Perbezaan di antara kedua-duanya ialah minyak pati bunga Aromatherapy Vibration Seri Wangi yang digunakan melalui konsep rawatan Hidrotherapy Ice lebih menyeluruh dan cepat keberkesanannya kerana ia merangsang semua sistem deria secara serentak. Manakala Formula CL bertindak lebih spesifik mengikut frekuensi tertentu yang ditetapkan secara berperingkat. Formula CL akan merawat secara khusus dan fokus kepada sesuatu organ yang lemah yang biasanya menjadi punca kepada sesuatu penyakit.
Kita harus menerima hakikat bahawa badan manusia sebenarnya mempunyai jaringan sistem komunikasi yang amat kompleks yang dikawal secara keseluruhannya oleh sistem yang dikenali organ sistem saraf. Kita juga tidak boleh menafikan bahwa gejala penyakit itu adalah berpunca daripada kegagalan atau ketempangan sistem saraf mengawal dan mengkoordinasikan organ-organ dan bahagian-bahagian badan untuk berfungsi secara harmonis, cekap, tetap dan tepat pada masa yang diperlukan. Seperti penyakit Parkinson atau lumpuh secara mudahnya disimpulkan adalah kegagalan fungsi saraf mengesan ransangan luar menghantar maklumat dan mencetuskan gerak balas yang sepatutnya.
Aromatherapy Vibration Seri Wajah dan konsep yang dicipta melalui Hidrotherapy Ice bertindak melalui sistem saraf pusat yang dikuasai oleh otak sehingga ke saraf tunjang.
Aromatherapy Vibration Seri Wangi dan konsep Hidrotherapy Ice akan bertindak sebagai ransangan luar terus ke pusat kawalan di otak sebagai penyelarasan maklumat gelombang jarak dekat yang amat laju yang sampai kepadanya.
Maklumat gelombang jarak dekat yang dirakamkan di dalam Aromatherapy Vibration Seri Wangi akan diproses sebelum dihantar kepada organ sasaran badan yang bermasalah yang telah mengalami ketempangan frekuensi atau gelombang yang sepatutnya untuk menghantar gelombang saraf dengan ketepatan secara lebih terapeutik agar sasaran kawasan yang bermasalah dapat dirangsang secara dalaman.
Untuk rengsangan organ dalaman yang tepat agar sasaran dapat menerima tenaga, maka Formula Character Level (CL) dicipta dalam rakaman frekuensi tertentu. Formula CL akan bertindak balas terhadap sistem saraf periphery (periferi) melalui dua belas pasang saraf cranium (kranium) dan tiga puluh satu pasang spinal nerve (saraf spina) dalam tindakan terkawal (parasympathetic) dan luar kawal (sympathetic) dan akhirnya fungsi organ dapat dikembalikan dan akhirnya pesakit akan pulih daripada berbagai penyakit.
Attitude Therapy melihat pendekatan rawatan itu perlu melalui rangsangan komunikasi luaran yang menguasai jaringan sistem saraf secara keseluruhan agar setiap organ dapat berfungsi secara harmonis dalam memastikan sistem kelenjar dapat menghasilkan hormon secara seimbang bagi maksud rawatan dalaman.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
3 ulasan:
aroma tehasil dari pati bunga yang terpilih.perbezaan nya antara formula nw ialah formula nw kursus untuk merawat sesuatu bahagian sahaja tetapi aroma therapy merangkumi segalanya.setiap penyakit mempunyai penawarnya bermakna aroma therapy adalah penawarnya kerana ia boleh menyembuh pelbagai penyakit yang kronik ataupun tidak..
Dimanakah boleh saya dapatkan produk2 aromatherapy seri wajah dan produk2 yang lain.adakah bolh didapati di farmasi2 terkini?
Rawatan ini sebenarnya mudah, iaitu dengan mengisikan borang analisa dan rawatan yang tepat akan ditentukan.
Borang analisa ada disediakan di bahagian bawah blog ini.
Formula-formula (ubat/produk) rawatan tidak dijual begitu sahaja melainkan memerlukan nasihat dan panduan daripada pengamal. Jika sekadar ingin mendapatkan sesuatu formula, ia tidak menjadi masalah kerana semua formula rawatan ini adalah selamat, semulajadi dan boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Nasihat dan pemantauan adalah untuk memastikan formula ini memberikan kesan yang paling optimum.
Sepanjang tempoh rawatan pula, mereka yang menggunakan formula ini akan dipantau perkembangannya dari masa ke semasa, insya Allah.
Catat Ulasan