SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 6 Disember 2008

Keharmonian Bunyi Alam Semulajadi

Setiap objek bergetar dan membentuk satu sukatan bunyi yang tersendiri. Batu, pasir, kayu, daun, udara, air, wap air dan sebagainya masing-masing mengeluarkan frequensi bunyi yang halus dan tersendiri. Dalam sesuatu kawasan yang harmoni, adunan pelbagai objek akan mewujudkan keharmonian.

Kawasan yang kehilangan bunyi yang harmoni boleh musnah dan mudah terjadi risiko seperti tanah runtuh, banjir, gempa bumi dan sebagainya.

Keharmonian bunyi ini mewujudkan "muzik" alam yang semulajadi yang boleh menterapikan kesihatan tubuh.

Kawasan yang kotor, tercemar dan bersepah tidak akan mewujudkan muzik alam yang harmoni malah akan memudaratkan kesihatan. Kawasan yang bersih, lancar pergerakan udaranya dan tersusun kemas akan menenangkan minda seterusnya membantu meningkatkan kualiti kesihatan.

Terapi Muzik

Muzik semulajadi ini mempunyai ukuran masa dan dianggap sebagai kekuatan yang dapat mencipta keselarasan komunikasi dalam fikiran serta tubuh manusia sehingga ia layak digelar sebagai muzik. Bunyinya yang harmonis dengan bahasa-bahasa indah disamping kombinasi ukuran getaran warna membawa kepada penyembuhan dan kedamaian kerana disitu akan timbulnya nada-nada kedamaian yang sungguh menakjubkan. Buktinya kedamaian itu terdapat di dalam diri kita sendiri dan kedamaian itu bukan dikecapi dari persekitaran.

Seni getarannya yang amat mempengaruhi tumbuhan, manusia serta batu karang ini menjadi penawar bagi segala jenis penyakit. Ia menjadi sumber kekuatan, harapan, pelengkap serta pengiring bagi kita untuk meneruskan kehidupan ini. Getaran muzik ini tidak akan pernah lupus malah akan terus dan terus kekal bergetar sebagai getaran elektomagnetik melalui frekuensi resonance alam semesta selama-lamanya dalam satu bentuk tenaga yang paling stabil. Keseimbangan interaksi dari semua frekunsi resonan yang masuk dan melewati tubuh kita membuat kita terus hidup dan menjalankan aktiviti selaras dengan frekunsi yang diterima disamping ia membentuk kepada pembentukan fungsi-fungsi sel tubuh badan.

Tubuh kita seumpama instrument muzik dalam kumpulan okestra yang sangat harmonis. Muzik tidak berbicara kepada fikiran namun kita seperti kata-kata yang akan memisahkan bicara muzik sehingga mampu menusuk ke setiap inti hati serta akar jiwa kita. Bahasa dan sebutan yang berirama seperti bernyanyi sangat menentukan erti kata-kata yang diungkapkan. Mesej-mesej dalam lagu yang disampaikan melalui muzik yang harmoni tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata. Manakala mentera atau nyanyian yang diulang-ulang adalah salah satu bentuk ekspresi muzik yang paling tahan lama.

Aristotle yang pertama memperkenalkan formula warna-muzik mempercayai bahawa setiap objek mempunyai warna dan keaktifannya adalah mengikut darjah cahaya atau bayangan. Menurut beliau, gabungan putih dan rentak muzik yang sekata akan membentuk satu warna yang harmoni dan menarik. Teori warna muzik ini telah pun menjadi popular di zaman Romantic sebagai pengharmoni universal yang mempunyai momentum. Manakala menurut Newton, isyarat warna dihantar dalam bentuk gelombamg nadi melalui proses yang sama. Menurut kenyataan beliau, bunyi yang harmoni mampu menguasai persepsi muzik dan warna.

