SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 19 April 2009

Hambatan Masa

Tubuh yang sihat mempunyai tekanan tenaga yang tinggi di semua bahagian organ. Tenaga ini dapat dikenal pasti melalui persamaan lapisan warna terhadap organ seperti gambar rajah di bawah. Penyakit dapat dikesan melalui tenaga yang bertekanan rendah yang terdapat di sesuatu lapisan warna.

Kumpulan organ berdasarkan level tubuh
Perubahan tenaga bertekanan rendah
Gambar rajah di atas menunjukkan tubuh yang mengalami kebocoran warna atau juga disebut tekanan rendah. Cuba perhatikan pengaruh getaran tenaga warna diakibatkan oleh titik bertekanan rendah. Tekanan rendah ini yang akan memberikan tindak balas kelemahan otot tangan ketika ujian Applied Kinesiology dijalankan. Oleh itu, kaedah Applied Kinesiology akan menunjukkan organ yang lemah dan sihat melalui tindak balas terhadap tekanan tenaga yang tinggi dan rendah pada tubuh.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk kategori Applied Kinesiology dalam blog ini.
Kaedah rawatan yang terbaik untuk mengatasi sesuatu penyakit (tenaga bertekanan rendah / titik kelemahan) ialah dengan mengejar dan memberikan tenaga atau “masa” di bahagian organ yang lemah. Kaedah ini biasanya dikongsi atau dibincangkan oleh mana-mana pengamal perubatan alternatif yang mempunyai pengalaman yang lama sebagai seorang perawat. Kaedah ini digelar sebagai “Hambatan Masa”.

Bentuk Tenaga Tekanan Rendah

Tenaga yang bertekanan randah (penyakit) mempunyai sifat asas tenaga iaitu berkeupayaannya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dan mempunyai keadaan jisim yang berbeza.

Secara kimia, tenaga bertekanan rendah adalah bersifat nyah elektron (berasid), mempunyai pergerakan yang rawak (tidak tentu hala dan liar), mempunyai ikatan molekul yang menjarak (panas).

Sifat kimia ini menjadikan keadaan jisim tenaga bertekanan rendah boleh berubah-ubah kepada empat bentuk seperti berikut
  1. Pepejal
  2. Cecair
  3. Gas
  4. Plasma
Empat keadaan jisim

Jadual di bawah menunjukkan contoh keadaan jisim.

KEADAAN JISIM
KETERANGAN
PEPEJAL
Contoh keadaan pepejal adalah seperti batu karang, kristal gout, kanser, ketumbuhan, cyst dan sebagainya.
CECAIR
Contoh keadaan cecair adalah seperti penyakit pneumonia (paru-paru berair), biliari atarasia (perut berair), hidrocephalus (kepala membesar) atau sebagainya.
GAS
Contoh keadaan gas ialah seperti masalah ulser di perut yang menyebabkan sendawa sedu (sendawa pelik yang berturutan tanpa henti seolah-olah seperti sedu tetapi sedunya ialah sendawa). Biasanya wap tidak dapat dilihat kerana peringkat ini sungguh halus dan amat rawak. Tanda lain tenaga bertekanan rendah dalam bentuk wap ialah bersin, batuk, menguap dan tersedak.
PLASMA
Contoh keadaan plasma ialah seperti hadas angin. Semasa tidur, akan terbentuk gas-gas adi dalam keadaan plasma di bahagian rongga hidung.


Proses Hambatan Masa

Disebabkan titik bertekanan rendah sentiasa berubah tempat dari satu organ ke satu organ yang lain, maka sesuatu rawatan perlu kepada susulan untuk memberikan tenaga kepada mana-mana titik bertekanan rendah supaya tenaga bertekanan rendah dapat diberikan tenaga.

Tubuh yang mendapat tekanan tenaga yang tinggi akan kembali menjalankan fungsinya seperti biasa seperti berikut;
  1. Membina dan menumbuhkan sel dan tisu sesuatu organ.
  2. Merembeskan hormon dan enzim.
  3. Berkeupayaan menentang dan mengawal biotik atau antibiotik semula jadi.
  4. Nyah toksik, karbon dioksida atau berkumuh dengan sempurna.
  5. Berkeupayaan menghadamkan dan mencerna nutrien.
Hambatan masa atau dalam bahasa yang mudah ialah bertukar-tukar formula rawatan berdasarkan organ yang paling lemah ialah cara terbaik untuk merawat sesuatu penyakit sehingga sembuh sepenuhnya.

Oleh itu, sesuatu rawatan sama ada Attitude Therapy atau mana-mana rawatan alternatif yang berbentuk “mempertenagakan”, kaedah rawatan yang berbaik ialah rawatan yang mempunyai kekerapan bertukar formula rawatan yang tinggi. Semakin kerap rawatan ditukar dalam tempoh rawatan, maka semakin tinggi dan pantas peluang untuk sembuh.

Dalam kes ini, antara punca rawatan kepada pesakit Diabetes atau Penyakit Darah Tinggi yang tidak dapat sembuh sepenuhnya melalui rawatan klasik (rawatan hospital) adalah disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan yang sama dalam tempoh yang terlalu panjang tanpa ditukar atau melalui proses rawatan susulan yang kerap. Misalnya seseorang pesakit diabetes diberikan ubat pada kadar 500mg untuk bekalan sehingga temu janji seterusnya yang memakan masa hingga 6 bulan. Sedangkan rawatan alternatif akan membekalkan ubat untuk tempoh hingga 6 hari dan perlu mendapatkan rawatan susulan selepas tempoh tersebut.

Kawalan Bentuk Masa

Semakin rawak dan semakin panas tenaga bertekanan rendah, maka semakin tinggi kepantasan untuk menghambat masa. Bermaksud semakin tingkat tempoh kekerapan untuk sesuatu ubat atau formula rawatan perlu ditukar.

Manakala semakin tinggi level pada tubuh manusia, maka semakin rawak dan rumit tekanan tenaga rendah yang perlu dihambat. Pada level spiritual, tenaga bertekanan rendah adalah sungguh rawak. Manakala pada level fizikal, tenaga bertekanan rendah mudah dihambat dan tidak mudah bergerak ke organ yang lain.

Graf di bawah menunjukkan tahap kekerapan berbanding dengan level dan bentuk jisim.

