Adakah anda mengetahui jenis atau kumpulan darah anda? Menerusi kajian terdapat empat jenis darah iaitu darah A, B, AB dan O.
Kebanyakkan individu tidak menyedari bahawa darahnya telah menerima begitu banyak bebanan dan ini sebenarnya juga berkait dengan jenis darah. Karakteristik darah jenis O didapati begitu banyak menyumbang kepada bebanan seperti keracunan dan sebagainya. Ini di antara lain disebabkan oleh darah ini terdapat banyak maklumat yang tersimpan atau boleh juga dikatakan bahawa darah jenis O memiliki banyak unsur karbon di dalamnya.
Darah jenis O sebenarnya di dalam kategori masih "mentah" atau kasar, belum diperhaluskan lagi disebabkan oleh kandungan mineral yang tinggi. Darah jenis ini juga didapati lambat bertindak dengan sebarang bentuk keracunan yang hadir. Begitupun, darah jenis O boleh didermakan kepada semua jenis darah.
Manakala darah jenis AB adalah darah yang paling halus yang terdapat banyak sel-sel garam serta diskrit. Darah ini pula begitu mudah mengalami alahan kepada benda-benda asing yang mencemarkan. Kesannya, mereka yang memiliki darah AB begitu mudah mengalami kesan nanah, resdung dan kesan-kesan tindakbalas keracunan yang lain yang dikaitkan dengan berbagai punca.
Darah AB dikatakan jenis darah yang aktif. Selain itu, kerakteristiknya lebih cenderung kepada golongan emosi, berbanding darah O yang mewakili golongan fizikal.
Didapati mereka yang dikategoraikan sebagai golongan spiritual amat rendah kebarangkalian darah mereka dari jenis O. Secara umumnya, golongan emosi amat relatif dan berinteraksi melalui prinsip energi bio-fizik manakala golongan fizikal dengan prinsip bio-kimia. Perbezaan ini dapat difahami apabila kita dapat menggolongkan mereka melalui penjenisan darah O (Fizikal) dan AB (Emosi).
Namun kajian jenis darah yang dapat dikaitkan dengan golongan / level manusia masih perlu diperluas dan diperincikan untuk mendapatkan manfaat daripadanya.
Pada suatu keadaan, mereka yang memiliki darah jenis O biasanya sukar untuk menghidapi penyakit namun apabila diserang penyakit, ia cukup berat dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.
Keadaan ini banyak mendatangkan kesan-kesan tindakbalas sekiranya Formula Habibi diambil oleh individu yang jenis O. Secara prosesnya, sel-sel darah ini begitu cepat teruja dengan berbagai reaksi apabila begitu banyak bebanan keracunan di dalamnya. Di antara kesan tindakbalas yang dikenalpasti ialah kelesuan yang kronik, masalah kulit, demam, sakit, lenguh dan bisa terutama pada sendi atau pembongkaran yang luar biasa.
Darah jenis O sebenarnya tidak aktif / tidak sensitif pada kebanyakkan keadan. Namun ia menjadi aktif apabila menerima keracunan dan bertindakbalas apabila menerima penawarnya. Berbanding dengan darah jenis yang lain, kesannya tidak begitu ketara berbanding darah jenis O.
Salah satu masalah yang timbul daripada penjelasan darah ialah akibat / kesan daripada kemasukan darah yang berlainan jenisnya. Tubuh akan memeberi respons yang menyebabkan sel-sel darah pecah sehingga gagal berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Ini juga mengakibatkan kematian.
Habibi membantu membina semula sel-sel darah secukupnya dalam keseimbangan tenaga yang lengkap dan teratur supaya tidak timbul lagi masalah pendermaan yang penerimaan darah yang berlainan jenisnya.
Habibi juga di sebalik timbulnya kesan-kesan tindakbalas bagi individu tertentu, sebenarnya telah pun menghasilkan rangsangan di dalam tubuh di mana zat-zat yang masih tersimpan diubah menjadi keperluan berbagai peringkat dan sistem.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
1 ulasan:
Darah yang bersih penting utk kesihatan. Sejak penemuan "Jenis antigen sel darah merah" oleh saintis Austria, Land Steiner, bermulalah kajian yang mendalam oleh saintis dari seluruh dunia tentang topik-topik berkaitan darah manusia.
Pada tahun 1921, WHO (World Health Organization) secara umumnya mengkelaskan jenis darah manusia kepada 4 jenis: A, B, AB, dan O.
Pada tahun 1930, Land Steiner telah dianugerahkan hadiah Nobel dan diiktiraf sebagai "The Father of Blood Type".
Jenis darah dikaji dalam pelbagai bentuk eksperimen antaranya seperti di bawah ini.
Situasi yang biasanya berlaku setelah minum kopi pada waktu malam ......
-Individu dengan darah O: Tidur berdengkur
-Individu dengan darah A, B, AB: Sukar untuk tidur
Boleh dikatakan setiap jenis darah ada karektornya sendiri. CVT mengaitkan darah dengan level seseorang. Namun Basic Energy dirumus untuk semua jenis darah. Pendapat saya masyarakat perlu disedarkan akan kepentingan darah ini. Darah yang kotor dan dicemari racun dan toksik bukan sahaja akan membahayakan kesihatan tapi juga akan membawa karektor negatif.
Catat Ulasan