Muzik dan suara mempunyai pengaruh yang besar atas deria spiritual. Warna yang melahirkan bunyi menjadi muzik yang dapat menciptakan keteraturan dan kelancaran yang ideal selaras dengan kesatuan. Ternyata warna harian dapat menggandakan kekuatan bunyi berkali-kali ganda. Jika kita menginginkan kesihatan baik secara fizikal mahupun spiritual kita harus berhati-hati mempertimbangkan dengan tepat jenis muzik yang boleh masuk ke dalam diri kita dan SEBAIK-BAIKNYA ADALAH DENGAN CARA YANG BERMULA DENGAN TERAPI GETARAN WARNA dan biarlah tubuh kita yang menerbitkan bunyinya sendiri bagi menyelaraskan sistem tubuh kita.

Terdapat teori menyatakan bumi tidak mampu didengar pada ruang kosong atau ruang tanpa udara. Akan tetapi teori tersebut sama sekali tidak benar. Bunyi terbit dari angin yang muncul dari alam semesta dan bentuk gelombang radio yang dapat dikesan dari aliran elektrik atau partikel planet seperti bulan dan bintang yang mengelilingi bumi yang membentuk kepada banyak penciptaan kejadian makhluk hidup. Di angkasa terdapat banyak bunyi aneh yang akrab dapat dirakam dan ini akan dinamakan suara angkasa yang luar biasa.

Perlu diterima bahawa bunyi yang mencipta jalin semesta serta satu tiupan penciptaan adalah ciptaan maha kebesaran Maha Pencipta. Memuji Pencipta dengan suara yang menyatakan seluruh warna-warna ditukarkan menjadi bunyi kesyukuran dengan nada-nada muzik yang murni akan memberi gelombang tenaga di dalam tubuh badan. Di dunia yang telah tercipta ini maka lagulah satu muzik yang terkandung suara didalamnya melalui nada sebutan pada huruf serta kata-kata bahasanya. Terdapat banyak simbolik cara memuji tuhan seperti membunyikan trompet, gendang atau nyanyian yang diulang-ulang. Salah satu adalah perutusan bunyi trompet para malaikat akan memberi tanda peringatan bahawa kiamat akan terjadi.

Muzik merupakan bentuk rawatan yang lahir dari karya seni warna dan bunyi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Penyembuhan dan regenerasi melalui warna dan muzik menjadi penawar bagi kebanyakan penyakit dalam mengurangi tekanan (stress) dimana muzik merupakan inspirasi dalam menguatkan emosi diri. Muzik yang gembira, pernyataan-pernyataan serta visualisasi yang tergabung dari sebuah pendekatan holistik digunakan dalam mengurangi kesedihan serta kemurungan. Hubungan diantara muzik dan warna dapat mencetuskan respon fizikal dan mengembalikan daya pemikiran yang positif dan semulajadi. Muzik juga memainkan peranan sebagai vitamin bagi mengaktifkan zat-zat makanan yang ditukar menjadi gema yang akan membentuk kepada kesegaran diri.

Muzik dan Warna

Bermula April hingga Oktober 1995 di Museum of Modern Art at Heide, Domenic De Clario memperlihatkan tujuh peristiwa dibawah perkara Sevenness: Sublunar. Warna yang terpancar daripada bulan penuh serta muzik yang beliau mainkan akan berubah setiap malam. Muzik key C akan digunakan pada malam yang pertama, D pada malam kedua, F malam ketiga, dan seterusnya sehingga malam yang ketujuh dimana ia berakhir dengan huruf B. Manakala warna yang terhasil daripada cahaya melalui susunan spectral akan membentuk warna merah, orange, kuning, hijau, biru dan violet akan berakhir dengan putih. Kod muzik dan warna akan terhasil apabila BUNYI DAN CAHAYA ADALAH SERASI dan ini bermula daripada frekunsi rendah (gelombang yang panjang) sehingga ke frekuensi tinggi (gelombang pendek). Kombinasi daripada getaran ini akan memberi kesan portal terhadap 7 titik spesifik (chakras) tubuh badan manusia.