Gambaran kadar kekerapan level dan jisim


Kadar kekerapan hambatan berbanding level dan keadaan jisim


Kepungan Tekanan Rendah

Menghambat titik bertekanan rendah adalah cara yang memakan masa, rumit dan memerlukan kemahiran dan pengalaman yang luas untuk mencapai matlamat. Cara terbaik, pantas dan berkesan untuk menghambat titik bertekanan rendah ialah dengan mengepung dan mengenakan tekanan yang tinggi ke semua arah.

Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui teknologi rendaman ais atau kaedah rawatan Hidrotherapy Ice.
Hidrotherapy Ice mengepung tenaga bertekanan rendah
Dengan kaedah ini, seseorang pesakit perlu direndamkan ke dalam bathtub yang berisi ais dan air yang digunakan akan “dipertenagakan” dengan formula aromatherapy. Titik bertekanan rendah akan dapat dihuraikan pada peringkat plasma kemudian “dikondensasikan” daripada plasma kepada gas kepada cecair dan kepada pepejal. Proses yang betul dan resonan akan menunjukkan kesan tenaga yang bertekanan rendah ini nyah dari tubuh dalam bentuk cairan yang kotor, berbau busuk atau hanyir, berserbuk hitam atau seperti hampas tanah di dalam bathtub.

Kesan ini menunjukkan tenaga bertekanan rendah atau penyakit telah bertukar atau terzahir dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Setakat ini, kaedah ini sentiasa memberikan kejayaan dan keputusan yang resonan sejak diamalkan secara terbuka kepada umum atau konvensional oleh rawatan Attitude Therapy.

Petua Hambatan Masa

Tenaga bertekanan rendah sentiasa terikat dengan sesuatu amalan yang menghalang pengaliran keseimbangan tenaga tubuh. Antaranya ialah;

  1. Bersangka buruk terhadap sesuatu keadaan atau peristiwa. Merasa hampa dan mudah putus asa, suka mengatakan "mengapa diri jadi begini", "saya tidak minta dilahirkan begini" atau seumpamanya adalah termasuk dalam kategori ini.
  2. Pemikiran negatif terhadap sesuatu. Mempunyai sifat cerewet, suka mengeluh, iri hati, hasad, dendam adalah termasuk dalam kategori ini.
  3. Bernafsu dan berkeinginan yang tidak terkawal termasuk rasa ingin menunjukkan keinginan. Ketagihan adalah termasuk dalam kategori ini.
  4. Tamak, kedekut, takut mati atau takut miskin. Seseorang yang suka minta potongan harga ketika membeli tetapi orang yang sama ini juga meletakkan harga yang tinggi ketika menjual adalah termasuk dalam kategori ini.
Oleh itu, perkara yang disenaraikan ini haruslah cuba dirawat atau dielakkan. Antara cara terbaik untuk mengatasinya ialah

  1. Meningkatkan amal ibadat. Amal ibadat akan meningkatkan rasa keyakinan dan sangka yang baik terhadap Allah.
  2. Mengambil makanan yang halal dan suci (toyyibah). Halal dan suci adalah berbeza. Tidak semestinya sesuatu yang halal itu suci. Ada juga yang suci itu tidak selamat atau digelar “syubahah” misalnya kilang penyediaan air minuman yang mengikut peraturan kebersihan tetapi memasukkan bahan penahan dari sumber kimia yang menjejaskan kesihatan, maka minuman ini halal tetapi kesuciannya digelar “syubahah”. Makanan yang halal dan toyyib akan memastikan pemikiran seseorang itu positif.
  3. Secara umumnya nafsu yang dikawal oleh otak Hipothalamus ialah ketagihan terhadap rokok atau tembakau, arak atau alhohol, dadah dan seks. Melakukan amalan sunat seperti berpuasa atau sekurang-kurangnya mengurangkan makan (sila rujuk Petua Pengambilan Nutrien untuk maklumat lanjut)
    Mengamalkan solat malam atau sekurang-kurangnya kurangkan tidur berlebihan atau tidur dengan cara yang betul (sila rujuk post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan)
    Amalan ini adalah contoh amalan terbaik untuk mengatasi kelemahan otak Hipothalamus yang mengawal nafsu, keinginan, kebosanan. Oleh itu, nafsu dan keinginan tanpa batasan boleh diatasi.
  4. Mengeluarkan sedekah dan berzakat. Kita diwajibkan berusaha mencari rezeki, tetapi setiap yang diperoleh tidak ada kaitan dengan usaha yang dilakukan. Oleh itu, mengeluarkan sedekah dan berzakat akan menghapuskan sifat tamak, kedekut, rasa takut rugi atau sebagainya. Sifat ini adalah faktor kepada penyakit-penyakit di bahagian fizikal seperti usus, tulang, saraf, otot dan sistem darah.
Kesimpulan

Di sini dapatlah kita fahami kewajaran kekerapan rawatan berbentuk tenaga dipertingkatkan. Semakin kerap rawatan diambil atau pertukaran formula rawatan atau rawatan susulan dilakukan, maka semakin cepat proses penyembuhan akan berlaku, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Sabtu, 14 Mac 2009

Asas Tenaga Dan Fokus

Alam dan manusia merupakan suatu entiti yang saling mempunyai perhubungan di antara satu sama lain. Manusia sebenarnya ialah alam yang besar. Kita melihat semuanya di dalam suatu keseimbangan dari segi pergerakan dan peraturan yang sedemikian rupa itu. Namun kita pasti terfikir bagaimana alam yang terbina dengan planet, bintang, bumi dengan tumbuh-tumbuhan, air, api, tanah, angin dan sebagainya itu dapat mengekalkan keseimbangannya. Sudah pasti ada suatu tenaga yang “berserta” dengan segalanya itu terwujud sama ada kita sedar atau sebaliknya.

Tenaga yang dimaksudkan seharusnya sangat relevan dengan penciptaan alam semesta yang pada hari ini masih ramai pengkaji menemui kebuntuan di dalam mencari jawapan kerana tidak berpandukan kepada paksi agama dan keimanan sebagai teras kejiwaan dan penjana ilham keilmuan dan penemuan. Semua manusia yang sihat akal fikiran cuba mencari kekuatan bagi meneruskan kehidupan dan ketika itu sedarlah mereka bahawa sememangnya ada tenaga atau daya merealisasikan apa yang mereka bayangkan dan usahakan.

