SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 7 Disember 2007

Mudarat Irradiation Sterilised

Sebarang jenis bakteria atau virus serta kulat pasti akan musnah sepenuhnya apabila terdedah dengan pancaran radioaktif. Setakat ini belum ada mana-mana mikroorganisma yang boleh immune atau kebal dengan penguraian sinaran gamma radioaktif. Fakta dan kenyataan ini telah menjadikan steril radioaktif (Irradiation Sterilised) merupakan satu-satunya kaedah pensterilan radioaktif yang terbaik dalam dunia allopathic medicine (rawatan alopati di hospital) dan juga industri pembungkusan makanan.

Miasma
Kumpulan beberapa jenis bakteria atau virus yang berekosistem di sesuatu kawasan organ pada tubuh badan dipanggil miasma. Tidak ada satu kejadian yang sia-sia. Kombinasi bakteria atau miasma yang betul akan memberikan manfaat di sesuatu tisu sel tempat atau habitat miasma tersebut.

Miasma terdapat di mana-mana sahaja di sekeliling kita. Setiap hari kita memperolehi miasma melalui pemakanan dan sentuhan di sesuatu permukaan. Kehadiran miasma di sesuatu tisu sel akan membantu membentuk sebuah ekosistem daripada simbiosis antara sel dan miasma. Tanpa kehadiran miasma yang mencukupi atau yang bersesuaian, sesuatu sel tidak seimbang, mudah rosak atau mati. Kepentingan peranan miasma menjadikan teori pensterilan tidak boleh diterima.

Pensterilan Radioaktif Makanan
Pensterilan Radioaktif paling banyak digunakan dalam industri pemakanan (Food Irradiation Sterilised). Logam yang digunakan untuk mengetin makanan akan disterilkan dengan sinaran gamma radioaktif. Kesan radioaktif yang telah dipancarkan ke atas logam akan mengambil masa puluhan tahun untuk menjadi neutral dengan sendiri. Ketika itu, tidak akan ada sebarang bakteria, virus atau kulat yang akan membiak atau hidup di dalam tin tersebut.

Kesan pensterilan terhadap tin tersebut akan menjadikan makan di dalamnya amat reput pada tahap yang amat rapuh. Tulang ikan sardin yang sepatutnya liat dan kukuh menjadi sangat rapuh. Laici atau buah dalam tin juga menjadi sangat reput dan rapuh berbanding dengan laici yang segar. Kini selain sardin dan buah, terdapat bermacam-macam lagi makanan yang lain ditinkan dalam tin yang telah disterilkan dengan sinaran radioaktif. Mungkin hampir sebahagian besar kita setiap hari minum minuman bercampur susu krim yang ditinkan.

Pensterilan Radioaktif Peralatan Pembedahan
Semua peralatan pembedahan sama ada yang baru digunakan atau yang digunakan semula akan disterilkan dengan kaedah radioaktif. Memandangkan hampir semua peralatan pembedahan menggunakan logam, maka kesan radioaktif akan kekal di atas logam tersebut dalam tempoh yang lama.

Peralatan Pembedahan

Pesakit yang menjalani pembedahan, selain mengalami masalah kerosakan saraf akibat luka dan kehilangan sel darah akibat pertumpahan darah, turut mengalami masalah kematian sel-sel dorman di kawasan pembedahan serta kesan pencemaran radioaktif di kawasan tersebut.

Pensterilan Radioaktif Debu Tayamum
Sesuatu kotoran, pencemaran dan najis akan menyebabkan kehadiran sesuatu bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Kehadiran miasma akan mengawal dan meneutralkan populasi bakteria berbahaya.

