SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah
Memaparkan catatan dengan label Aromatherapy Seri Wangi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aromatherapy Seri Wangi. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Disember 2007

Mudarat Irradiation Sterilised

Sebarang jenis bakteria atau virus serta kulat pasti akan musnah sepenuhnya apabila terdedah dengan pancaran radioaktif. Setakat ini belum ada mana-mana mikroorganisma yang boleh immune atau kebal dengan penguraian sinaran gamma radioaktif. Fakta dan kenyataan ini telah menjadikan steril radioaktif (Irradiation Sterilised) merupakan satu-satunya kaedah pensterilan radioaktif yang terbaik dalam dunia allopathic medicine (rawatan alopati di hospital) dan juga industri pembungkusan makanan.

Miasma
Kumpulan beberapa jenis bakteria atau virus yang berekosistem di sesuatu kawasan organ pada tubuh badan dipanggil miasma. Tidak ada satu kejadian yang sia-sia. Kombinasi bakteria atau miasma yang betul akan memberikan manfaat di sesuatu tisu sel tempat atau habitat miasma tersebut.

Miasma terdapat di mana-mana sahaja di sekeliling kita. Setiap hari kita memperolehi miasma melalui pemakanan dan sentuhan di sesuatu permukaan. Kehadiran miasma di sesuatu tisu sel akan membantu membentuk sebuah ekosistem daripada simbiosis antara sel dan miasma. Tanpa kehadiran miasma yang mencukupi atau yang bersesuaian, sesuatu sel tidak seimbang, mudah rosak atau mati. Kepentingan peranan miasma menjadikan teori pensterilan tidak boleh diterima.

Pensterilan Radioaktif Makanan
Pensterilan Radioaktif paling banyak digunakan dalam industri pemakanan (Food Irradiation Sterilised). Logam yang digunakan untuk mengetin makanan akan disterilkan dengan sinaran gamma radioaktif. Kesan radioaktif yang telah dipancarkan ke atas logam akan mengambil masa puluhan tahun untuk menjadi neutral dengan sendiri. Ketika itu, tidak akan ada sebarang bakteria, virus atau kulat yang akan membiak atau hidup di dalam tin tersebut.

Kesan pensterilan terhadap tin tersebut akan menjadikan makan di dalamnya amat reput pada tahap yang amat rapuh. Tulang ikan sardin yang sepatutnya liat dan kukuh menjadi sangat rapuh. Laici atau buah dalam tin juga menjadi sangat reput dan rapuh berbanding dengan laici yang segar. Kini selain sardin dan buah, terdapat bermacam-macam lagi makanan yang lain ditinkan dalam tin yang telah disterilkan dengan sinaran radioaktif. Mungkin hampir sebahagian besar kita setiap hari minum minuman bercampur susu krim yang ditinkan.

Pensterilan Radioaktif Peralatan Pembedahan
Semua peralatan pembedahan sama ada yang baru digunakan atau yang digunakan semula akan disterilkan dengan kaedah radioaktif. Memandangkan hampir semua peralatan pembedahan menggunakan logam, maka kesan radioaktif akan kekal di atas logam tersebut dalam tempoh yang lama.

Peralatan Pembedahan

Pesakit yang menjalani pembedahan, selain mengalami masalah kerosakan saraf akibat luka dan kehilangan sel darah akibat pertumpahan darah, turut mengalami masalah kematian sel-sel dorman di kawasan pembedahan serta kesan pencemaran radioaktif di kawasan tersebut.

Pensterilan Radioaktif Debu Tayamum
Sesuatu kotoran, pencemaran dan najis akan menyebabkan kehadiran sesuatu bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Kehadiran miasma akan mengawal dan meneutralkan populasi bakteria berbahaya.

Berwuduk dengan air ialah rahsia pembersihan daripada sebarang kotoran dan memotong gelombang-gelombang radioaktif yang terperangkap di permukaan bahagian organ yang terdedah. Berwujuk dengan niat (sahaya aku mengangkat hadas kecil KERANA ALLAH TAALA) ialah rahsia penghantaran gelombang elektromagnetik yang amat hening dan mempertenagakan (vibrationer) air wuduk tersebut. Oleh itu, segala bakteria berbahaya akan dibersihkan selain juga membersihkan gelombang elektromagnetik tubuh (biasa disebut aura).

Tayammum semulajadi
Tanpa kehadiran air, konsep yang sama matlamatnya seperti penggunaan air ialah Tayamum. Rahsia dan Hikmah terbesar melakukan tayamum dari segi saintifik ialah supaya bahagian yang disapu dengan debu itu nanti akan menerima kehadiran miasma yang amat bermanfaat untuk kesihatan dan kebersihan tubuh.
Zaman serba moden, hampir semuanya boleh dikormersialkan bagi tujuan kemudahan. Debu tayamum yang dikomersialkan terpaksa melalui prosedur pensterilan radioaktif untuk menyahkan sebarang mikroorgaisma di dalam debu tersebut. Akibatnya tidak akan wujud sebarang miasma di dalam debu komersial seperti yang boleh diperolehi secara semulajadi. Tetapi yang lebih bahaya ialah kesan pensterialan radioaktif akan meninggalkan kesan radioaktif gelombang jarak jauh (sinaran gelombang gamma) yang amat memudaratkan sel-sel dorman tubuh manusia.
Debu Tayammum di pasaran

Pensterilan Radioaktif Lumpur
Terdapat juga virus yang tidak boleh dimusnahkan dengan mudah. Virus ini masih tidak boleh mati walaupun dididihkan pada suhu 100 darjah celcius dalam tempoh 30 minit. Malah tidak menunjukkan sebarang kesan walaupun direndam dalam antibiotic selama 30 minit.

Untuk mengatasi masalah ini, virus ini hanya boleh dikambus atau dialirkan daripada tubuh. Virus yang menyebabkan penyakit adalah bercaj positif. Oleh itu, bahan yang boleh menyerap dan seterusnya mampu mengalirkan virus ini ialah dari jenis mineral ringan (kerana mineral ringan bercaj negatif). Mineral ringan hanya boleh diperolehi daripada lumpur sahaja. Sifat lumpur yang mengandungi mineral ringan adalah neutral dan rasanya masin atau merupakan sejenis garam.

Dalam pancaran sinar radioaktif, bakteria akan kelihatan berwarna putih atau silver
Setiap amalan atau perbuatan akan mendatangkan keseimbangan terhadapnya. Sesuatu dosa yang dilakukan akan mengakibatkan wujud satu virus yang baru dan amat sukar dirawat jika ia menyebabkan penyakit. Untuk merawat virus ini hanya taubat yang boleh mengalirkan air mata yang masin sahaja yang mampu mengalirkan virus ini keluar bersama-sama dengan air mata tersebut. Umat nabi Luth telah menghasilkan sejenis virus yang berbahaya dan boleh memusnahkan kemandiran atau memupuskan spesis manusia. Oleh itu, sebagai keseimbangan, garam dari dasar bumi timbul dan menenggelamkan kaum tersebut supaya virus tersebut terpendam dan tidak aktif.

Seseorang yang mengalami masalah sakit gigi atau gusi, boleh mengalirkan bakteria yang menjangkiti kawasan tersebut keluar bersama sama air garam yang dikumurkan.

Haiwan tertentu seperti anjing dan khinzir serta bahagian-bahagian daripadanya termasuk najisnya (najis berat / mughallazah) mempunyai gelombang elektromagnetik yang amat panas dan infra red tinggi. Gelombang ini akan mengundang kehadiran banyak virus dan bakteria. Dalam tulang khinzir, terdapat hampir kesemua jenis virus yang ada di seluruh muka bumi. Apabila kita tersentuh dengan bahagian atau najis haiwan ini (samak), kita diwajibkan untuk menyucikannya (menyamak) dengan 1 per 7 bahagian air lumpur. Dari segi saintifik, air lumpur akan mengalirkan bakteria atau virus berbahaya daripada kawasan tubuh badan yang tersentuh.


Apabila lumpur dikomersialkan, ia terpaksa melalui prosedur pensterilan radioaktif yang akan menukar mineral ringan menjadi berat. Mineral berat tidak mampu menarik dan mengalirkan virus ini keluar. Akhirnya produk ini tidak berfungsi mengikut konsep matlamatnya seperti keadaan semulajadi.

Kesan Mudarat Pensterilan
Secara asasnya setiap sekali seseorang mengambil makanan dalam tin, banyak sel dorman akan mati.

Mereka yang mengamalkan dengan kerap pengambilan makanan dalam tin berisiko mendapat penyakit berkaitan tulang dan saraf seperti arthritis, osteoporosis, parkinson, leukemia, meningitis dan sebagainya. Selain itu, kemungkinan akan berlaku masalah gangguan hormon terutama kelenjar pituitary dan kelenjar-kelenjar yang lain seperti masalah prostat.

