SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 7 September 2007

Elektromagnetik Tulang Belakang

Kajian terhadap penyakit tulang belakang ini adalah salah satu daripada beberapa kajian yang menemukan penyelesaian terhadap rawatan sakit belakang atau sakit tulang belakang. Dengan itu, formula yang sesuai dapat ditentukan dan tempoh rawatan dapat dijalankan dengan pantas, mudah dan berkesan, Insya Allah.

Tulang belakang adalah rod magnetik

Rod magnetik ini mempunyai kutub utara dan selatan, Kutub utara ialah di bahagian pineal dan kutub selatan ialah di bahagian coccyx (sulbi). Ion-ion negatif atau elektron dari Kelenjar Pineal sentiasa bergerak ke arah tulang coccyx hingga mewujudkan fluks atau arus medan elektromagnetik. Di dalam arus medan elektromagnetik ini lah terperangkapnya getaran-getaran yang dapat dilihat kesan dan dilihat dalam bentuk tenaga warna (melalui kamera khas). Fenomena ini biasa dan popular dipanggil sebagai "aura".

Rajah di bawah menunjukkan gambaran medan elektromangetik tulang belakang yang menyamai rod magnet.


Rajah di bawah menunjukkan fluks atau arus elektromagnetik yang melingkari tubuh dari kelenjar pineal yang bercaj negatif (-ve) ke coccyx atau tulang sulbi yang bercaj positif (+ve).
Gambar rajah di bawah menunjukkan getaran tenaga warna yang terperangkap di dalam fluks atau medan elektromagnetik. Ia amat sensitif dan berubah dipengaruhi oleh akal fikiran malah denyutan jantung.


Lingkaran elektromangetik yang berbeza caj mewujudkan warna yang digelar Aura
Kelenjar Pineal (CL1) dan Coccyx (Sulbi)

Kelenjar Pineal terdapat di bahagian paling atas di tulang belakang. Ia adalah puncak bagi struktur biologi tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai pengagih tenaga dan penyebar tenaga cahaya kepada tenaga warna seperti sebuah prisma berlian. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Kelenjar Pineal di puncak saraf tunjang.


Kelenjar Pineal yang sihat akan menghasilan melatonin yang akan menjana dan memancarkan banyak ion-ion bercaj negatif atau elektron. Elektron ini akan mengalir ke bahagian tulang coccyx iaitu tulang ekor ke bahagian yang paling hujung yang dipanggil tulang sulbi iaitu kristal tubuh.

Dalam rod magnetik tubuh, bahagian Kelenjar Pineal ialah kutub utara manakala bahagian tulang sulbi ialah kutub selatan.

Sepanjang rod magnetik di bahagian tengah iaitu ruas tulang, saraf tunjang dan rawan di antaranya bersifat neutral iaitu tidak mempunyai caj dan berfungsi membawa isyarat.

Isyarat bertekanan tinggi akan disalirkan ke bahagian organ untuk terus bertenaga daripada Kelenjar Pineal. Organ akan menerima tenaga tersebut dan akan memproses sebarang masalah atau ganguan atau kehilangan tenaga yang akan dihantar semula maklumat tersebut dalam bentuk isyarat yang bertekanan rendah. Isyarat bertekanan rendah akan dihantar ke coccyx di bahagian sulbi untuk dineutralkan. Proses peneutralan akan berlaku sekiranya Kelenjar Pineal membebaskan cukup elektron untuk dihantar ke Sulbi melalui medan arus elekromagnetik yang melingkari sekitar tubuh.

Jika isyarat bertekanan rendah ini gagal dineutralkan oleh sulbi, maka ia akan dipendamkan ke dalam ruas tulang belakang hingga boleh menyebabkan tulang belakang menjadi lemah struktur ikatan molekulnya, lemah dan menyebabkan kesakitan.

Kegagalan isyarat bertekanan rendah ini di neutralkan disebabkan faktor berikut:-

Kelenjar Pineal lemah hingga tidak mampu menghasilkan elektron yang mencukupi

Kejutan akibat kemalangan atau hentakan atau terjatuh terhempas atau terhantuk atau kejutan trauma emosi atau kejutan perubahan budaya

Suhu panas, persekitaran bertekanan rendah, kurang mandi, mandian air panas yang tidak mampu membekalkan elektron yang mencukupi.

Suasana persekitaran yang tidak hening, bising, hingar bingar, kotor, kelam kabut
Rajah di atas menunjukkan kedudukan tulang sulbi yang terletak di hujung coccyx. Sulbi ialah kristal piramid terbalik dan merupakan penentu zuriat. Kristal ini tidak akan musnah, ia sangat padat.


