Roh dan alam roh adalah urusan Allah. Di dalam dunia perubatan, terdapat unsur spiritual bagi sebuah sel yang lengkap. Unsur ini amat mempengaruhi psikologi dan karektor serta tidak dapat diasingkan dalam ikhtiar untuk merawat sesuatu penyakit. Meminggirkan unsur ini dalam dunia perubatan hanya akan menyebabkan kebuntuan dalam menyelesaikan sesuatu masalah penyakit. Unsur spiritual ini diwakilkan dengan satu unit tenaga yang digelar "Gelombang". Pemikiran manusia amat terbatas untuk sampai ke sesuatu tahap ilmu. Saintis barat bingung dengan kewujudan unsur ini. Tetapi Al-Quran telah terlebih dahulu maju ke hadapan dan menemui istilah unsur yang terdapat di dalam setiap organik yang bernyawa. Dengan menjadikan Al-Quran sumber inspirasi, akhirnya unsur spiritual tersebut diistilahkan Gelombang.
Di beberapa buah universiti di negara barat seperti universiti Harvard dan Cambridge, kajian tentang roh telah lama dijalankan sehingga para intelek di sana yang menyusun ensiklopedia yang khusus dalam membincangkan tentang persoalan roh. Dalam membicarakan tentang roh, Attitude Therapy tidak memisahkan sumbangan dan peranannya dalam hubungannya dengan kesihatan manusia. Attitude Therapy tidak berminat untuk mengkaji persoalan roh dengan lebih mendalam baik dalam bentuk analitikal mahupun empirikal seperti yang dilakukan di negara-negara barat.
Sebaliknya Attitude Therapy lebih berminat untuk mengkaji hubungan antara roh dan jasad dalam skop yang khusus iaitu yang berkaitan dengan perkara-perkara kesihatan dan penyakit. Kaedah yang digunakan oleh Attitude Therapy memanipulasikan gelombang ialah melalui kaedah "Applied Kinesiology". Melalui kaedah ini para perawat akan mendapatkan jawapan yang tepat hasil daripada diagnosis yang dijalankan.
Namum begitu, Attitude Therapy lebih berminat menggunakan istilah "Gelombang" sebagai ganti perkataan "roh" dalam terapi yang dijalankan. Perkataan "gelombang" dapat dikaji dari sudut sains akan sifatnya. Perkataan "roh" pula mempunyai pengertian yang lebih luas sifat dan falsafahnya. Perkataan "gelombang" adalah lebih saintifik berbanding perkataan "roh" yang amat terbatas dan bersifat keagamaan (teologi).
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan