SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 29 Disember 2007

Formula Attitude Antioksidan

Antioksidan yang terbaik hendaklah yang bersifat alkali dan tidak masam. Memang benar ramai yang mengeluarkan teori antioksidan, malah ia diperakui. Tetapi malangnya, teori hanya tinggal teori kerana hanya sedikit sahaja yang berjaya menemui antioksidan bersifat alkali. Dalam Attitude Therapy, formula ini dapat dihasilkan dengan cara yang mudah iaitu bahan yang bersifat alkali dibeamkan dengan gelombang elektron yang akan bertindak sebagai antioksidan. Maka terhasillah antioksidan yang bersifat alkali. Mungkin nampak remeh, tetapi apabila diuji berkali-kali, ternyata ia tetap bertindak sebagai antioksidan yang amat stabil.

Teknology Elektron

Fakta saintifik tidak lagi dapat menolak bahawa teknologi elektron adalah diperlukan bagi mengimbangi tenaga hayat sel. Sebenarnya sel-sel menyerap sesama sendiri kerana mengalami ketempangan elektron untuk memegang kukuh binaan molekul oksigen. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ‘rompakan’ untuk mendapatkan elektron bagi menstabilkan aktiviti sel tetapi boleh menimbulkan masalah kerana electron semakin berkurangan. Elektron seumpama nadi yang perlu ada di sekeliling atom-atom oksigen untuk meneruskan kehidupan.
Cara antioksidan bertindak
Walaupun satu ketika dahulu nutrien-nutrien antioksidan boleh memainkan peranan yang amat besar dalam mencegah beberapa penyakit yang berkaitan sel-sel darah.

Tetapi nutrien yang paling efektif bertindak ajaib iaitu Habbatus Sauda’ (Black seed) didapati lebih aktif berkali-kali lebih hebat apabila dirakamkan dengan gelombang elektron. Habbatus Sauda’ diberi pasangan dengan bunga Saffron sebagai kombinasi yang paling ideal khususnya untuk kaum wanita yang dapat berkongsi formula bagi mencapai tujuan dan faedah yang tersendiri.

Antioksidan yang dirumus dalam bentuk minyak esensial pelbagai herba adalah lebih efektif untuk bertindak merangsang enzim-enzim di bahagian pencernaan. Bagi mereka yang terlalu gemuk antioksidan yang bersifat membakar lemak amat membantu di dalam mengurangkan badan yang berlebihan.

Bagi yang terlalu kurus pula adalah tidak digalakkan kerana ia tidak membantu untuk membentuk otot malah akan semakin kurus.

Antioksidan yang berkesan
  1. Antioksidan mesti dapat menyingkirkan gas di dalam perut dengan cepat.
  2. Dapat meningkatkan selera makan.
  3. Dapat membakar lemak di bahagian kedutan jika disapu pada permukaan kulit yang bermasalah.
  4. Dapat merawat semula penyakit yang berpunca daripada alahan-alahan pemakanan yang tidak disedari yang sebenarnya sangat mengancam kesihatan individu.
  5. Antioksidan dapat mengatasi kesan-kesan gastrik apabila perut kosong jika lewat mengambil makanan.
  6. Mampu menukar dengan cepat segala makanan yang dimakan menjadi zat-zat yang diperlukan tubuh dan kita akan terelak daripada berbagai penyakit yang berpunca daripada kekurangan zat-zat tertentu.
Antioksidan dapat meningkatkan kadar hormon bagi berat badan yang merosot akibat tubuh menjadi seumpama tanah yang tidak dibaja dan ini amat mempengaruhi bahagian reproduktif lelaki dan wanita. Atau berat badan yang meningkat secara keterlaluan bagi wanita selepas bersalin kerana kadar hormon kesuburan begitu teruja ketika ibu-ibu mengambil makanan yang berlebihan semasa mengandungkan bayi mereka.

Kaum ibu amat ditekankan mengambil makanan yang terlalu banyak zat secara berlebihan namun akhirnya sisa-sisa makanan memberi kesan toksik yang menghodohkan beberapa bahagian tubuh.

