Sel-sel tubuh mempunyai masa yang tersendiri berdasarkan frekuensi yang tertentu (sila rujuk post bertajuk Asas Anatomi Tubuh Manusia). Dalam merawat sel, Attitude Therapy hanya memanipulasi masa sel (sila rujuk post bertajuk Teori Ruang dan Masa), sama ada melambatkan atau mempercepatkan masa sel tanpa mengambil kira bagaimanakah keadaan fizikal sel-sel tubuh pada waktu itu. Teknik yang digunakan oleh Attitude Therapy dalam memanipulasikan masa sel ialah dengan memberikan si pesakit titisan minyak zaitun yang telah dipertenagakan dengan tenaga bunyi mengikut frekuensi sel-sel tubuh yang berkaitan.
Pada hakikatnya, semua penyakit boleh sembuh hanya dengan menggunakan kekuatan fikiran (tanpa pengambilan ubat). Dengan menggunakan kekuatan fokus, si pesakit boleh sembuh dengan sendirinya dalam tempoh tertentu. Namun begitu, tidak semua manusia mampu melakukan demikian. Oleh kerana itulah Attitude Therapy menyediakan formula yang dapat memberikan pesakit kekuatan dalam membantunya untuk fokus agar penyembuhan berlaku dari masa ke semasa.
Untuk fokus, seseorang itu perlu sentiasa berada dalam keadaan atau bersifat hening, sabar, ikhlas dan setiap formula yang dirumuskan oleh Attitude Therapy adalah bertujuan untuk menuju ke arah sifat-sifat ini. Apabila si pesakit mempunyai sifat-sifat tersebut, segala kesusahan atau kepayahan atau kesengsaraan yang dilaluinya akan bertukar kepada kenikmatan. Kehidupan ini akan dilalui dengan lebih seronok dan tidak membebankan.
Apabila pesakit itu menjalani kehidupan ini dengan penuh rasa kesengsaraan, maka masa sel-sel tadi telah dilambatkan, dengan demikian penyakit yang dialaminya terasa seolah-olah sangat lambat untuk sembuh. Sebaliknya jika pesakit itu menjalani kehidupan ini dengan rasa penuh kenikmatan dan keseronokan, maka masa sel-sel tubuhnya dipercepatkan lalu penyakit yang dialaminya akan cepat sembuh kerana sel-sel tubuhnya mendapat tenaga atau motivasi untuk membaiki diri masing-masing.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
5 ulasan:
Smekom... maaf saya sebab byk bertanya... saya nak bertanya ttg meditasi cara CVT... sy bertanya sebab pernah terbaca dlm tulisan Dr NW dlm buku 10 bab...
Dah khatam buku sampai 10 bab, advance tu. Saya pun tak tahu ada byk buku dalam CVT ni. Saya tidak tahu meditasi apa-apa. Daripada mengarut meditasi dan amalan syirik yang lain, baiklah solat dengan khusyuk.
Smekom...
Sorry le... sy bertanya je..jgn le mare Dr.. Saya rasa Dr pun da baca tulisan Dr NW ttg 10 bab tu... nnti saya check balik tajuknya.. bg saya yg mmg yg xtahu ape2 ni... meditasi ni hanyala istilah je... istilah tafakur pun seerti jugak... cuma jln kerja dan pemahaman je yg berlainan... maafkn saya yg nak memahami sesuatu... tq
Ilmu yang terbaik di dunia ialah ilmu Islam. Hati-hati mempelajari sesuatu ilmu supaya tidak terpesong akidah. Perkara yang tidak jelas hendaklah ditinggalkan.
Jika saya tidak tulis di dalam blog ini, maksudnya perkara itu tidak ada atau tidak boleh diterima kebenarannya.
Kita selalu mendengar tentang meditasi diiringi dengan muzik yang menenangkan, yang akan merangsang gelombang otak dalam keadaan alpha dan theta. Pada pendapat saya, meditasi yang diiringi dengan muzik ini sesuai sekiranya kita buat bersama orang bukan Islam. Tetapi sebagai orang Islam, solat dan zikir yang dilakukan secara khusyuk sudah terdapat unsur-unsur meditasi cuma dari segi niat adalah kerana ibadah kepada Allah. Manakala, kalimat-kalimat zikir yang disebutkan adalah pilihan Allah dan rasul, bukannya pilihan manusia biasa dan ketenangan yang bakal diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah (S.W.T), insyaallah. Saya cadangkan kita sebagai orang dewasa yang selalu dibiasakan dengan perkataan stres, selalu tertanya-tanya bagaimana hendak menangani stres, buatlah meditasi melalui solat dan zikir ni,klu kerja di depan komputer tu, sesekali tu alunkanlah dengan zikir,kita selalu tercari-cari benda yang dah ada depan mata, ada yang dah tahu cuma tak kesampaian nak buat je.Bila dah biasa buat, insyallah, tak rasa berat lagi atau malu lagi, bukan apa kekadang ada yg rasa malu, member sebelah buka lagu moden, kita pulak bukak zikir, mcm bagusss je, selalu saya ada perasaan mcm ni gak, cuma kena ingatle,buat benda betul, buat apa nak malu...kan
Catat Ulasan