Manusia dalam ketetapan DNA tidak dicipta untuk jatuh sakit. Sains Fizik menjelaskan bahawa kita boleh mengalami penyakit apabila tubuh menjadi lemah.
Perkara utama yang menjadi punca kepada penyakit pada zaman moden ini adalah unsur yang dinamakan ion-ion elektrolit di dalam darah yang tidak dapat mengekalkan keseimbangannya (homeotasis) selain mengganggu cara semula jadi tubuh berkomunikasi untuk melaksanakan sistem neurologi.
Punca ini dapat dikaitkan dan telah dibuktikan amat sinonim dangan medan-medan daya dan tenaga elektrik yang dipancarkan daripada berbagai jenis peralatan elektrik dan elektronik.
Dalam perkataan lain, sebelum sesuatu penyakit boleh dilihat dengan mata kasar, ia bermula sebagai suatu bentuk gangguan dalam atau kepada medan elektromagnetik tubuh. Masalahnya tubuh kita secara tidak langsung terpaksa bertindakbalas secara semula jadi dengan semua tenaga luaran.
Radiasi elektromagnet dan elektrik yang sangat mencemarkan persekitaran sebenarnya tidak asli, kacau bilau, tidak harmoni dan tidak tersusun dalam kombinasi yang sepatutnya. Bio-Fizik telah menjelaskan bahawa setiap jenis kombinasi (pasangan) yang tidak teratur akan menyebabkan berlakunya penyakit.
Apabila medan tenaga sel-sel dalam darah kita menyimpan maklumat daripada sumber yang tidak asli itu, frekuensi elektromagnet kita yang telah tersedia secara semula jadi akan terubah sehingga menimbulkan gangguan dan hilang imbangan keharmoniannya.
Frekuensi Basic Energy yang sesuai boleh sahaja dirakam daripada sumber ayunan elektromagnet yang lebih semula jadi seperti cahaya matahari, tanah, air, flora, kristal, unsur surih dan gelombang yang dinilai sebagai frekuensi asas Schumenn.
Sejak dari bayi lagi sel-sel dan DNA kita di dalam ketetapannya sebenarnya menyimpan maklumat gelombang yang bersifat asli dan seimbang terhasil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Tubuh manusia hampir sepenuhnya merupakan suatu asas tenaga (Basic Energy) yang sangat bersistem. Semua sel terdiri daripada blok binaan atom dan atom-atom itu sendiri adalah 99.999 peratus ruang dan tenaga.
Oleh itu kita sebagai gedung penyimpan tenaga asli di dalam DNA yang terdiri daripada elemen cahaya dan memancarkan zarah-zarah cahaya (digelar foton) yang menghasilkan gelombang elektromagnetik. Sebahagian daripadanya boleh diukur dalam frekuensi warna merah sebagai warna asas kejadian penciptaan manusia melalui rahsia darah. Inilah asas tenaga yang sering dirujuk sebagai medan bio-fizik atau medan aurik yang boleh disukat malah boleh ditukar kepada bentuk-bentuk tenaga yang pelbagai tanpa hentinya.
Kenyataan ini lebih kukuh lagi apabila tubuh badan kita dalam penafsiran sebenar adalah saling berkongsi di dalam menyimpan maklumat yang bermanfaat atau sebaliknya. Kesemua fungsi bio-kimia di dalam darah kita dengan mudah diaktifkan oleh Formula Habibi yang dirakam semula dengan medan elektromagnetik melalui sukatan darah manusia yang sihat.
Tubuh kita dikatakan sentiasa terdedah dan boleh menerima berbagai ukuran frekuensi medan-medan daya secara terbuka yang bermula daripada nilai bawah 0Hz hingggalah 105Hz.
Formula kelangsingan dengan tindakan 4 dalam 1
Begitu cepat mencegah dan mengimbangi tahap kesihatan penyakit yang bermula daripada masalah darah
Pengimbang tahap hormon untuk mencegah berbagai komplikasi sistem perkumuhan dan kesuburan di samping menyerlahkan tahap pra-matang di kalangan kanak-kanak dan pra-menopos di kalangan wanita.
Fungsi Darah
Fungsi darah dalam metabolisma tubuh kita antara lain sebagai alat mengangkut (pengedar), pengatur suhu tubuh dan pertahanan tubuh. Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya mengkut oksigen yang diperlukan untuk hidup ke seluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkirkan bahan kumuhan dan mengandungi pelbagai bahan untuk sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari masalah jangkitan. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.
Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila cukup oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk tertentu sebagai ruang bagi oksigen bergabung.
Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, sebuah pam berotot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan dan dikitarkan ke seluruh tubuh melalui tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen ke seluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapilari dan kemudian kembali ke jantung melalui vena.
Darah juga mengangkut bahan perkumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.
Komposisi
Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscles); yang membentuk 45% bahagian daripada darah. Sementara 55 yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah.
Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscles); yang membentuk 45% bahagian daripada darah. Sementara 55 yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah.
Corpuscles merupakan:
Sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Corpuscles tidak mempunyai nukleus sel dan organel, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Corpuscles mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
Sel darah putih atau leukosit (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.
- albumin
- bahan pembekuan darah
- immunoglobin (antibody)
- hormon
- pelbagai jenis protein
- pelbagai garam mineral
Punca kepada masalah penyakit terkini
80% adalah berpunca daripada pemakanan yang terlalu berlebihan. Kerja-kerja metabolisma meningkat dengan mendadak. Akibatnya tekanan darah meningkat disebabkan bebanan zat-zat makanan yang tidak terhadam.