Cara penggunaan:
1. Ambil beberapa titik dan letakkan pada lidah sebelum dan selepas makan. Boleh juga dimasukkan beberapa titik ke dalam air sejuk.
2. Boleh dijadikan amalan 3 hingga 5 kali sehari untuk menjaga berat badan dan merawat sistem penghadaman.
Antioksidan dan sistem penghadaman amat berkait rapat di antara satu sama lain. Sesuai dengan pepatah ‘perut adalah tempat tersembunyi’ yang boleh mewujudkan berbagai jenis penyakit.

[gambar Attitude Antioxidant]
Gelombang Elektron

Frekuensi potensi rakaman energi gelombang elektron sebenarnya akan memberi kepantasan kepada seluruh sistem tubuh kita yang bekerja melalui aliran darah.

Rakaman tenaga dalam kelajuan gelombang terpantas ini tidak akan memberi ruang masa kepada segala jenis bakteria untuk menjadi lebih pantas daripadanya.

Teori ini amat meyakinkan kerana bakteria tidak mampu memintas, menceroboh atau melakukan sebarang keganasan di dalam sel-sel darah kita.

Rakaman gelombang dalam frekuensi elektron ini akan membina keimunan yang paling semula jadi malah akan menjadi penentang kepada virus-virus yang luar biasa daripada keturunan streps yang berbahaya. Tambahan pula generasi akan datang mempunyai sistem keimunan yang sangat rapuh sehingga ubatan antibiotik tidak lagi berkesan malah dengan mudah ditentang oleh bakteria.

Kuman-kuman pada hari ini semakin digeruni seperti virus ‘SARS’ yang menyaksikan satu kemunculan mikroorganisma (‘SUPER KUMAN’) yang luar biasa berbisa dan ganas.
Frekuensi elektron dengan kepantasan masa melalui kaedah rakaman gelombang bunyi akan menggetarkan ubat-ubat lebih aktif untuk menentang ‘Super Kuman’.

Makrofaj (sel di antara tisu-tisu) yang aktif dapat dipercepatkan pergerakannya melalui kelajuan yang lebih tinggi menerusi teknologi ini.

Dengan teknologi ini pasukan sel-sel T akan melalui proses kenalpastian diri sendiri dengan pantas dan tiada satu pencerobohan yang dapat berlaku kerana tiada lagi peruntukan masa untuknya mencuba sesuatu di luar kawalannya.

Diet yang buruk seperti mengambil terlalu banyak makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi hanya akan menyebabkan sel-sel semakin tidak dapat mengawal diri sendiri.

Pengambilan alkohol (arak, wain) sebenarnya telah dikenalpasti sebagai satu tabiat yang buruk kerana ia merupakan minuman yang terlalu banyak kandungan jisim iaitu lebih daripada 1500 jenis.

Jisim-jisim di dalam alkohol ini sebenarnya bertindak sebagai penindas imun dan merangsang radikal bebas yang jahat dan sentiasa menunggu kehadiran jisim-jisim berat ini.

Aromatherapy Seri Wangi dan Attitude Antioksidan

Jika Seri Wangi bertindak merawat kerohanian (masa) seseorang, maka Attitude Antioksidan bertindak merawat jasmaniah (jisim/fizikal) seseorang.

Gabungan 4 jenis minyak esensial herba seperti Minyak Zaitun, Bunga Cengkih, Kayu Manis dan Thyme amat sesuai kepada diet antioksidan masyarakat Asia. Antioksidan dalam bentuk cecair ini dirakam dengan teknologi elektron dapat menentang radikal bebas yang menguasai bahagian usus dan menghalang usus membersihkan lebihan gas dan asid yang bersifat toksid malah akhirnya membentuk radikal bebas yang merbahaya.

Tidak perlu berpantang

Mungkin anda telah membaca post dalam blog ini bertajuk Petua Pengambilan Pemakanan (sila klik untuk membaca post tersebut). Tentu anda susah hati melihat senarai terlalu banyak makanan yang tidak boleh dimakan itu sebenarnya secara sengaja atau tidak, anda memakannya hampir setiap hari.

Tetapi dengan formula Attitude Antioksidan, anda tidak perlu berpantang lagi.

Namun harus diingat, janganlah anda sengaja mengambil dengan banyak makanan kegemaran yang telah diketahui memudaratkan.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

6 ulasan:

titian blog serumpun berkata...