Secara umumnya suatu bentuk tenaga perlu diubah supaya ia dapat digunakan pada satu lagi peringkat. Apa juga jenis tenaga tidak boleh digunakan secara terus kecuali harus diubah melalui suatu proses sebelum dapat digunakan. Begitu juga dengan alam dan tubuh manusia. Kita memerlukan tenaga, dan di antara punca tenaga yang mudah didapati ialah pada makanan. Apabila ia masuk ke dalam tubuh, ia harus diubah bentuknya supaya menjadi suatu bahan (dihaluskan) (teori delution) sebelum ia dijadikan tenaga. Pada peringkat akhir, makanan telah berubah menjadi tenaga melalui suatu proses. Dan proses itu berulang-ulang semenjak seorang manusia itu lahir hinggalah saat kematiannya. Begitu juga dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Suatu proses penukaran tenaga pasti berlaku tanpa kelihatan untuk mengekalkan keseimbangannya.

Melihat kepada yang jauh, bagaimana pula planet mengekalkan keseimbangannya? Kita menyedari bahawa semua planet diaturkan untuk menjalani laluan atau pusingannya secara berulang-ulang sejak awal penciptaannya. Adakah kita melihat proses penukaran tenaga berlaku ketika matahari berputar mengelilingi bumi? Kita memahami dan menyedari bahawa ada daya graviti atau daya lain seperti yang pernah dijelaskan oleh para pengkaji sebelum ini. Namun beberapa persoalan yang tidak lagi terjawab ialah bagaimana daya atau tenaga itu diserap dan digunakan oleh planet-planet itu?

PEMUSATAN TENAGA

Tidak perlu melihat yang terlalu jauh, perhatikan kejadian yang dekat di sekeliling kita. Di dalam tubuh juga terdapat sel yang di dalamnya pula wujud nukleus dengan kesamaan keteraturannya pada planet-planet iaitu ion-ion yang berputar tanpa henti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh. Di situ kita melihat adanya suatu pemusatan iaitu pusat bagi tenaga itu kekal dan wujud tanpa dapat dilihat atau dikesan. Tanpa pemusatan atau penumpuan ke arah suatu titik (point) sudah pasti berlaku kepincangan pada elektron-elektron yang berputar di sekeliling proton dan neutron sebagai pusat nukleus. Maka sudah pasti kita dapat melihat bahawa pemusatan itu adalah tenaga yang cukup besar ertinya dalam membincangkan persoalan keseimbangan.

Kita menyedari bahawa di dalam nukleus terdapatnya sifat air yang memenuhi sel nukleus itu. Air sepertimana difahami memiliki sifat-sifat piramid yang dapat menyerap dan membebaskan tenaga. Oleh itu jelas kepada kita bahawa terdapatnya bentuk piramid di dalam satu nukleus iaitu apabila wujudnya air yang menyerap tenaga dan kemudian mengumpulkan tenaga sebagai mengekalkan keseimbangannya.

Tenaga yang diserap oleh air di dalam sel kemudiannya ditumpukan oleh sifat-sifat piramid maka terpancar atau terwujudlah suatu bentuk tenaga spektrum tujuh warna yang lengkap sebagai suatu bentuk keseimbangan paling kecil. Proses ini juga berlaku secara berulang-ulang dan cukup teratur bagi maksud mengekalkan keseimbangannya itu dan ia juga wujud sebagai suatu tenaga yang sentiasa bergetar pada frekuensi asalnya. Oleh itu kita dapat memahami bahawa apabila berlaku kepincangan ketika proses penyerapan tenaga berlaku maka sel akan terganggu dan tubuh juga akan mengalami apa yang kita katakan penyakit.

Perkaitan yang ingin dijelaskan di sini ialah bagaimana AT menemui rahsia keseimbangan tenaga adalah terhasil daripada sifat-sifat piramid (segi tiga) yang selama ini ia hanya dilihat wujud sebagai suatu struktur yang besar di Mesir, piramid kaca sebagai pemecah spektrum cahaya dan beberapa lagi jenis piramid yang diketahui.

RAHSIA PIRAMID

AT ingin menjelaskan bahawa semua tenaga adalah terbentuk melalui hukum tenaga piramid. Para pengkaji piramid mengakui bahawa di tengah-tengah piramid wujud suatu pemusatan tenaga yang sangat kuat. Berlaku penyerapan dan penumpuan tenaga yang mencipta keseimbangan di situ. Pusat bagi piramid juga dinamakan nukleus di mana pemusatan tenaga berlaku secara berterusan dan berulang-ulang di dalam frekuensi yang sama. Pemusatan tenaga yang berulang itulah yang mewujudkan tenaga yang tidak kelihatan dalam mana-mana ruang tetapi saling berkesinambungan atau bergetar serentak seterusnya mencapai keseimbangan dan tenaga itu dikenal pasti menghampiri frekuensi sifar yang sukar dikesan kecuali oleh deria yang kuat. Ketika itu wujud tenaga cahaya putih yang resonan dengan otak.

Cahaya putih yang dipancarkan menerusi piramid akan terserak kapada warna spektrum warna menurun meridian atau julat yang tertentu. Pada keadaan asal, warna-warna ini sebenarnya membentuk suatu keseimbangan. Segi tiga sebenarnya adalah lambang keseluruhan warna. Oleh yang demikian jika hilang “piramid” maka hilanglah tenaga keseimbangan. Inilah hukum alam semula jadi yang begitu rapi penciptaannya.

Namun suatu perkara yang pasti ialah faktor-faktor persekitaran piramid yang akan mempengaruhi kesan tenaga dalaman manusia. Piramid sebenarnya mewujudkan penyerapan tenaga persekitaran sebagai pengumpulan di tengah-tengahnya menjadi pemusatan dan penumpuan tenaga. Ia juga akan mengeluarkan tenaga yang berlebihan atau yang tidak diperlukan. Maka inilah yang dinamakan keseimbangan. Ia adalah hasil daripada daya “penumpuan” sebagai rahsia ilmu “penciptaan”.

Bandingkan piramid Giza yang terbina di Mesir. Tiada seorang pun yang dapat mengesahkan atau menemui jawapan sebenar tentang kewujudan piramid. Satu-satunya binaan yang tidak dapat dijelaskan apakah tujuan dan bagaimana ia dibina. Suatu yang jelas dapat dilihat ialah ia diletakkan di suatu kawasan yang tiada tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Batu-batan yang digunakan untuk membinanya juga belum dikenal pasti sumbernya. AT ingin menjelaskan bahawa kehidupan di sekitar piramid sebenarnya telah ditumpukan ke dalam binaan itu dan tenaga terkumpul di tengah-tengahnya.

