SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 11 Februari 2008

Keberkatan Makanan

Apabila kita makan, deria-deria di dalam kawasan mulut akan mengesan nutrient di dalam makanan tersebut dan otak akan menghantar isyarat kepada organ tertentu untuk memperosesnya menjadi sesuatu yang bermanfaat. Ilmu nutrient dan proses penghadaman serta perkara yang terhasil daripadanya adalah perkara yang masih lagi misteri dan amat saintifik sehingga para saintis mengeluarkan pelbagai teori mengenainya.

Sebelum melihat fenomena sebenar peristiwa makan, kita perlu fahami beberapa kajian mengenai deria gigi, prinsip keabadian tenaga makanan dan vibration nutrient.

Gigi Sebagai Deria

Setiap nutrient mempunyai vibration yang tertentu dan vibration nutrient ini hanya boleh dikesan oleh deria gigi. Gigi mempunyai ketumpatan saraf yang tinggi dan paling peka berbanding dengan deria-deria yang lain. Setiap satu batang gigi mempunyai fungsi dan kederiaan tertentu. Kehilangan atau kecederaan salah satu gigi-gigi ini akan menyebabkan seseorang hilang keupayaan untuk mengesan sesuatu nutrient.

Menyedari kewujudan terlalu banyak saraf yang padat di dalam gigi, kini doktor-doktor gigi di negara maju mengelakkan daripada mencabut gigi yang sakit sebaliknya cuba untuk membaikinya. Dalam rawatan Colour Vibration Therapy, gigi yang sakit dirawat dengan menggunakan formula NW7 atau jika gusi bernanah ia akan dirawat dengan menggunakan formula NW5.
Sila klik di sini untuk mengetahui penjelasan mengenai Formula NW7Sila klik di sini untuk mengetahui penjelasan mengenai Formula NW5

Susunan molekul gigi yang teratur dan tekanan pada saraf gigi yang tinggi akan meningkatkan lagi kepekaan deria gigi mengesan isyarat nutrient. Tekanan boleh dikenakan terhadap gigi dengan cara mengamalkan mengunyah ais batu. Ais alah rahsia Teori Tekanan.

Prinsip keabadian tenaga

Setiap makanan mempunyai tenaga. Tenaga ini akan dipindahkan dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Apabilan kita makan, makanan ini akan berpindah kepada satu bentuk yang lain yang akan mempengaruhi karektor sel.

Makanan berasaskan kimia

Semua ubat-ubatan kimia membawa bersama range yang tinggi. Range ini hanya resonan dengan saraf yang sakit atau kecederaan yang baru. Range yang tinggi akan menyebabkan sel menjadi agresif menentang kesakitan atau jangkitan. Akibatnya akan lahirlah karektor yang agresif seperti tidak penyabar, pemarah, panas baran, kelam kabut, was-was, curiga dan sebagainya.

Makanan yang berasaskan kimia seperti perasa makanan monosodium glutamate (MSG), pewarna dan mengawit makanan juga mempunyai range yang tinggi dan mendatangkan kesan yang sama.

Rahsia Nutrient

Nutrient mempunyai vibration tertentu dan pembawaan DNA yang boleh mempengaruhi dan mendatangkan sesuatu kesan terhadap sel yang menyerapnya.

Nutrient terdiri daripada beberapa sebatian kimia yang mempunyai ikatan molekul dan radioisotope yang berbeza. Setiap susunan molekul dan keadaan radioisotope membawa karektor tertentu terdadap sel.

Makanan yang mempunyai DNA akan membawa bersama kromosom yang akan bersenyawa dengan sel manusia. Persenyawaan ini akan mempengaruhi karektor secara serta merata.

Makan Untuk Keberkatan

Tujuan makan yang sebenar ialah untuk mendapatkan berkat, bukan mendapatkan nutrient. Apabila kita makan, apa yang akan terjadi tehadap makanan tersebut akan ditentukan oleh cara dan keadaan kita ketika makan. Semakin tinggi adap makan yang dijaga serta semakin tinggi kefahaman terhadap tujuan makan, maka semakin tinggi keberkatan yang akan diperolehi daripada makanan.

