Jika kita menunggu sesuatu perkara dengan keadaan yang penuh gelisah dan mengharap, ini bermakna kita sedang dikuasai masa. Segala memori akan dirakam dalam keadaan terbeban, maka otot akan menjadi lemah, kulit akan mengendur atau cepat tua. Jika seseorang "mengejar" sesuatu impian, ia juga dikuasai masa dan akan menghadapi perkara yang sama kerana impian tidak akan sampai selagi belum sampai ruang dan masa yang tepat (tidak amplitud).
Jisim Abstrak dan Masa
Jisim yang abstrak pada hakikatnya telah terkeluar atau tidak terikat dengan domain masa lain. Apabila sesuatu jisim menjadi abstrak, maka masanya sudah tidak dapat ditakrifkan lagi. Jika jisim yang abstrak itu ingin dikuasai atau dimanipulasi, ia perlu ditarik ke domain masa supaya ia wujud dalam bentuk pejal. Untuk menarik jisim abstrak ke domain masa, perbezaan tekanan perlu diwujudkan di antara ruang di sekelilingnya. Sesuatu jisim boleh wujud dalam bentuk abstrak apabila ia berada di dalam ruang yang bertekanan rendah. Bila tekanan tinggi dikenakan di sekeliling ruang bertekanan rendah tadi maka fenomena mekanik bendalir akan berlaku. Jisim abstrak tersebut akan "mengalir" keluar atau masuk ke dalam ruang bertekanan tinggi dengan perubahan bentuk daripada abstrak kepada pejal. Fenomena inilah yang berlaku dalam proses hidroterapi ais kepada pesakit yang terkena santau atau memakai susuk.
Jisim yang abstrak pada hakikatnya telah terkeluar atau tidak terikat dengan domain masa lain. Apabila sesuatu jisim menjadi abstrak, maka masanya sudah tidak dapat ditakrifkan lagi. Jika jisim yang abstrak itu ingin dikuasai atau dimanipulasi, ia perlu ditarik ke domain masa supaya ia wujud dalam bentuk pejal. Untuk menarik jisim abstrak ke domain masa, perbezaan tekanan perlu diwujudkan di antara ruang di sekelilingnya. Sesuatu jisim boleh wujud dalam bentuk abstrak apabila ia berada di dalam ruang yang bertekanan rendah. Bila tekanan tinggi dikenakan di sekeliling ruang bertekanan rendah tadi maka fenomena mekanik bendalir akan berlaku. Jisim abstrak tersebut akan "mengalir" keluar atau masuk ke dalam ruang bertekanan tinggi dengan perubahan bentuk daripada abstrak kepada pejal. Fenomena inilah yang berlaku dalam proses hidroterapi ais kepada pesakit yang terkena santau atau memakai susuk.
Sewaktu proses mandian rendaman Hydrotherapy Ice atau Facial Hydrotherapy Ice, susuk (yang bersifat bertekanan rendah) akan terkeluar.
Beberapa contoh mengharap yang merosakkan "masa"
Beberapa contoh mengharap yang merosakkan "masa"
- Jika kita pernah meminta pertolongan dan dijanjikan pertolongan dengan manusia, kita tidak seharusnya mengharap.
- Begitu juga sekiranya kita memberikan pinjaman wang atau sesuatu barang, kita tidak boleh mengharapkan ia dipulangkan.
- Memberikan hutang tanpa rasa ikhlas akan menyebabkan kita terlalu mengharap.
Semakin kita mengharap, maka semakin sempit jiwa dan rezeki.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
11 ulasan:
Jika seseorang itu menunggu sesuatu perkara dengan keadaan yang penuh gelisah dan mengharap, ini bermakna kita sedang dikuasai masa.
AKU SEDANG MEMIKIRKAN PERKARA INI,SEBAB SERING BERLAKU PADA DIRI SAYA..DAN SESUATU LAGI AKU PEROLEH DISINI..MASA UNTUK BERUBAH.....
________________________________
"Segala memori akan dirakam dalam keadaan terbeban maka otot akan menjadi lemah, kulit akan mengendur atau cepat tua."
ORANG SELALU BERKATA "JANGAN BANYAK FIKIR 'NANTI LEKAS TUA...namun ada juga yang menafikkan,,siapa cakap"haaa... disini dah ada jawaban buat rakan saya yang dah mulai botak tue...