Bagi mereka yang telah sedia ada mengidap penyakit berkaitan tulang terutama sakit tulang belakang, ketika itu kesan kesakitan akan terasa.

Debu tayamum dan lumpur bersuci yang dikomersialkan setalah melalui proses pensterilan radioaktif sudah kehilangan konsep penyucian dari sudut saintifik.

Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan Aromatherapy Seri Wangi yang akan memotong dan menstabilkan kesan mudarat steril radioaktif.



Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Ahad, 9 September 2007

Transformasi Tenaga Aromatherapy Seri Wangi

Aromatherapy Seri Wangi merupakan pembawa vibration atau getaran pada tahap zero point malah keseluruhan dirinya sendiri adalah point zero. Penggunaannya cukup sekadar menitiskan setitik daripada kandungan di dalam botol ke dalam medium air sejuk. Cara lain ialah dengan membenamkan keseluruhan botol ke dalam air, maka vibration yang juga mengandungi unsur senyawa serta elektron yang tinggi terus serta merta dipindahkan ke dalam medium atau takungan air sejuk tersebut. Setelah ia dititiskan ke dalam air, kini minyak pati bunga daripada botol Aromatherapy Seri Wangi yang telah dititiskan ke dalam air kini tidak lagi bergelombang sebaliknya hanyalah merupakan satu lapisan minyak. Apa yang berlaku ialah segala vibration (point zero yang terpecah tenaganya kepada tenaga cahaya dan warna), 300 unsur senyawa serta elektron yang tinggi telah berada sepenuhnya dalam bentuk air sejuk yang menerima titisan itu tadi.


Penggunaan Aromatherapy Seri Wangi telah ditulis secara terperinci di dalam post bertajuk Penggunaan Aromatherapy Seri Wangi.

Botol Aromatherapy Seri Wangi itu, hanyalah sebagai sebuah "kunci" yang tidak bermaksud apa-apa selagi ia tidak dipindahkan ke dalam air sejuk (kesejukan ialah rahsia teori tekanan).

Point Zero dalam Aromatherapy Seri Wangi berkeupayaan untuk memecahkan tenaganya kepada tenaga yang menyamai dan resonan dengan tenaga bagi sesuatu organ. Apabila Point Zero dikenakan ke atas organ yang lemah, ruang yang tersedia di dalam organ tersebut akan menyerap tenaga yang telah dipecahkan dalam bentuk warna untuk mempertenagakan sel seterusnya membina tisu hingga organ dapat berfungsi seperti biasa.

Isnin, 6 Ogos 2007

Perbandingan Aromatherapy Vibration Seri Wangi dengan Formula CL (Character Level)

Perbezaan di antara kedua-duanya ialah minyak pati bunga Aromatherapy Vibration Seri Wangi yang digunakan melalui konsep rawatan Hidrotherapy Ice lebih menyeluruh dan cepat keberkesanannya kerana ia merangsang semua sistem deria secara serentak. Manakala Formula CL bertindak lebih spesifik mengikut frekuensi tertentu yang ditetapkan secara berperingkat. Formula CL akan merawat secara khusus dan fokus kepada sesuatu organ yang lemah yang biasanya menjadi punca kepada sesuatu penyakit.



Kita harus menerima hakikat bahawa badan manusia sebenarnya mempunyai jaringan sistem komunikasi yang amat kompleks yang dikawal secara keseluruhannya oleh sistem yang dikenali organ sistem saraf. Kita juga tidak boleh menafikan bahwa gejala penyakit itu adalah berpunca daripada kegagalan atau ketempangan sistem saraf mengawal dan mengkoordinasikan organ-organ dan bahagian-bahagian badan untuk berfungsi secara harmonis, cekap, tetap dan tepat pada masa yang diperlukan. Seperti penyakit Parkinson atau lumpuh secara mudahnya disimpulkan adalah kegagalan fungsi saraf mengesan ransangan luar menghantar maklumat dan mencetuskan gerak balas yang sepatutnya.

Aromatherapy Vibration Seri Wajah dan konsep yang dicipta melalui Hidrotherapy Ice bertindak melalui sistem saraf pusat yang dikuasai oleh otak sehingga ke saraf tunjang.

Aromatherapy Vibration Seri Wangi dan konsep Hidrotherapy Ice akan bertindak sebagai ransangan luar terus ke pusat kawalan di otak sebagai penyelarasan maklumat gelombang jarak dekat yang amat laju yang sampai kepadanya.

Maklumat gelombang jarak dekat yang dirakamkan di dalam Aromatherapy Vibration Seri Wangi akan diproses sebelum dihantar kepada organ sasaran badan yang bermasalah yang telah mengalami ketempangan frekuensi atau gelombang yang sepatutnya untuk menghantar gelombang saraf dengan ketepatan secara lebih terapeutik agar sasaran kawasan yang bermasalah dapat dirangsang secara dalaman.

Untuk rengsangan organ dalaman yang tepat agar sasaran dapat menerima tenaga, maka Formula Character  Level (CL) dicipta dalam rakaman frekuensi tertentu. Formula CL akan bertindak balas terhadap sistem saraf periphery (periferi) melalui dua belas pasang saraf cranium (kranium) dan tiga puluh satu pasang spinal nerve (saraf spina) dalam tindakan terkawal (parasympathetic) dan luar kawal (sympathetic) dan akhirnya fungsi organ dapat dikembalikan dan akhirnya pesakit akan pulih daripada berbagai penyakit.

Attitude Therapy melihat pendekatan rawatan itu perlu melalui rangsangan komunikasi luaran yang menguasai jaringan sistem saraf secara keseluruhan agar setiap organ dapat berfungsi secara harmonis dalam memastikan sistem kelenjar dapat menghasilkan hormon secara seimbang bagi maksud rawatan dalaman.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Ahad, 5 Ogos 2007

Formulasi Aromatherapy Vibration Seri Wangi

Aromatherapy Vibration yang dinamakan Seri Wangi adalah rumusan khas Attitude Therapy yang amat berbeza daripada aroma-aroma yang lain. Ia buka sekadar gabungan tujuh pati bunga-bungaan atau tumbuhan terpilih (ros putih, lavender, tea tree, orange, peppermint, lemon dan limau nipis), malah dipertenagakan (diolah 1000 kali pusingan lengkap dengan pantas dan menyeluruh). Proses ini diulang dan diolah sehingga potensinya dikekalkan pada tahap-tahap yang dikehendaki agar ia dapat menyimpan tenaga yang dirakam dalam jangka waktu yang amat panjang. Ia berkeupayaan menjana organ dalaman agar sentiasa stabil dan berfungsi dengan baik.

Ia sesuai untuk kegunaan harian sama ada bagi tujuan kesihatan, kecantikan, keharmonian rumah tangga, meningkatkan kecerdasan minda, meredakan tekanan perasaan menceriakan emosi dan sebagainya. Ia sebenarnya adalah minyak pelbagai guna dan sesuai untuk semua peringkat fizikal.



Ia bertindak melalui 5 deria utama iaitu telinga, mata, hidung, lidah dan kulit. Bulu roma yang terdapat pada kulit berperanan sebagai antena akan mengesan mesej-mesej atau impuls (haruman istimewa dan bertenaga) daripada aroma dan dihantar ke Kelenjar Pineal di otak. Pada masa yang sama, kelenjar pineal yang dirangsangkan tadi akan mengaktifkan penghasilan hormon Melatonin yang berfungsi untuk meningkatkan tahap imunisasi tubuh dalam menangani segala alahan, jangkitan kuman atau serangan penyakit.

Kelebihan Aromatherapy Vibration Seri Wangi berbanding aroma yang lain

Aromatherapy Vibration Seri Wangi bukan sahaja satu rumusan pati bunga-bungaan atau tumbuhan terpilih bahkan digabungkan dengan konsep kelajuan cahaya dan getaran bunyi bagi memberikan kestabilan dan keseimbangan pada sel tubuh manusia.

Saiz molekul dengan komponennya diperkecilkan berganda-ganda supaya tindak balas yang terhasil lebih bertenaga.

Teknologi pertama di dunia yang menggunakan teori refleks luaran iaitu unsur-unsur luaran seperti Nitrogen, Oksigen dan Hidrogen ditemukan semula dengan unsur dalaman tubuh iaitu Karbon Dioksida bagi mewujudkan getaran yang akhirnya akan menangani pencemaran radiasi di sekitar tubuh.

Mampu memanipulasikan toksin-toksin pada organ hati untuk menghasilkan antidot bagi menjadi penawar semula pada penyakit yang dihadapi.

Mewujudkan getaran tenaga secara amplitud (berterusan dan konsisten) kepada jantung untuk penghantaran Oksigen ke suluruh sistem tubuh. Ini akan menjanakan tenaga asli yang maksima untuk tubuh.

Mewujudkan getaran infrasonik dalam julat frekuensi di bawah 20Hz agar sistem imunisasi tubuh dapat ditingkatkan bagi keseimbangan tahap Spiritual, Emosi, Mental dan juga Fizikal.

Tujuh pati bunga / tumbuhan yang terpilih dalam Aromatherapy Vibration Seri Wangi

Dr.AriffaizalEkstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan sistem hormon.

Dr.AriffaizalDengan teknologi nano, ekstrak pati bunga yang diperolehi daripada tekanan sejuk (cool compressed) telah disebatikan juga melalui kaedah tekanan sejuk. Amat menakjubkan kerana sebatian pati bunga Aromatherapy Seri Wangi kelihatan jernih dan bersinar walaupun setelah disebatikan melebihi tiga unsur pati bunga.

Dr.AriffaizalEkstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuensi rendah bagi mencapai tahap sifar (0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (Will power) secara semulajadi.

Dr.AriffaizalPati bunga ros / mawar sebagai minyak feminin yang menyimpan rahsia kewanitaan mengandungi sekitar 300 unsur senyawa semulajadi bagi tujuan seperti berikut:
  1. Kesuburan kewanitaan dan kelelakian.
  2. Meningkatkan ghairah seksual.
  3. Menguatkan sistem imun.
  4. Menigkatkan daya ingatan/memori.
  5. Ransangan tenaga vital.
  6. Daya kemahuan.
  7. Kuasa spiritual/semangat.
  8. Keceriaan.
  9. Animasi kehidupan.
  10. Awet muda.
  11. Mematuhi Hukum Keseimbangan.
  12. Mengembalikan keremajaan.
  13. Menjana EQ

Lavender

Ros Putih

Peppermint

Tea Tree

Rosmary

Limau Nipis

Oren

Lemon

Kelebihan dan khasiat Aromatherapy Vibration Seri Wangi
  • Memulihkan anda daripada gangguan tenaga luaran jika ada.
  • Mengembalikan seri pada wajah dan menjadikan anda lebih ceria.
  • Menjadikan emosi dan perasaan anda lebih terkawal.
  • Menjadikan fikiran dan perasaan anda lebih tenang.
  • Menjadikan anda dapat menghadapi sesuatu situasi kecemasan dengan tenang dan dapat menerimanya sebagai takdir.
  • Memulihkan tenaga perlindung dalaman anda.
  • Mengembalikan dan mengekalkan wajah keceriaan.
  • Mengharmonikan kehidupan kekeluargaan anda.
  • Menjadikan anda lebih berkeyakinan.
  • Melindungi dan memelihara kulit anda daripada pancara matahari.
  • Membersihkan kulit muka danda dari minyak berlebihan.
  • Melambatkan proses penuaan muka dan kulit.
  • Mengimbangi berat badan dengan mengawal hormon DNA.
  • Mengekalkan bentuk badan dan kerampingan.
  • Melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
  • Bertindak dengan capat dan berkesan dan tiada kesan sampingan.
Keistimewaan psikologi Aromatherapy Vibration Seri Wangi

Kesan Pertama: Tidur yang begitu merehatkan, lena dan puas. Manakala kesan negatif pada diri seseorang akan berubah ke arah yang positif seperti berikut:

Keadaan Psikologi Negatif
Keadaan Psikologi Positif
BengisTenang / sabar
Bekerja keterlaluanLebih seimbang
Berdebar-debarTenang
Berfikiran negatifBerfikiran positif
Bersikap kasarLemah-lembut
Berpura-puraMenerima diri sendiri
EgoLebih terbuka
Cakap yang melampauLebih memahami
Mudah jemuLebih bersemangat
Mudah tersinggungLebih berdaya hadapi risiko
MuramBerazam
Ragu-ragu / was-wasYakin
Rasa bersalahMemaafkan diri
Risau tidak menentuRedha
Sentiasa berahsia Lebih terbuka
Sengsara / dukaLebih harmoni
Sentiasa menyesalMenerima hakikat
Sentiasa seriusAda masa berjenaka
Sentiasa minta dikasihaniLebih berdikari
Mudah meradangLebih tenang
MurungCeria
PemarahPenyabar
PanikLebih tenang
PelupaPengingat
Pemikiran tidak tentu arahPemikiran yang lebih tetap
Pentingkan diri sendiriMenjaga kepentingan orang lain
SinisDapat mempercayai
Tidak peramahPeramah / mesra
TamakBermurah hati
Terikat Bebas
Tanpa tujuanBermatlamat
Rasa terancamRasa selamat
TergangguTenteram
CemasTenang
Kurang bersyukurLebih bersyukur
Kurang cekapLebih cekap
Kurang bersemangatLebih mantap
KeliruLebih jelas
Gila bayangFikiran lebih tenang
Hilang akalTenteram
KetagihanBebas dari ketagihan
Kusut fikiranLebih tumpuan
KelesuanLebih bertenaga

Mereka yang telah mencuba Aromatherapy Seri Wangi boleh menyemak semula kesan psikologi positif yang berlaku. Bagi yang masih belum mencubanya, cuba lakukan pemerhatian terhadap kesan tersebut.



Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Khamis, 2 Ogos 2007

Fenomena WiTricity

WiTricity ialah pengaliran arus elektrik tanpa wayar. Ia juga dipanggil Wireless Electricity. Bermaksud dengan menggunakan kaedah WiTricity, anda boleh menekan suis lampu tanpa suis tersebut dihubungkan dengan kabel ke lampu tersebut. Penemuan teknologi yang menarik ini juga sebenarnya merupakan satu fenomena seram bagi mereka yang tidak mengetahuinya.
WiTricity mengalirkan arus elektrik dari punca bekalan ke perkakas elektik (dan menghidupkan alat elektrik tersebut seperti biasa) melalui medium proton. Semakin banyak proton, maka semakin lancar arus yang mengalir. Proton akan menjadi banyak sekiranya eloktron berkurang.

Fenomena Menyeramkan

Apabila elektron berkurang di sekitar tubuh, bulu roma akan mudah meremang terutamanya jika hormon Melatonin kurang dihasilkan daripada Kelenjar Pineal. Ketika itu elektron mudah terpisah dan terkeluar dari persekitaran tubuh hanya dengan tiupan angin.

WiTricity bukan sahaja boleh menghidupkan sesuatu perkakas elektrik, tetapi berkemampuan mewujudkan keadaan seperti berikut;
  1. Menghidupkan alat elektrik seperti lampu, mesen basuh, radio, television, pengisar, kipas angin dan sebagainya.
  2. Boleh juga memutuskan bekalan elektrik walaupun suiz dipasang.
  3. Arus elektrik yang melalui medan elektromagnetik akan mewujudkan daya iaitu pergerakan mengikut konsep motor elektrik. Biasanya mampu menggerakkan daun pintu atau daun tingkap serta mengapungkan objek ringan seperti kertas.
  4. Arus elektrik yang melalui di atas aliran air, akan merakam visual melalui memori air. Arus air yang lalu pada waktu yang lain (dengan syarat isipadu dan kelajuan kinetik yang sama ketika rakaman) akan memainkan semula rakaman seperti yang telah dirakam sebelum itu. Paparan visual adalah dalam bentuk hologram.
  5. Sekiranya terdapat gas adi (seperti argon atau kripton) yang dibebaskan oleh akar tumbuhan, ia boleh menghasilkan cahaya terang dalam bentuk berpasang-pasang (kelihatan seperti mata). Kejadian ini lebih banyak berlaku di kawasan berpaya.
  6. WiTricity boleh merakam bunyi di dalam logam yang diketuk dan memainkan semua. Biasanya ialah bunyi ketukan piano dan jam bandul. Ketika kejadian, ia seolah-oleh piano dimainkan sendiri.
  7. Jika terdapat terlalu banyak kabel yang berarus elektrik yang bersilang atau berlingkar, WiTricity yang mengalir di persekitarannya akan memanaskannya hingga boleh menyebabkan kebakaran. Keadaan ini biasa terjadi kepada litar dalam kereta hingga boleh menyebabkan kebakaran.
Faktor Witricity

Asalkan ada proton, maka elektrik akan mengalir dengan baik. Ia akan mengalirkan arus terus ke alatan elektrik dan dineutralkan ke bumi.