Sehingga kini piramid dikekalkan bentuknya tanpa ada perubahan kecuali mungkin hanya 1 atau 2 peratus berbanding struktur keseluruhannya. Dan para pengkaji juga mengakui bahawa piramid adalah rahsia ketuhanan yang masih penuh dengan misteri bukannya milik firaun yang disemadikan di dalamnya.

Selain itu, piramid juga terbina dengan panjang semua sisinya sama dengan sudut-sudut yang sama dan dengan satu puncak daripada 5 puncak kesemuanya. Maka faktor dimensi atau pengukuran juga perlu diambil kira sebagai tujuan pengiraan.

Kita juga boleh mengenal pasti keadaan di mana tenaga penyerapan yang kuat berlaku seperti pada tumbuhan tongkat ali dan beberapa jenis bunga-bungaan di kawasan pergunungan. Ia tumbuh bersendirian dengan tumbuhan lain agak berjauhan. Ini adalah kerana begitu kuatnya tenaga penyerapan oleh tumbuhan tersebut dalam konteks tenaga piramid yang terwujud.

MANUSIA DAN TENAGA PIRAMID

Bagi diri manusia, pusat tenaga yang telah dikenal pasti ialah di perut. Di situ adalah terkandungnya hidrogen (air) sebagai pusat atom terkecil (1). Oleh itu perut juga wujud tenaga piramid apabila semua tenaga warna daripada sumber-sumber makanan dan persekitaran ditukar kepada cahaya dan dikumpulkan atau ditumpukan di bahagian tengah perut. Penyerapan tenaga ini berlaku secara berulang-ulang sehingga mewujudkan segala getaran frekuensi yang sama pada ruang dan waktu yang sama. Di dalam tubuh terbentuk piramid dengan spektrum tujuh warna yang diukur melalui meridian yang berbeza mengikut organ dan tingkatannya. Oleh itu, akan terdapat kesan wap air (ringan) pada pusat tenaga sebagai suatu punca kepada tenaga yang berkuasa. Pengumpulan tenaga ini seharusnya berlaku pada dua keadaan iaitu ketika tidur atau sedar. Ketika tidur selepas mengambil makanan pada waktu tengah hari, penumpuan sebenarnya berlaku iaitu di perut apabila wujudnya segi tiga piramid ini. Pengumpulan tenaga berlaku sebagai suatu bentuk proses mencari semula tenaga atau piramid yang hilang dan kemudian mewujudkan semula spektrum tujuh warna yang lengkap di dalam tubuh. Pada waktu tengah hari, warna kuning amat memainkan peranan dalam keseimbangan tubuh untuk pergerakan fizikal. Pada ketika itu tenaga warna kuning dihasilkan melalui pemusatan tenaga di dalam perut dan ini amat berfungsi untuk merawat penyakit-penyakit berkaitan warna kuning seperti jaundis, hati dan sebagainya.

Gangguan keseimbangan di bahagian pusat tenaga akan mencipta psikologi kekeliruan kerana penumpuan yang telah terjejas. Spektrum warna yang terbentuk tidak seperti pada keadaan asal atau ketepatannya. Akibatnya beberapa keputusan di luar jangkaan juga terhasil seperti kedengkian, kebencian dan sebagainya. Inilah sebabnya kita begitu menyedari bahawa kesan-kesan psikologi yang terbit daripada pematuhan sunnah rasulullah SAW tidak lagi dapat dinafikan kebenarannya. Kita sebenarnya mencari dan menggunakan tenaga daripada Al-Quran dan Sunnah.

Ketika tidur sebelum tengah malam pula, pemusatan juga berlaku apabila kegelapan di alam persekitaran mewujudkan tenaga piramid di dalam perut yang kemudiannya diproses menjadi suatu tenaga yang akan digunakan oleh bahagian otak. Oleh kerana tidur di waktu ini adalah tidur kerohanian, maka tenaga piramid yang terwujud adalah untuk kerohanian manusia. Kegelapan di persekitaran akan mewujudkan tenaga yang amat diperlukan oleh kerohanian sebagai pembentuk imej dalaman yang bercahaya dan kekal yang terhasil daripada penumpuan yang tepat. Tidur yang sebegini sebenarnya berlaku suatu keadaan di mana otak akan sentiasa bekerja iaitu berimaginasi. Keadaan dengan frekuensi yang sangat rendah juga dapat dikesan ketika ini dan seterusnya mencipta perlindungan diri daripada gangguan tenaga gelombang jarak jauh yang agresif dan merosakkan sistem tubuh. Oleh itu berimaginasilah kepada suatu kebaikan dan ulangi berkali-kali berserta dengan penumpuan sehingga kita tertidur. Sebagai meningkatkan keupayaan, ambillah madu sebelum tidur kerana ia mencetuskan metabolisme bukannya pencernaan supaya otak akan bekerja dengan berimaginasi.

Daripada penjelas di atas, kita dapat melihat apabila tidur, piramid tenaga terbentuk di dalam tubuh manakala ketika sedar tenaga piramid seharusnya berada di luar tubuh yang pemusatannya tetap di perut. Penumpuan atau fokus kepada sesuatu yang dibayangkan (imaginasi) akan wujudkan tenaga piramid di luar tubuh. Adakah kita melihat sebenarnya apabila di dalam piramid tiadanya istilah tidur itu? Kerana tenaga piramid wujud hanya di dalam keadaan sedar atau hidup sahaja. Tenaga piramid wujud hanya di dalam keadaan sedar atau hidup sahaja. Tiada tenaga piramid apabila tubuh telah mati. Namun suatu perkara yang pasti apabila manusia mempunyai daya tumpuan atau fokus dan dikekalkan secara berulang kali dengan tenaga pemusatan maka akhirnya menjadi kenyataan.

Penumpuan pada suatu ketika haruslah kepada satu tujuan kerana pemusatan mestilah berdasarkan kepada satu titik sahaja. Dan pemusatan di bahagian pusat tenaga juga akan menghasilkan wap-wap air yang begitu berkuasa tenaganya sebagai rahsia penciptaan. Tenaga piramid sebenarnya mencipta sesuatu yang dinamakan hakikat menjadi makrifat. Kita memahami rahsia piramid apabila terdapatnya tenaga daripada pemusatan yang menghasilkan wap-wap air yang digunakan oleh firaun untuk menyimpan mayatnya supaya tidak reput namun inilah sebagai satu tanda untuk mereka yang berfikir. AT menemui rahsia ini dan lihat bagaimana pati bunga aromaterapi diletakkan di dalam kotak piramid sebagai mengekalkan keseimbangan kandungannya kerana ia juga mempunyai nukleus yang harus dielakkan daripada pengaruh luar.