Pengecasan semula tulang belakang (spine recharging)

Kelenjar Pineal (prisma tubuh) adalah penjana elektron (caj negatif). Ia akan mengalir ke bahagian tulang sulbi (iaitu kristal tubuh di bahagian tulang coccyx) yang bercaj positif (ion proton).

Aliran elektromangetik yang terbentuk secara semula jadi ini akan terus berlaku selagi tubuh mengandungi elektron yang mencukupi dan rod tulang belakang berada dalam keadaan seperti berikut:-

Cukup tekanan (teori tekanan atau susunan molekul yang padat dan teratur yang boleh dicapai melalui cara penyejukan iaitu mandi atau berada di tempat yang hening)
Mempunyai gema (tidak tercedera disebabkan hentakan atau kejutan atau terjatuh terhempas atau terdedah kepada bunyi yang kuat dalam tempoh yang lama)

Persekitaran berelektron tinggi (seperti rumah yang bersih, dalam masjid, kawasan air terjun, taman bunga)

Bagi mencapai matlamat cukup tekanan dan kadar elektron yang tinggi berikut ialah petua dan saranannya:-

Mandi dengan air yang

  • sejuk
  • mengalir deras (kerana mempunyai banyak ion negatif atau elektron)
  • kekerapan yang tinggi
Minum air yang
  • sejuk
  • sedikit-sedikit tetapi kerap
  • air beralkali (semua air beralkali adalah berelektron)
Berada di persekitaran yang

  • bersih
  • mempunyai peredaran udara yang lancar
  • terang di waktu siang serta gelap di waktu malam
Aromatherapy Seri Wangi sebagai formula penyelesaian

Tekanan boleh dicapai dengan mudah dengan menggunakan air sejuk atau mandi dan minum dengan air ais.

Air mandian atau minuman boleh ditingkatkan elektronnya kepada jumlah yang tidak terhingga dengan menitiskan Aromatherapy Seri Wangi yang memegang rahsia elektron tinggi dan padat ke dalam air yang ingin digunakan.

Bagi mencapai tahap resonan (iaitu keserasian elektron untuk diserap oleh saraf), kaedah pengulangan yang kerap perlu dilakukan. Caranya ialah minum seteguk demi seteguk secara konsisten air sejuk berais yang dititiskan Aromatherapy Seri Wangi. Mandi dengan kerap air sejuk berais yang dititiskan Aromatherapy Seri Wangi. Sila rujuk tajuk Penggunaan Aromatherapy Seri Wangi dalam blog ini.

Aromatherapy Seri Wangi sebagai pembekal elektron

Aromathrapy Seri Wangi memegang gema pada tahap point zero dan berasaskan bahan beralkali sebenarnya merupakan salah satu bahan yang menjana dan membekalkan elektron pada tahap yang amat tinggi.

Hidrogen ialah rahsia elektron unggul dan dizahirkan dalam bentuk penghabluran ia akan membentuk sebuah piramid. Elektron di dalam Aromatherapy Seri Wangi ini terpelihara di dalam struktur hidrogen yang dibentukkan menjadi piramid. Elektron di dalam Aromatherapy Seri Wangi tidak akan hilang sehingga ia dialirkan ke dalam medium air. Ketika itu air telah memerangkap elektron dan menyebarkannya ke seluruh arah di dalamnya.

Tekanan dan gema garam sebagai penyusun molekul kristal

Garam bersifat neutral dan boleh menyusun sesuatu molekul dengan teratur. Sesuatu molekul akan mendapat getaran asal hingga boleh mencari pasangannya melalui susunan ikatan molekul yang sempurna.

Sulbi akan kembali terikat dengan susunan molekul yang sempurna hingga membentuk kristal yang bersinar dan berketumpatan tinggi.

Kaedah untuk menyusun struktur sulbi boleh dijalankan melalui rendaman larutan garam dalam kaedah Hidrotherapy Ice. Kaedah yang paling mudah ialah dengan pengambilan Formula Soul Salt yang merupakan salah satu formula Attitude Therapy.


Hidrogen mengekalkan elektron


Atom yang mempunyai banyak elektron adalah bersifat antioksidan dan mampu mengekalkan elektron. Satu-satunya unsur yang berada dalam keadaan bercaj negatif atau berelektron tinggi ialah apabila hadir unsur hidrogen. Hidrogen mempunyai hanya satu elektron. Ia wujud dalam bentuk gas jika berlaku penghabluran gas. Bentuk hablur gas hidrogen adalah menyamai bentuk piramid dalam bilangan yang ganjil seperti bertiga-tiga, berlima-lima, bertujuh-tujuh dan seterusnya.