Untuk mencapai matlamat keberkatan, agenda makan merupakan salah satu protocol yang paling besar dan utama. Makan dengan tidak beradap seperti makan berdiri, makan dengan tangan kiri, makan sambil menonton TV atau sebagainya akan menghilangkan keberkatan makanan.

Antara adap makan adalah seperti berikut;

1. Mulakan makan dengan membaca bismillah. Menyebut nama Allah sebelum makan ialah makan bersama kalimah yang agung dan tertinggi. Makanan yang disertai dengan kalimah agung akan mambantu menjadikan molekul di dalam makanan tersebut teratur dan sempurna untuk dihadam dan serap oleh tubuh.
2. Makan dengan tangan kanan. Tangan kanan mempunyai fungsi mengalirkan tenaga dalam bentuk ion-ion electron kepada makanan. Makan dengan tangan kiri akan menyebabkan tenaga makanan tersebut hilang dan tidak dapat membentuk zat apabila dimakan.
3. Duduk semasa makan. Makan sambil berdiri akan mengganggu organ-organ pencernaan untuk menghadam makanan dengan baik. Hanya air yang bermineral tinggi seperti air zam-zam yang digalakkan diminum sambil berdiri.
4. Elakkan makan seorang diri. Makan sambil berfikir akan menyebabkan proses penghadaman terganggu. Untuk mengelakkan berfikir ketika makan, elakkan makan berseorangan, sebaik-baiknya makanlah sekurang-kuangnya berdua dengan rakan. Apabila makan bersama rakan, keinginan untuk berfikir ketika makan dapat dikurangkan. Tabiat yang paling buruk ialah makan sambil menonton TV. Akibatnya makanan yang hendak dimakan akan terganggu susunan molekulnya kerana dipengaruhi oleh keadaan siaran TV ketika dimakan.

Cara terbaik untuk mendapatkan keberkatan makanan adalah seperti berikut;

1. Duduk menghadap kiblat. Magnetik tulang belakang akan menjadi lebih resonan apabila tubuh dihadapkan ke arah kiblat. Ketika itu organ penghadaman dapat menghadam makanan dengan lebih baik. Makan secara berdiri atau berjalan atau berbaring atau sebagainya akan mengganggu Elektromagnetic Tulang Belakang seterusnya mengakibatkan organ pencernaan tidak dapat berfungsi dengan baik.
2. Membaca doa untuk mendapatkan berkat daripada makanan. Boleh juga membaca sesuatu doa atau hajat sebelum makan. Misalnya berdoa supaya cepat sembuh, berdoa supaya dimurahkan rezeki, berdoa supaya makanan ini bertukar menjadi akal dan sebagainya. Tetapi berdoa untuk berkat adalah lebih besar daripada semua itu. Pastikan doa ini diiringi dengan selawat.
3. Menghormati makanan. Sesuatu yang cuma berlu dilakukan di dalam hati dan perasaan ialah hormatilah makanan. Jangan makan secara lahap, makan perlahan-lahan dan bersedia untuk makan. Jika makanan itu tidak lazat, janganlah menghina makanan tersebut. Contohnya menyatakan "makanan ni tidak sedap lah!", sedangkan makanan tersebut telah pun masuk ke dalam tubuh. Kesan daripada tidak menghormati makanan ini amatlah mudarat.
4. Pilih sumber makanan yang berkat. Makan untuk berkat hendaklah bermula daripada pemilihan makanan yang berkat. Pilihlah makanan yang baik karektor pembawaannya seperti daging yang halal. Elakkan memakan daging yang bercelaru karektornya seperti haiwan-haiwan yang diharamkan. Elakkan juga makanan yang tinggi protein dan kolestrol tepu. Protein ialah unsur berat yang mengganggu pembentukan keberkatan. Kolesrol tepu akan mensenyawakan DNA kita menjadi bercelaru karektronya. Perlu diingat, walaupun makanan tersebut yang halal dan suci, tetapi jika sumbernya tidak bersih seperti hasil rasuah, korup, judi, penganiayaan, penipuan dan mencuri, maka makanan tersebut juga akan rosak susunan molekulnya dan mengganggu pembentukan keberkatan.
5. Makan hanya ketika lapar. Pembentukan berkat ini hanya berlaku ketika tubuh sedang lapar. Ketika itu organ penghadaman tidak akan terbeban untuk memproses makanan. Oleh itu, mengamalkan kerap berpuasa adalah cara terbaik untuk mendapatkan keberkatan setiap kali makan. Atau sekurang-kurannya makanlah hanya ketika perut betul-betul lapar. Ketika lapar, lebih banyuk instinct dan intuisi akan hadir. Kehadiran instinct dan intuisi ketika sedang memulakan makan akan menjadikan keberkatan bertambah kuat dan nyata.

