Gelombang (getaran) dapat dirasai melalui gerak rasa. Ia bersifat suci dan menguasai segala ruang dan arah dalam apa jua bentuk dan keadaan. Ianya sangat tepat dalam memberikan segala jawapan tanpa syak dan ragu-ragu. Kewujudan gelombang adalah lebih awal daripada kewujudan segala jisim lahiriah. Oleh yang demikian, gelombang adalah merupakan sumber maklumat yang paling awal, tepat dan sempurna.
Gelombang juga pada hakikatnya adalah sumber gedung ilmu yang perlu difahami dan dihormati. Apabila perawat mendiagnos seseorang pesakit, bermakna ia berinteraksi dengan gelombang si pesakit. Seseorang perawat yang fokus dapat menguasai gelombang yang tersirat dan tepat yang mana jawapan yang diperolehi tidak akan mampu diperolehi dengan proses diagnosis melalui cara biasa. Kesan daripada jawapan yang diperolehi tadi ialah perawat akan menjadi bertambah yakin dan bersemangat dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Rawatan yang menggunakan kaedah gelombang tidak menggunakan khadam sebagai perantara. Tindak balas yang diperolehi daripada pesakit lahir secara semulajadi dan dapat dikupas secara jelas apabila ianya difikirkan secara mendalam. Segala punca dan simptom penyakit dapat diketahui oleh perawat dan setiap jawapan dari masa ke semasa akan dapat membantu proses diagnosis secara lebih jelas. Daripada kinesiologi, segala peristiwa lama pesakit akan tercetus semula dan dengan yang demikian banyak sistem badan dapat bekerja semula.
Jika pendiagnos tidak ikhlas dalam menjalankan diagnosis, tidak menghayati penyakit dan merasainya dengan penuh kasih sayang, kemahiran yang diperolehinya selama ini akan terjejas atau berkurang (tumpul) dan ini akan membuatkan mereka menjadi semakin ragu, kabur dan keliru terhadap segala jawapan yang diperolehi hasil daripada Applied Kinesiology tadi. Persoalan demi persoalan tidak dapat diselesaikan. Berbeza daripada proses diagnosis yang telah dijalankan olehnya pada peringkat awal yang mana ianya memberikan kepuasan dalam membongkar ilmu dalam diri si pesakit.
Gelombang adalah satu unsur hidup yang bersifat atau berkelakuan lurus (telus), tersangat-sangat lurus. Ia dijadikan untuk melaksanakan segala arahan yang telah diperintahkan oleh Allah. Apa sahaja soalan yang diajukan kepadanya, ia akan menjawab dengan memberikan jawapan yang tepat tanpa syak wasangka terhadap si penyoal. Di dalam Applied Kinesiology, para pengamal Attitude Therapy akan "bertanyakan" atau mengisyaratkan point atau soalan-soalan tertentu kepada gelombang si pesakit untuk mendapatkan maklumat atau jawapan yang berkaitan dengan soalan-soalan yang dikemukakan tadi. Gelombang bersifat hening, maka para perawat dan pesakit mestilah bersikap hening ketika menjalani proses diagnosis melalui kaedah Applied Kinesiology. Semakin hening tahap minda si perawat dan si pesakit, maka lebih tepatlah maklumat atau jawapan yang akan diperolehi.
Gema akan memberikan tindakbalas sempurna atau jawapan yang amat tepat bagi segala bentuk rangsangan isyarat atau soalan yang diajukan kepadanya. Tetapi ia tidak boleh dikhianati. Pesakit yang datang berjumpa dengan merawat hanya menyerahkan atau mengizinkan dirinya disoal atau dirawat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penyakit mereka semata-mata. Jika perawat bertanya tentang perkara-perkara di luar skop atau ruang lingkup penyakit pesakit, ini bermakna perawat telah "mencuri" maklumat daripada diri si pesakit (melalui gelombang). Natijah daripada kelakuan para perawat yang mengkhianati gelombang tadi akan menyebabkan keputusan yang akan diperolehi menjadi semakin tidak tepat apabila proses Applied Kinesiology dilakukan terhadap pesakit-pesakit yang lain pada masa-masa mendatang. Lama-kelamaan segala keputusan diagnosis yang diperolehi melalui Applied Kinesiology akan menjadi salah terus-menerus, para pengamal Attitude Therapy akan menjadi tidak yakin dengan ilmu perubatan ini dan seterusnya mereka akan meninggalkan ilmu perubatan Attitude Therapy. Berdasarkan Hukum Keseimbangan (sila rujuk kategori Hukum Keseimbangan), pesakit juga akan meninggalkan perawat atau menghentikan rawatan kerana tidak yakin.