Oleh yang demikian manusia sepatutnya mempengaruhi atau menguasai persekitaran atau luarannya sebagai keseimbangan dirinya. Ketika ini terwujudlah piramid yang mengawal keadaan sekelilingnya, bukan persekitaran yang mengawal manusia. Rahsia penciptaan piramid adalah rahsia penciptaan semula jadi yang sebenarnya wujud dalam setiap diri manusia. Ia adalah rahsia tenaga yang tiada awal permulaan dan tiada pula kesudahannya. Suatu tenaga yang berlaku berulang-ulang dengan ukuran, warna, cahaya dan bunyi yang sekata di dalam ruang dan masa yang sama. Maka masa juga adalah suatu rahsia penumpuan dengan tenaga piramid. Sebagai suatu usaha untuk mendapatkan tenaga piramid apabila berlaku pencemaran atau hilang keseimbangan, maka sembahyang dengan pergerakan dan ketetapan pengulangan mengikut masa yang ditetapkan adalah paling tepat. Berlakulah penumpuan pada sesuatu yang selari dengan “kesedaran” yang dikehendaki atau dihajati melalui isyarat niat.

Waktu tengah malam adalah penting sebagai penumpuan di dalam piramid. Pada waktu itu warna yang menguasai alam ialah warna putih yang akan mewujudkan sesuatu yang diniatkan. Selain itu mandi ais atau hidroterapi ais juga akan mengembalikan tenaga piramid yang diperlukan oleh tubuh sebagai rahsia keharmonian dan keseimbangan.

FAKTA MENGENAI PIRAMID

Bentuk piramid boleh digunakan sebagai perawatan. Saiz atau dimensinya mestilah tepat bagi mewujudkan tenaga di tengah-tengahnya dan mempunyai graviti. Duduk di bahagian dalam piramid untuk keperluan tenaga yang tinggi atau berdiri untuk keperluan yang sedikit. Bahan-bahan untuk membina piramid juga perlu diambil kira. Bahan seperti emas dikesan mempengaruhi bahagian jantung. Bahan berunsur Kristal seperti intan adalah terbaik namun nilainya sangat tinggi dan ianya mempengaruhi keseluruhan sistem tubuh. Bahan lain seperti platinum – merangsang sistem imun manakala perak – sebagai perawatan atau peningkatan tenaga bahagian tulang.

Jika menggunakan piramid sebagai bahan perawatan, pastikan kita tidak tertidur di dalamnya kerana ia akan mencetuskan perasaan kekeliruan akibat sistem di pusat tenaga (perut) yang terganggu apabila tiada pemusatan.

Saiz piramid akan mempengaruhi keadaan. Semakin besar piramid, semakin kuat pengaruhnya dengan frekuensi dan julat yang sama di dalam ruang dan masa yang sama.

Pemakanan dan tidur pada masa yang tepat dan ruang yang betul akan mencipta tenaga piramid yang mewujudkan kuasa dan tenaga. Mandi dengan air yang bersih juga mencipta tenaga piramid. Ion-ion positif yang berlebihan pada tubuh akan dileraikan. Maka tubuh akan terlindung dari gangguan gelombang buruk dan radikal bebas.

UNSUR SEGITIGA DI DALAM ILMU KEJURUTERAAN TERKINI

Di dalam ilmu kejuruteraan sivil, mekanikal dan elektrik pada masa ini, unsur segi tiga amat meluas diaplikasikan terutama sekali di dalam menganalisis kekuatan daya sesuatu bahan dan kekuatan medan elektro magnetik pada satu-satu medium. Kaedah menganalisis yang menggunakan gabungan unsur-unsur segi tiga ini dikenali sebagai ‘Finite Element Method (FEM)’ atau ‘Kaedah Elemen Terhingga’. Sebelum menggunakan kaedah FEM, para jurutera menggunakan kaedah ‘Finite Difference’ atau ‘Perbezaan Terhingga’ (Perbedaan Terhingga) dalam melakukan sesuatu analisa; kaedah ini menggunakan unsur segi empat sebagai elemennya.
FEM organ Jantung

Gambar di atas ialah FEM organ Jantung. Sila klik gambar untuk dibesarkan.

Namun, kaedah segi empat mempunyai banyak kelemahannya iaitu ia tidak mampu mencakupi lebih ruang untuk dianalisis hingga menyebabkan keputusan analisis menjadi tidak begitu tepat. Dengan menggunakan kaedah segi tiga, terdapat lebih banyak ruang yang mampu dicakupi untuk dianalisis dalam satu-satu medium menyebabkan keputusan bertambah tepat dan jitu. Terdapat banyak perisian pada masa kini yang menggunakan unsur segi tiga dalam analisis kejuruteraan yang digunakan di kebanyakan universiti-universiti dan di pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dunia seperti ‘Cosmos’ dan ‘Matlab’. Rajah di bawah ini adalah contoh aplikasi Kaedah Elemen Terhingga yang digunakan dalam menganalisis pemindahan haba pada bilah turbin sebuah kapal terbang.

LAMBANG KEKUATAN "3" MELALUI AL-QURAN

Di dalam kalimah:

بسم الله الر حمن الر حيم

terdapat lafaz ‘ilah’ yang di dalam bahasa Arab bermaksud Tuhan. Di dalam nilai geometri huruf-huruf Arab, jika nilai-nilai huruf ‘alif’, ‘lam’ dan ‘ha’ dicampurkan, ia akan memberi jumlah ‘63’; jika dikurangkan nilai ini kepada satu angka, ia akan memberikan jawapan ‘99’ di mana nombor ‘9’ membawa makna lambang kekuatan.

Jika keseluruhan kalimah itu dijumlahkan nilainya, ia akan memberikan nilai ‘66’ dan ini juga akan memberikan jawapan ‘3’. Nilai ‘3’ juga adalah rahsia surah Al-Ikhlas apabila keseluruhan nilai bagi semua huruf surah tersebut dijumlahkan dan apabila surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 3 kali ,ini akan membawa kepada jumlah nilai ‘9’ apabila dijumlahkan nilai bacaan tersebut. Dalam masa yang sama, 3 malaikat akan menjaga atau memelihara sesiapa sahaja yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak satu kali. Telah dinyatakan di dalam sebuah hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali akan menyamai pahala membaca keseluruhan Al-Quran; ini menunjukkan bahawa nombor sembilan juga boleh disimbolkan sebagai rahsia Al-Quran.