Berwuduk dengan air ialah rahsia pembersihan daripada sebarang kotoran dan memotong gelombang-gelombang radioaktif yang terperangkap di permukaan bahagian organ yang terdedah. Berwujuk dengan niat (sahaya aku mengangkat hadas kecil KERANA ALLAH TAALA) ialah rahsia penghantaran gelombang elektromagnetik yang amat hening dan mempertenagakan (vibrationer) air wuduk tersebut. Oleh itu, segala bakteria berbahaya akan dibersihkan selain juga membersihkan gelombang elektromagnetik tubuh (biasa disebut aura).

Tayammum semulajadi
Tanpa kehadiran air, konsep yang sama matlamatnya seperti penggunaan air ialah Tayamum. Rahsia dan Hikmah terbesar melakukan tayamum dari segi saintifik ialah supaya bahagian yang disapu dengan debu itu nanti akan menerima kehadiran miasma yang amat bermanfaat untuk kesihatan dan kebersihan tubuh.
Zaman serba moden, hampir semuanya boleh dikormersialkan bagi tujuan kemudahan. Debu tayamum yang dikomersialkan terpaksa melalui prosedur pensterilan radioaktif untuk menyahkan sebarang mikroorgaisma di dalam debu tersebut. Akibatnya tidak akan wujud sebarang miasma di dalam debu komersial seperti yang boleh diperolehi secara semulajadi. Tetapi yang lebih bahaya ialah kesan pensterialan radioaktif akan meninggalkan kesan radioaktif gelombang jarak jauh (sinaran gelombang gamma) yang amat memudaratkan sel-sel dorman tubuh manusia.
Debu Tayammum di pasaran

Pensterilan Radioaktif Lumpur
Terdapat juga virus yang tidak boleh dimusnahkan dengan mudah. Virus ini masih tidak boleh mati walaupun dididihkan pada suhu 100 darjah celcius dalam tempoh 30 minit. Malah tidak menunjukkan sebarang kesan walaupun direndam dalam antibiotic selama 30 minit.

Untuk mengatasi masalah ini, virus ini hanya boleh dikambus atau dialirkan daripada tubuh. Virus yang menyebabkan penyakit adalah bercaj positif. Oleh itu, bahan yang boleh menyerap dan seterusnya mampu mengalirkan virus ini ialah dari jenis mineral ringan (kerana mineral ringan bercaj negatif). Mineral ringan hanya boleh diperolehi daripada lumpur sahaja. Sifat lumpur yang mengandungi mineral ringan adalah neutral dan rasanya masin atau merupakan sejenis garam.

Dalam pancaran sinar radioaktif, bakteria akan kelihatan berwarna putih atau silver
Setiap amalan atau perbuatan akan mendatangkan keseimbangan terhadapnya. Sesuatu dosa yang dilakukan akan mengakibatkan wujud satu virus yang baru dan amat sukar dirawat jika ia menyebabkan penyakit. Untuk merawat virus ini hanya taubat yang boleh mengalirkan air mata yang masin sahaja yang mampu mengalirkan virus ini keluar bersama-sama dengan air mata tersebut. Umat nabi Luth telah menghasilkan sejenis virus yang berbahaya dan boleh memusnahkan kemandiran atau memupuskan spesis manusia. Oleh itu, sebagai keseimbangan, garam dari dasar bumi timbul dan menenggelamkan kaum tersebut supaya virus tersebut terpendam dan tidak aktif.

Seseorang yang mengalami masalah sakit gigi atau gusi, boleh mengalirkan bakteria yang menjangkiti kawasan tersebut keluar bersama sama air garam yang dikumurkan.

Haiwan tertentu seperti anjing dan khinzir serta bahagian-bahagian daripadanya termasuk najisnya (najis berat / mughallazah) mempunyai gelombang elektromagnetik yang amat panas dan infra red tinggi. Gelombang ini akan mengundang kehadiran banyak virus dan bakteria. Dalam tulang khinzir, terdapat hampir kesemua jenis virus yang ada di seluruh muka bumi. Apabila kita tersentuh dengan bahagian atau najis haiwan ini (samak), kita diwajibkan untuk menyucikannya (menyamak) dengan 1 per 7 bahagian air lumpur. Dari segi saintifik, air lumpur akan mengalirkan bakteria atau virus berbahaya daripada kawasan tubuh badan yang tersentuh.


