SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 28 September 2007

Ibu mengandung boleh minum air sejuk

Sebenarnya minum air sejuk boleh bagi ibu mengandung, dalam pantang dan juga bayi. Selsema dan asma berkaitan dengan jangkitan virus akibat antibodi yang lemah. Air sejuk tidak melemahkan antibodi malah menguatkannya.

Mereka yang tidak biasa minum air sejuk dan tinggi kandungan urik asid dalam darah, apabila julung-julung kali mengambilnya akan menyebabkan toksik terbongkar keluar. Toksik yang terdapat di buah pinggang akan menyebabkan urat seperti membengkak di kaki. Toksik yang terdapat di dasar paru-paru akan menyebabkan batuk.


Mereka yang seperti ini boleh mengenalpasti tanda pembongkaran dengan melihat sama ada terasa pening kepala sejurus selepas minum air berais. Jika berlaku, kita boleh mengawal pembongkaran agar ia berlaku tidak ketara atau tidak disedari dengan cara mengurangkan kadar kesejukkan air tersebut. Mulakan dengan hanya meminum air yang biasa dahulu (bukan panas), lama kelamaan tingkatkan dengan meminum air peti sejuk. Kemudian amalkan minuman berais.

Kadang kala, kesan air ais yang diminum itu bukan disebabkan oleh sejuk, tetapi disebabkan oleh bahan yang dibancuh. Air sirap mengandungi pewarna yang akan melemahkan buah pinggang. Air kopi berasid akan menyebabkan penat dan lelah. Air berkoko (milo) mempunyai tanin dan kafen yang akan melemahkan tyroid yang akan menyebabkan batuk.

Sebenarnya ramai yang telah mencuba minum air sejuk ketika dalam pantang kerana air panas akan memudaratkan kesihatan. Didapati tidak berlaku sebarang kesan pembongkaran, malah ia baik untuk kesihatan.

Minum air yang sejuk ialah aplikasi konsep Teori Tekanan Kesimpulannya ialah ibu mengandung digalakkan minum air sejuk.

Rawatan Ketika Mengandung

Bayi dalam kandungan hingga berusia hingga 2 tahun amat peka terhadap rangsangan saraf. Getaran tenaga yang digunakan dalam kaedah rawatan Attitude Therapy ialah menyamai dengan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Secara semula jadi, tubuh mendapat getaran tenaga daripada mandi, makan, tidur dan amalan-amalan normal seharian. Kelebihan formula Attitude Therapy ialah getaran ini telah difokuskan dan dikonsistenkan tenaganya supaya kesan rawatan dengan cara mempertenagakan sel berlaku. Secara semula jadi, kesan rawatan tidak ketara, cuma rasa segar sahaja.

Ubat-ubatan herba (tradisional serta jamu) dan kimia (hospital) mahupun homeopaty (jisim atom) adalah bahan yang berbentuk jisim. Bahan ini apabila berada di dalam tubuh, ia akan melakukan tindak balas tertentu terhadap organ tertentu. Oleh itu, ia akan memberikan kesan yang baik dan juga kesan yang mudarat (kerana ia masih ada dalam bentuk jisim untuk terus melalui proses penghadaman dan kitaran fisiologi tubuh). Berbeza dengan kaedah rawatan Attitude Therapy  semua formula hanyalah berfungsi sebagai medium pembawa gema (getaran vibration) dan yang akan bertindak memindahkan tenaga ke dalam tubuh melalui deria saraf. Tenaga yang mencukupi akan merangsang aktiviti sel (melalui DNA dan RNA) manakala sekiranya tenaga ini berlebihan atau tidak diperlukan, saraf tidak mahu mengesannya (bermaksud tubuh menolaknya).

Getaran tenaga semula jadi ini sedikit pun tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya apa tah lagi kepada ibu mengandung, bayi dalam kandungan, bayi dan kanak-kanak dan juga selepas pantang.

Aromatherapy Seri Wangi dititiskan ke dalam kolah mandi dan air minuman amat digalakkan kepada ibu mengandung kerana bayi akan turut mendapat manfaatnya. Kegagalan ibu merawat penyakit yang sedia ada, maklumat DNA yang mengandungi rakaman penyakit akan dipindahkan kepada bayi dalam kandungan. Apabila keadaan ini berlaku, bayi tersebut akan mewarisi penyakit bawaan genetik dan berkemungkinan berisiko mendapat menyakit seperti ibunya jika bayi ini tidak mendapatkan rawatan sepanjang tempoh membesar.

Saya telah menulis lebih banyak maklumat mengenai ibu mengandung dalam post bertajuk Ibu Mengandung Dan Bayi

Rawatan Ketika Berpantang

Rawatan Attitude Therapy ketika berpantang akan ditentukan berdasarkan hasil pemeriksaan. Kerana setiap ibu bersalin mempunyai masalah berbeza. Cuma rawatan ketika sedang mengandung yang telah ditetapkan kerana bayi sihat dan untuk memanfaatkan bayi.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Lumbar Spine Dan Keyakinan


Pesakit yang mengalami masalah L4 dan L5 sebenarnya mengalami masalah penyakit dasar. Ia boleh dirawat dan lebih cepat sembuh dengan keyakinan diri sendiri yang kuat. Psikologi pesakit yang mengalami masalah penyakit dasar ialah cepat putus asa, was-was, curiga dan kurang keyakinan. Sebenarnya masalah keyakinan tidak boleh disalahkan kepada pesakit, tetapi pengalaman yang pernah dilalui pesakit menyebabkan kesan trauma hingga lahirnya karektor sedemikian. Oleh itu, keyakinan yang tinggi untuk pulih ialah salah satu keperluan keperluan utama untuk membantu proses penyembuhan.