Piramid (pyramid) ialah rahsia hidrogen yang akan memelihara dan mengekalkan elektron dalam ruangnya. Bekas berbentuk piramid akan memastikan bahan yang berada di dalam ruangnya terawet dan bertenaga serta kekal berelektromagnetik.


Mandi dengan Aromatherapy Seri Wangi dengan air ais adalah umpama berada di dalam ruangan piramid. Mandian ini akan mengekal dan menghasilkan semula elektron pada jumlah yang banyak dan ia akan terus mengekalkan elektronnya tanpa musnah dengan syarat terdapat sulbi di dalam ruang piramid tersebut supaya aliran tenaga berlaku di sebelah dalam.


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sakit belakang atau tulang belakang atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia membantu dengan sedaya upaya walau di mana anda berada.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Rabu, 5 September 2007

Kajian Penyembuhan Sakit Belakang

Post ini akan mendedahkan secara umum kajian mengenai rahsia Attitude Therapy sebagai ikhtiar dalam usaha merawat dan membantu proses penyembuhan sakit belakang atau tulang belakang.

Konsep ilmu yang menemui punca sakit belakang

Selagi kita tidak menemui apakah punca sebenar sesuatu penyakit, maka proses merawatnya tidak akan mencapai matlamat penyembuhan sebenar.

Attitude Therapy berpegang kepada falsafah punca penyakit yang berbunyi "Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak"

Daripada falsafah inilah punca penyakit dapat dikesan, dikaji dengan mendalam dan menghasilkan pelbagai penemuan saintifik yang amat hebat dalam usaha untuk merawat penyakit.

Kajian terhadap punca penyakit merangkumi pelbagai sudut dan peringkat yang digembeling daripada pelbagai teori dan akhirnya penyelesaian mudah ditemui. Ia terus diaplikasikan dan mendatangkan hasil yang amat memberangsangkan.

Apa yang dimaksudkan dengan Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak ialah organ dan karektor adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Selagi manusia itu bernyawa, maka selagi itu manusia mempunyai emosi, akal dan roh. Semua ini amat berkait rapat dengan aktiviti sel dan organ. Segala aktiviti sel dan organ amat dipengaruhi dan seimbangan dengan karektor. Jika baik sifat karektor, maka organ akan menjalankan fungsinya dengan lancar. Tetapi apabila nilai akhlak runtuh, maka sel akan mula pincang, kehilangan tenaga dan akhirnya musnah. Di sinilah bermulanya penyakit.

Apabila sel kehilangan tenaga, selain fungsinya telah terganggu, daya ketahanannya terhadap serangan bakteria atau virus telah lemah. Keupayaan sel untuk merembeskan sesuatu hormon dan enzim juga telah gagal. Atas kesedaran ini, usaha untuk menggantikan hormon atau enzim yang gagal dihasilkan dengan bahan kimia tiruan atau steroid atau antibiotik tidak akan mendatangkan hasil. Malah kaedah ini bukanlah usaha penyembuhan, sebaliknya ia dinamakan sebagai gantian. Sebarang unsur asing yang dimasukkan ke dalam tubuh tetap akan dinyahkan dan ia tidak akan ada sebarang integerasi dengan sel yang mempunyai DNA dan RNA yang sebenarnya hanya akan memproses bahan yang mempunyai DNA dan RNA daripada tubuh yang sama.

Apabila sel dan organ kehilangan tenaga, ikatan-ikatan molekulnya juga akan mula goyah dan boleh mengubah struktur dan keteguhan binaan tisu organ. Selain kaedah kimia, kaedah untuk membuat pembetulan atau pengubahsuaian fizikal melalui cara pembedahan juga bukan langkah penyembuhan. Ia adalah pembetulan yang bersifat sementara. Sebenarnya tubuh boleh membuat pembetulan strukturnya sendiri kerana Hukum Fizik tetap wujud dalam tubuh di masa segala atom dan molekul akan mencari keseimbangan dan ikatannya sendiri untuk memulihkan struktur asalnya.

Di sini ditegaskan bahawa sebarang kaedah yang memerlukan pembedahan yang menelan kos yang tinggi sebenarnya adalah tidak perlu sama sekali.