Apabila lumpur dikomersialkan, ia terpaksa melalui prosedur pensterilan radioaktif yang akan menukar mineral ringan menjadi berat. Mineral berat tidak mampu menarik dan mengalirkan virus ini keluar. Akhirnya produk ini tidak berfungsi mengikut konsep matlamatnya seperti keadaan semulajadi.

Kesan Mudarat Pensterilan
Secara asasnya setiap sekali seseorang mengambil makanan dalam tin, banyak sel dorman akan mati.

Mereka yang mengamalkan dengan kerap pengambilan makanan dalam tin berisiko mendapat penyakit berkaitan tulang dan saraf seperti arthritis, osteoporosis, parkinson, leukemia, meningitis dan sebagainya. Selain itu, kemungkinan akan berlaku masalah gangguan hormon terutama kelenjar pituitary dan kelenjar-kelenjar yang lain seperti masalah prostat.

Bagi mereka yang telah sedia ada mengidap penyakit berkaitan tulang terutama sakit tulang belakang, ketika itu kesan kesakitan akan terasa.

Debu tayamum dan lumpur bersuci yang dikomersialkan setalah melalui proses pensterilan radioaktif sudah kehilangan konsep penyucian dari sudut saintifik.

Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan Aromatherapy Seri Wangi yang akan memotong dan menstabilkan kesan mudarat steril radioaktif.



Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

8 ulasan:

Elmy berkata...

Bila sebut aje tentang kesan radiasi radioaktif ini. Hampir semua hal yang berhubungan dengan radioaktif membangkitkan rasa takut dan ngeri. Ketakutan ini timbul karena masih kuatnya kesan negatif masyarakat kita terhadap kata ”radiasi” dan kesan radioaktif ini. Pendek kata, apa pun bentuknya, jika sudah berurusan dengan radioaktif sama ada secara sengaja atau tidak, harus dihindari kerana dianggap berbahaya. Namun pada saya, jika mengikut hukum keseimbangan ada baik dan buruknya penggunaan radioaktif dalam kehidupan manusia. Tidak semua kesan radiasi radioaktif berbahaya. Bahkan, baik disedari atau tidak, dalam kehidupan sehari-hari kita selalu mendapatkan paparan radiasi radioaktif dari berbagai sudut. Di mana pun kita tidak boleh mengelak daripada terkena radiasi radioaktif.
Apa yang saya tahu Dr. Bila sebut sahaja tentang radioaktif. Unsur ini memang sudah ada di alam ini., yakni sifat dari suatu zat yang dapat memancarkan sinar radiasi kerana kondisi zat tersebut tidak stabil. Melalui bacaan saya tentang kesan radioaktif, secara amnya dalam tulang kita terdapat unsur radioaktif, yakni polonium dan radium. Otot-otot kita mengandung unsur karbon dan kalium radioaktif. Sementara itu, dalam paru-paru kita juga terdapat gas radioaktif dan tritium. Zat-zat ini dan banyak zat lainnya secara terus-menerus memancarkan radiasi dan menyinari tubuh kita dari dalam. Kita juga terkena radiasi dari dalam melalui semua zat radioaktif alam dan buatan yang berasal dari makanan atau minuman yang kita makan sehari-hari.
Setiap waktu kita juga terkena radiasi dari bumi dan angkasa. Meski jarang terjadi, kita menerima radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh atmosfera melalui ledakan-ledakan nuklear. Yang lebih mengejutkan, rumah kita mungkin juga menjadi “gudang” dari sejumlah bahan-bahan yang mengandung zat radioaktif yang kita bawa ke dalam rumah. Zat tersebut sebagian besar menempel pada tubuh kita atau banyak berhubungan dengan aktiviti kita sehari-hari. Disebabkan kurang pengetahuan tentang kandungannya, maka kita tidak sedar akan kehadiran radioaktif disekeliling kita.
Dalam bidang kesihatan, radiasi radioaktif menjadi penyelamat. Kadang-kadang kita menjalani pemeriksaan dengan sinar-X. Doktor mungkin menggunakan sinar X dalam proses rawatan dan mengesan penyakit. Contohnya penyakit kanser juga menggunakan sinar radioaktif untuk mematikan sel barah.
Pada saya tidak semua radiasi radioaktif berbahaya. Namun jika, hukum keseimbangannya sudah tidak menentu, dan kehadirannya melangkaui batas-batas hadnya, memang benar radiasi radioaktif dapat membunuh, dengan cepat atau secara perlahan dan yang penting sekali adalah bagaimana kita sebagai pengguna perlu mengawal dan berhati-hati terhadap radiasi radioaktif yang memudaratkan dan mengancam nyawa kita..