Di Australia, kod warna ringkas digunakan, dan ia berpandukan pada warna pelangi (merah, orange, kuning, hijau, biru,indigo violet /ROYGBIV). Nomenklatur ini ditemui oleh Sir Isaac Newton pada abad ke 18 dimana beliau ingin menjelaskan mengenai pembiasan cahaya yang dipantulkan melalui spektrum. Pemecahan cahaya yang membawa kepada tujuh bahagian membentuk tujuh not pada sekala muzik dan terbentuk ROYGBIV.

Putih melambangkan warna untuk semua dan putih juga adalah warna permulaan dan terakhir dalam kod warna. Penyembuhan dan regenerasi melalui warna dan muzik ini menjadi panduan dalam sistem De Clario. Putih menyerap pengaliran warna spectral bila muzik dimainkan lebih dari satu oktaf. Not B berada pada warna putih , not A berada pada violet, not G pada warna biru, not F berada pada warna hijau, not E berada pada warna kuning, not D berada pada warna orange manakala not C berada pada warna merah. Kombinasi semua warna mewujudkan warna hitam dan warnanya amat misteri sebagai rahsia penciptaan atau kemusnahan. Key C major merupakan not yang biasa digunakan berbanding not B yang jarang digunakan. Not B yang jarang digunakan ini dikenali sebagai not spiritual dan paradoks (kenyataan yang kelihatan bercanggah tetapi mempunyai kebenaran).

Aristotle merupakan yang pertama memperkenalkan formula warna-muzik. Beliau percaya setiap objek mempunyai warna dan keaktifannya adalah mengikut darjah cahaya atau bayangan. Menurut beliau, gabungan putih dan rentak muzik yang sekata akan membentuk satu warna yang harmoni dan menarik. Selepas membandingkan skala not, hitam dikelaskan sebagai simbol not kekunci muzik manakala putih adalah oktaf atas. Penggunaan hitam dan putih sebagai pengukuran standard dapat memberi sekala ton dari warna kuning (cerah&lembut) sehingga warna yang lebih gelap.

Pada kurun ke-18, Newton memperkenalkan warna muzik dengan ini menjadi popular di zaman Romantik sebagai pengharmoni universal yang mempunyai momentum.

Orang Greek lebih memahami mengenai warna dengan mempelajari teknik lukisan. Pelukis kontemporari memahami perkembangan warna pelangi dan didapati terdapat gabungan pigmen-pigmen tertentu. Selain itu juga, mereka berpendapat teori dan simbol ini adalah dari zaman lewat klasik, ilmu yang medival, astrologi, ahli kimia, perubatan dan ilmu sihir.

Aristotle mengkategorikan teori pelangi sebagai sains optik yang merupakan salah satu sub kategori geometri. Manakala Newton menyatakan sensasi warna dihantar dalam bentuk gelombang nadi melalui saraf optik ke otak. Pada masa yang sama, saraf auditori juga melalui proses yang sama. Menurut kenyataan beliau, bunyi yang harmoni mampu menguasai persepsi muzik dan warna.

Pada tahun 1704, ‘Opticks’ memperkenalkan spectrum visual yang berpadanan dengan bunyi dan warna pelangi melalui oktaf muzik yang harmoni. Lima warna yang ringkas seperti merah, kuning, hijau, biru dan violet digunakan sebagai satu ton muzik manakala oren dan indigo menduduki kedudukan semiton.

Pada kurun ke-19, kesan psikologi warna ditemui. Chromotherapy adalah yang pertama ditemui dalam eksperimen psylogy. Ia merupakan satu kaedah merawat pesakit dengan menggunakan warna terutamanya pesakit lunatic asylimps (pesakit mental).

Jimi Hendrix, 1970 (pemain gitar virtuosa) menyatakan bahawa hubungan diantara muzik dan warna dapat mencetuskan respon fizikal dan mengembalikan daya pemikiran yang positif dan semulajadi.

Terapi soft-care yang berasaskan warna dan muzik digunakan dalam rawatan psychiatric dan ia berupaya mengawal tekanan (stress) dan schizopherina.