Beberapa Fenomena Tentang Makan Dan Berat Badan

Mereka yang telah lama sakit dan mulai hendak sembuh akan meningkat selera makannya. Selera makan adalah satu nikmat dan petanda saraf-saraf deria pada gigi mulai mendapat tekanan. Selera juga ialah tanda organ-organ pencernaan mulai hendak memproses makanan dengan sempurna. Meraka yang makan dalam keadaan selera yang tinggi dan cermat, tidak akan meningkat berat badannya. Tetapi mereka yang makan tanpa selera tetapi makan kerana nafsu atau takut lapar akan sentiasa bertambah berat badannya.

Penagih ganja terganggu bahagian Hipothalamus (NW4) iaitu bahagian yang menjaga tumpuan dan nafsu makan. Penagih ganja akan makan dengan banyak setiap hari secara luar biasa tetapi tubuhnya masih kurus dan berat badannya tidak bertambah.

Ahli sihir yang ingin memulakan pertunjukan akan melakukan upacara menghilangkan “masa” di dalam tubuhnya supaya dia dapat menguasai “jisim” di dalam “ruang” yang kehilangan “masa” [rujuk teori Masa + Ruang = Jisim]. Amalan tersebut ialah dengan memakan kuning telur yang mengandungi protein tinggi sebanyak 40 biji atau beratus-ratus biji dalam sesuatu waktu. Setelah makan, perutnya tidak pula kembung atau rasa kenyang. Keadaan ini disebabkan kuning telur tadi (jisim berat) telah bertukar tenaganya kepada sesuatu bentuk yang berfungsi untuk mengganggu “masa” dan menzahirkan jisim.

Makanan sepatutnya membentuk “masa” di dalam tubuh, tetapi apabila makanan membentuk “jisim” maka wujudlah fenomena ada gunting atau paku atau kaca atau jarum atau pisau belit atau apa-apa benda tajam di dalam perut.
Sila klik di sini untuk mengetahui tetang Teori Ruang dan Masa
Kenapa Perlu Mendapatkan Keberkatan Makanan?

Keberlangsungan hidup kita disebabkan kita melakukan aktiviti makan sebagai salah satu cara pengaliran tenaga secara semula jadi. Tenaga semula jadi ini akan berubah bentuk kepada bentuk yang membawa manusia untuk terus dapat hidup dan bahagia. Maksudnya apabila kita makan, kita akan hidup... apabila kita makan, kita akan bahagia… apabila kita makan, kita akan dimurahkan rezeki. Bukannya makin makan makin bertambah berat badan… makin makan, makin susah hati… makin makan masih sakit.

Keberkatan adalah perkara umum dan meluas. Antara contoh keberkatan adalah seperti berikut;

1. Kekayaan dan dimurahkan rezeki.
2. Kesihatan dan merawat penyakit.
3. Memecah kebuntuan.
4. Kemakmuran.
5. Kebahagiaan.
6. Mencapai matlamat dan hajat.