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Semua yang ada dalam alam ini sebenarnya telah ada dalam tubuh. Itulah sebabnya kita perlu menjaga keharmoniannya supaya tidak terkeluar sesuatu yang tidak diingi seperti penyakit.

Radiasi ialah istilah merujuk satu gelombang yang tidak stabil. Apabila ia stabil, ia tidak beradiasi dan selamat. Malah kehadirannya pada tahap dalam spektrum warna putih amat mempertenagakan tubuh.

Aplikasi radiology yang digunakan dalam kaedah rawatan allopati (rawatan di hospital) seperti skan, ultra sound, x-ray dan sebagainya adalah perkara yang akan memusnahkan sel-sel dorman. Mudaratnya melebihi manfaat. Oleh itu, Colour Vibration Therapy menolak menggunakan kaedah ini bagi tujuan mendiagnos penyakit. Sebenarnya banyak lagi kaedah lain untuk mendiagnos dalam keadaan yang selamat dan berkesan. Malah dalam sesetengah kes, diagnos dengan kaedah radiasi adalah tidak perlu kerana rawatan yang mujarab (insya Allah) telah ada dan dikenalpasti.

Menurut Feqh Aulawiyat (yang disusun oleh Prof Dr. Yusuff Qardawi), apabila mudarat melebih manfaat, sedangkan telah ada alternatif, maka ia jatuh kepada "tidak perlu".

Lezna hangat berkata...

Benarkah kaedah rawatan allopati di hospital' seperti SKAN, ULTRA SOUND, X-RAY dan sebagainya boleh memusnahkan sel-sel dorman"bagimana pula Kaedah Colour Vibration Theraphy ini mendiagnos penyakit,Dr. boleh bagi dua tiga jurus langkahnya,biar singkat sbab nak tahu... dengan sedikit uraian singkat dapat meningkatkan keyakinan pada rawatan CVT dalam mendignos penyakit dari mengelak kemusnahan sel-sel dorman kita..,"jika Colour Vibration Theraphy ini selamat dalam mendiagnos penyakit jelas pilihan akan jatuh pada rawatan CVT, untuk mendiagnos tahap tahap kesihatan kita,.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

CVT sememangnya tidak menerima radiology yang memancarkan sinaran radioaktif jarak jauh dan gelombang berfrequensi tinggi kerana kedua-dua jenis gelombang ini memudaratkan. Gelombang tubuh manusia cuma dalam lingkungan frequensi antara 20Hz he 20,000Hz sahaja, manakala sinaran seperti x-ray, CT scan, ultra sound adalah berada di luar julat frequensi manusia.

Kaedah rawatan CVT masih boleh mendiagnos dan mengenalpasti keadaan dalam tubuh manusia dengan kaedah yang jauh lebih cepat, selamat dan tepat - iaitu dengan menggunakan kaedah Applied
Kinedsiology atau AK

babylito berkata...