80% adalah berpunca daripada pemakanan yang terlalu berlebihan. Kerja-kerja metabolisma meningkat dengan mendadak. Akibatnya tekanan darah meningkat disebabkan bebanan zat-zat makanan yang tidak terhadam.
Fungsi darah terganggu, terjejas dan tidak aktif
Kerja-kerja spesifik darah terjejas
Darah kehilangan "tenaga"
Tambahan lagi makanan pada zaman ini lebih banyak diubah prosesnya untuk "segera dimakan". Tidak hairanlah masalah obesiti dan kekeliruan di kalangan kanak-kanak begitu ketara kini.
Pengambilan jus sebagai amalan seharian juga menyumbang kepada banyak permasalahan penyakit berkaitan darah.
20% daripadanya ialah masalah diet yang keterlaluan dengan kesan penurunan berat badan yang drastik. Kerja metabolisma berkurangan pada kadar yang terlalu rendah atau berlaku perencatan yang sebenarnya boleh, pada masa hadapannya mencetuskan kegemukan luar biasa.
Mereka yang mengambil diet jenis ini lebih sanggup untuk tidak makan makanan seperti nasi yang mempunyai kalori yang tinggi dalam jangka masa yang lama semata-mata untuk mempertahankan berat badan agar tidak berlebihan.
Begitu juga bagi mereka yang terlalu sensitif dengan penjagaan kesihatan / kecantikan diri supaya kelihatan anggun dan langsing bergaya - sikap terlalu terperinci dan cerewet untuk "menjaga badan"! - Awas, cara begini menjadi punca kepada berbagai penyakit major... Atau anda seorang yang terlalu mementingkan pengambilan mineral / vitamin dalam program diet anda, kesannya juga seperti demikian.
Ingat! Apa yang anda makan akan menjadi darah... inilah laluan pertama zat-zat makanan ke bahagian tubuh yang lain. Bayangkan apakah yang bakal anda hadapi sekiranya laluan pertama ini telah gagal?
Formula Habibi berupaya mengaktifkan darah terutama darah yang mengandungi lemak dan gula yang tidak digunakan untuk menjadi tenaga. Berbanding ubat-ubatan yang bertujuan memecahkan lemak, darah menjadi semakin kotor, komplikasi semakin teruk dan mengundang pelbagai jenis penyakit.
[Gambar Formula Habibi]
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
3 ulasan:
Memiliki bentuk badan yang menarik adalah idaman setiap wanita. Dengan itu tidaklah menghairankan dengan lambakan produk pelansingan kecantikan pelbagai jenama di pasaran.
"Berikut adalah alternatif untuk mengatasi masalah berat badan. Jika kadar metabolisma seseorang itu baik seseorang itu tidak akan gemuk namun jika tidak seimbang seseorang itu akan mudah terdedah kepada masalah kegemukan. Ketidakseimbangan ini boleh diatasi dengan rawatan akupuntur.
Dengan kaedah akupuntur jarum yang digunakan tidak sama bagi setiap seorang malah kedalaman suntikan jarum juga bergantung kepada penyebab kegemukan.Saiz jarum juga turut berbeza bagi setiap individu. Setiap rawatan dilakukan secara bertahap iaitu 2-3 tahap pada setiap sessi.
Ada 3 jenis gemuk
1-Gemuk kerana kuat makan
2-Gemuk jenis Pir
3-Gemuk jenis epal
Namun mereka yang menjalani terapi akupuntur harus mengawal pemakanan dan mengambilnya dalam kuantiti tertentu sahaja. Akupuntur berasal dari China , sifat Yin dan Yang pada pemakanan harus diambil berat.
Dalam Akupuntur 5 elemen dalam kehidupan berpengaruh dalam keseimbangan makanan.
1)Elemen Kayu- melambangkan hati dan hempedu(rasa masam)
2)Elemen Api-Organ jantung dan usus kecil(rasa pahit)
3)Elemen Tanah-limpa dan pankreas(rasa manis)
4)Elemen Logam-paru-paru dan usus besar(rasa pedas)
5)Elemen Air-ginjal(rasa masin)"
Petikan majalah HARMONI 28Dec07-03Jan08/Cantik dimata cantik dihati.
Adakah proses pelansingan secara akupuntur ini benar2 selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan lain terhadap kesihatan?
bagaimana untuk menambahkan sel darah merah???apa pemakanan yang perlu diambil?
Sebenarnya tidak ada sebarang pemakanan yang boleh menambahkan darah. Dakwaan supaya memakan makanan seperti daging merah, kerang, bayam dan sebagainya masih belum dibuktikan secara saintifik boleh menambahkan darah.
Makanan yang dinyatakan itu seperti bayam, kerang dan daging merah adalah makanan yang mempunyai mineral berat yang tinggi. Mengambil makanan ini secara berlebihan akan menyebabkan darah terbeban, menjejaskan buah pinggang dan paling ketara menyebabkan masalah pelupa.
Secara semulajadi, darah dapat terbentuk dengan sempurna setelah 6 minggu (atau 44 hari). Namun, darah boleh terhasil dengan cepat apabila kita mendapat tidur yang lena di dalam kegelapan malam yang dingin, mengamalkan mandi air yang dingin dan meminum air yang dingin, insya Allah.
Catat Ulasan