Mereka yang mengalami masalah dalam kehidupan atau kesempitan rezeki atau mengidap sesuatu penyakit yang sukar untuk sembuh boleh menggunakan pengetahuan ini untuk mengatasinya, insya Allah. Berikut ialah beberapa contoh cara untuk mendapatkan manfaat makanan;

1. Mereka yang telah memakan pelbagai jenis ubat tetapi masih tidak sembuh, atau telah lama menghidap pelbagai penyakit yang tidak diketahui punca dan rawatannya, maka berniatlah untuk sembuh sebelum makan atau berdoalah agar keberkatan makanan ini dapat memberikan penyembuhan.
2. Mereka yang berat badannya terlampau tinggi, berniatlah makan untuk turun berat badan.
3. Mereka yang dirundung pelbagai konflik masalah, berniatlah untuk selesai segala kebuntuan sebelum makan.
4. Mereka yang benak atau lembab dalam pelajaran, berniatlah untuk terang hati sebelum makan.

Walau apa pun doa atau niat, doa yang paling terbaik dan menyeluruh malah lebih besar daripada segala doa yang dinyatakan tadi ialah berdoa untuk mendapat berkat daripada makan.

Makan secara lalai atau sikap makan "pantang nampak" akan mengakibatkan keberkatan makanan tersebut hilang. Makanan yang dimakan tidak dapat ditukar tenaganya menjadi nutrient yang memberikan manfaat sebaliknya akan bertukar menjadi lemak dan toksik yang akan menambah berat badan, menjejaskan kesihatan dan menumpulkan pemikiran. Dengan melihat gambarajah di bawah, ia akan membantu memberi lebih kefahaman mengenai makanan yang memberikan keberkatan dan makanan yang mendatangkan kemudaratan.

MAKANAN BERKATMAKANAN MUDARAT
MAKANAN
Bersih sumbernya, halal dan suci. Dimulakan dengan bismillah, berdoa atau niat. Makan dengan cara beradab. Niat terhadap makanan akan mempengaruhi susunan ikatan molekul di dalam makanan tersebut.
Boleh jadi sumber tidak bersih atau lupa baca bismillah atau tidak berniat apatah lagi berdoa atau makan tanpa adab atau menghina makanan atau memberi complaint yang tidak baik tentang makanan atau makan dengan tangan kiri.


GIGIMengesan vibration nutrient dalam makanan dengan cekap kemudian menghantar isyarat vibration nutrient ke otak.
Boleh jadi kehilangan sebatang atau beberapa batang gigi untuk mengesan sesuatu nutrient atau kerap minum air panas sehingga saraf gigi kurang mendapat tekanan


OTAKMakan dengan tenang, duduk dan teratur akan mengoptimumkan aktiviti otak untuk mengesan isyarat vibration nutrient daripada makanan. Isyarat akan ditafsir dan dihantar ke organ penghadaman
Makan sambil melakukan sesuatu aktiviti seperti sambil berdiri, sambil berjalan, sambil menonton TV atau sebagainya akan mengurangkan komitmen otak untuk mengesan isyarat vibration nutrient daripada makanan.


ORGANMemproses makanan setelah mendapat isyarat daripada otak. Tanpa isyarat tenaga, organ penghadaman tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Duduk menghadap kiblat akan menjadikan medan elektromagnetik tulang belakang sempurna dan mengoptimumkan tugas organ penghadaman.
Makan sambil berfikir akan mengganggu komitmen organ penghadaman untuk memproses makanan. Makan bersama teman tidak akan mengalakkan seseorang itu berfikir semasa makan. Makan sambil berbaring atau tidak menghadap kiblat akan mengganggu medan elektromagnetik tulang belakang seterusnya mengurangkan keupayaan organ penghadaman untuk berfungsi secara maksimum.


