SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 1 Januari 2008

Antioksidan Daripada Makanan

Makanlah seboleh-bolehnya makanan yang hampir serupa dengan alam semula jadi di tempat tinggal kita. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah hampir dengan diri kita dan memberi perlindungan yang luas mengikut kesesuaian tempat tinggal kita. Kita yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa secara tegasnya disarankan memakan buah-buahan tropika seperti betik, jambu, belimbing, nanas dan sebagainya. Buah-buahan ini mestilah segar dan tidak diperam atau diawetkan. Masak di tangkai seperti buah durian adalah anugerah buah yang kaya denga zat mineral tetapi jangan lupa bahawa bahan antioksidan banyak terletak di kulitnya yang pada mulanya bersatu dengan tangkainya. Seumpama sebiji cili yang penawarnya terletak pada tangkainya.

Walau bagaimnapun, sumber antioksidan yang paling baik ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Apakah warna di dalam pemakanan anda?

MerahTomato, tembikai atau sesuatu yang berwarna merah mengandungi likoena dan boleh melindungi kita daripada kanser darah, kanser usus dan baik untuk rawatan hati dan kulit.
BOrenMengandungi Beta-Kerotena seperti lobak baik untuk meneutalkan asid berlebihan di dalam darah malah meningkatkan tahap kesabaran.
Oren -Kuning Oren, limau, pic, nanas sebagai pelindung sel yang mujarab atau sebaliknya memecah kansel-sel darah jika berlebihan.
Oren -HijauBayam, kobis, kacang hijau, jagung kuning mengandungi lutein yang mungkin dapat melindungi penglihatan. Tetapi makanan ini tidak boleh diambil terlalu banyak kerana kandungan protein yang tinggi.
HijauSayuran hijau mengandungi sulforatena isotiosinat, hablur indola yang merupakan penentang-penentang kanser yang mujarab kerana dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah.
Putih -HijauBawang putih, bawang, kucai, daun bawang mendandungi sebatian sulfur (belerang) yang dapat melindungi DNA dan seterusnya asparagus, kacang, daun saderi mengandungi antioksidan flavonoid yang melindungi membran sel.

Anda hendaklah berhati-hati ketika mengambil penambah makanan berkhasiat. Adalah lebih selamat mengambil pemakanan berkhasiat yang segar kerana amaun antioksidan di dalamnya belum rosak dan cukup besar dan mencukupi kerana tidak akan bersifat toksik walaupun diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang.

Selenium dan zink sebagai antioksidan di dalam Habbatus Sauda'

Selenium merupakan bahan yang sangat membantu melindungi penyakit jantung dan kanser yang bertindak sebagai penawar lembut dan anti kebengkakan. Zink terlibat dalam lebih 90 reaksi enzim dalam badan kita.
Ini termasuklah enzim-enzim yang mengeluarkan dan mempebaiki DNA. Zink terbukti dapat meningkatkan tindakbalas imun dan ia juga mencegah daripada berlakunya berbagai penyakit yang serius.

Perlu diingat bahawa penyakit yang sudah tercipta dan tersedia ada di dalam tubuh kita dan sepatutnya dapat dicegah adalah lebih berbahaya dan sukar diubati barbanding penyakit mendatang secara akut atau serangan secara tiba-tiba disebabkan faktor alahan.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

10 ulasan:

rinaahanaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rinaahanaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rinaahanaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rinaahanaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rinaahanaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rinaahanaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rinaahanaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rinaahanaa berkata...

Kita telah mencipta anti oksidan dari buah-buahan dan mempunyai khasiat yang tinggi. Ia tidak diragui kesuciannya. zat mineral juga terdapat banyak pada tangkai dan juga kulit buah.buah yang berwarna merah mengandungin likoena,ia juga boleh merawat kita dari penyakit kanser sperti kanser darah dan usus.buah yang berwarna oren pula mempunyai beta-kerotena yang meneutalkan asid didalam darah.buah yang berwarna kunig serta oren mampu memjadi pelindung sel yang mujarab.buah yang berwarna oren hijau pula mengandungi lutein yang boleh melindungi penglihatan tetapi tidak boleh mengambil dengan banyak.buah yang berwarna hijau pula mengandui sulforatena isotiosinat dan hablur indola yang bertugas sebagai penentang kanser yang mujarab.manakala buah yang berwarna putih hijau mengandungi belerang yang boleh melindungi DNA.

babylito berkata...

