SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 14 Disember 2007

Rahsia Kelebihan Ais

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara saintifik, dalam blog ini telah diterangkan dengan lebih mendalam dalam kategori Teori Tekanan. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
  • Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

13 ulasan:

Elmy berkata...

Bila dr. huraikan tentang kelebihan air sejuk,, saya teringat satu cerita yang pernah saya dengar tentang kelebihan air. Cerita ini saya dengar dari seorang ustat yang datang memberi ceramah agama di surah berdekatan dengan rumah saya. Ustaz itu bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di sebuah Hotel yang mana kebanyakan disertai oleh orang bukan Islam kecuali 2 orang iaitu (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang telah dikaji yang diambiul serata dunia tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wassalam.

Brother Lans berkata...

Aslkum Doc,baguz info Doc mengenai 'ice' ni. Salam sejahtera. Looking forward to seeing u when I'm in Ipoh*ada masa ke Doc?*:-)

Lezna hangat berkata...

Ada sebahagian gerun memakan sejuk/berais, contohlah anak buah saya,mak dia larang beli ais, sebab amalan keluarga, ais boleh membawa batuk boleh'juga boleh mereputkan gigi, satu cerita lagi yang diwarwarkan orang ,bahawa ais ni boleh menambah besarnya kelenjar pada tenggorokan,wallahualam,itu yang saya dapati di masyarakat berkenaan ais. dengan penjelasan disini boleh menambah kesedaran dan pengetahuan berkenaan ais. terimakasih.

Baby_syahiran berkata...

Air sejuk dicampur dengan ais adalah amalan yg paling digalakkan dalam CVT. Bagaimana pula sekiranya minuman sejuk yg lain,contohnya teh ais, ada yg mengatakan teh elok diminum ketika panas kerana teh itu sendiri bersifat sejuk,boleh dr. jelaskan, tq. Ada tak manfaat meminum teh ais.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Teh yang diminum ketika panas akan mengaktifkan unsur tertentu dalam teh tersebut yang akan membantu bahagaian berkaitan sistem darah.

Tetapi teh yang diminum dengan ais akan menaktifkan unsur yang mendatangkan manfaat terhadap sistem immune. Pada masa yang sama teh yang telah berada di dalam perut akan tetap menjadi panas dan akan membantu sistem darah semula. Oleh itu, minum air teh ais akan memberikan dua manfaat berbandig dengan meminumnya ketika panas.

Semua minuman yang berbancuh seperti teh dan sebagainya elokkan diminum sejuk. Tetapi, jangan minum air sejurus selepas makan walaupun air sejuk berais. Tunggu hingga antara 10 ke 30 minit sebelum minum. Minum air sejurus selepas makan atau minum dan makan bersulaman akan mengganggu proses penghadaman. Lebih teruk lagi sekiranya air tersebut panas.

Brother Lans berkata...

Aslkum Doc, Bro Lans nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat Doc sekeluarga & staf di Ipoh. *InsyaAllah kalau di Ipoh & ada kesempatan nak jumpa Doc :-) * Wsalam BroLans Putrajaya

Lezna hangat berkata...

kalau setakat secawan kopi,kita boleh melawat kedai kopi< ahref="http://kedaikopi2020.blogspot.com/">(kliklah) Kedai kopi kak Arina,,hah,,tapi ada juga rahsia air....iaitu AIR TANGAN!!!!itu rahsianya air tangan seorang isteri sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah....

Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkadung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonans (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Lezna hangat berkata...

Kedai Kopi Kak Arina (maaf,hanya pembetulan link diatas nanti tuan punya kedai kopi menuntut pula disini)

Baby_syahiran berkata...

Sedikit info yg menyokong kelebihan air sejuk dari thenewstoday.info :
1. Cara yg paling selamat utk mengawal berat badan ialah dgn meminum segelas air jus yg sejuk sblm makan,ini akan menyebabkan perut merasa separuh penuh dan menghantarkan mesej ke otak. Ini akan menyebabkan selera makan terkawal.
2. Untuk sarapan,segelas air jus yg sejuk atau buah-buahan adalah mencukupi.
3. Utk penjagaan gigi,tunggu sehingga 15 ke 30 minit slps makan utk menstabilkan suhu dlm mulut sblm minum air sejuk.
4. Utk menjadi awet muda dan mendapat kulit yg cantik, elak dr menggunakan sabun yg kuat baunya. Gunakan air suam di awal mandian untuk membuka liang2 pora di kulit dan gosok kulit dgn lembut dan di akhir mandian, gunakan air sejuk utk menutup liang pora tersebut. Penulis berasal dr negara Barat,jika di Malaysia,ikuti tips dari Dr. Ariff, dn maklumat mengenai Hidroterapi Ais di blog beliau.

Baby_syahiran berkata...

Lagi kelebihan air sejuk / ais :
Ais dan penjagaan rambut
1. Gunakan syampu jenis yg lembut(mild)
2. Bilas dgn air sejuk,jika tak tahan,bilas dgn air yg agak suam dan bilasan terakhir dgn air sejuk krn air suam atau air panas akan hanya mengeluarkan lebih minyak di kulit kepala kita. Air panas digabungkan dengan syampu yang banyak kandungan kimia (strong shampoo) akan menyebabkan kelenjar minyak menjadi lebih produktif. Konsep yg sama dgn muka berminyak.
3. Jgn gunakan conditioner atau conditioning shampoo kerana ia akan menyebabkan kulit kepala lebih berminyak.

Semoga dpt dimanfaatkan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Doc..saya kini mengamalkan mengunyah ais setiap pagi dan malam,malah boleh dikatakan setiap masa..tidak terkecuali ,selepas makan pun saya mengamalkan minum minuman yg berais dan sebelum tidur juga begitu..And,one more thing..setiap malam sblm tidur dan setiap pagi selepas bangun,saya menyapu wajah saya dengan ais untuk tujuan kecantikan (yang saya baca dalam majalah kecantikan)..,What do u think? Thanks for keep answering my questions,really appreciate that...hehe

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Neyssa; Segala usaha yang berniat baik atau bermatlamatkan untuk kesihatan dan kesejahteraan adalah usaha dan ikhtiar. Ia berkesan bergantung kepada tahap RESONAN. Resonan ialah keberhasilan usaha yang menepati matlamat. Bertawakkal dengan sabar, syukur, ikhlas dan redho ialah rahsia resonan. Alhamdullah, setelah berikhtiar dengan terapi ais yang kerap bersama dengan penggunaan formula CVT, hendaklah kita bertawakkal kepada Allah.

mirza berkata...

Kajian seorang Dr di Toronto mendapati bahawa Ais dapat mengurangkan wajah yg berpeluh. Ini Kerana ais akan menutup liang-liang roma diwajah juga dapat mengecilkan lagi pori-pori. Dr memberi saranan iaitu selepas membersihkan wajah , lumurkan ketulan ais selama beberapa minit pada wajah.
Kajian Dr yg berasal dari Toronto ini telah lama diketahui dan dimonopoli oleh para Dr di CVT. Malah Dr Ariffaizal juga mengaplikasikan konsep hidroterapi ais ini untuk kecantikan seperti yg pernah ditulis oleh beliau dalam blog bahasa inggerisnya yg bertajuk " Reshape Your Face Naturally" . Penggunaan ais mmg terbukti byk memberi kesan kebaikan kepada manusia. Oleh itu mitos ais memberi keburukan haruslah dibuang jauh-jauh.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)