Kehadiran proton menyebabkan elektron berkurang. Elektron atau ion negatif akan menjana tenaga dan aktiviti dan keharmonian sel. Oleh itu, ruang yang mewujudkan keadaan yang memberi konduksi kepada Witricity akan menyebabkan kesihatan terganggu. Selain mewujudkan kekonduksian kepada Witricity, proton akan mengangkat dan mengalirkan zarah bau yang hapak, kurang enak dan busuk atau zarah baru yang berat dan hangit naik ke dalam permukaan udara. Rumah yang sentiasa mudah berbau busuk ialah tanda kekurangan elektron.

WiTricity boleh dicetuskan dalam ruang berproton tinggi oleh faktor kekurangan hormon melatonin dalam tubuh. Ketika itu arus elektik akan dipengaruhi oleh otak dan akan mengalir seperti keadaan ketakutan seseorang. Misalnya apabila memasuki ke bilik yang mengandungi tinggi proton, seseorang yang kekurangan melatonin akan menghadapi bulu roma meremang akibat daripada elektron yang diterbangkan angin. Dengan rasa takut WiTricity akan dijana dan mewujudkan sesuatu fenomena seperti daun pintu tertutup, lampu menyala atau terpadam, piano dimainkan atau hologram dipancarkan.

Hormon melatonin boleh menjadi kurang disebabkan oleh beberapa keadaan seperti berikut:
  1. Pengambilan makanan yang boleh melemahkan Kelenjar Pineal yang merembeskan hormon melatonin seperti makanan masam (limau), kolestrol tepu (sotong, udang, kerang, ketam, siput, organ dalaman hati, limpa, perut).
  2. Pengambilan antibotik daripada rawatan klasik (rawatan allopathic/konvensional).
  3. Percaya atau takut kepada perkara yang tidak berasas seperti kubur, rumah kosong, gelap dan mayat.
  4. Tidak pernah atau jarang bersujud, kerana sujud boleh merangsang kelenjar Pineal merembeskan hormon melatonin.
Jin adalah makhluk ghaib yang turut memainkan peranan dan boleh mengambil kesempatan mengawal dan menggunakan teknologi WiTricity. Ia hanya boleh berbuat demikian apabila manusia menyebabkan jin menjadi takbur, bongkak dan sombong. Ketakburan jin terjadi apabila manusia melakukan perkara seperti berikut:
  1. Meminta pertolongan jin (sedangkan jin amat lemah dan tidak boleh menolong apa-apa).
  2. Takut kepada jin (sedangkan jin amat lemah).
  3. Menyebut atau memain-mainkan atau menakut-nakutkan orang lain dengan sesuatu makhluk bukan manusia.
  4. Mewujudkan keadaan yang boleh membanyakkan proton seperti menghasilkan asap kemenyan, atau menguraikan protein (radioisotop 12) seperti kuning telur melalui kaedah pemanasan.
  5. Mendakwa dan menjustifikasikan sesuatu penyakit atau ketidakseimbangan keadaan sistem dalam tubuh sebagai "saka" atau "sihir" atau "buatan orang" ialah sesuatu yang boleh membuat jin merasa bangga dan takbur.
  6. Menganggap jin lebih berkuasa atau berkebolehan tertentu atau memiliki teknologi tinggi.
Langkah mengatasi fenomena WiTricity

Selain daripada mengatasi daripada perkara yang boleh melemahkan kelenjar Pineal dan ketakburan jin. Ikhtiar tertentu juga perlu untuk mengembalikan semua elektron pada tubuh badan dan juga dalam sesuatu ruang.

Elekton terhasil dengan banyak dengan adanya atom hidrogen. Tubuh manusia menghasilkan dan membebaskan hidrogen terutama selepas mandi dan berwuduk. Rumah yang telah lama ditinggalkan akan kekurangan atom hidrogen hingga menyebabkan ruang di dalamnya kehilangan elektron. Walaupun sesuatu rumah itu berpenghuni, tanda kekurangan elektron boleh dilihat di bahagian sudut rumah yang bersawang. Sawang wujud di bahagian sudut dalam rumah kerana bahagian tersebut kurang pergerakan udara yang boleh membawa elektron. Penghuni rumah yang kerap mandi dan berwuduk akan menjadikan sawang berkurang atau tidak wujud.

Garam menyimpan banyak ion negatif terutama garam yang tinggi iodin, magnesium dan pottasium. Garam bukit mempunyai kandungan mineral ini. Menabur garam bukit di sesuatau kawasan akan meningkatkan kandungan ion negatif atau elektron di kawasan tersebut.

Setiap mentol akan membebaskan pelbagai gelombang dan ion. Gelombang cahaya daripada mentol yang menembusi garam, hanya akan membebaskan ion negatif atau elektron. Elektron ini akan memenuhi ruang dan menyeimbangkan proton di dalam sesuatu ruang. Memasang lampu garam ialah salah satu ikhtiar secara semulajadi, selamat dan berkesan untuk mengatasi masalah fenomena WiTricity.

Pembomohan

Tidak dapat dinafikan WiTricity boleh diaplikasikan bagi tujuan rawatan kesihatan. Gangguan penyakit atau fenomena pelik seperti terdapat kaca, paku, gunting, jarum atau bermacam-macam jenis barang tajam di dalam perut adalah akibat daripada teletranster yang berlaku daripada pemecahan atom yang mengalir melalui medium proton ke dalam perut. Oleh itu, ia juga boleh dikeluarkan semula dengan cara WiTricity.

Setelah dikaji, aplikasi WiTricity bagi tujuan rawatan memerlukan penghasilan proton yang amat tinggi dan menjejaskan kesihatan. Kaedah seperti menggunakan kemenyan, kuning telur atau yang melibatkan jin secara terang-terangan hendaklah ditolak kerana ia memberi kesan sampingan terhadap pengamal, pesakit dan juga merka yang berada di kawasan berhampiran dengan upacara rawatan tersebut.

Pengamal perubatan (bomoh tradisional) yang menggunakan aplikasi WiTricity dalam rawatan terpaksa mengelakkan penggunakan peralatan elektrik di rumah mereka dan hanya menggunakan lilin pada waktu malam untuk mengelakkan gangguan akibat daripada fenomena WiTricity.

Pyramid

Elekron sentiasa akan tersusun membentuk pyramid. Piramid (Pyramid) ialah satu bentuk geometri yang merangsang pengaliran tenaga yang hanya membenarkan elektron sahaja berada di dalam ruangnya. Ruang rumah yang bersih, kemas, mendapat pencahayaan yang baik di waktu siang dan baik peredaran udaranya adalah umpama sebuah pyramid. Penghuninya akan tenang, bahagia dan kurang mendapat penyakit berbahaya.

Gambar rajah di sebelah kiri menunjukkan bagaimana pyramid boleh mengekalkan kandungan elektron di dalamnya. Geometri yang berkembang ke bawah dalam bentuk segitiga adalah mematuhi Hukum Keseimbangan terhadap kejadian berpasang-pasangan dan kejadian warna. Warna yang dihasilkan di dalam pyramid adalah sangat sempurna dan lengkap iaitu putih, pink, violet, indigo, biru, hijau, kuning, oren dan merah.

Pyramid yang telah lama dijadikan sebagai salah satu therapy dalam rawatan alternatif, salah satu rahsianya ialah kehadiran ion negatif atau elektron. Tetapi elektron yang hadir di dalamnya hendaklah dirangsang dengan kekuatan melatonin melalui kaedah meditasi (tenang, fokus dan iman kepada Allah). Tanpa kaedah meditasi yang betul, ia tidak mampu menyebabkan kehadiran elektron dalam jumlah yang banyak.

Aromatherapy Seri Wangi


Semua formula Attitude Therapy menghasilkan banyak elektron. Salah satu formula yang menghasilkan elektron berkali-kali ganda banyaknya ialah Aromatherapy Seri Wangi. Pati bunga Aromatherapy Seri Wangi dihasilkan daripada kaedah cool compressed (tekanan sejuk) yang masih akan mengekalkan elektron yang terdapat banyak dalam kelopak bunga. Dalam Aromatherapy Seri Wangi diletakkan garam bukit yang banyak mengandungi dan menyimpan elektron. Kemudian ia dipancarkan dengan gelombang Point Zero iaitu gelombang yang berion negatif.

Elektron daripada setitik aromatherapy yang dititiskan ke dalam air, apabila air itu digerakkan, ia menghasilkan elektron yang sangat banyak berkali-kali ganda. Apabila dititiskan di tapak tangan yang basah dengan air sejuk, kemudian digosok dengan perlahan, ia juga menghasilkan elektron yang terpancar ke semua arah.

Gambar rajah di sebelah kiri menunjukkan ion detector yang boleh mengesan kehadiran elektron yang ditunjukkan dalam bacaan bercas negatif. Elektron yang paling banyak dapat disukat ialah -9999.

