Radikal Bebas adalah sejenis bahan kimia dengan sifat fizik tertentu yang terhasil daripada proses penggubahan oksigen kepada tenaga. Proses ini dikenali sebagai oksidasi. Sebahagian daripada radikal bebas adalah bahan toksik yang boleh memusnahkan DNA dan sel dalam tubuh kita.
Namun sebahagian Radikal Bebas masih diperlukan di dalam tubuh seperti aktiviti melawan bakteria secara intraselular.
Radikal Bebas dari segi fizik merupakan atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya. Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi Radikal Bebas kerana ia tidak lagi stabil.
Pengambilan Habibi merangsang antioksidan dari luaran dan dalaman yang mampu menyingkirkan Radikal Bebas yang mencemarkan dari tubuh secara semula jadi. Proses penyingkiran Radikal Bebas yang pincang berlaku dengan baik melalui tindakbalas daripada Habibi. Ia juga mampu pengawal pengantioksidaan semula jadi tubuh, menyekat serangan Radikal Bebas ke atas sel dan seterusnya menghalang penyakit daripada merebak.
Walaupun sistem tubuh memiliki pengantioksida semula jadi yang mampu menyingkirkan Radikal Bebas, proses penyingkiran ini menjadi tidak efisyen apabila usia seseorang itu meningkat atau sekiranya darah telah dibebani dengan begitu banyak keracunan. Ini bermaksud Radikal Bebas boleh terhasil secara berlebihan dan menyebabkan kerosakan sel dengan kadar yang lebih tinggi.
Kerosakan sel badan oleh Radikal Bebas boleh menyebabkan penyakit seperti proses penuaan, penyakit jantung, cardiovascular (kardiovaskular), penyakit saraf, kanser, kencing manis, obesiti, kelemahan otot, kerosakan rangka tulang, masalah degenerative (degeneratif atau kemerosotan otak) dan sebagainya.
Berdasarkan teori Radikal Bebas, gelombang elektrik didapati menghasilkan banyak Radikal Bebas yang boleh membahayakan kesihatan. Dalam keadaan sekarang, adalah sukar untuk menghindari gelombang elektrik. Namun ada banyak cara boleh dilakukan untuk meningkatkan daya ketahanan badan dan kaedah paling mudah ialah kerap mandi atau membasuh muka dengan air sejuk di samping mengawal pemakanan.
Formula Habibi merupakan bahan yang memiliki paling banyak unsur yang dapat menjana keperluan penggunaan zat-zat daripada pemakanan di dalam tubuh. Keadaan ini sebenarnya membekalkan ion-ion pada kadar yang mencukupi dan seimbang untuk mengawal penyebaran dan peningkatan radikal bebas.
Sebenarnya tubuh manusia mampu mengawal Radikal Bebas ini, hanya jika jumlahnya terlalu berlebihan maka kemampuan untuk mengawalnya akan semakin berkurang. Merokok misalnya adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia sebagai Radikal Bebas yang mencemarkan ke dalam tubuh.
Tubuh manusia dibentuk untuk menerima pelbagai unsur yang bersifat alamiah, sehingga apabila menerima kemasukan seperti asap rokok, akan berusaha untuk mengeluarkan pelbagai racun kimia ini dari tubuh melalui proses metabolisma, tetapi proses metabolisma ini pula sebenarnya menghasilkan Radikal Bebas. Pada asasnya, kegiatan merokok sama sekali tidak bermanfaat untuk tubuh walaupun ada di kalangan perokok yang berusia panjang.
Radikal Bebas yang mencuri elektron dari sel tubuh manusia boleh menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga terhasilnya sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka ia menjadikan tekanan oksidatif yang menimbulkan berbagai penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung dan alzheimer.
Tubuh manusia sesungguhnya dapat menghasilkan antioksidan tetapi jumlahnya seringkali tidak mencukupi untuk meneutralkan Radikal Bebas yang masuk ke dalam tubuh, dan juga keadaan di mana antioksidan tidak dapat dihasilkan dari tubuh tetapi harus melalui makanan. Seringkali zat pemicu yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan antioksidan tidak dipergunakan sepenuhnya. Sebagai contoh, tubuh manusia dapat menghasilkan glutathione peroxidase, salah satu antioksidan yang sangat kuat, tetapi mungkin tidak mencukupi disebabkan berbagai punca, di mana ketika inilah Formula Habibi diperlukan bagi meningkatkan jumlah bahan tersebut secara semula jadi di dalam tubuh menurut keperluannya.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
1 ulasan:
"Pokok Teh atau Camilla Sinesis byk ditanam untuk dijadikan ebagai minuman. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh mengandungi kira-kira 4% kafein. Teh Hijau mengandungi minyak asas aldehydes, phenylethyl, alcohol, phenol,hexenol,linalool,dihydroactinidiolide dan p-vinylphenol,vitamin B dan asid askorbik, mineral flourida,aluminium, tannin dan kafein.
Sejarah penggunaan teh hijau adalah untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, menyekat bakteria patogenik yang menyebabkan keracunan makanan dan menghalang karsinogen, cahaya ultra unggu dan metastasis. Rawatan tradisonal lain termasuklah merawat kesenakan, mengawal suhu badan dan gula dalam darah, membantu penghadaman.
Catechin dikatakan lebih berkuasa daripada vitamin C dan E dalam memberhentikan kerosakan oksidatif kepada sel-sel. Minum teh hijau dengan kerap mampu mencegah pelbagai jenis barah, menjaga tindakan terhadap kardiovaskular, mengelakkan kerosakan gigi, membabtu menyembuhkan jangkitan gusi. Teh hijau juga dapat meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan kehilanan berat badan, meningkatkan tenaga dan kuasa minda malah ia uga bertindak sebagai antioksida kuat.
Antioksida dalam teh hijau dikatakan mampu mencegah dan mengurangkan keterukan osteoartitis.
Polyphenol dalam teh hijau dikatakan mempunyai kandungan antibakteria topikal dan boleh mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria E-coli dan streptococcus.
Kandungan Tannin dalam teh hijau dikatakan mampu mencegah plak melekat pada gigi." Petikan dari majalah mingguan wanita 14-20 Disember 2007
Cara penghasilan teh hijau ini ialah dengan cara daun teh hijau dikeringkan untuk jangka masa singkat dan dipanaskan dengan cepat bagi mencegah penapaian.Proses ini didakwa akan menyebabkan teh hijau tinggi kandungan polyphenol. Apakah sebenarnya polyphenol ini dan apakah benar polyphenol ialah antioksida yang kuat?
Catat Ulasan