Umum mengetahui darah tercemar akibat kesan-kesan asidifikasi, keracunan zat makanan, kekurangan oksigen dan sebagainya. Darah yang tercemar menyumbang kepada kelesuan, tidak cukup tenaga, ketakutan malah berbagai penyakit sehinggalah kepada masalah kanser.
Namun di sebalik pencemaran darah, terdapat perkaitan yang amat ketara di antara darah dan juga gangguan yang bersifat misteri atau seringkali disebut sebagai halusinasi melibatkan apa juga istilah yang seumpama dengannya.
Unsur-unsur tersebut sebenarnya adalah elemen-elemen alam yang mempunyai tenaga dengan ukuran fizik dan kimia yang tersendiri. Cuma ia tidak berjisim atau berjasad maka ia tidak dapat dilihat. Oleh kerana darah mengandungi elemen seperti berlaku kepincangan atau kekurangan kepada elemen tersebut, elemen seperti hantu, jin dan iblis begitu mudah mengambil ruang di dalam darah. Ketika itu lahirlah sifat amarah, bernafsu, ketakutan dan sifat yang melampau dan tidak tekawal seperti hasad dengki, fitnah atau sebaliknya langsung tidak bermaya / lesu.
Inilah antara kerja-kerja hantu, jin dan iblis dalam usaha mewujudkan rintangan dan halangan kepada manusia yang sebenarnya merupakan suatu manifestasi kepada ragam, perangai dan karenah yang negatif dan tidak menentu.
Elemen yang tidak berjasad ini apabila telah menduduki dan menguasai ruangan darah yang kekosongan dan menguasai ruangan darah yang kekosongan / tercemar, serta berlari mengikut aliran darah sehingga ke bahagian otak, maka ketika itu wujud persepsi-persepsi yang negatif sampailah kepada persepsi atau imaginasi rupabentuk hantu yang bermacam-macam. Masalah paranoid yang disebabkan oleh pengambilan unsur darah dan unsur berat yang boleh memecah / meleraikan zat padat di dalam darah sehingga menampakkan unsur-unsur ghaib yang menandakan kebocoran tenaga dalaman tubuh.
Terdapat dua aspek psikologi / sifat yang penting dizahirkan oleh darah iaitu sabar dan berani. Sabar wujud apabila kadar oksigen mencukupi di dalam darah. Berani pula wujud apabila darah cukup aktif iaitu bertindakbalas secara optima pada setiap bahagian tubuh yang dilaluinya.
Sifat sabar berupaya memindahkan tenaga yang mempunyai ion-ion positif (yang memberi kesan halusinasi hantu dan sebagainya) yang berlebihan daripada sesuatu ruangan seperti darah ke luar atau ke ruangan lain menurut arahan. Sementara sifat berani boleh menyingkirkan tenaga tadi secara keras dan paksaan sepertimana orang yang mampu penyingkirkan hantu daripada sesebuah tempat.
Kedua-dua sifat di atas memerlukan ilmu di dalam memahami beberapa keadaan yang berkaitan supaya cukup persediaan. Iblis dan jin juga memiliki sifat-sifat marah dan bengis kerana mereka diciptakan daripada api yang sangat panas namun mempunyai ukuran masa yang boleh dikawal.
Formula Habibi ini telah dirumus supaya berfungsi untuk menukar tenaga / hantu kepada suatu bentuk tenaga baru yang lebih harmoni dan bermanfaat khususnya di dalam tubuh. Sebenarnya apa yang berlaku ialah proses pembersihan darah dengan kadar zat yang mencukupi dan seimbang tanpa pembaziran tenaga.
Maka hilanglah persepsi atau imaginasi khayalan malah hidup menjadi lebih bersemangat, berwawasan, bercita-cita tinggi (will power), bermatlamat dan juga fokus. Daya ingatan semakin seimbang di samping meningkat dan mengekalkan keseimbangan tenaga dalaman serta luaran menurut tahap-tahap tenaga yang tersusun dan tertib. Tubuh secara fizikal menjadi lebih sihat dan kuat.
Inilah formula pembersih, pengaktif dan pengimbang darah yang terbaik pernah dihasilkan menurut keperluan alam secara semula jadi.
Formula Habibi mampu memberikan kesan reaksi kimia di dalam darah yang amat drastik, dinamik dan cukup mantap.