Tulang belakang boleh dirawat dengan mempertenagakan sel dan mencegah kehilangan tenaganya. Tulang belakang yang dirawat dengan kaedah Attitude Therapy akan bertenaga semula untuk membina ikatan-ikatan molekulnya. Ia akan kembali teguh dan terbentuk seperti normal.

Bahagian tulang belakang yang bertenaga mampu mengawal aktiviti bakteria yang membiak atau tidak terkawal populasinya disebabkan kematian sel atau ketidakaktifan sel yang telah secara tidak sengaja membina habitat yang menyumbang kepada perkembangan bakteria.

Saraf tunjang dilindungi oleh tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penghubung antara organ dan otak. Tulang belakang akan menjalankan tugasnya untuk memproses isyarat dari organ ke otak dan dari otak ke organ. Sekiranya organ mengalami sesuatu masalah atau kelemahan, isyarat bertekanan rendah yang merupakan punca kepada kehilangan tenaga di bahagian tulang belakang akan dipendam ke tulang belakang sebelum ia dibawa ke tulang coccyx (sulbi) untuk dineutralkan. Ketika itulah struktur ikatan molekul bahagian tulang belakang di sesuatu ruas akan menjadi lemah dan kesakitan mula dirasai. Semakin banyak tekanan rendah dipendam ke tulang belakang maka semakin kuat tahap kesakitan yang dirasai.

Penemuan dan penghasilan formula yang berkesan

Ramai saintis menemui punca sakit belakang atau sakit tulang belakang yang kaijiannya menghasilkan kesimpulan yang hampir sama dengan yang dikaji oleh Attitude Therapy. Tetapi malangnya, mereka hanya mampu berteori dan gagal menemui kaedah untuk merawatnya. Jika mereka dapat menemui konsep rawatan, namun mereka masih gagal menghasilkan formulanya.

Attitude Therapy bukan sahaja memahami punca sakit belakang atau tulang belakang, menemui konsep rawatan, malah turut berjaya menghasilkan formulanya. Kejayaan tersebut bukan setakat itu sahaja, ia dibuktikan dengan penyembuhan pesakit dengan cara yang lebih pantas di luar jangkaan dengan kos yang mampu dibiayai oleh semula lapisan masyarakat.

Berdasarkan kajian bahawa sakit belakang berpunca daripada "organ hadapan" iaitu liver, perut, limpa, pankreas, hempedu, buah pinggang, pundi kencing dan beberapa organ lain, maka rawatannya ialah dengan mengembalikan semula tenaga organ-organ hadapan tersebut dengan cara mempertenagakannya semula. Dengan kaedah mempertenagakan semula sel, sel akan membina dan membaiki tisu organ hingga organ dapat berfungsi seperti biasa. Kaedah ini amat selamat dan paling semulajadi.

Selain merawat organ hadapan, tulang belakang itu sendiri sebenarnya terbina daripada sel yang juga boleh menerima vibration dan boleh dipertenagakan. Rawatan Attitude Therapy yang menyeluruh menjadikan sakit belakang atau tulang belakang dapat dirawat dengan berkesan.

Kaedah Diagnosis yang tepat

Attitude Therapy mempraktikan kaedah Applied Kinesiology sebagai salah satu kaedah diagnosis yang paling pantas dan tepat hasilnya.

Applied Kinesiology ialah salah satu kaedah yang diamalkan oleh sebahagian besar pengamal rawatan alternatif di seluruh dunia. Kaedah ini tidak menyakitkan, semula jadi dan boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Antara kelebihan Applied Kinesiology adalah:-

Memberikan hasil jawapan yang hampir 100% tepat.

Ia amat meyakinkan kerana jawapan yang tidak tepat tidak dapat ditunjukkan. Oleh itu hanya jawapan yang tepat sahaja yang akan diperolehi.

Usaha untuk mendiagnos seluruh tubuh dan keadaan kesihatan dapat dijalankan dengan pantas.

Selamat dan semula jadi kerana tidak perlu bergantung kepada sebarang peralatan dan tidak membabitkan sebarang perbelanjaan. Keseluruhan proses hanya melibatkan tindak balas biofeedback daripada tubuh itu sendiri tanpa meletihkan atau menjejaskan tenaga tubuh.

Dengan kaedah pemeriksaan tahap penyakit yang memberikan keputusan yang tepat, keadaan sakit belakang atau sakit tulang belakang dapat diketahui dengan terperinci.