_________________________________
Jika seseorang "mengejar" sesuatu impian, ia juga dikuasai masa dan akan menghadapi perkara yang sama kerana impian tidak akan sampai selagi belum sampai ruang dan masa yang tepat (tidak amplitud).
AYAT INI RINGKAS TETAPI SANGAT BERMAKNA...ramai yang dikuasai masa..termasuk saya tentunya"tak saya nafikkan...dan saya tidak menyedarinya...masa berlalu begitu sahaja...kerisauan juga berlalu begitu sahaja,,dan impian pun kadang berlalu begitu sahaja...JIKA IMPIAN UNTUK MEMILIKI SESUATU YANG LEBIH DAN DILUAR KEMAMPUAN...mungkin ada baiknya tak lagi saya fikirkan...sebab itu bermakna sengaja meletakkan diri dalam penguasaan masa yang berterusan...BAGAIMANA DENGAN ANDA SEMUA !!!!"jika ada yang membaca tolong berikan pandangan anda terhadap perkara ini...mungkinkah kita dalam suasana yang tidak jauh berbeza....BUAH FIKIRAN ELOK DIKONGSI DENGAN JERNIH DISINI" ataukah kita sentiasa dikuasai masa hingga melupakan sebab akibat pada setiap langkah hidup kita..salam untuk semua!!!
Contoh seharian perkara yg berlaku adalah mencari barang yg hilang, mengikut ilmu CVT jika kita fokus kpd jisim atau barang itu sendiri ini bermaksud dikuasai masa dan sukar utk menjumpai brg tersebut sebaliknya kita membayangkan barang itu dijumpai dan ini bermaksud menguasai masa. Kebiasaannya bila berada dlm keadaan tenang,sy fokus utk menjumpai brg tersebut dan membaca surah Al-A'la atau surah Addhuha,insyaallah jumpa, tp klu emosi tk brp stabil, mmg sukar nk buat,so apa2 kena sabarkn diri sendiri dulu.
Satu lg contoh yg biasa bila nk parking kereta di tmpt yg sesak,yg ni so far sy jrg berjaya sbb selalu lupa nk niat awal, tp kebanyakan org yg fokus dan membayangkan dpt tmpt parking kereta akan jumpa w/pun sesak, insyaallah. Mengenai impian yg besar, yg sy faham dlm ilmu CVT tk salah unutk mengimpikannya, cuma niat kena baik dan konsisten,dan berusaha ke arah itu. Cuma kita kena tahu bezakan dlm diri kita samada berharap sgt utk mencapai impian sehingga lupa ketentuan Allah,contoh,pasangan yg terlalu inginkan anak, berusaha bersungguh2,tetapi lupa utk bertawakkal dan akhirnya menyalahkan ubat2an, atau pasangan masing2 bila tak berjaya.Inilh contoh dikuasai masa,wallahu'alam.
SEIRING BUNYI LETUPAN MENUTUP TANUH 2007 " Titian Blog Serumpun MENGUCAPKAN SELAMAT MELANGKAH KEPADA KURUNGAN MASA KIRAAN 2008.Kepada Author http://rawatankesihatan.blogspot.com. Dr.ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN ' teruskan berkarya. Kepada rakan rakan yang bertemu dan terjalinya ikatan di rawatankesihatan ini, kepada Arina,Babylito,Baby-Syahiran,Abghalim,Brotherlans,dan Kelat serta semua keluarga di laman rawatankesihatan ini.SELAMAT TAHUN BARU 2008.( 12:00 AM 01-January-2008 )
Smekom... Dr Arif.. Bagaimana nak menguasai Tenang...Sabar...Ikhlas & Syukur... Ble tak Dr huraikan Kaitan Angin/Nitrogen-Yassin , Api/Oksigen-Qursi , Air/Hidrogen-Fatihah & Tanah/Karbon-Qulhu... Tq
w'salam. Tenang, sabar, ikhlas dan syukur ialah perkara hati dan akal sama ada sedar atau tidak sedar.
Hati ini dipacu oleh iman. Semakin tinggi amal ibadah atau kewarakkan, maka semakin tinggi tahap tenang, sabar, ikhlas dan syukur. Latihan secara minda tidak mungkin memberikan keputusan sehebat kesan daripada amal ibadah.