Penyakit dasar melibatkan organ-organ bawahan atau pada level Fizikal seperti rajah di bawah.
Karektor pembawaan (sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit) akibat gangguan atau kelemahan pada peringkat lumbar adalah seperti jadual yang ditunjukkan di bawah;
BAHAGIAN LUMBAR
ORGANKESANRawatan
L1Usus besar, groinGangguan keseluruhan pada usus besarCL18
CL19
L2Apendiks, bahagian bawah abdomen, pahaKekejangan otot kaki, urat-urat timbul di betis, peredaran darah yang lemahCL18
CL19
L3Uterus, prostat, pundi kencing, lututGangguan urin, pusingan haid, mati pucuk, sakit lututCL13
CL 6
CL17
L4Prostat, tulang punggung, saraf siatikSakit punggung, sakit belakang dan sisi luar peha, betis, kaki, sakit belakang pada bahagian bawah (lumbago), gangguan pundi kencingCL17
CL 9
CL20
L5KakiKebas, kejang dan peredaran darahCL18
CL20

Terdapat pelbagai kaedah dan ikhtiar di dalam rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sakit tulang belakang. Untuk mendapatkan rawatan, setiap pesakit perlu menjalani sesi diagnos dengan kaedah yang dipercayai dan biasa diguna pakai dalam rawatan Attitude Therapy iaitu Applied Kinesiology. Dengan kaedah ini, keadaan sebenar penyakit dapat ditentukan (walaupun telah menjalani x-ray dan MRI) serta cadangan pengambilan formula menjadi lebih tepat (walaupun terdapat banyak teori pengambilan formula yang telah ditetapkan).

Pemeriksaan dapat dijalankan dengan cara hadir sendiri ke pusat rawatan saya atau membuat temujanji yang sesuai. Jika tidak berkesempatan, saya boleh membuat analisa di tempat saya dan menghantar formula rawatan melalui pos. Rawatan lengkap boleh dijalankan sendiri di rumah. Sebelum ini saya berpengalaman merawat ramai pesakit hingga hampir kesemuanya telah sembuh walaupun kami tidak pernah berjumpa.

Sepanjang tempoh rawatan, pesakit akan dipantau sepenuhnya dengan rapi dengan segala perkembangan direkodkan. Pemantauan membantu proses rawatan menjadi lebih cekap.

Kos rawatan jauh lebih murah daripada menjalani pembedahan. Malah pembedahan sebenarnya adalah tidak perlu sama sekali memandangkan ia boleh dirawat dengan mudah. Rawatan akan mengembalikan semula tenaga yang akan mengikat semula struktur tulang dan bahagian yang terlibat supaya terbentuk seperti asal atau digelar Elasticity. Tempoh untuk pulih juga jauh lebih cepat serta ia bergantung kepada kesungguhan pesakit itu sendiri. Insya Allah saya akan memberikan sepenuh komitmen untuk merawat pesakit yang mengalami masalah Lumbar Spine.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Sabtu, 22 September 2007

Kemandulan

Kemandulan bukan penyakit. Ia adalah suatu fenomena semasa. Oleh itu ia boleh dirawat selagi organ pembiakan (testis bagi lelaki dan ovari bagi wanita) masih ada. Kemandulan yang sebenar ialah apabila organ pembiakan ini (testis dan ovari) telah dibuang melalui pembedahan.

Punca Kemandulan

Zigot terjadi daripada persenyawaan benih (ovum dan sperma) yang sihat dan bertenaga. Semua pasangan mampu menghasilkan benih, tetapi tahap kesihatannya berbeza mengikut sebab-sebab tertentu.


Faktor Tenaga (spiritual)


Benih yang dilepaskan daripada organ pembiakan akan turut dibekalkan dengan tenaga. Oleh itu benih boleh berdikari sendiri.

Keletihan akan menyebabkan tenaga berkurang dan memendekkan jangka hayat benih. Untuk mengatasi masalah keletihan, amalkan mandi terlebih dahulu sebelum "bersama".

Faktor Emosi


Organ pembiakan (ovari dan testis) akan terangsang untuk menghasilkan benih yang sihat dan bertenaga apabila terdapat rangsangan cinta dan nafsu. Bilangan sperma yang dihasilkan oleh suami adalah bergantung kepada ketinggian tahap cinta dan nafsunya. Semakin tinggi cinta dan nafsu maka semakin banyak bilangan sperma yang dihasilkan.

Walaupun sperma dapat dihasilkan dengan mencukupi, tetapi tanpa cinta dan nafsu daripada isteri, maka ovum yang dilepaskan tidak bersedia untuk bersenyawa dengan sperma. Oleh itu, setiap pasangan perlu ada rasa cinta dan nafsu untuk menggalakkan persenyawaan benih.

Pengaruh faktor emosi ini biasa terjadi kepada pasangan yang telah lama berkahwin. Kebiasaannya salah seorang pasangan hanya ada cinta atau hanya ada nafsu sahaja. Kehadiran cinta dan nafsu dipengaruhi oleh tenaga pada organ pembiakan itu sendiri. Organ pembiakan mempunyai sukatan panjang gelombang pada julat 601 hingga 729 nanometer mempengaruhi pengaruhi psikologi nafsu, keinginan, kelapangan dan keghairahan.

Faktor emosi adalah faktor utama punca kemandulan. Selain ketiadaan perasaan cinta dan nafsu, rasa tanggungjawab yang berlebihan juga faktor utama. Walaupun tanggungjawab itu perlu, tetapi ia tidak sesuai digunakan bagi tujuan hubungan intim.

Faktor Mental


Pasangan yang merancang keluarga akan set kan mindanya untuk tidak bersedia menerima anak. Oleh itu, tubuhnya akan berada dalam keadaan tidak dapat menyediakan ruang untuk kesuburan.

Mereka yang pernah cuba untuk merancang anak, perlu baiki mindanya dengan cara persiapan minda juga supaya dapat peluang untuk mendapatkan anak.

Faktor Fizikal


Walaupun isteri mendapat kitaran haid yang seperti biasa, tetapi disebabkan fallopian tubes terhimpit oleh usus, maka ia tidak dapat dilepaskan ke dalam rahim untuk disenyawakan.

Antara tanda fallopian tubes terhimpit ialah tempoh haid yang tidak seragam, haid lewat atau terlalu cepat. Antara tanda lain ialah masalah usus yang lemah hingga tandanya boleh dilihat melalui perut yang buncit.
Gambarajah di atas (kiri) menunjukkan usus yang jatuh (prolapsed) hingga menimpa rahim. Gambar kanan ialah usus yang normal.
Kedua ialah dengan berbaring, angkatkan kaki dan rapatkan paha ke perut. Terdapat beberapa variasi untuk mencapai tujuan tertentu. Mulakan dengan cara yang ringan iaitu dengan mengangkat separuh ke dada yang terdaya, mulakan ulangan 5 tubi setiap hari. Kemudian tingkatkan kepada 10 tubi setiap hari. Kedua-dua senaman ini boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu mencuri waktu lapang anda dengan cara dilakukan pada waktu pagi selepas bangun dari tidur, di atas katil. Cuma 10 minit untuk menghabiskannya, insya Allah ia amat berkesan.

Satu lagi petua ialah, amalkan bangkit dari pembaringan (bangun dari tidur) tanpa menongkat tangan.

Sebenarnya banyak jenis senaman dapat dilakukan, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Pastikan anda bersenam dalam keadaan yang ceria dan tenang dari tekanan perasaan.

Hukum Keseimbangan

Apabila sperm dan ovum bertemu, hanya sperm yang seimbang pemikiran, cinta dan nafsunya akan resonan dengan ovum. Resonan ini akan mengalirkan vibration yang dapat memberi isyarat agar ovum membuka pintu membran selnya supaya dapat ditembusi oleh kepala sperm yang membawa kromosom untuk disenyawakan.

Seperti rajah di bawah, teori yang menyatakan sperm pertama sampai dahulu akan tersenyawa dahulu adalah fakta yang salah.
Sebenarnya ovum hanya akan membuka membran plasma (dinding ovam) kepada sperm yang sama dengan vibrationnya.
Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)

Walaupun kaedah ini menunjukkan kejayaan yang tinggi, namun ia berjaya kerana wujud "paksaan" dan ketidakredhaan.

Apabila persenyawaan berlaku iaitu dimulai dengan pembukaan membran plasma (dinding ovum), satu gelombang pada frekuensi 380 nanometer iaitu menyamai dengan gelombang bahagian thalamus dan warna pink akan terpancar untuk membuka membran plasma yang akan membenarkan sperm menembusinya.

Tetapi dengan kaedah "Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)" atau persenyawaan paksaan, pancaran pink tidak berlaku. Akibatanya ialah bayi kemungkinan lemah bahagian Thalamus CL3 yang menjaga kasih sayang. Kekuatan Thalamus pada bayi dalam kandungan penting sebagai pencetus isyarat penghubung antara bayi dan ibu serta bapa melalui medium getaran kasih sayang. Kemungkinan kasih sayang antara ibu dan bapa terhadap anak melalui rasa kecintaan tidak sekuat berbanding dengan anak yang terbentuk melalui kaedah semula jadi (yang mendapat pancaran pink semula jadi).

Bayi yang akan lahir yang berada dalam keadaan lemah Thalamusnya kemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda seperti ADHD, kurang penghayatan, tidak menghargai orang lain, mensensasikan cerita ketika berbicara, tidak menghormati hak orang lain dan pada peringkat yang lebih teruk ialah mudah menipu dan mencuri.

Sila lihat tayangan proses ICSI di bawah. Hampir kesemua proses ICSI menunjukkan satu sperm yang cuba hendak disuntik ke dalam ovum akan berenang menjauhi ovum terlebih dahulu. Sebenarnya sperm perlu meneutralkan caj nya di bahagian permukaan dinding ovom sebelum boleh menembusinya. ICSI telah memaksa sperm masuk ke ovum tanpa peneutralan caj antara kepala sperm dengan dinding ovum.


Rawatan Kemandulan

Semua pesakit perlu menjalani sesi diagnosis bagi mengenalpasti punca kesukaran mendapatkan zuriat.

Kombinasi formula CL yang diambil mengikut keperluan juga mampu membantu. Jadual di bawah menunjukkan hubungan sesuatu organ yang diwakili formula CL terhadap keperluan untuk mengatasi masalah mandul / kemandulan.
ORGANKEPERLUAN LELAKIKEPERLUAN WANITA
CL1 KelenjarPinealBersemangat / tenaga keseluruhan
CL2 KelenjarPitutary
Cekap / matang
CL3 ThalamusMembantu rasa lebih memahami dan bertanggung jawabMembantu kecintaan dan kasih sayang terhadap suami
CL4 HipothalamusTumpuan ketika "bersama"
CL5 Kawalan Biotik
Memberi keceriaan
CL6
Sinus
Membantu deria nafsu dan rangsangan tarikan dan kemahuan suami
CL7 Kawalan Suhu
Membantu deria nafsu dan kemahuan isteri
CL8 Medulla Ablongata

CL9
Tyroid
Metabolisma pergerakan sperm, mencegah sperm terperangkap di pundi kencing Metabolisma pergerakan ovum, mencegah penempelan zigot di fallopian tube
CL10 Paru-Paru
Membantu deria nafsu dan kelapangan
CL11 JantungSukacita dan membantu kecintaan terhadap isteri, membantu ereksi sempurna
CL12 Hati, Perut, Limpa

CL13 Buah PinggangKawalan elektrik sensasi / klimaks, mematangkan sperm Kawalan elektrik sensasi / klimaks, menyelaraskan kedudukan ovum
CL14 Hempedu

CL15 Pankreas

CL16
Ovari, Testis
Keupayaan penghasilan spermKeupayaan penghasilan ovum. Menguatkan rahim, menyediakan dinding rahim yang kukuh
CL17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Tenaga batin suami. Menguatkan zakar, ereksi (ketegangan zakar) sempurnaTenaga batin isteri.
CL18
Darah, Otot
Menguatkan otot zakar, membantu pengaliran darah sempurna untuk memaksimumkan ereksiMenguatkan otot faraj
CL19
Usus, Apandiks
Mengatasi masalah buncit yang mengganggu prostat dan punca "cepat kalah"
Mengatasi masalah usus prolapsed (usus jatuh) yang mengganggu rahim
CL20 Tulang, SarafMeningkatkan sensitiviti saraf alat kelaminMeningkatkan sensitiviti saraf alat kelamin
Ruang kosong yang tidak ditulis adalah organ yang tidak terlibat secara langsung terhadap keperluan untuk merawat masalah kemandulan.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Kajian Penyembuhan Penyakit

Keupayaan kaedah rawatan termoden Attitude Therapy sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji. Tahap penyakit dibahagikan kepada tiga keadaan mengikut definisi seperti berikut:

Penyakit Biasa

Penyakit biasa ialah keadaan kelemahan biasa sesuatu organ. Biasanya organ yang lemah ini terjadi secara sementara dan bertukar-tukar tempat. Pertukaran tempat penyakit atau organ yang lemah di dalam tubuh dipanggil "Perubahan tenaga bertekanan rendah".

