SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 23 November 2007

Nukleus Sel dan Gelombang

Setiap sel mempunyai gelombang yang tersendiri. Sel-sel tubuh menjalankan aktiviti-aktivitinya berdasarkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah berdasarkan kod-kod genetik yang telah tertulis di dalam DNA tanpa ralat dan tanpa jemu. Sel-sel tubuh terus berkhidmat kepada tuannya (tubuh) tanpa khianat atau rasa ragu-ragu.
RNA dan DNA
Gaya pemikiran sel adalah satu bentuk gaya pemikiran yang tertinggi dan yang paling asas dalam setiap bentuk ilmu pemikiran yang lain iaitu dalam bentuk intuitif. Pada waktu-waktu tertentu ia juga bersifat kreatif dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya. Sel tidak pernah berfikiran secara logik, analatikal ataupun kritikal. Khidmat sel terhadap tubuh tersangat ikhlas (konsisten) sepanjang masa, tidak kira sama ada tuannya (tubuh) itu adalah seorang yang paling luhur budi pekertinya di dunia ini ataupun ia adalah seorang penjenayah yang paling kejam di muka bumi ini.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja sel tetap akan terganggu apabila tuan tubuh tidak dapat mengawal pemikiran dan emosinya pada keadaan yang stabil. Tidak kira sama ada tuan tubuh itu adalah seorang yang paling baik akhlaknya atau yang paling buruk akhlaknya, jika ia sentiasa dapat menguasai atau mengawal pemikiran dan emosinya, maka aktiviti-aktiviti sel tetap akan dapat berjalan seperti biasa.

Firaun
Ramses (firaun) ialah satu contoh penzalim yang sentiasa sihat (aktiviti sel berjalan lancar) walaupun dia telah banyak melakukan kekejaman, dia tidak pernah rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan terhadap orang-orang di sekeliling dan rakyatnya. Kematiannya bukan disebabkan oleh penyakit tetapi disebabkan oleh kemalangan (lemas di Laut Merah).

Sel klon membahagi 8
Sel-sel tubuh akan terus melakukan aktiviti-aktivitinya walaupun ia dimanipulasikan untuk tujuan tertentu. Sebagai contohnya ialah seperti apa yang berlaku dalam proses pengklonan gen. Dalam proses pengklonan, DNA daripada haiwan dewasa diambil dan disenyawakan dalam rahim ibu tumpang haiwan betina. Pada waktu ini sel yang telah disenyawakan itu akan terus membahagi sehingga terbentuklah janin yang serupa dengan haiwan dewasa yang telah diambil DNA nya tadi.

Para saintis sehingga sekarang merasa pelik bagaimana sel yang telah disenyawakan tadi boleh membahagi sehingga terbentuknya janin. Kekeliruan pada saintis ini adalah disebabkan mereka tidak menyedari bahawa setiap sel mempunyai rohnya dan roh ini akan terus menjalankan aktiviti-aktivitinya apabila sampai waktu resonan.
Pengklonan dan ibu tumpang
Dalam proses pengklonan itu tadi, resonan akan berlaku apabila DNA telah disenyawakan dengan telur betina dan ditempatkan pada tempat yang tepat (rahim haiwan betina) dan pada masa yang tepat. Apabila tempat (rahim), ruang (DNA dan telur) dan masa telah bertemu pada masa yang tepat, maka sel yang telah disenyawakan tadi akan membahagi tanpa perlu ia "memikirkan" tentang kewajaran akan tindakannya (sama ada halal atau haram).

Justeru bagaimana tindakan-tindakan itu berlaku tanpa arahan atau isyarat dari luar yang sebenarnya adalah gelombang yang suci. Jika tidak sesuatu ruang yang mampu ditembusi sehingga mampu memantulkan semua gelombang menjadi cahaya, bunyi dan kristal, maka itulah nukleus sel atau roh! Jelaslah masa itulah roh dan nukleus sel.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 ulasan:

Lezna hangat berkata...

Secara umum sel-sel yang menyusun tubuh manusia mempunyai struktur asas yang terdiri dari tiga struktur termasuk inti sel (nukleus)ini .Ketiganya mempunyai komposisi kimia yang terdiri dari pelbagai komponent,kalo boleh Dr jelaskan tentang sel ini jebih jauh dan prosesnya untk tatapan dan rujukan kami pembaca terutama saya..."terimakaseh...

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Memang benar, dah ada 2 orang bertanya tentang ini, insya Allah saya perlu buat satu post khas supaya lebih jelas.

Kesimpulannya, penerangan tentang gema dan vibration serta tenaga yang menggerakkan fungsi sel ialah sesuatu yang telah lebih jauh terkehadapan.

Urusan sel amat kompleks, tetapi rumusan kepada keupayaan ia menjalankan fungsinya adalah perkara yang paling peting kerana penyakit terjadi apabila tenaga ini hilang. Penyembuhan pula boleh dilakukan apabila tenaga diberikan semula.

babylito berkata...

Dalam kajian somatics (sistem fisiologi tubuh) oleh Thomas Hanna (1998), moto yang digunakan ialah "Function Maintain Structure: Use It or Loose It" atau maksudnya semakin kita menggunakan segala potensi diri samada dari fizikal, mental dan emosi, kita akan mengekalkan struktur tubuh dan psikologi yang semakin baik dan mantap. Tetapi sekiranya faktor umur mempengaruhi kita, kita semakin kehilangan kekuatan 'psikosomatisme' contohnya kalau tulang kita tidak mengekalkan membawa atau mengangkat berat barangan yang sesuai dengan keanjalan otot dan tulang maka tubuh akan menjadi lemah dan tidak bermaya.
Begitu juga keadaanya bila minda dan emosi kita tidak terlibat dalam aktiviti berfikir maka akan terjejas sistem-sistem tubuh yang berkaitan.

"Walaubagaimanapun, kerja-kerja sel tetap akan terganggu apabila tuan tubuh tidak dapat mengawal pemikiran dan emosinya pada keadaan yang stabil. Tidak kira sama ada tuan tubuh itu adalah seorang yang paling baik akhlaknya atau yang paling buruk akhlaknya, jika ia sentiasa dpat menguasai atau megnawal pemikiran dan emoisinya, maka aktiviti-aktiviti sel tetap akan dapat berjalan seperti biasa."
Patikan tulisan Dr Ariffaizal di atas menunujukkan betapa pentingnya gaya pemikiran. Namun dewasa ini perasaan kita cepat mengalah atau tidak dapat bertahan lama. Fikiran kita tidak dapat bertahan dalam keadaan positif dalam jangka waktu yang panjang. Mungkin itu lah punca kenapa kita mudah mendapat serangan penyakit.Kita juga seringkali melupakan unsur gema di dalam sesuatu sel. Kita seolah olah memisahkan gema dari tubuh kita seolah gema adalah unsur yang berlainan. Membaca artikel tentang nukleus sel dan gema ini bolehlah dirumuskan bahawa kita perlu menjaga kesihatan tubuh terutama mendapatkan minda yang bersih supaya pemikiran akan sentiasa menjurus ke arah yang baik. Fikiran yang baik akan menghasilkan ruang masa yang baik. Fikiran yang baik akan menghasilkan tubuh yang sihat dan pastinya kerja-kerja sel akan berjalan lancar tanpa gangguan.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)