Berikut ialah langkah pemeriksaan yang dijalankan hingga menemui terus punca sakit belakang atau sakit tulang belakang:-

Pengesahan sama ada benar sakit belakang atau tidak
Ruas tulang belakang yang terlibat
Organ yang khusus yang terlibat dengan ruas
Punca penyakit dikenalpasti
Formula yang sesuai dicadangkan
Preskripsi dan dos pengambilan formula ditentukan
Tempoh rawatan dan kekerapan keperluan rawatan susulan dianggarkan


Kualiti perkhidmatan yang tinggi dan professional

Kaedah pemantauan yang dijalankan oleh Attitude Therapy adalah jauh lebih lengkap dan teliti jika dibandingkan dengan kaedah yang dijalankan oleh rawatan dari jenis yang lain malah lebih lengkap jika dibandingkan dengan cara di hospital. Pemantauan yang rapi akan memperlihatkan kesan pemulihan yang drastik.

Kekerapan pemantauan boleh dijalankan hampir setiap hari malah dalam sehari, kekerapan boleh mencapai hingga lebih 3 kali sehari. Kekerapan pemantauan yang diperlukan adalah bergantung kepada tahap penyakit.

Apabila pesakit dapat mengetahui sendiri tahap penyembuhannya yang pantas, keyakinan akan bertambah. Keyakinan adalah amat penting untuk merangsang semangat yang dikawal oleh kelenjar Pineal (CL1) yang akan merembeskan hormon Melatonin.

Hubungan mesra dan penuh rasa kasih antara perawat dan pesakit akan mewujudkan medium (pengalir vibration) yang tinggi kekonduktifannya supaya segala bentuk tenaga yang bermanfaat akan dialirkan kepada sel dengan cekap untuk mencapai resonan (keserasian dan keseragaman antara sel dengan tenaga). Fenomena ini dipanggil sebagai Love Therapy. Antara faktor yang mempengaruhi kekuatan Love Therapy ialah:-

Keredhaan pesakit (akan meningkatkan tahap keyakinan untuk sembuh, memberikan semangat yang akan merangsang rembesan Melatonin iaitu faktor penyembuhan)

Keikhlasan perawat atau pengamal (akan meningkatkan rasa hormat dan kasih terhadap pesakit, oleh itu ketepatan hasil diagnos dan kaedah rawatan dapat ditentukan)


Kos rawatan yang mampu dibiyaai oleh semua lapisan masyarakat
Hanya rawatan alternatif sahaja yang mampu merawat sakit belakang dan tulang belakang. Tetapi walaupun kaedah rawatan tersebut amat berjaya dan berkesan, disebabkan kos rawatan yang tinggi, maka pesakit terpaksa menghentikan rawatan setelah mencapai peringkat "kelegaan" atau setelah 50% ke 70% penyembuhan. Ini adalah punca yang menyebabkan sakit belakang tidak sembuh sepenuhnya dan ia akan berulang kembali.

Dengan tempoh rawatan yang cepat, pesakit yang menjalani rawatan sakit belakang atau tulang belakang dengan kaedah Attitude Therapy tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi.

Kesimpulan

Sakit belakang atau sakit tulang belakang boleh dirawat dengan mudah jika puncanya dirawat


Terdapat kaedah yang berkesan untuk merawat punca sakit belakang atau sakit tulang belakang


Kaedah diagnosis yang memberikan hasil yang tepat akan memudahkan proses rawatan


Sakit belakang yang telah pulih kurang risiko untuk berulang kembali


Kos rawatan yang menjimatkan dan pembedahan dapat dielakkan


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sakit belakang atau sakit tulang belakang atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah saya sedia membantu walau di mana anda berada.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Selasa, 4 September 2007

Ringkasan Asas Falsafah Teori Ruang Dan Masa

Ilmu Colour Vibration Therapy amat saintifik. Ia perlu difahami dan berlandaskan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan utama. Pemahaman yang sebenar akan membawa kepada hasil keberkesanan dalam proses merawat penyakit. Kekeliruan terhadap pemahaman ilmu Colour Vibration Therapy bukan sahaja mendatangkan hasil yang sia-sia, malah ia mengundang fitnah akibat pemesongan ilmu ke arah perkara yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Berikut ialah beberapa fakta asas pemahaman terhadap Teori Ruang Dan Masa yang direalisasikan dan diaplikasikan dalam kaedah merawat penyakit.

Masa merupakan suatu kewujudan yang berketumpatan rendah, mempunyai kekerasan yang tinggi.