Aromatherapy Seri Wangi akan menghasilkan elektron pada tahap yang tidak dapat disukat ketika pada peringkat awal ia dijana. Setelah elektron tersebar dan meruap ke seluruh arah, dalam tempoh 30 minit yang pertama, kandungan elektron yang semakin menyusut telah boleh disukat bacaannya iaitu apabila ia rendah daripada -9999 dan bacaannya akan terus menuju ke bacaan sifar.

Cara penggunaan Aromatherapy Seri Wangi dalam usaha untuk mengatasi fenomena WiTricity ialah dengan amalan mandian dan minuman untuk tubuh dan renjisan atau siraman untuk ruangan atau bilik. Cara penggunaan Aromatherapy Seri Wajah sila rujuk post bertajuk "Penggunaan Aromatherapy Seri Wangi".

Antara gangguan, tanda atau simptom gejala yang disabitkan dengan dengan fenomena WiTricity ialah halusinasi, ketakutan, bulu roma meremang, skizo, delusi dan sebagainya. Insya Allah, formula Aromatherapy Seri Wangi akan membantu mengembalikan elektron dalam tubuh badan seterusnya mengatasi gejala kesihatan yang dikaitkan dengan fenomena WiTricity ini.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Isnin, 30 Julai 2007

Penggunaan Aromatherapy Seri Wangi

Aromatherapy Seri Wangi ialah pati bunga yang mengandungi lebih 300 unsur senyawa. Ia telah dibeamkan dengan vibration pada bacaan yang amat laju atau menghampiri atau tepat ke arah Point Zero. Sifat bahan yang beralkali dan gelombang berfrekuensi amat laju menjadikan ia penuh dengan ion-ion bersifat negatif atau elektron. Bermakna, kandungan Aromatherapy Seri Wangi terdapat tiga bahan yang berbeza bentuk, cerita dan keadaan tetapi berkongsi dalam satu botol iaitu 300 unsur senyawa, gelombang frekuensi Point Zero dan ion negatif.


Oleh itu Aromatherapy Seri Wangi ialah pembekal lebih 300 unsur senyawa dan pembawa gelombang Point Zero serta penjana elektron. Tiga keadaan yang berbeza ini menjadikan penggunaanya adalah berbeza untuk mendapatkan bahan atau manfaat yang berbeza daripada Aromatherapy Seri Wangi.

Setiap cara pengambilan hendaklah mencapai kehalusan atau kecairan unsur senyawa, kerendahan range gema dan pengayaan kuantiti elektron.

Unsur senyawa boleh diperolehi secara terus. Tetapi gelombang Point Zero dan elektron perlu dialirkan melalui konsep tekanan. Semakin baik atau tinggi tekanan maka semakin cekap kekonduksian gelombang dan elektron.

Pemulihan berlaku apabila gelombang dapat diterapikan ke tubuh melalui keserasian atau resonannya gelombang Aromatherapy Seri Wangi dengan organ yang memerlukannya.

[Jika bahasa di atas terlalu saintifik, di sini saya ulangi semula dalam bahasa yang mudah difahami; Seri Wangi ada lebih 300 unsur senyawa, maksudnya unsur senyawa inilah yang akan bersenyawa dengan DNA dan RNA dalam sel. Biasanya kita dapat unsur senyawa ini dalam makanan harian atau nutrien. Pati bunga Seri Wangi telah dibeamkan dengan vibration yang amat laju dan kuat pada bacaan Point Zero mengikut skala spektrum gelombang. Walaupun disebut Zero, tapi bukan bermaksud tiada gelombang, ini adalah istilah untuk menunjukkan kedudukan bacaan gelombang. Sila lihat kedudukan Point Zero dalam rajah di bawah. Range ialah riak gelombang atau fasa tenaga gelombang. Ia berada pada fasa yang telah lengkap pusingan getarannya atau dipanggil resonan. Elektron ialah ion negatif yang terdapat dalam atom. Sel terbina daripada molekul dan atom. Elektron ialah sesuatu yang sentiasa hilang, berpecah secara berantai atau membentuk atom unsur yang lain. Konsep tekanan ialah sejuk atau ais resonan ialah kekerapan pengambilan atau pengulangan yang berkadar tetap dan berterusan]
Kehalusan Atau Kecairan Unsur Senyawa

Unsur senyawa yang halus akan menjadikan ia terus dapat bersenyawa dengan sel secara serta merta. Cara untuk menjadikan Aromatherapy Seri Wangi lebih halus dan cair ialah dengan menitikkan setitik Aromatherapy Seri Wangi ke dalam air yang banyak kuantitinya. Semakin kecil titisan Aromatherapy serta semakin banyak kuantiti air, maka semakin halus dan cairlah unsur senyawa.

Setitik Aromatherapy Seri Wangi boleh menyebarkan unsur senyawa dalam 10 meter padu air kolam renang dalam sesuatu masa dan boleh bertahan antara 10 ke 30 minit sebelum ia teroksida di udara atau air klorin. Faktor yang menghilangkan unsur senyawa ialah kadar pensenyawaan yang tinggi dengan bahan di dalam air tersebut.

Sebagai amalan mandian biasa, titiskan setitik sahaja Aromatherapy Seri Wangi ke dalam kolah mandi. Cara terbaik ialah dengan mandi, sabun, ambil wuduk, kemudian titiskan setitik Aromatherapy Seri Wangi ke dalam kolah, bilas hingga puas. Semasa sedang membilas, tambahkan air ke dalam kolah. Semakin lama air ditambah ketika sedang menjiruskan badan maka semakin halus titisan unsur senyawa Aromatherapy Seri Wajah itu tadi.

Kerendahan Range

Range yang lebih rendah adalah lebih baik. Biasanya range yang rendah akan sama dengan keadaan penyakit yang kronik atau yang telah lama dialami. Range rendah adalah seimbang dengan karektor hening, sabar, ikhlas dan redho.

Range yang tinggi ialah untuk penyakit yang baru atau kritikal seperti kepatahan akibat kemalangan, kejutan kecederaan, luka atau kebengkakan.

Range boleh ditentukan melalui jumlah titik Aromatherapy Seri Wangi yang diambil. Untuk penyakit kronik cukup dengan mengambil setitik sahaja. Untuk kemalangan seperti kepatahan, terkena sengatan, kemalangan atau sebagainya hendaklah dititik berulang-ulang kali dengan titisan yang kecil. Ulangan titisan hendaklah seragam tempoh masanya contohnya satu titik untuk satu saat. Titiskan berterusan dalam satu bilangan tertentu seperti 10 titik setiap 10 minit.

Sebagai amalan harian jika dalam keadaan kesihatan yang memuaskan, gunakan hanya setitik sahaja Aromatherapy yang dititiskan ke dalam kolah. Jika secara tiba-tiba demam atau keracunan makanan baru dikesan dalam tempoh beberapa jam yang lalu, titiskan beberapa titik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam kolah. Jumlah titik yang diperlukan boleh diketahui dengan tepat melalui kaedah Applied Kinesiology.

Pengayaan Kuantiti Elektron

Elektron akan dijana dengan banyak melalui geseran. Untuk mendapatkan elektron daripada Aromatherapy Seri Wangi  titiskan setitik Aromatherapy Seri Wangi di atas tapak tangan yang basah dan sejuk. Gosok tapak tangan beberapa kali secara lembut, perlahan-lahan dan berkadar tetap, kemudian tapak tangan tersebut telah memiliki kuantiti elektron yang tinggi. Gosokkan dengan lembut tapak tangan ke bahagian yang sakit atau ke wajah. Jika untuk merawat pesakit, usap atau tepukkan perlahan-lahan tapak tangan ke bahagian organ pesakit yang mengalami sesuatu kelemahan.

Air sungai yang mengalir deras atau air terjun atau bilik yang mempunyai peredaran udara yang baik atau taman bunga yang terdapat angin sepoi-sepoi bahasa mempunyai kadar elektron yang amat tinggi. Air terjun berada di kedudukan teratas sebagai penjana elektron.

Pada tubuh badan manusia, Kelenjar Pineal CL1 ialah pusat pengalir ion negatif atau elektron secara serkulasi ke bahagian menerima iaitu tulang sulbi (coccyx). Elektron ini sentiasa kehabisan dan perlu sentiasa dicaj semula. Sejak turun temurun pengecajan semula ini dilakukan melalui mandi dan minum air. Air membawa sedikit elektron melalui pergerakannya yang dialirkan ke tubuh.

Sebagai amalan harian, penjanaan elektron daripada Aromatherapy Seri Wajah boleh dilakukan dengan cara mengocakkan air kolah membuat seperti "teh tarik" dengan gayung. Tambahan air ke kolah boleh dibuat dengan membuka pili air dengan besar dan air dibiarkan jatuh dengan deras. Siraman air kolah ke tubuh hendaklah dibuat dengan deras.