PIRAMID DAN DAYA PENYEMBUHAN

Jika seseorang duduk di dalam piramid dalam keadaan fokus ingin menyembuhkan sesuatu penyakitnya, ia akan dapat menyembuhkan penyakitnya dengan syarat ia mesti berada di dalam masa dan ruang yang tepat. Jika ia berada di dalam piramid pada waktu tengah hari , ia akan mendapat cahaya berwarna kuning dan boleh menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan kekuatan tenaga yang melibatkan organ seperti hati, hempedu, pankreas dan perut. Jika ia berada dalam piramid pada waktu pagi,ia akan mendapat cahaya hijau untuk menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan sistem jantung dan pernafasannya.

PIRAMID DAN SPEKTRUM WARNA

Piramid adalah satu entiti yang mempunyai tujuh spektrum warna cahaya asas pelangi. Ketujuh-tujuh spektrum warna pelangi ini akan bertukar kepada warna putih apabila digabungkan. Daripada cahaya putih ini pula, ketujuh-tujuh cahaya warna pelangi mampu dipecahkan oleh sebuah piramid. Oleh kerana piramid menyimpan ketujuh-tujuh spektrum warna pelangi ini, maka piramid itu sendiri adalah seumpama cahaya putih. Dengan kata lain, cahaya warna putih itu sendiri adalah rahsia piramid. Untuk gambar dan keterangan lanjut, sila rujuk kategori Anatomi dalam blog ini
PIRAMID DENGAN ALAM DAN MANUSIA

Telah diketahui bahawa alam ini adalah manusia dan sebaliknya manusia itu sendiri adalah alam ini. Oleh kerana dalam diri manusia itu sendiri tersimpannya ketujuh-tujuh spektrum cahaya warna pelangi, maka manusia ini adalah sebuah piramid. Oleh kerana itu alam ini juga adalah sebuah piramid kerana alam ini pada hakikatnya adalah manusia itu sendiri. Jika ketujuh-tujuh spektrum warna pelangi dapat dilihat di setiap organ dalam diri manusia maka ketujuh-tujuh spektrum cahaya pelangi juga dapat dilihat pada pelangi itu sendiri yang wujud di alam ini.

Oleh kerana bumi dipenuhi oleh air di dalam dan di luarnya, maka piramid juga mengandungi titisan-titisan air di tengah-tengahnya (nukleus) dan di persekitarannya. Wap-wap di dalam dan di persekitaran piramid adalah terlalu halus sehingga tidak dapat dirasai oleh pancaindera kasar.

LAMBANG NABI SULAIMAN

Sejarah yang tersimpan memberitahu bahawa Nabi Sulaiman memegang rahsia segi enam yang tersusun daripada bentuk segi tiga. Ia dinamakan sebagai “Bintang Enam”

  1. Rahsia Yin Yang
  2. Rahsia positif dan negatif
  3. Rahsia kekuatan dan kelemahan
  4. Rahsia pelengkap dan sempurna
  5. Rahsia langit dan bumi
  6. Kutub Utara dan Kutub Selatan
Malangnya lambang nabi sulaiman ini telah disalahguna bagi tujuan penguasaan dunia mencari keduniaan semata-mata. Ini kerana segi enam adalah pandangan (atau kedudukan) luaran dari sudut satu dimensi dan tidak seimbang antara dunia dengan akhirat. Tajuk ini akan dibincangkan secara lebih mendalam dalam post yang akan datang bertajuk Struktur Piramid, insya Allah.

PIRAMID DENGAN MERAK DAN CENDERAWASIH

Merak dan cenderawasih (phoenix) mempunyai tujuh spektrum warna cahaya pelangi. Tujuh spektrum warna pelangi melambangkan cahaya piramid. Ini bermakna burung merak dan cenderawasih mempunyai daya kekuatan piramid. Bezanya, burung merak adalah simbol kekuatan piramid di bumi memandangkan ia tidak boleh terbang ke udara manakala cenderawasih pula adalah simbol daya kekuatan piramid di udara atau langit dan angkasa memandangkan ia tidak pernah dan tidak akan menjejakkan kakinya di bumi.

PIRAMID DAN FOKUS

Apabila anda sedang memfokuskan sesuatu perkara dalam minda, ini bermakna anda sedang membina satu piramid maya (virtual piramid) dalam diri anda. Sifat piramid ialah menarik segala tenaga yang di persekitarannya. Begitu jugalah yang berlaku apabila anda sedang memfokuskan sesuatu perkara, anda akan menarik segala tenaga yang berkaitan dengan fokus tersebut ke arah diri anda. Apabila anda menarik sesuatu tenaga ke arah diri anda, bermakna anda juga menarik jisim yang berkaitan dengan tenaga tadi ke arah anda. Ini adalah kerana tenaga tadi adalah jisim itu sendiri.

Oleh kerana tenaga itu bergerak ke arah anda, ini bermakna jisim tersebut sebenarnya sedang bergerak menuju ke arah anda; bukan anda yang bergerak menuju ke arah jisim itu. Sebagaimana halnya dengan piramid tadi, tenaga di sekelilingnya yang bergerak menuju ke arah piramid; bukan piramid yang bergerak ke arah tenaga di sekelilingnya. Ini juga bererti bahawa pada hakikatnya anda yang menunggu jisim yang terfokus itu datang kepada anda, bukan anda yang mengejar atau mencari jisim itu seperti mencari barang yang hilang!

Supaya jisim tersebut bergerak menuju ke arah anda, maka anda perlu lakukan tindakan yang boleh menyebabkan jisim itu datang kepada anda. Setelah melakukan tindakan itu, anda hanya perlu menunggu sehingga jisim itu sampai ke anda – tidak perlu mengharap kerana jisim itu pasti akan sampai kepada anda selagi anda masih memfokuskannya.

Oleh kerana anda tidak mengharap, maka anda tidak perlu terburu-buru atau saling bersaingan dengan sesiapa pun untuk mendapatkan jisim tersebut. Fokus hendaklah dilakukan secara berterusan dan konsisten sehingga mencapai amplitud (anda memperoleh jisim itu). Jika berlaku pada suatu masa anda rasakan seolah-olah jisim itu seperti akan sampai kepada anda tetapi terdapat banyak perkara yang menghalang , maka bersabarlah; ini kerana jisim itu datang bukan pada masa dan ruang yang tepat; maka ia belum amplitud lagi, bermakna ia masih belum menjadi hak milik anda lagi. Atasilah rintangan itu dengan sabar dan redha (frekuensi rendah) dan teruskan fokus sehingga jisim itu sampai kepada anda.