Dari artikel Aromatherapy Seri Wajah dan Seri Wajah Antioksidan ni kesimpulan unik saya (sedikit sahaja"jika tak tepat maaf"'Aromatherapy Seri Wajah dan Seri Wajah Antioksidan mencantikkan seri dalaman Mencantikkan luaran Membantu menjadikan kulit lebih lembut dan cantik'Membantu meningkatkan dan menyerlahkan daya penarik 'Membantu organ & diri agar nampak lebih muda dari usia sebenar secara semulajadi..
KESIHATAN ALAMI*****Memulihkan Aura Negatif Kepada Positif*****tunggu nanti dulu...JIKA ADA KAUM HAWA NI BOLEH TAMBAH ATAU ADA PENGALAMAN DENGAN RAWATAN INI,KELUARKAN PENGALAMAN DI RUANG KOMEN NI,

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Subhanallah, tepat sekali, malah lebih daripada itu. Nampaknya saudara titian blog serumpun amat memahami penerangan yang diberikan.

Saya tidak sempat menyenarikan penerangan yang lebih lanjut, formula ini juga adalah rawatan kecemasan untuk masalah keracunan bayi dalam kandungan. Malah banyak lagi keupayaan formula ini terhadap wanita, terutama masalah berkaitan dengan kandungan, masalah kejantinaan dominan (anak lelaki atau anak perempuan ramai) atau masalah sukar mendapat anak. Cuma memandangkan ini adalah formula baru, secara praktikalnya belum ada testimoni, maka saya belum sedia menulisnya.

titian blog serumpun berkata...

Alhamdulillah Tn Dr,selepas saya baca dan mengupas artikel artikel Tn Dr,memang menyeronokkan,,sebenarnya dari blog Tn Dr saya mendapat banyak inspirasi dan idea yang dalam mengendalikan beberapa weblog dan berhadapan dengan klien saya,tambahan pula gaya bahasa yang Tn Dr guna dalam penulisan artikel artikel ni mengandung pemaknaan dan melahirkan kebijakan baru bagi saya pribadi'malah saya terfikir bahawa Blog rawatankesihatan ini suatu saat akan di terbitkan menjadi sebuah buku yang bernilai.

titian blog serumpun berkata...

Laa ''lupa pulak,,saya terbaca komen saudari baby-syahiran di sinitentang produk formula seriwajah antioksidan ni di hasilkan dari makmal CVT,"HEBAT,,Tahniah ...dan seperti maklumat tambahan dari Dr,jika formula ni boleh merawat masalah kepada yang belum mendaptkan zuriat,itu satu berita baik yang boleh saya syorkan pada beberapa rakan yang belum ada rezki nak menimang cahyamata ni,insyallah saya tunggu tulisan lanjut dari Tn Dr, mengenai formula ni.

babylito berkata...

"Bagi yang terlalu kurus pula adalah tidak digalakkan kerana ia tidak membantu untuk membentuk otot malah akan semakin kurus."
Namun formula antioksidan dikatakan dapat meningkatkan selera makan. Bagaimana peningkatan selera makan boleh menyebabkan kekurusan dan bagaimana pula dengan orang yang gempal apabila mengambil formula ini?
Formula antioksidan ini bertindak tahap dasar dan forumla Ser wajah pula bertindak tahap luaran. Bagaimanakah cara terbaik penggunaannya jika kita ingin mengabungkan kedua-dua formula tersebut?
Adakah formula antioksidan ini juga boleh diambil oleh anak kecil memandangkan kanak-kanak adalah sangat aktif atau adakah pengambilannya akan menyebabkan berat anak tidak meningkat. Saya bertanya kerana anak selalu mengikut apa yang ibu atau bapanya makan.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Semua formula CVT sesuai dimakan oleh semua lapisan peringkat umur termasuk bayi dan ibu sedang mengandung.

Formula Antioksidan digunakan untuk peringkat dasar atau membantu di peringkat pemakanan atau bahagian fizikal dan mental. Fomula Seri Wajah membantu di bahagian kederiaan (peringkat spiritual) dan emosi.

Peningkatan selera makan bukan bermaksud peningkatan berat badan. Setiap yang kita makan akan bertukar menjadi tenaga. Tenaga yang akan terjadi adalah bergantung kepada niat seseorang.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)