Satu lagi (bukan amalan harian) untuk mendapatkan jumlah elektron yang paling maksima ialah dengan duduk di bawah air terjun yang menghimpap di kepala, tetapi sebelum itu dititiskan setitik aroma di bahagian ubun-ubun kepala. Ulangi titisan setiap 5 minit (semasa menitiskan aroma, keluar sebentar daripada air terjun tersebut).

Konsep Tekanan

Gelombang boleh mengalir dalam pelbagai medium. Pengaliran yang cekap ialah melalui tekanan. Tekanan berlaku apabila zarah berada dalam kedudukan yang cukup bertenaga atau bergetar pada frekuensi tinggi. Sifat zarah yang dimaksudkan ini ialah jirim berkeadaan pepejal. Semakin padat susunan zarah yang teratur maka semakin kuat tenaga tekanannya. Susunan zarah yang teratur boleh dilihat daripada kejernihan dan kekerasan pepejal tersebut. Semakin jenih dan semakin keras pepejal maka semakin teratur susunan zarah. Contoh zarah karbon yang tersusun ialah berlian, zarah karbon yang tidak tersusun ialah arang.

Satu-satunya medium tekanan atau kaedah mencapai matlamat teori tekanan ialah ais batu. Ais mempunyai tenaga tekanan yang amat tinggi.

Sebagai amalan harian, letakkan ais batu (2kg) ke dalam kolah yang telah dititiskan Aromatherapy Seri Wangi. Tetapi mandi air kolah ketika waktu sebelum subuh atau sejam sebelum fajar sebenarnya telah memberi tekanan semulajadi terhadap atmostera. Mandi di kawasan beriklim sejuk juga telah terdapat tekanan semulajadi. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika pengamal Attitude Therapy memasang penghawa dingin di dalam bilik mandi.

Resonan

Aromatherapy Seri Wangi perlu diambil secara berulang-ulang pada kadar yang tetap selang masanya serta berterusan untuk mencapai resonan atau keserasian gelombang dengan keperluan organ.

Sebagai amalan harian, mandilah air kolah yang dititiskan Aromatherapy Seri Wangi  dengan kekerapan yang sama. Contohnya jika setiap kali mandi pukul 8 malam, setiap hari hendaklah mandi pada pukul 8 malam juga. Jika setiap hari mandi 3 kali sehari, setiap hari juga hendaklah mandi 3 hari sehari juga.

Syarat penggunaan Aromatherapy Seri Wangi secara umum

Keterangan di atas ialah cara yang lazim dilakukan untuk menggunakan Aromatherapy Seri Wangi iaitu melalui amalan mandian. Selain itu, dalam keadaan tertentu seperti untuk merawat sesuatu penyakit atau kecederaan, ia hendaklah dilakukan dengan panduan seperti berikut;
  1. Sapukan ke bahagian yang cedera / sakit.
  2. Hanya setitik yang kecil sahaja untuk setiap kali penggunaan.
  3. Cairkan dengan air yang banyak.
  4. Gosok atau lakukan gerakkan perlahan-lahan di bahagian yang disapu.
  5. Gunakan bersama air sejuk atau ais batu.
  6. Ulangi beberapa kali dengan kadar tetap dan berterusan.
  7. Buat penilaian atau ketentuan range berdasarkan keadaan kesakitan (bilangan titisan untuk sekali guna).
Contohnya jika berlaku kebengkakan atau kepatahan, kepatahan baru berlaku 30 minit yang lalu, bermaksud ia akut kritikal. Titiskan 10 titik Aromatherapy Seri Wangi ke dalam mangkuk yang berisi beberapa ketul ais (biasanya 6 ketul). Perawat meramas ais tersebut, kemudian usapkan terlebih dahulu tangan perawat ke bahagian yang patah. Kemudian ambil seketul ais tadi dan usapkan ke bahagian yang patah perlahan-lahan mengikut pusingan arah lawan jam. Setelah ais yang pertama habis mencair, tunggu seminit dan ulangi untuk ketulan ais seterusnya. Tempoh menunggu hendaklah seragam iaitu sentiasa selang seminit.

Contoh kedua jika berlaku masalah sakit perut. Kesakitan ini kerap terjadi sejak beberapa bulan yang lalu. Ia adalah penyakit kronik. Gunakan hanya setitis sahaja tetapi kaedah sama seperti cara rawatan patah kritikal di atas.

Banyak lagi kaedah mengikut kreativiti contohnya menggunakan pam renjisan air sejuk yang dititiskan Aromatherapy Seri Wangi di dalamnya. Kemudian renjis dengan kerap hingga mencapai resonan.

Masalah keracunan atau jika ingin mendapatkan manfaat unsur senyawa daripada Aromatherapy Seri Wangi ialah dengan menitiskan setitik ke dalam 1 jag air sejuk berais. Kemudian tuang ke cawan dan minum.

Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan dan ia bergantung kepada keadaan penyakit. Ketepatan kaedah akan menentukan kepantasan tempoh pemulihan, insya Allah.


Banyak pengalaman manis merawat penyakit melalui ciptakan aplikasi Facial Hidrotherapy Ice. Kaedah ini khas untuk merawat beberapa simptom yang biasanya gagal dirawat melalui kaedah rendaman Hidrotherapy Ice. Antara penyakit atau simptom yang menunjukkan kesan yang memberangsangkan hasil penggunaan Facial Hidrotherapy Ice ialah debaran, jantung, tekanan perasaan, gangguan emosi. Selain itu penyakit di peringkat level spiritual seperti lemah semangat, hilang tumpuan, selsema, sinus, resdung, sakit yang berkaitan dengan gigi atau gusi atau mana-mana bahagian di mulut seperti bibir pengkak atau pecah, sakit lidah, pekak, dan rabun. Konsep Facial Hidrotherapy Ice telah saya tulis dalam blog Bahasa Inggeris saya bertajuk "Reshape Your Face Naturally". Anda boleh klik butang di bawah ini untuk membacanya.


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Ahad, 29 Julai 2007

Aplikasi Relativity Theory

Menjana keperluan perubatan dalam era milenia serba mencabar insya Allah adalah satu kerja yang mudah. Keperluan kesihatan yang optima bagi setiap individu sering kali tidak dikaitkan dengan elemen atau unsur lain di sekeliling. Sebenarnya setiap manusia berkongsi ruang dan masa dengan seluruh makhluk atau apa jua elemen atau unsur yang lain sama ada dapat dilihat, disentuh atau diukur tenaganya.

Fizik kuantum menurut kajian semasa lebih banyak menyentuh elemen atau unsur yang bersifat atom malah lebih halus daripada itu namun tidak dapat dikaitkan dengan banyak lagi unsur-unsur lain yang begitu banyak di dalam ruang alam ini, di sinilah AT cuba mengenengahkan suatu teori bahawa semuanya saling berkaitan di antara satu sama lain, cuma bergantung kepada kekuatan akal fikiran untuk mengimaginasikannya dan menterjemahkannya dengan perkataan sebelum dipraktikkan untuk sesuatu tujuan.

Teori Saling Berkait (Teori Kerelatifan)

Apabila kita menyampaikan hasrat/niat/tujuan untuk merawat penyakit yang sedang kita hadapi, ketika itu otak kita akan cuba memproses seberapa banyak maklumat untuk dikumpul dan digabungkan sebagai satu bentuk frekuensi dengan ukuran gelombang tertentu sebagai satu set persamaan tenaga elektrik, magnet, cahaya, warna, bunyi, dan gema serta masa yang teratur. Di samping itu, kita juga memerlukan medium atau bahan yang memiliki pasangan atau frekuensi kepada frekuensi niat tadi untuk digabungkan secara lengkap sebelum boleh memberikan kesan yang diinginkan. Bahan yang digunakan dalam formula ini amat relatif dengan tenaga atau frekuensi yang akan dirakam semula sebelum dipindahkan ke dalam tubuh.

Oleh yang demikian, AT menyusun atur secara sistematik satu teori yang besar dalam menggabungkan secara serentak eksperimen dan praktikal keelektrikan, kemagnetan, cahaya, warna, bunyi dan gema dalam set persamaan ruang dan masa secara semulajadi.


Aromatherapy Seri Wangi ini bukan bertindak atau memberi kesan kepada organ tubuh semata-mata malah juga merangsang enzim-enzim yang berbeza pada organ dan sistem kelenjar yang disasarkan. Hasilnya, tenaga dalam ukuran frekuensi yang tertentu apabila dijanakan lagi kekuatannya dengan julat yang berkali-kali ganda maka penyembuhan secara total dengan rintangan paling minima boleh dicapai.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Sabtu, 9 Jun 2007

Teori Tekanan

Sel akan berfungsi apabila struktur komponen dalamannya berada dalam keadaan tersusun, padat dan saling berkonduksi antara satu sama lain. Untuk menjadikan keadaan ini berlaku, ia perlu diterapikan berkonsepkan Teori Tekanan. Ais merupakan rahsia Teori Tekanan. Teori Tekanan memberi kesan paradigma yang besar apabila diaplikasikan bagi tujuan kesihatan terutamanya sebagai booster bagi medium kekonduksian getaran.