Jika diambil bendul sebagai pemerhatian dalam satu eksperimen. Bendul tersebut ialah pembolehubah yang dimanipulatifkan. Ia tetap mempunyai ruang. Apabila bendul diayunkan, ia akan bergerak di ruangnya. Ayunan tersebut ialah masa. Ayunan yang lengkap akan mewujudkan jisim. Sekarang jisim yang terbentuk ialah sebuah segitiga yang keras dan padu.

Setiap objek adalah jisim yang keras. Ia menjadi jisim kerana terdapat masa yang telah mengisi ruang. Masa tersebut tidak dapat dilihat. Yang terlihat hanyalah satu bentuk yang dipanggil jisim. Disebabkan adanya masa, maka dalam ruang tersebut tidak ada ketumpatan. Ia boleh digambarkan melalui eksperimen ayunan bendul.

Contoh jisim yang mempunyai banyak masa dengan ketumpatan yang amat rendah ialah berlian.

Masa wujud dalam sel

Semua kehidupan yang menjalankan fungsinya seperti biasa mempunyai masa. Masa ialah tenaga yang terdapat di dalam sel. Sel yang kehilangan masa ialah sel yang akan mati.

Organ yang sihat ialah organ yang mempunyai masanya tersendiri yang akan terus

mempertenagakan sel supaya tisu organ akan menjalankan fungsinya dengan cekap dan normal secara semula jadi mengikut Hukum Keseimbangan.

Masa dan jisim adalah dua faktor penting dalam kehidupan

Alam ini terdiri daripada masa dan jisim dengan rumus masa bertemu ruang membentuk jisim. Penemuan terhadap konsep masa dan konsep jisim dalam dan dirumuskan dalam Teori Ruang Dan Masa menjadikan pemahaman terhadap penyakit dapat difahami dengan lebih terpeinci.

Semangat, emosi dan mental mampu mengawal masa.

Sebenarnya masa boleh terjadi dalam pelbagai bentuk tenaga. Ia terdiri daripada tenaga dalam bentuk spiritual, emosi, mental dan fizikal. Bentuk tenaga ini semuanya berada dalam tubuh kita. Ia saling bekerjasama dan menjalankan peranannya masing-masing untuk mengekalkan keharmonian dan keseimbangan fungsi organ dalam tubuh.

Manusia tidak mampu mengawal fizikal. Ia hanya boleh dikawal melalui tenaga dalam bentuk semangat, emosi dan mental melalui akal fikiran. Akal fikiran yang positif akan memberi kekuatan yang lebih untuk mengawal masa.

Masa adalah roh

Roh adalah urusan Allah yang mutlak. Ia adalah tenaga yang tidak dapat dikaji atau dilihat. Urusan perjalanan roh tidak boleh diketahui walau dengan cara apa sekali pun.

Tenaga dalam tubuh boleh diwakili sebagai roh. Tubuh yang kehilangan tenaga bermaksud juga kehilangan roh. Jasad yang tidak ada roh ialah mayat yang tidak mempunyai masa. Bentuk tenaga dalam jasad berada dalam satu bentuk tenaga yang berlainan.

Nutrient akan menjadi tenaga apabila kita fokus (berfikir dengan tumpuan)

Walau sebanyak mana nutrient yang diambil, sebenarnya tubuh yang menentukan sama ada ia perlu atau tidak dengan cara fokus. Pemikiran yang berserabut, penuh dengan masalah, tekanan, tergopoh-gapah akan menjadikan nutrient tidak diserap dengan cara sepatutnya.

Hanya dengan permikiran yang hening, sabar, ikhlas dan redho sahaja yang akan memastikan nutrient dapat diserap dengan baik dan terus memberikan tenaga atau masa untuk keperluan sel.

Kebetulan adalah berbeza dengan ketetapan - keserentakan.

Semua yang dikatakan sebagai kebetulan sebenarnya ialah keserentakan. Ia diciptakan serentak secara berpasang-pasangan. Kehadirannya ialah untuk melengkapkan Hukum Keseimbangan.

Ia boleh dirasai melalu intuisi dan instinct. Walaupun kita belum melihatnya, dengan Hukum Keseimbangan, kita dapat merasa akan sesuatu melalui intuisi dan instinct.

Contohnya rasa tidak sedap hati itu datang serentak dengan kejadian yang akan diketahui kelak. Atau rasa terlalu teringin hingga perasaan rasa berdebar-debar ialah kejadian yang telah terjadi (tetapi belum diketahui) yang amat diperlukan sebagai pelengkap diri seseorang disebabkan Hukum Keseimbangan.

Ketetapan ini dipanggil sebagai "Hukum Keserentakan".

Instinct dan intuisi adalah gaya berfikir paling asas.