Petikan email berikut menceritakan mudarat makan ikan sardin. Seperti yang kita ketahui ikan sardin melalui Proses Pensterilan Radioaktif. Proses Pensterilan Radioaktif paling banyak digunakan dalam indusri pemakanan (Food Irradiation Sterilised). Logam yang digunakan untuk mengetin makanan akan disterilkan dengan sinaran gamma radioaktif. Kesan radioaktif yang telah dipancarkan ke atas logam akan mengambil masa puluhan tahun untuk menjadi neutral dengan sendiri. Ketika itu, tidak akan ada sebarang bakteria, virus atau kulat yang akan membiak atau hidup di dalam tin tersebut.

"Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.



Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.



Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya. "

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP telah membuat ujian makmal untuk menguji tahap keselamatan pengambilan ikan sardin terhadap kesihatan. Ujian kimia mendapati bahan tersebut berada di bawah tahap yang diluluskan. Maka tidak ada sebarang dakwaan yang boleh dilakukan (jika berasaskan kepada faktor kimia).

Sebenarnya CVT telah mengkaji sejauh mana kebenaran bahan kimia yang terdapat dalam tin sardin ini punca menyebabkan tulang ikan sardin ini lembut dan rapuh. Kerana kereputan tulang ikan sardin telah mencabuli ilmu CVT yang menyatakan bahawa tulang itu adalah struktur yang paling kuat di dunia.

Kajian dari sudut CVT mendapati tulang ikan sardin ini reput, lebih menjurus berpunca daripada kesan pensterilan radioaktif (Food Irradiation Sterilised).

Mungkin juga, faktor kimia sedikit sebanyak telah memburukkan lagi keadaan.

Baby_syahiran berkata...

Jika di Perkhidmatan Awam, jawatan Radiologist ditawarkan dgn gaji yg lumayan krn tugas tersebut berisiko tinggi, ttp masih ada ibubapa yg menghantar anak2 mengikuti jurusan tersebut, mungkinkah kurang pengetahuan? Jika dilihat dr satu sudut,CVT memandang negatif rawatan alopati ini,ttp tidakkah kita dpt menimbangkannya sendiri, bukankah bila kita ke hospital,kita dapat rasakan ketidakselesaan atau kita tidak mengendahkan
instinct tersebut. Jika kita mengkaji rawatan alternatif mungkin kita ada lebih banyak pilihan,sekarang boleh dikatakan setiap hari kita membaca suratkhabar orang meminta derma dari segi wang ringgit atau organ untuk meneruskan kehidupan disebabkan kepercayaan total terhadap rawatan alopati sedangkan mrk sendiri tahu tiada jaminan 100% mrk akan sembuh selepas itu. Pd pendapat sy, kesedaran utk bertanggungjawab terhadap kesihatan diri amat penting, bila kita dibedah sana sini, tidakkah kita merasa ketidaksempurnaan itu, dan bukankah kita akan dipersoal nanti.

Mengenai makanan dalam tin,mungkin kita tidak dapat mengelak makanan tersebut 100%,contohnya jika kita minum susu tin setiap hari, bermakna kesan tersebut tentu ada pd kita,mungkin cadanagan anti-oksidan Seri Wajah diambil utk menstabilkan semula apa yg sudah kita makan blh diterima.

Lezna hangat berkata...

Pensterilan Radioaktif paling banyak digunakan dalam indusri pemakanan (Food Irradiation Sterilised). Logam yang digunakan untuk mengetin makanan akan disterilkan dengan sinaran gamma radioaktif. Kesan radioaktif yang telah dipancarkan ke atas logam akan mengambil masa puluhan tahun untuk menjadi neutral dengan sendiri. Ketika itu, tidak akan ada sebarang bakteria, virus atau kulat yang akan membiak atau hidup di dalam tin tersebut***************betul tu,malah ada yang kata kalo makan sardin tu sama jak makan kimia buat reput usus...

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)