Kaedah terbaik untuk mengatasi masalah perubahan tenaga bertekanan rendah ialah dengan menyediakan satu set lengkap bermula dari CL1 hingga ke CL20 yang mengandungi 20 botol CL.

Setiap hari tenaga bertekanan rendah akan didiagnos supaya pengambilan CL dapat diambil tepat mengikut keperluan organ yang mengalami tenaga bertekanan rendah.

Penyakit Kronik

Sebahagian besar pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan Attitude Therapy ialah pesakit yang mengalami masalah penyakit kronik. Penyakit kronik ialah penyakit yang telah lama dihidapi atau keadaan sesuatu penyakit yang berlanjutan melebihi sekurang-kurangnya dua bulan.

Tempoh merawat penyakit kronik adalah sangat unik bagi setiap pesakit. Tempoh penyembuhan penyakit kronik adalah antara 2 minggu ke 6 bulan. Amat jarang terjadi pesakit yang sembuh selepas enam bulan.

Terdapat beberapa pesakit kronik yang pulih setelah 6 bulan disebabkan kegagalan mematuhi disiplin nasihat yang diberikan. Antara faktor gangguan proses rawatan ini adalah disebabkan tabiat pengambilan diet yang masih belum dapat diimbangkan. Misalnya seseorang pesakit amat suka mengambil segelas susu setiap hari atau tidak dapat menahan diri daripada mengambil minuman bergas.

Terdapat keadaan penyakit yang kehilangan simptom (kehidupan kembali normal) tetapi secara fizikal masih disahkan sakit seperti HIV (masih positif) dan Talesemia (HB sifar). Keadaan ini terjadi disebabkan oleh faktor "masa". Walaupun jisim belum terbentuk sebenuhnya, tetapi dengan adanya "masa" maka seseorang pesakit masih dapat menjalani hidup seperti normal. Adalah sesuatu yang dianggap "pelik" seorang pesakit Talesemia yang hemoglobinnya menghampiri angka sifar masih hidup, ketawa dan aktif seperti kanak-kanak normal. Dengan fenomena ini, kami mengkategorikan HB sifar tersebut sebagai HB sifar aktif. Manakala HIV positif dikategorikan sebagai HIV positif pasif.

Dengan kategori yang diberikan, maka kebuntuan terhadap keunikan rawatan Attitude Therapy sebagai ikhtiar penyembuhan penyakit telah dapat dijelaskan secara saintifik.

Penyakit Kritikal

Penyakit kritikal ialah keadaan penyakit yang tahap keterukannya amat tinggi. Contoh penyakit kritikal ialah pesakit kronik yang mengalami serangan mengejut akibat kelemahan sesuatu organ pada tahap bawah paras normal atau kegagalan fungsi organ. Misalnya pesakit diabetes (kronik) yang tiba-tiba pengsan disebabkan kehilangan tenaga yang berpunca daripada kegagalan pankreas mencernakan gula.

Lazimnya penyakit kritikal ialah mereka yang mengalami kemalangan, kecederaan parah, kejutan akibat kemalangan atau kecederaan. Pesakit lelah (paru-paru kronik) yang tiba-tiba diserang sesak nafas (jantung kritikal) ialah contoh penyakit kritikal. Antara contoh lain ialah lelah (jantung kritikal) akibat batu hempedu yang telah menyebabkan hempedu menjadi sangat lemah.

Berikut ialah jadual perbandingan tempoh rawatan bagi setiap katagori penyakit.
BiasaKronikKritikal
TEMPOH
1 ke 3 hari-Kelegaan untuk hari pertama, kemungkinan penyakit / simptom berulang pada hari berikut-Kelegaan kesakitan, lena tidur, perasaan tenteram. 60% pesakit kronik masih ada simptom pada hari kedua-Kelagaan serta merta, penyakit tidak berulang lagi
1 minggu-Proses rawatan
-Penyakit berkurang.
-Kemungkinan berlaku penyembuhan.
-Proses rawatan.
-Kelegaan berterusan, penyakit dan simptom berkurangan
-Kemungkinan berlaku penyembuhan
-Amat jarang penyakit kritikal berulang atau berlanjutan selepas seminggu, kecuali jika sedang nazak
2 minggu-Kemungkinan simptom dan kelegaan datang dengan berselang seli
-Kemungkinan berlaku penyembuhan
-Proses rawatan.
Simptom dan kelegaan datang berselang seli
-Kemungkinan berlaku penyembuhan
1 bulan-Amat jarang penyakit biasa berulang selepas 2 minggu-Simptom dan kelegaan datang berselang seli
-Kemungkinan berlaku penyembuhan
2 bulan-Proses rawatan
-Kemungkinan berlaku penyembuhan
6 bulan-Kemungkinan berlaku penyembuhan semula jadi
1 tahun-Jarang terdapat pesakit yang masih belum sembuh setelah 6 bulan
-Terdapat beberapa pesakit kronik yang pulih setelah 6 bulan disebabkan kegagalan mematuhi disiplin nasihat yang diberikan
-Terdapat keadaan penyakit yang kehilangan simptom (kehidupan kembali normal) tetapi secara fizikal masih disahkan sakit seperti HIV (masih positif) dan Talesemia (HB sifar)


Fenomena penyakit atau simptom berulang

Selepas mendapat rawatan pertama, hampir kesemua pesakit akan mendapat kesan kelegaan serta merta. Terdapat 60% pesakit kronik yang masih merasai kesan sakit atau simptom pada hari kedua rawatan.