Tujuh warna (ROYGBIV) digunakan bagi memenuhi tujuh selingan not (8 not). Pengukuran muzik dimanfatkan dalam warna prisma di mana ia menyerupai teknik thin plate disamping penggunaan peralatan matematik dalam pengukuran muzikal.

Falsafah dan Prinsip AT terhadap "Muzik" Semulajadi

Manfaat warna dalam rahsia bunyi melalui muzik untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kebahagian anda
  1. Muzik adalah seni getaran yang amat mempengaruhi tumbuhan, manusia, air dan batu karang melalui pengaruhnya terdapat pembentukan ikatan molekul secara langsung.
  2. Muzik sebagai bahan terapi untuk kebaikan penyakit.
  3. Muzik dan emosi merupakan inspirasi dalam menguatkan emosi (banyak penyakit berpunca dari emosi).
  4. Muzik dapat mengurangi stress (lebih rileks).
  5. Muzik juga penyebab rasa sedih dan memberi tekanan. Muzik yang gembira, pernyataan-pernyataan serta visualisasi yang tergabung dari sebuah pendekatan holistik untuk mengurangi kesedihan.
  6. Muzik mempunyai ukuran masa yang tetap kerana hukum menyatakan bahawa bagi segala sesuatu terdapat masanya.
  7. Muzik saluran utama bagi kekuatan dan harapan.
  8. Muzik menjadi pelengkap dan pengiring bagi kita meneruskan kehidupan. Mengatasi muzik yang tersedia ada dikodkan dalam bahasa suara yang berbagai bunyi dan hanya kita yang mampu mendengarnya.
  9. Warna harian dapat menggandakan kekuatan bunyi berkali-kali ganda.
  10. Buktinya kedamaian itu terdapat di dalam diri kita sendiri. Kedamaian bukan berada di luar taman, ditepi laut atau di tepi hutan yang menghijau.
  11. Anugerah terbesar dari alam semesta adalah bunyi-bunyian yang harmoni sehingga layak dinilaikan sebagai muzik.
  12. Muzik adalah bunyi yang harmonis dan lebih dimengertikan untuk dihayati apabila ada suara yang berkumandang dengan bahasa-bahasa indah.
  13. Mainkanlah muzik melalui kombinasi pada ukuran getaran warna untuk penyembuhan dan kedamaian kerana disitu ada nada-nada kedamaian yang sungguh menakjubkan. Ia dapat dilakukan dengan cara mengemas dan menjaga kebersihatan.
  14. Jadikanlah muzik sebagai vitamin untuk mengaktifkan zat-zat makanan yang ditukar menjadi gema yang memberi kesegaran.
  15. Bumi tidak mampu didengar pada ruang kosong atau ruang tanpa udara (teori salah).
  16. Bunyi benar-benar ada di alam semester dan akan kekal sebagai getaran elektromagnatik yang tidak akan terlepas kerana ia adalah satu bentuk tenaga yang paling stabil.
  17. Bunyi terbit dari angin yang muncul dari alam semesta dan bentuk gelombang radio yang dapat dikesan dari aliran elektrik atau partikal planet seperti bulan dan bintang yang mengelilingi bumi yang membentuk banyak penciptaan kejadian makhluk hidup.
  18. Di angkasa terdapat banyak bunyi aneh yang akrab dapat dirakam dan ini akan dinamakan suara angkasa yang luar biasa.
  19. Pendek kata semua bunyi suci dan bersih dari nada yang berjaya daripada segi spiritualnya yang tinggi darjatnya dapat didengar dengan akrab dari pada telinga kita seperti mana yang dilakukan oleh NASA.
  20. Muzik atau bunyi adalah satu-satunya karya seni ilahi yang dianugerahkan ke dunia dan satu-satunya seni tamadun yang kita bawa ke syurga setelah dilafazkan dalam suara atau alat-alat muzik yang dimainkan oleh karyawan terhebat.
  21. Mantera atau nyanyian yang diulang-ulang adalah salah satu bentuk ekspresi muzik yang paling tahan lama.
