SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 21 Disember 2007

Zon Kebijaksanaan

Kebijaksanaan boleh ditolokbandingkan. Setiap bahagian otak mengawal deria yang berbeza. Oleh itu, untuk mengenal dan merawat sesuatu bahagian otak, ia boleh diketahui daripada bahagian deria. Cuba perhatikan sama ada anda memiliki kesemua kebijaksanaan ini atau beberapa sahaja. Jika sesuatu deria itu lemah, maka terdapat kelemahan untuk sesuatu zon kebijaksanaan.

Mengkaji kebijaksanaan adalah langkah untuk menyelesaikan masalah karektor dan pencapaian dalam taraf hidup dan akademik terutama bagi kalangan kanak-kanak. Kajian ini juga akan membantu merawat beberapa symptom yang berkaitan perkembangan minda kanak-kanak seperti ADHD, ADD, Disleksia, Autism, Impulsiviti, Merajuk, Meradang Berlebihan, Menangis Berlebihan, Kemurungan dan sebagainya. Gangguan minda kanak-kanak atau biasanya disebut kanak-kanak bermasalah sebenarnya cuma disebabkan oleh kelemahan yang berlaku di sekitar kawasan otak dan berpotensi dirawat, selagi ia tidak spestik (kecederaan tisu atau kecacatan kekal).

Kebijaksanaan Nuturalis (Bijak alamiah atau bijak persekitaran)

Deria: Hidung (Zon 1)
Deria Hidung
Kebijaksanaan nuturalis melibatkan pengetahuan yang sepenuhnya terhadap apa yang berlaku melalui pertembungan dengan alam semula jadi termasuk pengiktirafan, penghargaan dan pemahaman terhadap alam sekitar. Ia melibatkan kemampuan, kearifan atau kepakaran pada species, perhubungan dengan alam semula jadi dan segala fenomenanya dan kebolehan dalam mengenalpasti dan mengklasifikasi pelbagai flora dan fauna.

Jika anda mempunyai kebijaksanaan jenis ini bermakna anda memiliki kecintaan yang amat mendalam terhadap haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hampir kesemua benda-benda semula jadi. Kemungkinan anda tertawan oleh perkara-perkara seperti perubahan cuaca, perubahan warna daun-daun yang berguguran daripada pepohonan, bunyi-bunyian daripada bayu yang bertiup, kehangatan mentari atau serangga di dalam rumah anda. Ketika dari usia muda lagi anda suka mengumpul benda-benda semulajadi seperti kumbang, batu, daun-daun, cengkerang laut, dahan-dahan dan sebagainya untuk koleksi. Boleh jadi anda membawa pulang ke rumah pelbagai haiwan yang hilang atau sesat di jalanan atau mungkin juga anda mempunyai beberapa haiwan peliharaan lain. Anda mempunyai hubungan yang rapat dan amat menghormati segala kehidupan.

Kebijaksanaan Visual Ruang (Bijak seni atau bijak gambar)

Deria: Mata (Zon 2)
Deria Mata
Kita sering mendengar bahawa “satu kali melihat lebih baik daripada seribu kali mendengar” atau melihat adalah mempercayai. Kebijaksanaan ini menunjukkan bahawa anda memperolehi pengetahuan yang terjadi melalui bentuk, imej, corak, rekabentuk dan tekstur yang anda lihat dengan mata. Namun begitu ia juga termasuk setiap bentuk imej yang anda bayangkan di dalam minda anda.

Jika anda memiliki kebijaksanaan ini, bermakna anda lebih cenderung berfikir dalam bentuk imej dan gambar. Kemungkinan besar anda sangat sensitive terhadap objek, bentuk, warna, tekstur dan corak di persekitaran anda. Anda mungkin suka melukis, mewarna dan minat merekabentuk dan mencorak, membina sesuatu dengan menggunakan kertas dan fabric. Kebanyakan orang yang mempunyai kepekaan deria mata amat meminati aktiviti mencantum “jigsaw puzzle”, membaca peta dan mencari jalan-jalan di tempat-tempat baru. Mungkin anda mempunyai pandangan yang tepat terhadap percampuran warna-warna yang baik, tekstur yang menarik dan bagaimana caranya menghiasi bilik atau ruang tamu. Anda juga sangat baik dalam melakukan kerja-kerja yang memerlukan daya melihat di dalam minda seperti visualisasi, imaginasi, berpura-pura dan membentuk imej dalam minda.