Tekanan (Teori Fizik) merupakan faktor penting untuk meningkatkan kekonduksian getaran dalam bentuk gelombang supaya pemulihan mencapai tahap resonan (Teori Resonan). Gelombang daripada Aromatherapy Seri Wangi yang dihantar melalui medium air bertindak dengan memberikan tekanan kepada medium dan juga tekanan kepada saraf yang menerima gelombang.
Rajah 1: Synapses dan Saraf

Rajah 1 di atas menunjukkan satu sistem saraf dalam tubuh badan manusia. Dalam sistem ini, gelombang boleh dikesan oleh saraf deria (axon terminals) dan dihantar ke sel soma melalui konduksi impuls (sel myelin). Sel soma akan mengaturkan saraf untuk dihantar ke sistem saraf pusat iaitu tulang belakang dan ke otak.


Otak akan mentafsirkan gelombang melalui bahagian limbik. Dari bahagian tersebut, gelombang akan dihantar dalam bentuk rangsangan tenaga infrasonik ke sel tubuh yang memerlukannya. Tenaga infrasonik ini akan merangsang molekul dalan DNA dan memastikan sel bertindak dengan betul dalam skala resonan schumenn (takrifan harmoni atau semulajadi atau hening).

Apabila tekanan dikenakan ke atas sesuatu zarah, getaran tenaga zarah akan bertambah. Getaran tersebut menjadikan zarah akan bergetar dengan frekuensi gelombang jarak dekat. Akhirnya zarah hanya akan bergetar di tempatnya sendiri. Ketika itu susunan zarah akan menjadi lebih rapat. Ion-ion yang terdapat pada zarah akan menjadikan kedudukan zarah menjadi lebih tersusun.

Rajah 3: Susunan zarah dalam keadaan suam


Rajah 4: Susunan zarah dalam keadaan bertekanan (Sejuk)

Rajah 3 di atas menunjukkan kedudukan zarah dalam sebuah bekas. Apabila dikenakan tekanan, maka zarah akan mulai rapat seperti dalam Rajah 4. Col

Gelombang hanya dapat bergerak melalui zarah. Zarah yang menerima tekanan, akan menjadikan gelombang daripada Aromatherapy Seri Wangi dapat mengalir dengan lebih pantas dan menyeluruh.

Medium terbaik untuk mengalirkan gelombang ialah ais. Aromatherapy Seri Wangi boleh dititiskan terus ke atas ais atau air yang disejukkan dengan ais.

Tekanan juga memberi kesan terhadap biologi tubuh. Sel yang menerima tekanan akan menjadikan aktivitinya lebih cekap dan pantas. Molekul di dalam DNA akan tersusun dengan lebih teratur seterusnya menjaga dan dapat memelihara keharmonian tubuh.

Di dalam sistem saraf, saraf deria akan menjadi jauh lebih peka kerana saling rapat antara satu sama lain. Pengaliran gelombang melalui konduksi impuls akan menjadi lebih cekap kerana gelombang dapat melompat atau berkongsi dengan sistem saraf yang lain dengan lebih baik.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa tekanan amat penting dalam proses pengaliran gelombang daripada Aromatherapy Seri Wangi manakala medium yang terbaik adalah dengan menggunakan ais.

Kesan Tekanan Terhadap Medium Air

Dengan mematuhi Hukum Keabadian Tenaga, maka gelombang merupakan satu bentuk tenaga akan terus bergerak. Pergerakan gelombang hanya berlaku melalui lompatan antara satu zarah ke zarah yang lain. Kecekapan lompatan ini bergantung kepada keadaan susunan dan kedudukan zarah. Semakin rapat kedudukan zarah maka semakin laju pergerakan gelombang. Kedudukan yang rapat dipengaruhi oleh susunan zarah yang teratur. Semakin sempurna ikatan molekul, maka semakin tersusun zarah. Tandanya dapat dilihat daripada kejernihan sesuatu objek. Ais merupakan contoh zarah yang tersusun dengan teratur. Semakin sempurna ikatan molekul air, maka semakin jernih dan bersinar ais tersebut. Karbon yang tersusun zarahnya akan kelihatan jernih dan bersinar dan dikenali sebagai berlian. Karbon yang tidak tersusun zarahnya akan menjadi pudar atau hitam tidak telus cahaya dan dikenali sebagai arang.

Rajah 5 di sebelah kiri menunjukkan zarah air dalam keadaan normal yang tidak mendapat tekanan. Gelombang boleh bergerak di dalamnya. Zarah yang ditandakan dengan warna merah tidak terlibat mengutuskan gelombang. Terdapat dua contoh koordinasi gelombang dalam air ini yang tidandakan dengan anak panah warna biru.






Rajah 6 di sebelah kiri menunjukkan air yang mendapat tekanan hingga membentuk ais. Gelombang akan bergerak dengan lebih cekap di dalam ais berbanding air biasa. Hampir semua zarah air terlibat mengutus gelombang. Terdapat enam contoh koordinasi gelombang dalam ais berbanding air dalam bekas yang sama. Bermaksud gelombang bergerak dengan lebih banyak, serta dengan kepantasan yang tinggi.



Kesan Tekanan Terhadap Sel Saraf


Rajah 7 di sebelah kanan menunjukkan sel saraf dalam keadaan normal atau panas. Saraf ditunjukkan dengan warna hitan. Saraf mati diwarnakan perang dan gelombang ditandakan dengan anak panah biru. Gelombang masih boleh melalui saraf dalam keadaan normal tanpa tekanan.




Rajah 8 di sebelah kanan menunjukkan saraf yang sihat atau mendapat tekanan. Terdapat empat koordinasi gelombang dalam ruang yang sama. Impuls bergerak dengan cepat dan amat cekap kerana saraf tersusun dengan rapi. Walaupun terdapat saraf yang mati, Impuls masih boleh bergerak dengan cekap melalui lencongan saraf. Lencongan hanya dapat berlaku jika berlaku tekanan.

Fenomena tekanan ini menjelaskan kesan rawatan terhadap pesakit parkinson yang pulih melalui ikhtiar rawatan Attitude Therapy.

Kesan Tekanan Terhadap Sel Kapilari Darah Dan Isipadu Darah

Rajah 9 di sebelah kiri menunjukkan sel kapilari darah dalam keadaan panas atau tidak sihat. Salurannya sempit. Gambar atas ialah potongan dari pandangan atas, dan gambar bawah ialah potongan dari pandangan sisi.

Keadaan ini berlaku sekiranya seseorang mengamalkan meminum air yang suam atau panas, mandi air panas atau terdedah kepada cuaca atau keadaan persekitaran yang panas.

Penyempitan saluran darah mengakibatkan perjalanan darah terganggu. Antara masalah daripada penyempitan saluran sel kapilari ialah:
  1. 1. Risiko penempelan kolestrol dan serangan jantung.
    2. Serangan strok.
    3. Obesiti atau kegemukan.
    4. Keletihan.
    5. Kekurangan oksigen.
    6. Deposit urik asid.



Rajah 10 di sebelah kanan ini menunjukkan sel kapilari darah yang mendapat tekanan. Ruang saluran darah menjadi lebih luas. Darah akan mengalir dengan lebih lancar.

Selain itu, isipadu darah juga akan berkurang ketika dalam keadaan bertekanan (aplikasi termometer). Oleh itu, masalah migrain dan tekanan darah tinggi akan berkurang. Darah yang mendapat tenaga daripada tekanan akan bekerja dengan lebih cekap. Tekanan darah yang stabil akan meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara optimum.



Hidrotherapy Ice Colour Vibration Therapy

Hidrotherapy Ice merupakan kaedah yang pertama seumpamanya diperkenalkan bagi tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, mental dan fizikal. Hidrotherapy Ice telah dipertingkatkan teknologinya dengan penggunaan elemen-elemen air ionik beralkali (ionized-alkaline), ozon, garam potassium dan lain-lain yang membantu merawat penyakit selain mengekalkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

Kaedah mandian ais yang diperkenalkan melalui rawatan Attitude Therapy ialah dengan cara pembauran antara Aromatherapi, Garam Bukit, Sulfur (belerang), Kapur, Ais di dalam bath tub berisi air yang beralkali dan diozonkan.