  22. Jika kita menginginkan kesihatan baik secara fizikal mahupan spiritual kita harus berhati-hati mempertimbangkan dengan tepat jenis muzik apa yang boleh masuk dalam diri kita dan SEBAIK-BAIKNYA ADALAH DENGAN CARA YANG BERMULA DENGAN TERAPI GETARAN WARNA dan biarlah tubuh kita yang menerbitkan bunyinya sendiri untuk menyelaraskan sistem tubuh kita.
  23. Getaran bunyi akan terus bergetar melalui frekunsi resonance alam semesta sampai selama-selamanya.
  24. AT = warna yang melahirkan bunyi menjadi muzik yang dapat menciptakan keteraturan dan kelancaran yang idealnya selaras dengan kesatuan sistem tubuh manusia.
  25. Setiap bunyi mulia dari yang lembut seperti nada-nada muzik murni sampai dengan kesan seperti tembakan pistol mengeluarkan gelombang energi. Gelombang ini bergetar pada frekunsi sendiri yang kemudiannya mempengaruhi segala sesuatu yang dilaluinya.(Terapi bunyi kuat).
  26. Pada manusia, keseimbangan interaksi dari semua frekusi resonan yang masuk dan melewati tubuh kitalah yang membuat kita terus hidup dan menjalankan aktiviti selaras dengan frekunsi yang diterima.
  27. Tubuh kita seumpama instrument muzik dalam kumpulan okestra yang harmonis.
  28. Satu contoh nada bunyi yang buruk dan patut dihindarkan adalah apabila kita menguris kuku ke papan tulis. Satu gurisan menimbulkan perubahan fizik pada sesiapa pun yang mendengarnya. Gigi terasa nyilu dan bulu roma berdiri.
  29. Mesin ultrasonic untuk mengusir tikus atau serangga amat menakutkan bagi mereka, begitu juga kita mendengar suara yang mengerunkan pasti kita akan melarikan diri. Oleh kerana kesannya amat jauh lebih dahsyat, serangan bunyi terus menerus mengakibatkan tekanan darah, rentak jantung dan kadar pantas yang tidak terkawal.
  30. Tak adanya seperti satu kutukan yang akan terjadi dan sangat mengerikan.
  31. Kata-kata memang indah, namun muzik lebih kuat.
  32. Muzik tidak berbicara kepada fikiran. Kita seperti kata-kata namun bicara muzik memisah terus ke dalam hati dan jiwa kita mampu merusuk ke setiap inti dan akar jiwa kita.
  33. Telinga kita di dalamnya terdapat rerambut cilia sebanyak dua per tiga merespon dan bergema hanya pada frekunsi muzik berbanding suara.
  34. Cara menggunakan bahasa dan sebutan yang berirama seperti bernyanyi sangat menentukan erti kata-kata yang diungkapkan.
  35. Banyak mesej dalam lagu yang disampaikan melalui muzik yang harmoni tak dapat dinyatakan dengan kata-kata.
  36. Muzik dan suara mempunyai pengaruh yang besar atas deria spiritual.
  37. Muzik dianggap sebagai kekuatan yang dapat mencipta keselarasan komunikasi dalam fikiran dan tubuh manusia.
  38. Muzik dan suara yang kita mainkan sesungguhnya mencari semula satu bentuk bunyi yang telah ada di langit yang ianya menunggu siapa manusia yang dapat menyuarakan sehingga menemukan bunyi asalnya.
  39. Perlu diterima bahawa bunyi yang mencipta alam semesta dan satu tiupan penciptaan maha kebesaran Maha Pencipta.
  40. Di dunia yang telah tercipta ini maka lagulah satu muzik yang terkandung suara didalamnya melalui nada sebutan pada huruf, kata-kata bahasa yang menguatkan tenaga sel tubuh.
  41. AT adalah satu bentuk rawatan yang lahir dari karya seni warna dan bunyi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
  42. Memuji Maha Pencipta dengan suara yang menyatakan seluruh warna-warna ditukar menjadi bunyi kesyukuran di dalam tubuh.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)