Kebijaksanaan Muzik – Irama (Bijak muzik atau bijak bunyi)

Deria: Telinga (Zon 3)
Deria Telinga
Pengetahuan daripada jenis ini diperolehi melalui getaran dan bunyi-bunyian. Walaupun kebijaksanaan ini dinamakan sebagai kebijaksanaan muzik – irama, namun ia tidaklah terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan muzik dan rentak / irama, tetapi ia juga adalah berkait rapat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan getaran-getaran pendengaran. Ini disebabkan ia bersangkutan dengan setiap bunyi, tone, rentak dan corak getaran serta muzik.

Jika anda mempunyai kebijaksanaan jenis ini, kemungkinan besar anda sangat meminati muzik dan rentak-rentak irama. Mungkin anda sangat sensitive terhadap bunyi-bunyi yang terdapat pada alam sekitar seperti kicauan burung atau bunyi titisan hujan di atap rumah. Mungkin anda lebih selesa bekerja dengan berlatar belakangkan bunyi-bunyian muzik. Anda sering boleh mengeluarkan semula melodi atau rentak irama setelah anda mendengarnya sekali sahaja. Terdapat pelbagai bunyi, tone dan rentak yang boleh memberikan kesan terhadap anda seperti perubahan ekspresi wajah, pergerakan badan atau tindak balas emosi. Barangkali anda suka mencipta lagu dan suka mendengar pelbagai rentak muzik. Boleh jadi anda mempunyi kebolehan meniru bunyi-bunyian, loghat bahasa atau lain-lain bentuk percakapan dan anda mungkin juga boleh mengecam pelbagai jenis instrument muzik dalam satu-satu komposisi.

Kebijaksanaan Verbal-Linguistik (Bijak perkataan atau bijak buku)

Deria: Bulu Roma (Zon 4)
Deria Bulu Roma
Kebijaksanaan Verbal – Linguistik kadangkala disebut sebagai bijak buku atau bijak perkataan. Kebijaksanaan ini melibatkan pengetahuan yang datang melalui bahasa, melalui pembacaan, penulisan dan pertuturan. Ia melibatkan pemahaman susunan dan maksud perkataan sama ada melalui percakapan atau penulisan dan bagaimana menggunakan bahasa secara betul. Ia juga melibatkan pemahaman nuance (perbezaan yang halus) sosiobudaya pada satu-satu bahasa termasuk peribahasa, permainan perkataan dan humor yang berasaskan bahasa.

Jika anda mempunyai deria bulu roma yang dominant, bermakna anda memiliki kemahiran membaca, bertutur dan menulis yang tinggi dan anda juga lebih cenderung berfikir dalam perkataan. Boleh jadi anda meminati pelbagai jenis bahan bacaan, bermain permainan perkataan, mencipta puisi atau sajak dan cerita, melibatkan diri dengan perbincangan bersama orang ramai, perbahasan, pertuturan rasmi, penulisan kreatif dan berjenaka. Anda mungkin mudah mengekspresi diri anda dan naik radang padahal orang lain tidak. Anda suka mempelajari perkataan baru, anda melakukan penulisan tugasan dengan baik dan pemahaman anda dalam segala pembacaan anda adalah sangat tinggi.

Kebijaksanaan Intrapersonal (Bijak diri atau bijak penelitian)

Deria: Kulit (Zon 5)
Deria Kulit
Inti kebijaksanaan ini adalah kebolehan merenung diri kemanusiaan anda sendiri di mana anda boleh melangkah keluar daripada diri anda sendiri dan berfikir tentang kehidupan anda sendiri. Ini adalah kebijaksanaan penelitian. Ia melibatkan kecenderungan kemanusiaan yang mahu mengetahui maksud, tujuan dan kepentingan / signifikasi sesuatu perkara. Ia melibatkan kesedaran anda terhadap dunia dalaman pada diri, emosi, nilai, kepercayaan dan pelbagai pencarian hakikat kerohanian.