Setelah tempoh tertentu, pesakit akan pulih sepenuhnya, tetapi simptom akan kembali berulang. Apabila simptom datang semula, kebanyakan pesakit menjadi panik dan menganggap penyakitnya berulang kembali. Hakikat sebenarnya tahap kesihatan atau keadaan penyakitnya telah jauh lebih baik berbanding sebelum menjalani rawatan. Pesakit penjadi panik kerana rasa sakit yang dialami adalah sama seperti sebelum mendapatkan rawatan. Rasa sakit sebenarnya adalah sama walaupun keadaan penyakit telah berubah.

Sesuatu yang menarik ialah kekerapan simptom berulang akan semakin menjauh. Ia dapat digambarkan seperti rajah di bawah
Rajah di atas menunjukkan sebuah kalendar. Tanda merah menunjukkan serangan sebelum rawatan, tanda hitam ialah hari mendapatkan rawatan pertama dan tanda biru menunjukkan simptom berulang selepas rawatan.

Kita akan dapati simptom masih terus berlaku walaupun setelah mengambil rawatan. Pesakit akan mengadu atau berhenti merawat setelah enam bulan rawatan. Kemudian simptom masih berlaku lagi. Jika ditelili, sebenarnya walaupun serangan masih berlaku dan keadaan ketika serangan berlaku kelihatan sama seperti sebelum rawatan, hakikat sebenarnya keaadan telah jauh lebih baik berbanding sebelum rawatan. Rasa gangguan ketika serangan tidak dapat disukat oleh pesakit, oleh itu pesakit akan mendakwa masih sakit walaupun setelah mendapatkan rawatan.

Setelah enam bulan merawat (jika mengambil rawatan berterusan), lihat pada bulan Ogos, pesakit akan rasa seperti telah sembuh. Kemudian tanpa duga pesakit diserang lagi pada awal bulan September. Ketika itu, sesetengah pesakit beranggapan bahawa dirinya tidak mendapat rawatan Attitude Therapy sepenuhnya. Pada tahun berikutnya, pesakit akan mendapat serangan tetapi dengan kekerapan sekali atau dua kali setahun.

Kemudian pesakit akan sembuh sepenuhnya hingga kemungkinan penyakit atau simptom tersebut berulang menjadi sifar.

Kajian ini adalah contoh yang telah dikaji terhadap pesakit epilepsi. Tetapi bagi penyakit lain, pola rajah adalah sama tetapi tempohnya berbeza iaitu sama ada panjang atau pendek.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

CL untuk penyakit kronik

Penyakit kronik ialah istilah yang dicedok daripada penggunaan oleh rawatan klasik (allopathic) untuk menggambarkan tahap keterukan penyakit yang tinggi yang dialami dalam tempoh masa yang lama atau sekurang-kurangnya setelah melebihi dua bulan.

Penyakit kritikal ialah tahap keterukan penyakit yang tinggi yang tahap peningkatan keterukannya berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Biasanya kritikal terjadi dalam bentuk kejutan, kemalangan, keracunan dan kecederaan. Penyakit kronik juga boleh menjadi kritikal jika secara tiba-tiba penyakit yang dibawa mengundang serangan mengejut, teruk dan berlaku secara mendadak. Kesemua penyakit kritikal boleh meninggalkan kesan trauma.

Attitude Therapy mengklasifikasikan penyakit kronik sebagai penyakit yang telah lama dialami kerana ia akan dirujuk mengikut keperluan rawatan. Kaedah dan keperluan rawatan penyakit kronik berbeza dengan penyakit kritikal. Penyakit kritikal akan dirawat punca atau sistem utama tubuh yang berkaitan dengan punca kritikal terjadi. Penyakit kronik terus boleh dirawat organ yang berkaitan. Dos dan kaedah pengambilan formula juga berbeza antara kronik dan kritikal.