Sebelum terjadinya amal, ia bermula dengan fikiran yang kreatif. Pemikiran kreatif terjadi dengan adanya niat. Niat datang daripada getaran atau debaran dalam hati yang wujud daripada instinct dan intuisi.

Tanpa pemikiran yang kreatif, tidak ada sesuatu amalan yang dapat dilakukan. Tanpa ada rasa debaran, tidak akan wujud rasa niat di hati.

Niat yang difikirkan secara berulang-ulang ialah rahsia doa yang mengubah Hukum Keseimbangan kepada satu kuasa tarikan. Ia dipanggil The Low of Attraction.

Alam mencari keseimbangan semula di dalam faktor masa.

Alam ini berfungsi dengan perantara masa dalam pelbagai bentuk tenaga. Semua tenaga menuju kepada keseimbangan. Kesimbangan ini akan menadikan alam ini terus bergerak dan berfungsi.

Fenomena ini dipanggil sebagai "Hukum Keseimbangan".

EQ adalah lebih penting daripada IQ

Pemikiran yang kreatif ialah pemikiran hasil daripada rasa hormat tubuh terhadap instinct dan intuisi yang datang. Keupayaan untuk berfikir dengan kreatif ialah tindak balas daripada penerimaan instinct. Fenomena ini dipanggil Emotional Qoutient (EQ).

Amalan fizikal yang mencipta perancangan ialah satu bentuk pemikiran ciptaan manusia yang dipanggil Intelligent Quotient (IQ).

Pesakit perlu diberikan motivasi

Semangat adalah faktor penting untuk merangsang melatonin daripada kelenjar pineal. Pesakit yang diberikan harapan bahawa penyakitnya boleh dirawat adalah ubat yang pertama diperolehi oleh pesakit.

Daripada falsafah "Penyakit terjadi daripada runtuhnya akhlak", maka pesakit perlu diterangkan kaitan organ yang lemah atau penyakit yang dialami dengan karektor yang hadir serentak atau punca penyakitnya sukar untuk pulih. Atas kesedaran ini, pesakit akan mudah mengawal karektor dan meringankan punca penyakit.

Niat adalah salah satu bentuk frekuensi dan mempunyai magnitudnya

Niat terjadi daripada instinct yang dihormati kehadirannya. Instinct ialah peringkat implitud manakala setelah ia dihayati, maka wujudlah niat yang menyamai frekuensi magnitud.

Keyakinan dan kepercayaan perlu mengiringi doa

Doa ialah rahsia niat yang berulang-ulang yang dizahirkan melalui pemikiran. Doa terjadi melalui niat yang penuh yakin dalam jiwa yang penuh mengharap.

Tidak dinamakan doa sesuatu yang tidak disertai keyakinan dan pengharapan.

Fiber dan mineral berat dapat mempengaruhi sifat redha.

Fibert terlalu merangsang otot hingga otot membuat indakan memulu dan mengambil keputusan sendiri. Ia juga memberi kesan terhadap kesihatan saraf dan tulang.

Membuat keputusan sendiri ialah tanda hilangnya sifat redha.

Gaya berfikir manusia dapat mempengaruhi aktiviti-aktiviti sel

Organ adalah seimbang denagan karektor. Setiap yang difikirkan akan mempengaruhi tindak balas sel dalam sesuatu organ.

Sifat hening, sabar, ikhlas dan rehdo akan memastikan sel berfungsi dengan normal dan terus sihat.

Daripada fenomana ini maka lahirlah fasafah bahawa "Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak".

Titik sifar (0 point) yang menguasai semua ruang.

Titik sifar terletak di puncak dalam Teori Ruang dan Masa. Jika masa dan ruang ingin mendapatkan antara satu sama lain, ia perlu dengan perantaraan point zero (atau titik sifar).

Deria mempengaruhi masa kita

Sebahagian besar deria terdapat pada level spiritual pada tubuh badan iaitu di bahagian kepala yang merangkumi Kelenjar Pineal (NW1), Kelenjar Pitutary (NW2), Thalamus (NW3), Hipothalamus (NW4), Kawalan Biotik (NW5), Sinus (NW6), Kawalan suhu (NW7) dan Medulla Ablongata (NW8).

Ketenangan akan menjadikan deria ini amat peka terhadap penerimaan instinct dan penerimaan vibration sehingga mencetuskan magnitud untuk niat. Niat adalah keseimbangan masa. Deria yang peka menjadikan masa dapat dikuasai.

