SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 6 November 2007

Rahsia Garam Dalam Rahsia Air

Rahsia Garam Rendah Sodium dalam rahsia air (bunyi) dalam kombinasi air akan mengimbangi semula darah yang telah teroksida kerana terlebih kandungan kolestrol dan urik asid.

Mengubah, memecah, mengurai unsur pemakanan menjadi zat atau nutrien dalam partikel yang halus dan unik untuk potensi getaran. Olahan, kitaran, adunan dan bancuhan akan menghasilkan geseran tenaga kinetik apabila makanan dikunyah dengan baik dan teratur.
Meneutralkan keracunan makanan atau ketempangan kimia di dalam tubuh yang berlebihan urik asid atau bahan-bahan yang masam.

Ia akan memberikan kecepatan kepada semua unsur pemakanan menjadi aktif dengan menghasilkan tindak balas yang pantas dan maksimum.

Kesemua frekuensi atau tenaga getaran terletak dalam rahsia biru yang menjadi penawar.

Kuasa peneutral ini terletak di kelenjar tyroid dengan frekuensi biru yang sejuk. Bagi wanita yang gemar pada makanan yang masam akibatnya wujud gangguan pada sistem tulang dan penyakit mudah sampai ke dasar. Ini akan mendedahkan kepada bahaya kanser. Sebenarnya garam rendah sodium mempunyai kuasa penyerap kepada frekuensi bunyi yang buruk yang memusnahkan sel-sel di dalam tubuh.

Makan pada waktu malam sebelum subuh (bersahur) sebenarnya dapat memerangkap tenaga bunyi berfrekuensi biru sebagai penawar.

Rahsia gigi adalah suatu jasad kenyal di dalam rahsia tulang. Oleh itu, gosoklah gigi anda selalu untuk menghasilkan tenaga kinetik atau geseran.

Cara mengambil Garam Rendah Sodium

1. Sebelum dan selepas makan. Secubit garam rendah sodium sama ada diletakkan di atas lidah atau dilarutkan sedikit dalam segelas air sejuk.

2. Sebelum dan selepas tidur. Minum sekerap mungkin untuk kesan lebih baik. Lebih elok dilakukan di waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur untuk pengimbangan oksigen di dalam darah dan sistem limpatik.

3. Bersama-sama dengan formula CL. Campurkan sedikit garam di dalam larutan air yang dimasukkan formula rawatan CL. Jika CL ingin diambil dengan cara dikemam, minum setengah gelas air sejuk yang dicampurkan dengan secubit garam rendah sodium.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

5 ulasan:

msrizal berkata...

Ada orang cakap yang minum air masak sebelum tidur tak elok diamalkan. Betul ke?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Sesuatu yang elok atau tidak untuk kesihatan, perlulah dilihat dari sudut saintifik kesannya terhadap kesihatan.

Biasa juga saya dengar orang dulu-dulu tidak membenarkan anak mereka minum air sebelum tidur untuk mengelakkan masalah kencing malam. Tetapi kahikat sebenarnya, masalah kencing malam disebabkan oleh kelemahan Kelenjar Prostat.

Air masak sebenarnya tidak elok diamalkan berbanding dengan air tapis, air mineral dan air beralkali.

Ketika selepas makan, organ pencernaan akan merembeskan enzim-enzim tertentu bagi tujuan penghadaman. Jika seseorang minum air selepas makan, air tersebut akan mencairkan enzim yang dirembeskan hingga menjadikan proses penghadaman tidak sempurna. Sekiranya seseorang itu minum air selepas makan dan terus tidur, ia adalah sesuatu yang amat tidak digalakkan. Tetapi bukan menjadi sesuatu masalah jika minum air yang disyorkan (bukan air masak) sebelum tidur asalkan sebelum itu, perut tidak terlalu kenyang atau sejurus selepas makan.

Kesimpulannya, minum air sebelum tidur perlu lihat terlebih dahulu keadaannya.

Terima kasih, bagus soalan ni.

Arina berkata...

Dari bacaan saya tentang garam dan kelebihannya, saya terbaca satu artikel yang menulis tentang amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan. kini therapy menggunakan garam telah dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Salah satu ujian tentang garam pernah dilakukan pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar

" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Hadis riwayat Al - Bazzar

Baby_syahiran berkata...

Beberapa maklumat utk dikongsi bersama ttg garam :
1. Cerita dr seorg rakan yg berjaya mengelakkan keracunan makanan krn mengambil buah epal bersama garam dimana rakan2 yg lain mengalami keracunan. Buah epal tersebut telah disembur dgn racun serangga dgn byk.
2. Garam yg biasa di pasaran tidak dpt dibuktikan setakat mana kebersihannya, ttp kita sdh maklum garam bukit lbh byk khasiat dn begitu juga garam rendah sodium yg blh dimkn begitu shj, mungkin sdh masa kita menitikberatkan kesihatan dgn cara menukar jenis garam yg kita biasa ambil, insyaallah,kesihatan dan kebersihan lbh terjamin.

Baby_syahiran berkata...

Garam bukan Penyebab Strok
Satu kajian semula kesihatan oleh pakar Britain mengemukakan hasil kontroversi apabila mendakwa sehingga kini tiada bukti jelas mengaitkan garam sebagai punca risiko penyakit jantung dan strok. Kajian semula oleh Pakar Bedah Jantung Universiti James Cook, ke atas 462 penyelidikan seluruh dunia itu mencetuskan kekeliruan berikutan amaran kepada orang ramai sejak sekian lamanya yang menyenaraikan garam faktor penyebab serangan jantung dan angin ahmar atau strok. Semakin banyak kajian oleh pakar dari Barat mendatangkan lebih banyak kekeliruan nampaknya dan bagaimana pula dgn kita yg sangat cenderung mengikut tatacara kehidupan orang Barat sedangkan sekarang mereka sendiri tidak sependapat.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)