Saya tidak menulis mengenai Kaitan Angin/Nitrogen-Yassin , Api/Oksigen-Qursi , Air/Hidrogen-Fatihah & Tanah/Karbon-Qulhu. Oleh itu, sesuatu yang saya tidak mahu tulis bermaksud saya tidak terima perkara tersebut. Ia merumitkan saya untuk memberi penjelasan secara saintifik. Pada pendapat peribadi saya, itu ialah sifat unsur. Sifat boleh dipadankan dengan sebarang elimen yang difikirkan sepadan.
Memang tidak dinafikan ayat-ayat atau surah tertentu dalam Al-Quran mempunyai sukatan frekuensi tersendiri. Sesetengah pengamal perubatan islam menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau surah-surah tertentu untuk mengubati penyakit. Setiap orang mempunyai sistem tubuh badan yang berbeza, oleh itu perawatan dengan ayat atau surah Al-Quran juga berbeza untuk setiap sistem tubuh atau sesuatu penyakit.
Quran itu perlulah dibaca keseluruhannya. Tidak perlu diberikan sebarang sifat untuk sesuatu surah. Tetapi aliran salafi mengkaji sifat Quran ini amat mendalam sehingga difikirkan tidak perlu. Mengkaji hikmah membaca sesuatu surah ini walaupun ada disebut dalam hadis, tetapi hadis tersebut ada yang khilaf, ada yang daif.
Semua ilmu dan amal hendaklah ke arah mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan iman, bukan ke arah saintifik semata-mata. Ramai pengkaji dari barat yang mengkaji Islam, Quran, Mekah, Air Zam-zam, Pergerakan Solat dan sebagainya untuk mengambil manfaat saintifik semata-mata. Sedangkan tuntutan ibadah ialah mendekatkan diri kepada Allah.
Smekom...
Terima Kasih kerna memberi kefahaman... Maaf klu tersilap ... Dalam CVT ade pelbagai pendapat yg pelbagai.. dan setiap pendapat mempunyai nilai yang tinggi dan org baru mcm saya yg baru berjinak dgn CVT akan keliru dan akhir dgn izinNYA akan terjawab segala soalan ... cuma kena Syukur Ikhlas Sabar & Takwa TQ
Saya harap sebarang kekeliruan mengenai CVT hendaklah merujuk kepada saya atau mereka yang benar-benar senior dalam CVT. Kekeliruan boleh meyebabkan salah faham atau yang paling bahaya ialah boleh memesongkan aqidah.
Setiap fakta CVT adalah saintifik, tetapi apabila diamalkan tanpa asas ilmu sains yang cukup, ia boleh menimbulkan fitnah.
Terima Kasih...
Ble Tak Dr Ariff senaraikn mereka yg benar2 senior dlm CVT.. Supaya mereka ini dpt dikenali.. dan menjadi tempat bertanya jika ade kesempatan berjumpa...Tq
Saya memang suka menyenaraikan mereka ini;
Dr. Aishah - Ipoh 012-4009843
Dr. Rosman - Rawang 012-6646433
Pn. Sara - Pulau Pinang 012-4996911
Ustaz Shairul Latif - Ipoh 0175233210
Pn. Siti Hasliza - Melaka 012-6357384
Pn. Norsalnizah - Jalan Duta, KL 012-2907125
Smekom...
Terima Kasih atas maklumat yg diberi... Saya pernah berjumpa dan bertemu dgn beberapa pengamal tetapi tidak la beberapa mengenali mereka ini Spt Dr Jaffry -johor,Dr Faiz,Dr Rahim - HQ dan beberapa lagi ... Adakah mereka ini senior/org lama dalam CVT ...
Terima Kasih kerna sudi melayan kerenah org yg tak tahu....
Prof Dr. Jeffry saya telah lama tidak mendengar khabar berita. Mungkin dia tidak aktif lagi dalam CVT. Dr. Rahim bertugas di HQ. Dr. Faiz paling sesuai untuk dirujuk kerana beliau pegawai fakulti dan mengetahui perkembangan terkini mengenai CVT, tetapi saya tidak sampai hati meminta semua orang merujuk kepadanya memandangkan keadaan kesihatannya serta komitment yang tinggi beliau di HQ.
Sepatutnya semua kemuyskilan adalah tanggung jawab pengamal CVT kerana pengamal CVT yang mengeluarkan sesuatu kenyataan kepada masyarakat berdasarkan pengolahan ilmu daripada pengasas CVT.
Catat Ulasan