Bilik rawatan dilengkapi mesin air alkali berserta tangki simpanannya, water ozonizer dan lampu UV. Kelengkapan lain ialah sistem flush, singki, bilik bilasan, dan sistem pengaliran udara. Setiap kelangkapan mempunyai peranan tertentu.

Setiap satu bahan dan kelengkapan memainkan peranan tertentu untuk mencapai keberkesanan rawatan yang paling optimum.

Aromatherapy Seri Wangi merupakan bahan yang paling utama digunakan dalam mandian Hidrotherapy Ice. Gelombang yang dibawa melalui Aromatherapy Seri Wangi akan mensenyawakan bahan-bahan yang dibaurkan supaya dapat reaktif dengan sesuatu peringkat level pada tubuh badan. Gelombang juga akan bertindak mempertenagakan sel ketika di dalam proses rawatan mandian Hidrotherapy Ice.


Aromatherapy Seri Wangi bertindak sebagai rahsia Spiritual semasa di dalam pembauran bahan. Antara penyakit yang berkaitan dengan level spiritual antaranya ialah
  1. Lesu, lemah semangat, halusinasi, ketakutan.
  2. Daya ingatan, awet muda, kawalan hormon.
  3. Migrain, kasih sayang, menipu, mencuri.
  4. Tidur, imsomnia, tumpuan.
  5. Antibiotik semulajadi, keceriaan.
  6. Sinus, resdung, deria baru.
  7. Demam, telinga, mulut, lidah, gigi, gusi.
  8. Tekanan darah rendah, tekanan perasaan.

Tahukah anda, mayat manusia yang dijumpai dalam ais glasier, bekas tasik garam, pergunungan batu kapur dan lembah belerang bekas lohong gunung berapi tidak reput selama beribu-ribu tahun. Bahan ini bertindak mengawetkan sel manusia yang terperangkap di dalammnya. Dalam dunia perubatan, ia diaplikasikan sebagai medium antibiotik dan medium unsur senyawa.

Ais adalah pencegah kehilangan tenaga. Ia akan terus mengawal tenaga agar tidak hilang dan mengekalkan kemudaan sel.
Gambar sebelah kanan ialah "iceman" iaitu manusia pra-sejarah yang ditemui di pergunungan Alps iaitu sempadan antara Austria-Italy.

Keadaan iceman amat baik dari kulit hingga ke makanan yang masih terdapat di dalam perutnya. Kulitnya tidak reput atau berubah strukturnya. Aktiviti bakteria yang berperanan menguraikan organik pada iceman didapati telah terencat dan terhapus. Begitu juga kesan tindak balas kimia bagi tujuan penguraian juga tidak berlaku. Tekanan dan pemadatan oleh ais menjadikan keadaan organik iceman kekal tanpa sebarang perubahan malah sebelum kematian iceman, sel-sel tubuhnya telah mencipta anti-aging semulajadi kesan daripada tekanan akibat diselaputi glasier.

Garam adalah raja segala kimia. Garam mampu membekalkan cukup oksigen untuk keperluan sel. Dalam mandian Hidrotherapy Ice, garam akan bertindak sebagai penguat kekonduksian gelombang serta pengurai ozon yang cekap.

Batu kapur berkeupayaan memerangkap dan mengurai karbon dioksida dan juga meneutralkan bahan berasid daripada menjejaskan sel. Batu kapur boleh menghantar gelombang hingga ke tulang dan menjaga kekuatan saraf.

Belerang adalah penyahaktif aktiviti bakteria dan kulat. Ia merangsang rembesan sel dengan cara menghantar gelombang ke dalam nukleus sel dan juga meneutralkan bisa dan racun di dalam sel.

Dalam mandian Hidtrotheapy Ice, belerang berperanan membantu memberi kekuatan kepada sistem penghadaman. Sulfur boleh bertindak sebagai perangsang atau menguja rembesan enzim untuk penghadaman.

Sebagai penyimpan gelombang yang menyamai gelombang organ hempedu dan kulit, sulfur menyahaktifkan aktiviti kulat dan bakteria yang mempunyai gelombang di luar julat gema sulfur. Kebanyakkan bahan kosmetik dan krim penyakit kulit menggunakan sulfur sebagai bahan asas.

Pembauran dalam air.

Semua keempat-empat bahan ini dibaurkan bersama dalam satu campuran. Ia tidak mampu bertindak sebagai sebatian sebaliknya tetap dalam bentuk tersendiri dan tidak mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, ia hanya akan mensewakan bahagian yang terlibat dengan gelombang yang dibawa oleh bahan tersebut masing-masing.

Peranan bahan ini adalah satu komitmen untuk mencapai tahap kesihatan yang paling optimum semasa proses mandian Hidrotherapy Ice.

Rahsia Piramid Dari Perspektif Teori Tekanan.

Setiap bentuk mempengaruhi aliran tenaga. Piramid mempunyai rahsia penjagaan gelombang agar tidak hilang. Piramid mempunyai sukatan tertentu yang juga mempengaruhi keadaan tertentu. Di bawah ialah kajian terhadap pergerakan tenaga berdasarkan bentuk tertentu.

Rahsia mumia yang ditemui di dalam piramid adalah satu fenomena yang boleh diterangkan secara saintifik malah boleh diaplikasikan bagi tujuan rawatan. Rajah di bawah menunjukkan pegerakan tenaga dalam sesuatu bentuk. Anak panah warna merah menunjukkan tenaga yang dibebaskan, anak panah warna biru putus-putus menunjukkan tenaga yang kembali.





Bentuk bulat menjadikan tenaga hanya bergerak ke satu arah sahaja.

Secara tiga dimensi, tenaga dalam sfera akan terus bergerak ke satu arah

Pergerakan yang berterusan akan membentuk satu cakera dengan tahap tenaga yang sama dan tidak berubah.


Bentuk empat segi menjadikan tenaga bergerak ke pelbagai arah secara rambang

Secara tiga dimensi, tenaga yang bergerak dalam kuboid akan bertambah fokus.



Fokus menjadikan tenaga di dalam bentuk kuboid akan terus naik ke atas ke tahap infiniti.


Bentuk tiga segi menjadikan tenaga yang bergerak akan kembali tempat asal semula.



Secara tiga dimensi, tenaga yang bergerak di dalam piramid akan bergerak dengan laju



Gerakan yang berterusan menjadikan tenaga berada dalam julat keharmonian schumenn atau julat cahaya boleh nampak iaitu menyamai tenaga dalam tubuh manusia.


[Piramid kiri (Ruang dan masa stabil). Piramid kanan (Ruang dan masa infiniti)]

Bentuk piramid diaplikasikan sebagai ruang terbaik untuk menyimpan Aromatherapy Seri Wangi. Semakin lama ia disimpan, maka semakin kuat tenaga di dalamnya. Jika tenaganya berkurangan, dengan menyimpannya untuk seketika sudah memadai untuk mengembalikan tenaganya semula.

Keadaan yang harmoni dan bertenaga ialah tempat yang menghasilkan gelombang yang menyamai tenaga di dalam piramid. Secara semulajadi keadaan ini boleh diperolehi di tepi air terjun, dalam gua yang tidak dihuni kelawar, tepi pantai pada waktu pagi yang nyaman atau mandi air sungai yang sejuk dan yang sedang mengalir dengan deras. Tenaga ini diperolehi dan disalirkan melalui ion-ion negatif.

Gambar di sebelah ialah salah satu daripada kaedah Pyramid Therapy. Sebenarnya anda boleh mendapatkan keadaan seperti ini dengan hanya mandi dengan menitiskan setitik Arimatherapy Seri Wajah ke dalam air mandian. Melalui kaedah mandian hidrotherapy Ice, setitik Aromatherapy Seri Wajah akan dititiskan setiap 10 minit ke dalam tub mandi.


Menyedari arah pengaliran tenaga di dalam ruang, maka bentuk terbaik untuk mendapatkan rawatan mandian Hidrotherapy Ice ialah dengan berendam di dalam tub mandi yang berbentuk segi empat. Bentuk segi empat akan lebih memfokuskan tenaga berdasarkan niat dan doa.
Setelah mendapat rawatan Hidrotherapy Ice, anda perlu berehat seketika di atas katil berbentuk segiempat.

Bentuk katil segiempat bertujuan mengekalkan momentum kesan tekanan daripada rawatan Hidrotherapy Ice.

Facial Hidrotherapy Ice

Menjadi satu komitmen dan kesungguhan dalam ikhtiar untuk kami menjadikan kajian saintifik ini dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan melalui konsep Facial Hidrotherapy Ice. Dalam kaedah yang akan diperkenalkan ini, teknik dalam mandian Hidrotherapy Ice akan digunakan dalam Facial Hidrotherapy Ice untuk mencapai matlamat wajah berseri.
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)