Masyarakat melayu memang terkenal dengan pantang larang baik dari segi adat mahupun makanan. Makanan seperti timun sangatlah dilarang kerana sifatnya yang sejuk dan dikatakan tidak baik untuk kewanitaan. Begitu juga dengan nenas yang bersifat tajam. Minuman berais adalah dilarang sama sekali. Namun bila membaca artikel di dalam blog ini barulah diketahui secara saintifik apa yang baik dan apa yang tidak. Sungguh menghairankan bila nenek moyang kita mengharamkan apa yang sebenarnya sangat baik untuk dimakan contohnya timun dan minum ais. Tidak disangka warna didalam makanan juga ada pengaruhnya terhadap kesihatan. Kita selalu membaca tentang antioksidan namun tidak pernah sekalipun kita baca perkaitannya dengan warna makanan dan biasanya penulisnya adalah dari barat dan contoh-contoh makanan adalah dari barat sedangkan CVT memberi menu cadangan yang lebih mudah iaitu buahan dan sayuran yang terdapat dipersekitaran kita. Penerangan ringkas tentang warna dan sifat makanan juga lebih santai dan mudah difahami.Menyentuh tentang antioksidan tidak sah jika tidak dikaitkan dengan awet muda. Dipasaran terdapat banyak lambakan produk berupa makanan tambahan yang didakwa mengandungi antioksidan.
Saya pernah terbaca tentang produk antioksidan yang diperbuat dari buah manggis dan kulitnya. Adakah benar buah manggis adalah sumber antioksidan yang paling kaya kerana mengandungi xantona semulajadi yang tinggi?

fairuz berkata...

Pada tahun 1996, sebuah terbitan yang berjudul Oxidants, Antioxidants and Disease Prevention dikeluarkan oleh International Life Sciences Institute Europe dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam terbitan ini, penyelidik, L. Langseth melaporkan bahawa oksigen terlibat dalam tindak balas toksik dan manusia pula mempunyai mekanisme pertahanan yang kuat untuk meminimumkan kesan-kesan toksik tersebut.

Tindak balas yang menggunakan oksigen sentiasa berlaku di dalam tubuh. Apabila tubuh membakar oksigen, hasil sampingan yang dipanggil radikal bebas terbentuk. Radikal bebas ialah molekul yang kehilangan satu elektron dan justeru itu, ia tidak stabil.

Untuk menstabilkan dirinya, radikal bebas 'mencuri' elektron daripada sel tubuh, lalu merosakkan sel tersebut dan mencetuskan satu rangkaian tindakbalas di mana lebih banyak radikal bebas dibentuk.

Antioksidan didapati secara semula jadi dan dengan banyaknya dalam buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, herba, kekacang, bijian, bunga, kulit kayu dan juga akar. Oleh itu, anda dapat menikmati pelbagai makanan tumbuhan yang menarik untuk memenuhi keperluan antioksidan.

Kita sudah biasa dengan vitamin dan mineral. Tumbuhan mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Sesetengah vitamin berfungsi sebagai antioksidan, misalnya vitamin C, beta karotena (yang bertukar kepada vitamin A dalam tubuh) dan vitamin E.

Kajian juga mendapati antioksidan merangkumi selenium, zink dan kromium. Tetapi, ramai di antara kita tidak sedar bahawa tumbuhan mengandungi banyak nutrien lain yang dikenali sebagai fitonutrien, yang sebahagian besarnya bertindak sebagai antioksidan.

Satu kumpulan fitonutrien yang menakjubkan ialah sebatian fenol (juga dipanggil polifenol), yang bertindak sebagai antioksidan kuat, di samping mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang.

CVT menggunakan Habbatus Sauda yg menurut kajian mengandungi ' Selenium dan Zink sebagai bahan anti kanser.Oleh itu boleh disimpulkan bahawa CVT mempunyai pengetahuan yg setanding dengan para kajian sains perubatan .

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)