Berikut ialah senarai penyakit kronik mengikut organ yang dilabelkan cadangan formula CL
ORGAN TERLIBATPENYAKIT KRONIK
CL1 Kelenjar PinealDelusi
Halusinasi
Kejutan kemalangan (trauma)
Schizophrenia (skizofrenia)
CL2 Kelenjar PitutaryEpilepsi
Amnesia (nyanyuk)
Dimentia (keliru)
Afasia (lembab)
Parkinson
Kerdil (rencatan tumbesaran)
Gigantic (lebihan tumbesaran)
CL3 ThalamusMigrain
Ketagihan (tembakau, alkohol, seks, narkotik)
Sering mencuri
Sering menipu
Kurang siuman (cara berkata-kata yang bodoh)
Sawan tangis
CL4 HipothalamusImsonia (sukar tidur)
Kanak-kanak marah dan menangis
CL5 Kawalan BiotikGangrene (melecur atau hangus)
Kudis berlanjutan
Kulit sensitif / masalah kulit berlanjutan
CL6
Sinus
Polyps (bengkak dalam hidung)
Hyposmia (lemah / hilang deria bau)
Resdung berlanjutan
CL7 Kawalan SuhuPekak / gangguan pendengaran
Sakit gusi
Mata kering
CL8 Medulla OblongataKerasukan
Gemuruh / berdebar jantung
Loya / kerap muntah
CL9
Tyroid
Hipotyroid
Rubella (kelenjar limfa leher membengkak)
Goiter (beguk)
Hilang suara / suara serak basah / rosak
Obesiti / kegemukan
Tubuh kanak-kanak kecil (tetapi bukan kerdil)
Sendawa tidak terkawal
CL10 Paru-ParuLelah / asma / sesak nafas
Air liur mengalir berlebihan
Mocopurulent bronchitis (suka meludah)
Batuk, pneumonia / tubercolosis / bronchitis
Kehadiran pertumbuhan di paru-paru
Barah payu dara
Bengis / samseng
CL11 JantungCoronary (sakit jantung / jantung berlubang)
Angina pactoris (kurang oksigen)
Tersedak ketika makan / ketawa / terkejut
Sesak nafas yang berpeluh dan pening
CL12 Hati, Perut, LimpaGastrik /sakit di ulu hati di bawah dada.
Hepatitis A/B, Jaundice / sakit kuning.
Biliary atresia (saluran hati tersumbat / gagal)
Sindrom reye (fungsi herper merosot)
Stenosis piloric (saluran perut mengecil)
Ulser (luka / jangkitan dalam perut)
Lymphoma (darah putih bermasalah / simptom seperti gout / gangguan paranoid)
CL13 Buah PinggangGlomerulonephritis (jangkitan kuman / saluran darah Glomeruli (dalam buah pinggang melecet dan menyebabkan kencing berdarah)
Pelbagai masalah berkaitan prostat (masalah kencing)
Kencing malam (tanpa sedar / terlewat sedar ketika sedang tidur)
Batu karang
CL14 HempeduGatal-gatal pada kulit / ekzema (eczema)
Bilirubin (kesan sakit kuning / jaundice)
Panau / kayap / kurap
Batu hempedu
Campak
Cacar air
Ketuat / kutil / jerawat / masalah kulit
CL15 PankreasDiabetes (kencing manis)
Peluh perlebihan
Perut buncit
Gastrik
Sifat iri hati, dengki, cemburu, khianat
CL16
Ovari, Testis
Lelaki lembut
Menopos awal
Mati pucuk (andropouse)
Bilangan sperm lelaki berkurang (kemandulan)
Hernia / burut (angin pasang)
Masalah / kesakitan berkaitan haid
Zigot sukar melekat (keguguran)
Telur sukar disenyawakan (kemandulan)
CL17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Lemah tenaga batin
Lambat atau tidak boleh ejakulasi (ejaculation) /lemas ketika hubungan intim.
Masalah ketegangan (erection) zakar / kerandut buah zakar yang rosak /cedera
Tempoh ketegangan (erection) zakar yang singkat
CL18
Darah, Otot
Berlebihan/ kekurangan hemoglobin / anemia
Tekanan darah tinggi / rendah / tidak normal
Kepekatan darah tidak normal. (Hipercalsemia /Hipocalsemia).
Darah tersekat / lemah / bahagian tengkuk.
Lebam / berdarah / purpura (ecchymosis).
Urat saraf betis membengkak
Leukemia (kanser darah)
Pendarahan dalaman / keadaan mudah berdarah.
Semua penyakit tentang darah.
Pendarahan / kekurangan enzim G6PD.
Hemophilia (masalah pembekuan darah).
CL19
Usus, Apandiks
Apendiks(appendix)
Hernia pusat
Sembelit
Buasir
Pendarahan semasa buang air besar
Usus kanak-kanak tersumbat
CL20 Tulang, SarafRadang sendi
Sakit tulang belakang yang meningkat.
Masalah reput tulang / osteoporosis.
Gaut / pirai / kejang / sakit mencucuk tulang tumit.Leukemia.
Meningitis (serangan kuman di selaput otak).


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Organ dan Pembelajaran

Pembelajaran tidak perlu bergantung kepada neuron "ingatan" yang hanya berfungsi sebagi penyimpan maklumat kerana pembelajaran tidak perlu melibatkan penyusunan semula maklumat memandangkan segala maklumat telah tersedia ada melalui pengalaman terdahulu yang telah lama wujud.

Kemampuan otak sebenarnya tidak terbatas kerana semua maklumat alam ini telah pun dirakam di dalam maklumat sel DNA

Pembelajaran juga merupakan alat utama bagi pengubahsuaian tingkah laku dan kemajuan sosial.

Rawatan yang akan menghasilkan kesan-kesan pengalaman yang jelas dirasai perubahan demi perubahan.

Perlu diingat bahawa daya ingatan dan emosi dua perkara yang amat berasingan dalam proses pembelajaran.

Pembelajaran hanya perlu melalui proses pencetus yang tidak perlu bersusah payah untuk melatih otak mengingat.

Pembelajaran merupakan suatu proses yang bebas dan melalui pengubahsuaian dari masa ke semasa.

Sehingga hari ini pencapaian mengkaji kekuatan daya ingatan masih di luar kemampuan kita.