Sekiranya darah anda dibebani dengan bahan asas yang telah bertukar bentuk menjadi
- Lemak dan lebihan protein
- Asid urik atau gas-gas beracun
- Kolestrol yang berlebihan atau
- Gula yang tidak hadam di dalam darah
Keadaan peralihan bahan di dalam darah kepada suatu bentuk tenaga baru akan dapat dirasai dengan perubahan sebagai gejala-gejala fizikal yang biasa dialami seperti
- Rasa mengantuk dengan kepala yang berat
- Tidak bermaya dan terus rehat
- Kesakitan dalam bentuk sengal atau bisa sendi pada bahagian yang bermasalah
- Demam
Besar kemungkinan darah yang tidak sihat menjadikan tubuh sebenarnya telah menyimpan masalah darah yang kronik dan terpendam malah menunggu masa untuk menjadi suatu penyakit yang pada hakikatnya diprogramkan dan pasti terjadi.
Penyakit darah yang berkaitan ialah seperti leukemia, bronchitis dan juga barah yang beragam.
Ini adalah panduan awal yang bermanfaat
Namun bagi mereka yang tidak mempunyai masalah darah atau hanya mengalami komplikasi pada otot dan sistem saraf sahaja akan terus mendapat tenaga baru yang berganda. Gejala seperti kekejangan, mengah atau otot jantung yang lemah adalah di antara yang paling lazim diadukan oleh pesakit semasa mengambil formula ini.
Namun semua ini adalah bersifat sementara dan akan pulih atau hilang dengan sendiri dalam masa beberapa hari dengan syarat pengambilan formula diambil seperti biasa.
Gejala yang dinyatakan bukanlah satu kesan seperti infeksi atau wujudnya penyakit baru dan tidak perlu dibimbangi. Ia juga boleh dikatakan sebagai tanda-tanda inflamasi yang mengambil masa singkat.
Pesakit berhak tahu tentang gejala-gejala sementara yang terjadi dalam 3 ke 4 jam pengambilan yang pertama. Ini sebenarnya menunjukkan bahawa Formula Habibi amat berkesan untuk bereaksi sebagai proses pengaktifan semula darah.
Rawatan pemulihan darah yang paling efisyen, selamat dan tiada kesan sampingan. Benar-benar memberi kesan optima seperti anda memiliki darah yang baru secara menyeluruh.
Perhatian:
Merujuk kepada gejala-gejala sementara yang mungkin timbul (rujuk tajuk kesan tekanan terhadap kesihatan), (atau sila rujuk tajuk tindak balas penyembuhan) pengguna boleh mengambil formula CL 1 atau mandi dengan air sejuk untuk merangsang kecergasan tenaga baru. Tubuh sebenarnya memerlukan istirehat yang cukup. Sekiranya perlu, pengguna perlu mengambil panadol (2 biji) bagi membantu proses kelegaan. Formula ini perlu melalui preskripsi dan nasihat pengamal Attitude Therapy yang bertauliah.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
1 ulasan:
Dalam zaman moden ini begitu banyak penyakit misteri yang timbul dan masih tidak ditemui penawarnya oleh saintis terkemuka dunia. Berikut adalah salah satu contohnya..
"Fibromyalgia merupakan keadaan kronik yang dikelaskan melalui merebaknya rasa sakit pada otot, ligamen dan tendon dan juga bahagian tubuh dimana jika disentuh dengan perlahan pun akan menyebabkan rasa sakit.
Tanda-tanda:
-Keluasan rasa sakit terutamanya apabila disentuh atau ditekan pada bahagian belakang kepala , bahagian atas belakang, bahagian atas dada, siku , pinggul dan lutut.
-Keletihan atau gangguan tidur. Kekejangan otot kaki juga selalu terjadi pada waktu malam
-Sindrom usus rengsa (IBS)
Sembelit, diarhea dan kembung
-Sakit kepala dan sakit pada bahagian muka yang berkaitan dengan kelembutan atau kekakuan pada leher dan bahu
-Disfungsi sendi (TMJ)
Rasa sensitif keterlaluan pada bunyi, cahaya dan bau
Tanda lain:
-Kemurungan
-Kebas atau rasa menyengat pada tangan atau kaki(paresthesia)
-Kesukaran utk fokus
-Mood yang berubah
-Mata ,kulit dan mulut menjadi kering
-Gejala kepeningan
-Kebimbangan
Penyebab:
Tidak diketahui dan masih dalam kajian
Kompilasi:
Fibromyalgia bukanlah penyakit progesif tetapi ia boleh menyebabkan kesakitan, kemurungan dan gangguan tidur. Masalah ini boleh mengganggu kebolehan seseorang itu dalam melakukan kerja rumah atau pejabat atau mengekalkan hubungan kekeluargaan atau hubungan peribadi."
Catat Ulasan