Ingat! Anda menunggu masa – bukan jisim. Jika anda menunggu jisim, maka jisim itu akan ‘mempermainkan’ anda; ia akan menjelma di hadapan anda kemudian lenyap semula; boleh jadi ia hanya akan berlegar-legar di sekeliling anda tetapi ia tidak akan mendatangi anda. Jika anda menunggu masa, ketahuilah ia akan tetap datang kerana fitrah masa memang sentiasa berdetik; lama-kelamaan ia pasti akan mendatangi anda!

MENGUASAI MASA ATAU DIKUASAI MASA

Jika seseorang itu menunggu sesuatu perkara dengan keadaan yang penuh gelisah dan mengharap, ini bermakna kita sedang dikuasai masa; segala memori akan dirakam dalam keadaan terbeban maka otot akan ,menjadi lemah, kulit akan mengendur – cepat tua. Jika seseorang ‘mengejar’ sesuatu impian, ia juga dikuasai masa dan masa yang tepat (tidak amplitud).

JISIM ABSTRAK DAN MASA

Jisim yang abstrak pada hakikatnya telah terkeluar atau tidak terikat dengan domain masa lagi. Apabila sesuatu jisim menjadi abstrak, maka masanya sudah tidak dapat ditakrifkan lagi. Jika jisim yang abstrak itu ingin dikuasai atau dimanipulasikan, ia perlu ditarik ke domain masa supaya ia wujud dalam bentuk pejal (solid). Untuk menarik jisim abstrak ke domain masa, perbezaan tekanan perlu diwujudkan di antara ruang jisim abstrak tadi dengan ruang di sekelilingnya. Sesuatu jisim boleh wujud dalam bentuk abstrak apabila ia berada di dalam ruang yang bertekanan rendah. Bila tekanan tinggi dikenakan di sekeliling ruang bertekanan rendah tadi maka fenomena mekanik bendalir akan berlaku; jisim abstrak tersebut akan ‘mengalir’ keluar atau masuk ke dalam ruang bertekanan tinggi dengan perubahan bentuk daripada abstrak kepada pejal. Fenomena inilah yang berlaku dalam proses mandi ais pada pesakit yang terkena santau atau memakai susuk.

RAHSIA SEGI TIGA

Salah satu bentuk yang biasa kelihatan ialah bentuk segi tiga. Sebenarnya ia bukan sekadar itu, malah mempunyai rahsia yang tersendiri. Segi tiga adalah rahsia bentuk dan tenaga. Semua unsur alam memiliki bentuk ini sama ada dalam bentuk itu sendiri atau tenaganya sahaja.

Rahsia segi tiga juga terkandung di dalam kekuatan angka 3, maknanya perbuatan , amalan, pemikiran dan sebagainya perlu dikaitkan dengan kekuatan angka 3. Pengaruh nombor 3 cukup meluas dan mendalam bagi mereka yang mengetahuinya.

RAHSIA PIRAMID

  1. Piramid adalah rahsia bentuk segi tiga yang mempunyai pemusatan di tengah-tengahnya.
  2. Di bahagian tengah piramid terdapat kesan wap-wap air sebagai tanda kepada tenaga hidrogen dengan atom 1.
  3. Piramid adalah rahsia nukleus sebagai pusat bagi tenaga. Susunan nukleus di dalam sel sebenarnya berbentuk piramid.
  4. Piramid adalah rahsia alam semula jadi yang wujud pada diri manusia.
  5. Piramid adalah rahsia tiada permulaan dan tiada kesudahan (penghujung).
  6. Tenaga di dalam piramid adalah suatu bentuk tenaga yang berulang-ulang dengan rahsia halaju bunyi di dalam ruang dan masa yang sama.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Sabtu, 3 Januari 2009

Rawatan Range Tinggi

Range yang rendah akan menstabilkan pergerakan molekul dalam ikan DNA dan RNA tubuh. Range yang tinggi adalah rawak, aktif dan hampir membinasakan ikatan sesuatu molekul. Bentuk pemikiran menentukan range otak yang serentak dengan range tenaga sel keseluruhan tubuh.

Perbezaan Range Tinggi Dan Range Rendah

Range TINGGIRange RENDAH
Panas baran
Rungsing
Rimas
Gelisah
Kelam kabut
Membebel
Banyak cerewet
Tenang
Sabar
Ikhlas
Redho
Senyap
Menghayati
Sopan

Frequency sama tetapi range berbeza
Gambar rajah di atas menunjukkan range yang berbeza pada frekuensi yang sama.

Penyakit Range Tinggi

Penyakit yang tinggi range ialah penyakit yang akut (acut) atau kecederaan yang baru terjadi. Antara contoh penyakit tinggi range ialah;
  1. Kecederaan fizikal akibat kemalangan, luka, patah, lebam dan sebagainya.
  2. Sengatan atau bisa patukan haiwan berbisa.
  3. Keracunan makanan sehingga menyebabkan muntah atau pening atau paling ringan sakit perut atau ulser di perut atau sekitar mulut.
  4. Terkena duri, miang tumbuhan dan sebagainya.
  5. Jangkitan bakteria daripada medium udara atau air atau makanan.
Tulang Patah

Kepatahan tulang terjadi apabila seseorang itu terlalu kerap bercakap tanpa henti. Akibatnya thyroid menjadi lemah dan ia turut mempengarui kekuatan jisim tulang. Tulang yang kurang mampatan akan mudah cedera apabila mendapat kemalangan atau sebagainya. Sila rujuk post bertajuk Punca Kepatahan Tulang untuk memahami bagaimana high range daripada suka bercakap banyak boleh menyebabkan tulang mudah tercedera apabila kemalangan sedikit.
Panas Baran Dan Kemalangan Jalan Raya

Mereka yang sedang panas baran akan meningkatkan range gelombang dirinya. Akibatnya ia akan mudah mencari pasangan untuk mendekati satu sama lain. Di sini adalah punca kepada kemalangan jalan raya akibat pertembungan dua kenderaan yang sama range yang tinggi atau antara kenderaan yang tinggi range dengan objek yang tinggi range akibat pemanasan cahaya matahari seperti pokok.Sila rujuk post bertajuk Falsafah Hukum Keseimbangan untuk memahami hakikat keserentakan ini.
Organ testis dan ovari membantu merembeskan hormon yang mengawal sifat panas baran. Hormon ini terganggu akibat pemakanan makanan yang berkolestrol tepu seperti udang, sotong, ketam, siput, kerang, sate, perut, usus dan sebagainya. Kesemua makanan berkolestrol tepu ini mempunyai ikatan molekul yang sentiasa rawak dan mempengaruhi rembesan hormon yang juga rawak ikatan molekulnya. Akibatnya seseorang yang kerap mengambil makanan berkolestrol tepu ini akan mudah menjadi panas baran.