Kesimpulan daripada keterangan di atas, bermaksud seluruh organ terlibat dalam proses pembelajaran. Jadual di bawah, menunjukkan hubungan antara organ dan peranannya dalam proses pembelajaran.
ORGANPSIKOLOGIKETERANGAN
CL1 
Kelenjar Pineal
Kecergasan rohani / ilhamMotivasi diri secara semula jadi, merangsang otak, pencetus ilham, meningkatkan keyakinan, memulihkan semangat
CL2 
Kelenjar Pitutary
Daya ingatan / keremajaanPembina sel otak untuk pemikiran, kreatif / idea, kekuatan daya ingatan, membantu mereka yang banyak berfikir atau kerja mengingat yang banyak, bijak / kepetahan
CL3 ThalamusRenjatan emosi / kecintaanTahap pemikiran yang tinggi, gerak balas kepada tekanan jiwa, membantu kerungsingan atau tekanan perasaan, menstabilkan jiwa yang tidak tenang, meredakan perasaan marah atau dendam
CL4 HipothalamusTumpuan/ penerimaanBerkebolehan memotivasikan diri sendiri, daya tumpuan belajar, menambah sifat ingin tahu, rasional dan bijaksana, kematangan, mencetuskan idea,meningkatkan daya kreatif, penyelesaian yang menyeluruh, meningkatkan kecergasan, menjadi pemerhati yang baik, kognitif peringkat tinggi
CL5 
Kawalan Biotik
Kecenderungan/ keceriaanMerangsang perasaan gembira dan tenteram semula jadi, menghilangkan rasa bosan, mengawal serangan bakteria, menguatkan semangat sebelum menziarahi kematian, pertahanan tubuh
CL6
Sinus
Naluri/ kedamaianCitarasa, mengawal lapar dan dahaga, daya pendorong cita-cita, meningkatkan kesedaran diri, membangkitkan kepuasan
CL7 
Kawalan Suhu
Kecergasan/ pengamatanMinda menjadi sensitif, peka terhadap tindak balas segala bentuk bunyi bunyian yang baik dapat didengari, bunyi-bunyian yang tersusun indah dan resonan akan dapat meningkatkan moral diri setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian
CL8 
Medulla Oblongata
Keseimbangan Perasaan riang dan tenteram, mengawal tekanan fikiran, kelemahan di bahagian ini akan meningkatkan debaran jantung CL11 dan kitaran darah CL18 yangmengawal kekeliruan
CL9
Tyroid
Perhubungan/ pengucapanMeningkatkan sel-sel otak dan menambah aktiviti pengaliran elektrik pada otak
CL10 
Paru-Paru
Perasaan/ hasratPerasaan, penghayatan dan menjiwai ilmu
CL11 
Jantung
Ragam/ pertemuanPenyerapan ilmu, mengawal bebanan derita atau cabaran berfikir
CL12 
Hati, Perut, Limpa
Pengharapan/ daya ciptaTenaga berfikir kreatif, pusat pemikiran sedar, penghayatan dalam belajar. Makan terlalu banyak kolestrol akan melemahkan tenaga berfikir
CL13 
Buah Pinggang
Gerakbalas / bertenaga / ketenanganKeupayaan untuk berdaya fikir
CL14 HempeduKetaatan/ keikhlasanPemikiran tajam
CL15 PankreasPrihatin / simpatiBerfikir mengenai diri orang lain, menghargai orang lain, ramah, menghayati diri orang lain. Kelemahan di bahagian ini akan mengakibatkan seseorang mudah mengumpat, cemburu, iri hati, hasad, khianat
CL16 
Ovari, Testis
Kesabaran / suci / kejelitaanBertimbangrasa, sabar, memahami. Kelemahan di bahagian ini akan mengakibatkan perasaan gelojoh, terburu-buru, mengambil jalan pintas
CL17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Asmara / kemanjaanBertanggungjawab, mengambil tahu / ambil peduli. Kelemahan di bahagian ini menyebabkan seseorang menjadi pasif
CL18
Darah, Otot
KeberanianMengawal kebimbangan, kekhuatiran, takut. Berani mencuba, menegakkan kebenaran, hasil kemas.
CL19
Usus, Apandiks
Keyakinan / cergasKeyakinan tinggi. Kelemahan di bahagian ini akan menyebabkan ketakutan luarbiasa, phobia, terperanjat, rasa kaku
CL20 
Tulang, Saraf
Ketabahan / istirehatKesanggupan, menghilangkan keresahan dan angan-angan kosong, bersegera. Kelemahan di bahagian ini akan menjadikan seseorang suka menangguhkan kerja
Keindahan rupa wajah dan tubuh manusia ialah hasil pemikiran penyeluruh organ tubuh badan manusia ke arah yang memberikan kesan yang bermanfaat. Pemikiran ini menjadikan manusia semakin maju. Orang yang berfikir untuk kebaikan akan terpancar seri di wajahnya.

Sesiapa yang mendakwa bahawa hanya otak sahaja yang berfikir, maka amat hodohlah rupa bentuk manusia (saya tidak tergamak menunjukkan gambarnya disini). Begitu juga perkembangan dirinya akan menjadi kuno, singkat umurnya dan buruk akhlaknya kerana otak hanya menghasilkan idea logik semata-mata.

Emotional Quotient EQ

Ramai yang masih berteori tentang cara untuk meningkatkan EQ. Tetapi Attitude Therapy melalui kajian dan pemahaman kaitan antara organ dan pembelajaran telah menghasilkan formula khas yang dinamakan Formula JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) untuk mempertenagakan organ-organ deria supaya dapat mengoptimumkan keupayaan belajar.

[Gambar JERI]

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Jumaat, 21 September 2007

Ramadhan

Kehebatan bulan Ramadhan berbanding bulan yang lain ialah tekanan pada bulan ini amat tinggi. Pada bulan ini frekuensi tenaga bunga untuk dibeamkan kepada formula-formula Attitude Therapy dirakam semula. Pada bulan ini penyakit yang telah lama terpendam dan memakan diri secara senyap, boleh dibongkarkan dengan drastiknya. Pada bulan ini juga penyakit dasar iaitu penyakit yang berkaitan dengan darah, saraf dan tulang yang sukar dirawat, menjadi mudah resonan dan serasi dengan kaedah perawatan Attitude Therapy.
Keracunan Makanan

Masalah cirit birit pada bulan Ramadan banyak berlaku. Masalah ini bukan disebabkan pembongkaran, sebaliknya disebabkan oleh keracunan makanan atau makanan basi yang disimpan semalaman untuk bersahur.

Untuk mengatasi masalah ini, beberapa petua diperturunkan, antaranya;
  • Masak makanan baru, tidak perlu simpan makanan berbuka untuk dimakan bersahur.

  • Jika ingin menyimpan makan, elakkan daripada disentuh dengan tangan atau sudu yang tersentuh dengan tangan.