Masa dan formula Natural Wave (NW) dalam perawatan

Penyakit ialah jisim yang mempunyai ruang tetapi kehilangan masa. Formula Narutal Wave menyimpan rahsia warna di bahagian gema. Gema ialah salah satu bahagian daripada masa (sebahagian lagi ialah niat yang datang daripada instinct atau intuisi).

Resonan - suatu konsep dalam penyembuhan

Resonan ialah matlamat dalam proses penyembuhan. Segala ikhtiar tidak akan mendatangkan hasil tanpa resonannya vibration yang diberi terdahap penenerimaan sel.

Formula NW lebih seimbang daripada antibiotik kimia

Formula NW tidak memerlukan bahan kimia sebaliknya mempertenagakan sel untuk membantuk merembeskan hormon dan enzim untuk menjalankan tindak balas kimia

Sel dan kesempurnaan penciptaannya

Sel ialah kejadian yang sempurna. Oleh itu, ia tidak memerlukan bahan kimia tambahan atau sebagarang bentuk gantian.

Masa manusia dan masa jin (alam ghaib)

[Tajuk di bawah ini telah diringkaskan dan setiap satunya akan masing-masing akan dituliskan dalam satu post yang berasingan]

Penjelasan mengenai saka dan kaitannya dengan spektrum warna - banyak pada tahap merah

Kesan fokus (daya tumpuan fikiran) terhadap sel

Penciptaan - hasil fikiran yang berulang kali

Masa adalah salah satu daripada rahsia berfikir berulang kali

Masa adalah relatif - kerelatifan

Sel - tekanan dan aktiviti untuk mewujudkan kesimbangan

NW sebagai penctus isyarat dalam otak agar tubuh dapat bekerja semula

Berfikir perlu tepat pada masa dan tempat (ruang)

Jangan berfikir di dalam keadaaan tertekan, lebih baik di dalam keadaan santai tanpa perasaan syak wasangka

Berfikir menjimatkan masa dunia

Bahan berasaskan dadah hanya mencakupi spektrum wana kuning, oren dan merah

Kuinin (bahan ubatan) boleh mencapai spektrum warna indigo namun masih belum sampai tahap putih

Formula NW mampu mencapai ke tahap spektrum warna putih (tertinggi)

Penyakit disebabkan virus (berkaitan dengan masa( lebih mudah disembuhkan berbanding kansue (lebih banyak dikaitkan dengan kerosakan jisim)

Setiap kewujudan mempunyai dua ciri: baik (+ve) dan tidak baik (-ve)

Ilmu ketuhanan tiada yang mencipta pembaziran

Berfikir secara intuisi perlu dilatih dengan menjaga pemakanan / tingkah laku /pemikiran dan sebagainya

Jangan berfikir sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan diri sendiri kerana boleh merosakkan fokus (daya tumpuan kepada kesuatu kebaikan)

Jangan menyalahkan takdir di atas kemalangan atau musibah, kerana pilihan tetap pada diri manusia. Berfikir akan menentukan pemilihan yang baik.

Setiap kejadian adalah tenaga dan berpasangan - kita perlu bijak memilih dengan berfikir

Gerak rasa daripada roh - lebih tepat daripada alasan logik

Gerak rasa pertama perlu dihormati

Tohmahan, fitnah terhadap kita tidak perlu dipedulikan selagi kita di pihak kebenaran

Yakinkan pesakit supaya pengambilan formula dengan kerap

Keberkesanan formula seperti Aromatherapy Seri Wajah adalah berasaskan gema niat yang tepat

Gema niat boleh berada di segenap ruang tanpa batasan

Memori banyak tersimpan di dalam kulit

Protein tinggi akan mengganggu kesihatan kulit - orgn hempedu yang rosak

Masa dan ruang yang tidak baik mencipta pemikiran yang tidak baik

Hukum (lumrah) alam adalah mencari kesimbangan

Cuka adalah bahan yang mencipta suhu panas di dalam darah

Vitamin C boleh merosakkan kulit apabila diambil secara berlebihan

Garam yang telah dimasak mencipta CO2 (gas yang tidak baik)

Garan yang baik mempertenagakan sistem neuro supaya lebih bersedia dan cekap

Pottasiom - mineral penting untuk kulit

CVT tidak menggunakan istilah membunuh kuman di dalam perawatannya

Kuman (adalah mikrob) yang perlu diberi masa supaya ia menjalankan aktivitinya semula di dalam keseimbangan

[Post ini masih dalam permbinaan, atas permintaan ramai, ia telah dipublishkan buat sementara waktu]

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)