Testimoni Attitude Therapy
Penyembuhan itu daripada Allah, oleh itu pesakit perlu bersyukur kepada Allah setelah sembuh dan perawat tidak boleh mendakwa penyembuhan tersebut disebabkan pesakit ini telah merawat dengannya. Demi menjaga dan menghormati pesakit, testimoni tentang penyembuhan tidak akan didedahkan kepada umum. Untuk mengeluarkan testimoni, pengamal perlu mematuhi garis penduan etika yang ditetapkan.
Apabila kita memahami gelombang, maka kita akan faham keikhlasan menjaga keharmonian dan keheningan tubuh. Rasa hormat dan hening ini adalah faktor penyembuan tahap pertama bagi sesuatu penyakit walaupun pada peringkat diagnosis Applied Kinesiology.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
2 ulasan:
Terdapat sesetengah pihak malah saya rasa masih ramai yg kurang yakin dgn cara AK utk mendiagnos pesakit, mereka lebih percaya dgn cara rawatan allopati yg menggunakan sampel darah utk menentukan jenis penyakit,x-ray dan sbgnya sedangkan dgn cara tersebut sdh ada kesan sampingan. Pendapat mengatakan CVT menggunakan sihir atau perantara krn ketidakpercayaan bhw pesakit tidak perlu hadir utk didiagnos,cukup dgn keikhlasan dan kebenaran yg diberikan kpd pendiagnos. Mmg sudah biasa perkara yg tidak boleh dizahirkan, krg dipercayai oleh org kita,mrk mahukan sesuatu yg logik berserta bukti,mungkin sdh terlalu lama tidak menghiraukan penggunaan otak kanan yg byk melibatkan imaginasi, emosi dan kreatif. Penggunaan AK lebih utk tujuan kesihatan dan bukan utk menilik masa hadapan dsbnya dan pendiagnos spt yg dinyatakan oleh Dr. Ariff perlulh iklas. Sesuatu yg perlu difahami oleh orang ramai ialah tidak semua penyakit boleh dikesan melalui ujian darah,bknkah kita pernah mendengar doktor gagal mengesan penyakit seseorg walaupun sdh beberapa kali membuat pemeriksaan darah. Knp tidak menggunakan cara yg lbh selamat dan tepat utk mengetahui punca penyakit kita.
Mereka yang menyatakan tidak ada di sebalik itu sebenarnya mindanya belum sampai di sebalik itu.
"Logik" ialah 1/4 daripada kejadian alam dan cuma 1/4 sahaja yang diperlukan di alam pemikiran kita.
Sesuatu yang terbukti ada tetapi tidak boleh dilihat sebenarnya wajib dipercayai.
Ilmu manusia ini amatlah sedikit berbanding dengan ilmu Allah umpama setitik air berbanding dengan satu lautan.
Gelombang jin (berfrekuensi tinggi) lebih rendah darjatnya berbanding dengan gelombang visible light (lebih rendah frekuensinya). CVT tidak memerlukan sesuatu yang rendah darjatnya untuk sesuatu ikhtiar. Hening, ikhlas, sabar, redho amat rendah frekuensinya hingga menghampiri Point Zero.
Seseorang yang tidak yakin, kesimbangannya akan bertemu dengan orang yang tidak yakin juga. Keyakinan dan was-was ialah akibat kelemahan organ merah dan bawahan (yang menghampiri frekuensi tinggi) seperti darah, otot, usus, tulang dan saraf.
Catat Ulasan