Perisai Diri

Sifat range rendah adalah perisai diri daripada sebarang jenis penyakit atau kecederaan daripada range rendah. Mereka yang tinggi rangenya akan sentiasa tercedera sepanjang masa seperti terluka jari secara tidak sengaja, terjatuh, boleh jadi patah atau terseliuh, terhantuk, kemalangan dan sebagainya.

Venom atau bisa daripada haiwan bergerak dengan sungguh rawak. Mereka yang dipatuk ular misalnya, apabila tenang dan redho, maka patukan tersebut tidak akan merebak menjadi bisa yang meracuni darah. Ini kerana venom tidak dapat mencari persamaan dalam range yang rendah. Sebaliknya ia akan bertukar menjadi asid folik yang amat baik untuk kesihatan jantung serta tubuh menghasilkan antivenom yang boleh menjadikan seseorang itu alah apabila dipatuk sekali lagi oleh haiwan daripada jenis yang hampir sama. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk memahami kaitan karektor dengan penyakit.
Baju Mengikut Warna Hari

Pemakaian baju mengikut warna hari memberikan kesan range yang sangat rendah dan stabil, oleh itu ia dapat dirasakan kesannya bagi mereka yang hening dan tinggi tahap spiritualnya. Dari segi fizikal, kesan kesakitan masih boleh belum dirasai, tetapi kesan spiritual dan emosi memberikan kesan yang ketara. Sila rujuk post bertajuk Warna Hari Resonan untuk menetahui wana pakaian yang sesuai dipakai mengikut hari.
Baju yang rendah range nya hendaklah baju yang lembut warnanya seperti hijau cair, biru cair dan sebagainya. Bukan pekat atau terlalu cerah. Mereka yang memakai sesuatu pakaian yang cerah secara dominan hampir setiap hari dan kadang kala memasang perabut seperti warna langsir, karpet dan sebagainya dengan warna yang dominan menggambarkan penyakit kronik yang sedang dihadapi. Misalnya seseorang yang sukakan warna merah akan memasang perabut seperti langsir, cadar, set sofa, karpet malah cat dinding rumah serta cat kereta juga warna merah menunjukkan pesakit ini ada penyakit berkaitan organ fizikal seperti masalah usus (sembelit atau buasir), atau tulang dan saraf yang kronik. Pesakit kanser juga menyukai sesuatu warna yang dominan terutamanya warna-warna panas seperti kuning, oren dan merah. [warna sejuk ialah putih, pink, violet, indigo, biru dan hijau].
Warna panas sejuk

Rawatan Masalah High Range

Jisim yang panas dan rawak pergerakkannya adalah penstabil molekul sel yang berada dalam keadaan high range. Antara contoh jisim panas dan rawak ialah;
  1. Steroid seperti ubat penahan sakit, morfin, penisilin (penadol) dan sebagainya.
  2. Minyak panas dan berjisim berat seperti minyak cap kapak, balm (bermenthol) dan sebagainya.
Untuk mendapatkan kesan yang ketara, terapi berbentuk high range seperti panas (minyak panas / ubat bius / steroid / pain killer) akan memberikan kesan yang segera. Begitu juga dengan tuaman panas. Tetapi ia perlu distabilkan semula dengan tekanan sejuk. Misalnya kepatahan dituam dengan air panas, kemudian hendaklah segera dituamkan dengan ais dalam nisbah tempoh yang lebih lama seperti 1:3 atau 1 minit tuaman air panas dan 3 minit atau lebih tuaman ais.

Rawatan secara high range ini cuma untuk kelegaan, tetapi bukan penyembuhan. Malah pengambilannya secara berlebihan akan menjejaskan tubuh badan kerana tubuh dalam keadaan yang hening dan semulajadi adalah berada dalam keadaan yang rendah range nya.

Haruman Sebagai Rawatan

Bau-bauan harum ialah range tinggi yang stabil walaupun ia bergerak secara rawak dalam udara. Sekiranya kita berada dalam ruang yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, ia menunjukkan ruang tersebut berada dalam keadaan tinggi range. Cuba hindari ruang yang berbau busuk dengan segera sehingga bau tersebut hilang.

Rumah atau ruang yang selama ini mempunyai tahap proton yang tinggi (tandanya berbau tidak enak, rimas, hangat, malap pada waktu siang dan sususan barang / perabut yang bersepah) ialah rumah yang tinggi tahap range nya. Apabila sebotol formula AT Aromatherapy Seri Wangi dibuka, maka akan semerbak haruman aroma ke seluruh ruang tersebut. Ini menunjukkan formula tersebut bertindak segera secara haruman.

Dalam rawatan Attitude Therapy, keharuman Formula CLS tidak dapat dikesan oleh hidung tetapi dapat dirasai oleh otak dan memberi kesan kertara untuk merendahkan range tubuh.
 


Range semakin mengecil
Gambar rajah di atas menunjukkan range yang semakin rendah setelah resonan dengan terapi Formula CLS atau bau-bauan harum.

Aromatherapy Seri Wangi tidak sesuai dihasilkan dalam bentuk range yang tinggi kerana sifat aroma dan air sentiasa ingin berada dalam keadaan range yang rendah. Sekiranya renge nya ditinggikan, kemungkinan ia akan mudah hilang haruman dan tidak mempengarui karektor yang rendah rangenya seperti tenang, sabar, ikhlas, redho. Oleh itu, Formula CLS ialah alternatif kepada Aromatherapy Seri Wangi dalam bentuk range yang paling tinggi tetapi stabil.

Bagi sesetengah penyakit kronik yang sukar sembuh, dirinya masih ada range yang tinggi dan tahap penyakitnya sentasa meningkat seolah-olah range yang tinggi ini mencipta kesakitan dan kelemahan baru setiap hari. Oleh itu, rawatan Formula CLS yang diambil secara berterusan seharian akan menghentikan gelombang high range pada tubuh. Tubuh yang rendah range nya akan lebih mudah untuk mendapat kesan terapi daripada perawatan formula yang seterusnya.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)