  • Elakkan makanan yang disimpan daripada terrenjis air tangan.
Pembongkaran


Berikut ialah antara kesan pembongkaran yang mungkin berlaku merujuk keadaan kelemahan semasa, serta kesan yang menyihatkan sekiranya puasa dapat dijalankan dengan sempurna pada bulan Ramadan;
KEADAAN
SEMASA
ORGAN
TERLIBAT
KESAN TEKANAN
(PEMBONGKARAN)
SELEPAS RAMADAN
Lesu, tiada moodCL1 Kelenjar PinealSakit pada keseluruhan badanKuat semangat, berkeyakinan
Pelupa, kelam kabutCL2 Kelenjar PitutaryLenguh, kejangKuat daya ingatan
Trauma emosi, menipu, mencuriCL3 ThalamusKebasPenghayatan tinggi, kasih sayang, memahami
Imsonia, hilang tumpuan, gangguan tidurCL4 HipothalamusSembelitLena pada tahap delta
Alahan, kebosananCL5 Kawalan BiotikDingin SeksualCeria, alahan kebengkakan pulih
Resdung, sinusCL6SinusSelsema, dingin seksualDamai di waktu pagi
Demam, suhu tidak seimbang, telinga, mulutCL7 Kawalan SuhuDemam, dingin seksual, kesejukkanTenang di waktu petang
Keliru, tekanan perasaanCL8 Medulla OblongataKeliru, murungTenteram di waktu tengah hari
Kahak, gatal tekak, kehausanCL9
Tyroid
Payau, masin, pahit, masam, batukSelera makan mulai ada dan terkawal
Sesak nafas, batuk, perokokCL10 Paru-ParuBatuk, air liur banyakPuas menarik nafas
Mengah, risau, panikCL11 JantungDenyutan nadi capatHilang dukacita, badan rasa ringan
Keliru, was-was, hepatetis, kolestrolCL12 Hati, Perut, LimpaHilang selara makan tatapi bernafsu tinggi terhadap makanan tinggi proteinKulit cerah, hilang rabun
Stress, kerap kencingCL13 Buah PinggangKeletihanKekuatan mental
Masalah kulitCL14 HempeduCepat laparKekuatan emosi
Pedih perut, gasCL15 PankreasCepat dahaga, cirit biritKekuatan emosi
Hyposeks, hiper seks, dingin seks, herniaCL16
Ovari, Testis
Tidak dapat kawal klimaks, tidak subur, masalah haidHernia hilang, penyabar, kurang marah
Lemah tenaga batin, prostatCL17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Hilang keinginan seksual, kurang ereksiDeria seksual sensitif
Kebas, darah tinggi, leukimiaCL18
Darah, Otot
Rasa mengantuk, berat kepala, peningBerkuderat, bibir dan gusi pink, kulit muka cerah, kebengkakan pulih, pendarahan pulih
Cirit-birit, buasir, sembelitCL19
Usus, Apandiks
Tidak rasa ingin buang air besar, berak berdarahTidur lena ke tahap delta
Kejang, kesakitan, hilang deria rasa, sentuhanCL20 Tulang, SarafRuam, sakit lutut atau sendi, bangun pagi lesu, percakapan dan pergerakan tidak lancarDeria sentuhan pulih

Akibat daripada kesan pembongkaran ini, kemungkinan untuk mendapat masalah cirit birit mudah terjadi disebabkan tubuh badan yang lemah, tinggi kolestrol atau biasa mengamalkan makanan yang berlemak sewaktu sebelum bulan Ramadhan.

Penyakit Dasar

Antara penyakit dasar yang sukar dirawat pada bulan-bulan yang lain sebaliknya amat resonan dirawat pada bulan Ramadhan ialah penyakit berkaitan dengan darah dan tulang. Antaranya ialah seperti;

G6PD (keguguran rambut berkurang dan antibody menjadi kuat pada bulan Ramadhan)

Telessemia (tubuh masih bertenaga pada bulan Ramadhan walaupun tahap hemoglobin sangat rendah)

Osteoporosis (keresahan menjadi stabil dan tenteram pada bulan Ramadhan, kadar penyerapan kalsuim meningkat pada bulan Ramadan, penyingkiran urik asid menjadi cekap pada bulan Ramadhan)

Selain penyakit dasar yang dinyatakan tadi, terdapat juga beberapa penyakit dasar atau kronik yang lain juga mudah dirawat. Kebiasaannya tempoh rawatan mengambil masa antara 2 ke 6 bulan, tetapi pada bulan Ramadhan tempoh penyembuhan atau kelegaan mengambil masa beberapa minggu atau lebih singkat daripada tempoh rawatan pada bulan-bulan yang lain.

Tekanan tinggi

Antara sebab sesuatu penyakit dasar mudah sembuh pada bulan Ramadhan ialah kerana tekanan pada bulan Ramadhan amat tinggi. Antara perkara yang perlu diambil kira pada bulan yang tinggi tekanannya ialah;
  • Makanan tidak dapat dihadam pada waktu siang.
Memandangkan makan tidak dapat dihadam pada waktu siang akibat tekanan tinggi pada bulan Ramadhan, ia akan mengakibatkan kolestrol tepu mudah terbentuk dan mengganggu jantung dalam tempoh jangka panjang.
  • Tidur awal akan menyebabkan sakit kepala.
Tidur amat perlu pada waktu bertekanan rendah. Pada bulan Ramadan, tekanan rendah pada waktu malam tidak berlaku. Dengan melakukan sesuatu aktiviti, darah dapat naik ke bahagian otak. Sekiranya seseorang membanyakkan tidur, darah tidak dapat naik ke bahagaian otak dengan secukupnya. Akibatnya beberapa bahagian di korteks tidak menerima darah dengan baik dan kepala terasa sakit.
  • Tidur pada waktu qailulah akan memaksimumkan kadar penghadaman.
Ketika perut kosong, sistem penghadaman menjadi cekap dan kadar penyerapan makanan menjadi maksimum. Hampir semua mineral penting seperti kalsium dapat diserap dengan baik. Kadar penyerapan ini akan bertambah maksimum sekiranya kita dapat tidur sebentar pada waktu qailulah. Waktu qailulah ialah kira-kira sejam sebelum waktu Zohor.
  • Kurang bersujud pada waktu malam akan mengurangkan keupayaan otak.
Antara aktiviti yang terbaik supaya darah dapat naik ke otak ketika atmosfera bertekanan tinggi ialah dengan bersujud. Kurang bersujud pada waktu malam akan mengakibatkan keupayaan potensi otak seperti daya ingatan CL2, kreativiti CL3, tumpuan CL4, keceriaan CL5, kemahuan CL6, citarasa CL7, keseimbangan CL8.

Malam Lailatul Qadar
Sungguh banyak rahsia saintifik terhadap kajian malam Lailatul Qadar. Ia hanya boleh diperolehi oleh orang yang mencarinya. Pencarian adalah melibatkan ketinggian tahap Spiritual dan dekatnya diri kepada Allah. Pencarian fizikal dan mengikut akal logik tidak mungkin dapat menemuinya.

Pada malam ini, tekanan berada pada tahap yang paling tinggi. Terdapat beberapa tanda dapat dirasai pada keesokan harinya salah satu ialah rasa seperti kesejukan pada waktu malamnya yang hanya dirasai pada keesokan paginya.

Malam ini ialah malam segala urusan manusia selama setahun akan diselaraskan. Sekiranya baik amalan seseorang pada malam tersebut, maka baiklah ketentuan dirinya dalam tempoh setahun yang akan datang. Penyusunan ketentuan ini tidak mungkin berlaku pada waktu yang tidak bertekanan tinggi.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)