Jika anda mempunyai kebijaksanaan ini, boleh jadi anda suka melakukan kerja-kerja secara sendirian dan kadangkala anda malu pada orang lain. Anda mungkin suka memikirkan tentang diri sendiri dan kesedaran diri dengan demikian anda cenderung berada di dalam perasaan, nilai, kepercayaan diri dan proses berfikir. Anda adalah pembawa kebijaksanaan kreati dan celik akal, daya intuisi anda sangat tinggi, dan anda adalah termotivasi secara dalaman bukan luaran. Keinginan anda, keyakinan diri tinggi dan mempunyai pandangan atau pendapat yang baik dan jelas di dalam hampir setiap isu atau perkara. Orang lain sering berjumpa anda untk mendapatkan nasihat serta pandangan.

Kebijaksanaan Interpersonal (Bijak beramai-ramai atau bijak berkumpulan)

Deria : Suara (Zon 6)
Suara
Kebijaksanaan ini adalah daripada individu ke individu. Pengetahuan diperolehi ketika bekerjasama dengan orang lain, seringkali menjadi sebahagian daripada perkumpulan. Pengetahuan cara ini juga memerlukan segala kemahiran sosial untuk hubungan dan komunikasi berkesan antara individu ke individu yang lain.

Jika anda mempunyai kebijaksanaan ini, bermakna anda belajar melalui interaksi personal. Barangkali anda mempunyai ramai kawan atau kenalan, mempunyai empati terhadap orang lain dan mempunyai pemahaman yang dalam terhadap pandangan orang lain. Anda mungkin menyukai segala jenis aktiviti berkumpulan dan anda adalah ahli kumpulan yang baik seperti suka melakukan sesuatu kerja bersama-sama dan sebagainya. Anda sensitif terhadap perasaan dan idea orang lain dan pandai membawa idea anda dan pemikiran orang lain. Anda pandai ‘memancing’ orang lain dalam perbincangan Anda juga mahir menjadi pengantara dalam sesuatu konflik dan mencari jalan tengah ketika orang lain sedang mengalami pertentangan antara satu sama lain.

Kebijaksanaan Logik – Matematik (Bijak nombor atau bijak logik)

Deria : Lidah (Zon 7)
Deria Lidah
Kebijaksanaan menggunakan nombor, metematik dan logik dalam mencari dan memahami pelbagai corak atau perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti corak pemikiran, corak nombor, corak visual, corak warna dan seterusnya. Ia bermula dengan corak dalam dunia sebenar tetapi semakin meningkat ke tahap yang lebih abstrak apabila kita cuba memahami hubungan dalam setiap corak yang anda lihat.

Jika anda mempunyai deria ini, bermakna anda lebih cenderung berfikir secara konsep dan secara abstrak dan sering mampu melihat corak dan hubungan yang mana orang lain tidak dapat melihatnya. Boleh jadi anda suka melakukan eksperimen, menyelesaikan masalah menanyakan soalan-soalan yang berkenaan dengan alam semesta, menganalisa peristiwa atau keadaan dan sikap-sikap manusia. Mungkin anda suka melakukan aktiviti menggunakan nombor, formula dan operasi matematik dan anda sangat minat dalam menyelesaikan masalah-masalah kompleks yang mencabar. Boleh jadi anda adalah seorang yang sistematik dan tersusun dan kemungkinan juga anda mempunyai pemikiran yang logik dan rasional atau hujah atau alasan atas setiap apa yang anda lakukan atau fikirkan pada setiap masa.

Kebijaksanaan Fizikal – Kinestetik (bijak fizikal atau bijak pergerakan)

Deria : Fizikal (zon 8)
Pergerakan Fizikal

Seringkali kita perkatakan tentang ‘belajar dengan melakukannya’. Pengetahuan diperolehi daripada pergerakan fizikal dan juga pergerakan fizikal tubuh yang tidak semestinya diketahui oleh minda sedar dan pemikiran logic seperti bagaimana mengayuh basikal, bagaimana meletakkan kereta secara betul, menari, menangkap objek yang dibalingkan, mengekalkan keseimbangan ketika berjalan dan menekan kekunci computer.