HASILKeberkatan dalam bentuk kesihatan yang baik dan/atau penyakit sembuh dan/atau keceriaan dan/atau berat badan unggul (BMI) dan/atau mendapat banyak idea, instinct, intuisi dan/atau ketenagan dan/atau selesai segala kebuntuan dan/atau bahagia dan gembira dan/atau sebagainya.
Makanan adalah satu unsur asing daripada tubuh. Ketidakharmonian antara tubuh dan makanan akan menyebabkan makanan ini tidak dapat bertukar kepada nutrient sebaliknya menjadi bahan yang berasid dan bertoksik. Bahan bertoksik adalah beracun dan menjejaskan tubuh serta mempengaruhi karektor ke arah yang tidak baik. Makanan yang tidak mendatangkan berkat, semakin makan maka akan semakin bertambah berat badan atau obesiti atau kegemukan dan/atau buntu pemikiran dan/atau semakin kalut masalah dan/atau semakin mudarat penyakit yang sedang dialami dan/atau mendatangkan sesuatu penyakit baru dan/atau menampilkan karektor yang tidak baik dan/atau sebagainya.

Sepatutnya semakin banyak seseorang itu makan, maka semakin berkat hidupnya, semakin bahagia hidupnya, semakin murah rezeki, semakin kaya, unggul BMI nya, semakin sihat, menjadi segala yang diusahakan, sentiasa sejahtera dan gembira dan sebagainya.

Semoga anda dimurahkan rezeki dan dibahagiakan oleh Allah. Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh, sila hubungi kami. Kami sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)

untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 ulasan:

Lezna hangat berkata...

Alhamdulillah."blog ini semakin menjadi media penting untuk semua kalangan yang memerlukan rawatan kesihatan,makanan yang berkat melahirkan pemikiran yang berkat,dan semoga penulis mendapat keberkatan selalu,saya percaya sesiapa yang melayari blog ini dengan sungguh dan mendapatkan maklumat berharga buat kesihatan hidupnya...maka ia adalah orang yang beruntung....mereka yang bz dengan blog,kerjaya,bisness,atau mengejar harta berharga...disinilah tempatnya...kerana HARTA YANG BERHARGA ADALAH KESIHATAN.

Baby_syahiran berkata...

Salam Dr,
untuk penjagaan gigi kanak-kanak, formula apa yang diperlukan.Bagaimana hendak elak dari gigi berlubang selain cara memberus gigi setiap hari.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Salam. Bahagian gigi, gusi, rahang, lidah, telinga dan soket serta saraf mata dikawal oleh bahagian Serebelum. Bahagian ini juga merupakan pusat kawalan suhu atau dilebelkan dengan formula NW7. Sekiranya seseorang itu lemah di mana-mana bahagian tersebut, salah satu tandanya ialah suhu badan panas.

Gigi mempunyai keupayaan sendiri untuk mengawal dan membasmi jangkitan bakteria sekiranya ia mendapat cukup vibration indigo iaitu vibration semulajadi gigi. Vibration indigo terletak pada level NW7. Oleh itu, formula untuk menjaga kesihatan gigi atau sebarang masalah berkaitan dengan penyakit gigi ialah dengan NW7.

Pusat kawalan suhu (yang juga merupakan pusat tenaga mengawal gigi) mudah terpengaruh dengan amalan pemakanan. Pengambilan diet yang betul dapat mengelakkan gangguan di bahagian organ penghadaman.

Gigi ialah salah satu medium ion elektron (juga dipanggil caj negatif). Ia mudah teroksida atau discaj sekiranya tidak dicaj semula dengan ion elektron. Salah satu cara untuk mendapatkan elektron ialah dengan melalui gesekan. Bukan gesekkan gigi, tetapi gesekkan bahan yang beralkali atau yang boleh mengalihkan ion-ion elektron ke gigi. Satu-satunya bahan yang boleh memindahkan ion-ion elektron ke gigi melalui gesekan ialah kayu sugi (kayu siwak).

Mengamalkan bersugi akan mempertenagakan gigi, menguatkan struktur binaan gigi, menjadikan gigi lebih kuat antibiotik menentang kuman dan memulihkan gigi rosak atau sakit atau berlubang, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)