di dalam lingkungan keluarganya, masyarakat, negara bahkan dunia ini semakin tinggi akibat ketiadaan penyembuh sebenar yang paling suci, selamat dan berkesan.

Kita seharusnya tidak lagi terkeliru dengan jawapan-jawapan dan keputusan-keputusan perubahan yang diterima saban hari apabila dikaitkan dengan proses pemindahan organ, pemusnahan sel dan sebagainya, sebelum masa kita diambil dan jisim kita dikembalikan semula ke tempat asalnya pada saat yang telah ditetapkan.

Ringkasannya

Penyakit adalah suatu bentuk tenaga.


Tenaga boleh dipindah, diubah atau ditukarganti namun tidak boleh diubahsuai.


Fungsi atau tindak balas kuman, bacteria atau kesan keracunan di dalam tubuh sebenarnya adalah kerja-kerja “Ketuhanan” yang begitu kompleks.

Konsep perubatan selama ini cenderung kepada pengubahsuaian atau pemansuhan tenaga penyakit itu sendiri.

Perawatan Attitude Therapy dengan mencari semula titik keseimbangan sel atau organ yang berpenyakit dan mengembalikan tenaga asalnya.

Attitude Therapy menitikberatkan factor masa sebagai asas kepada perawatan segala jenis penyakit.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

5 ulasan:

babylito berkata...

Oleh yang demikian di dalam tubuh manusia juga perlunya ada suatu bekalan tenaga yang bertindak sebagai bateri atau sumber tenaga bagi menerima isyarat tersebut. “Bateri” yang dimaksudkan itu boleh dikatakan sebagai isotop radioaktif nikel yang menjana tenaga elektrik pada frekuensi rendah yang mampu berfungsi selama 50 tahun atau lebih bergantung kepada cara penjagaannya. Sebagaimana difahami, “bateri” perlu dipertenagakan dengan air yang bersifat ionic atau alkali dengan kadar pH yang sesuai iaitu 8.5 serta diperhaluskan bagi tujuan kadar penyerapan yang tinggi.

Saya amat tertarik dengan petikan di atas. Orang yg tinggi ilmu kerohanian eg: alim ulama biasanya mempunyai umur yg agak singkat berbanding mereka yg sebaliknya. Kenyataan yg selalu kita dengar adalah mereka ini lebih disayangi Pencipta. Itu yg selalu kita dengar, bagaimana pula dengan penjelasan saintifik?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Bagus soalan ini, terima kasih.

Umur adalah urusan Allah. Tetapi kita yang tidak mengetahui waktunya perlu menjaga tubuh ini sebaik mungkin. Jika kita telah mengetahui tempoh umur kita, maka sudah tentu seseorang itu akan bekelakuan aneh seperti mengabaikan kesihatan dirinya atau sebaliknya terlebih menjaga kesihatan tanpa mengimbangkannya dengan amalan atau tanggungjawab kehidupan seharian.

Salah satu azab di dunia bagi orang yang melakukan zina atau dosa besar ialah dipendekkan umurnya. Orang yang dipelihara Allah pula dihadkan umurnya hingga mencapai dalam lingkungan 65 tahun atau tempoh tertentu. Oleh itu, urusan ajal seseorang adalah di tangan Allah. Tidak bolehlah kita berpersepsi bahawa orang yang pendek umur atau lanjut usia itu baik atau tidak amalannya.

Kematiah bukanlah penyakit, oleh itu ia tidak boleh dirawat. Mati akibat sesuatu penyakit adalah sebab untuk mendatangkan akibat mati.

Itulah sebabnya, pengamal CVT akan tetap terus menjalankan rawatan kepada mana-mana pesakit tanpa perlu menyiasat sama ada pesakit tersebut nazak dan perlu dibiarkan meninggal. Dengan ini, pesakit yang sedang nazak, walaupun tidak boleh sembuh lagi, tetapi sekurang-kurangnya dia akan pergi dalam keadaan tenang dan mudah di saat-saat akhir.

Atas sebab ini juga, selagi kita masih bernyawa, kita perlu menjaga kesihatan tubuh ini sebaik yang mungkin.

Baby_syahiran berkata...

Dr,
bagaimana pula dengan usaha sesetengah pihak untuk 'mrmanjangkan' umur seseorang, contohnya, seseorang yang sakit lemah jantung atau sebagainya,didapati oleh doktor konvensional, orang atau kanak-kanak tersebut boleh hidup 2 / 3 bulan kecuali ada penderma yang sanggup menderma organ mereka. Bagaimana pula dengan fatwa menderma organ yang didapati di negara kita ia adalah satu usaha yang murni dan sering diwar-warkan oleh media. Adakah terdapat perbezaan pendapat oleh ulama' sekarang ini?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Usaha untuk memanjangkan umur akibatnya terjadilah satu fenomena yang sedang menarik minat saintis terkini iaitu "Mayat bernyawa".

Saintis dengan mengakaji bagaimana seseorang itu masih boleh "berjuang" untuk hidup sedangkan sebenarnya ciri-ciri yang dimiliki hanya ada pada mayat. Mereka yang masih hidup kerana "diberi nyawa" oleh kaedah rawatan klasik (rawatan hospital) ialah mereka yang telah banyak kehilangan nilai dari segi spitirual, emosi dan mental, tetapi tubuh fizikal kelihatan "hidup".

Sebenarnya pesakit yang seperti "Mayat bernyawa" yang menerima organ transplan adalah seorang yang sangat menderita, mengalami kecelaruan karektor dan emosi. Mereka yang menggunakan bateri pada jantung, mengambil insulin sintetik dan difusi darah ialah mereka yang telah hilang "jiwa" nya dan terus menderita dalam tubuh yang masih bernyawa.

Fatwa mengenai derma organ adalah berbeza setiap negeri dan negara. Apabila dikaji semula mengenai fatwa yang mengatakan boleh, maka ia akan jadi tidak boleh semula kerana darurat tidak ada disebabkan wujudnya rawatan alternatif (rujuk Fiqh Aulawiyat).

babylito berkata...

Membaca tentang "mayat bernyawa". Ramai pesakit dihospital yg hanya bergantung pada mesin penyambung hayat. Jika diputuskan bekalan oksigen akan berakhirlah hayat seseorang itu. yg biasanya menggunakan mesin jangka hayat ini adalah mereka yg telah kehilangan fungsi otak. Adakah jika mati otak itu boleh dikira sebagai akhirnya sesuatu kehidupan? Bagaimana pula dgn mereka yg melakukan ini hanya sebagai satu ikhtiar semoga ada keajaiban akan berlaku.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)