Jika anda mempunyai kekuatan di dalam kebijaksanaan ini, bermakna anda lebih cenderung mempunyai kesedaran deria tubuh yang tinggi. Anda meminati pergerakan fizikal, menari, melakukan dan mencipta sesuatu dengan tangan anda dan juga bermain peranan. Boleh jadi anda sangat baik dalam komunikasi bahasa isyarat tubuh. Selalunya anda akan melakukan sesuatu kerja dengan baik setelah anda melihat orang lain melakukannya dahulu. Kemudian anda menirunya semula. Kemungkinan anda meminati aktiviti-aktiviti fizikal, anda suka tunjukkan bagaimana untuk melakukan sesuatu terhadap orang lain. Anda tidak selesa duduk tetap pada satu-satu tempat dalam masa yang lama dan mudah merasa bosan dan bingung jika anda tidak terlibat secara aktif dalam setiap apa yang berlaku di sekeliling anda.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

5 ulasan:

titian blog serumpun berkata...

wahhh..ini satu pendedahan menarik yang membawa pendekatan pembangunan diri yang menyeluruh merangkumi aspek spiritual, emosi,akal dan fizikal.'artikel ini satu formula yang istimewa untuk mengenali siapa diri kita meliputi kebijaksanaan spritual dan emosional dalam perspektif mengenal kepribadian individu serta potensi yang kita miliki,sebagai usaha untuk membina kecemerlangan dalam pelbagai aspek,saya fikir ia adalah pendekatan warna diri, "SALAM IDIL ADHA

Brother Lans berkata...

Aslkum Doc,Salam Aidil Adha. Nice article you have here.Wsalam.

Arina berkata...

Artikel yang baik di mana mengabungkan kebijaksanaan dengan keupayaan deria, bermakna tahap kesensitifan deria meransang minda. berbeza dengan Berbeza dengan 8 kecerdasan minda oleh Edward D Bono. Edward D Bono hanya menceritakan tentang 8 kecerdasan tetapi tidak mengaitkan dengan deria, namun ianya lebih kurang sama. Eaward juga menceritakan tentang lingguistik, musik, artistik, kenetik dll.

Baby_syahiran berkata...

Maklumat ini sangat berguna terutama kepada tenaga pengajar dan pelajar sendiri, seperti dalam Nuero Lingustic Programme (NLP) yang menekankan cara pembelajaran berbeza bagi setiap individu, cuma dalam NLP 3 aspek shj yg ditekankan iaitu Visual-Penglihatan, Auditory-pendengaran dan Kinesthetic-pergerakan. Di dalam satu kelas, kebolehan pelajar tidak sama, ada yg cenderung mendengar, ada yg akan lebih memahami sesuatu subjek melalui pembacaan, atau melakukan sesuatu secara praktikal. Cabaran kpd tenaga pengajar, yg penting mereka memahami kebolehan individu dan memberi kefahaman kpd pelajar kebolehan diri dan menggunakan sepenuhnya potensi diri yg ada pd mereka. Berdasarkan pemerhatian saya, ramai pelajar yg tidak dpt menentukan hala tuju dan matlamat mereka, mrk perlu diberi pendedahan terutama kebolehan yg sedia ada yg tlh dikurniakan, cuma perlu digunakan, rugi sekiranya mrk tidak dpt menilai apa yg ada pd mrk.

babylito berkata...

Pertama kali membaca artikel yang menyentuh tentang kebijaksanaan. Selalu terfikir tentang karektor anak. Saya selalu beranggapan yang karektor adalah sesuatu yang diperturunkan secara genetik dan tidak dapat diubah. Contohnya jika kita adalah pemarah maka anak kita juga membawa sikap pemarah itu. Sifat-sifat negatif pada anak yang bermasalah ditakrifkan sebagai kelemahan pada kawasan sekitar otak dan "boleh dirawat" adalah satu berita yang amat menggembirakan. Kita sebagai ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak kita. Membaca tentang zon kebijaksanaan barulah diketahui perkaitan deria dengan kelebihan atau "gifted" seseorang. Seringkali terfikir bagaimana adik "Adeputra" begitu bijak dalam matematik dalam usia yang masih muda. Begitu juga kemerduan suara Siti Nurhaliza. Dapatlah dirumuskan bahawa setiap seorang ada kelebihannya dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Membaca zon kebijaksanaan kita sebagai ibu bapa boleh mengasuh anak-anak mengikut kecenderungannya. Kanak-kanak pasti akan memperlihatkan kecenderungan dan minatnya sejak dari awal dan kita sebagai ibu bapa haruslah peka dengan minat dan kelebihan anak-anak kita kerana akhlak yang baik selalunya bermula dari rumah. Didikan yang baik dan berkualiti akan menghasilkan generasi yang sihat jasmani dan rohani.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)