SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah
Memaparkan catatan dengan label Soul Salt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soul Salt. Papar semua catatan

Ahad, 16 November 2008

Rahsia Bunyi Membentuk

Bunyi boleh membentuk. Semua jisim terikat molekulnya sehingga menjadikan ia boleh membentuk. Bentuk yang terjadi bergantung kepada niat. Niat boleh menghasilkan bunyi.

Ujian ringkas boleh dijalankan terhadap ikatan molekul air. Bunyi persekitaran mempengarui ikatan molekul air. Semakin hening bunyi maka semakin sempurna pembentukan ikatan molekul.

Garam Sebagai Rahsia Bunyi

Bentuk garam sentiasa mantap dan tidak mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Oleh itu, garam ialah medium terbaik untuk membantu pembentukan.

Garam Dalam Rahsia Teori Ruang Dan Masa

Kehadiran tenaga asing seperti Jin dan makhluk halus dalam sesuatu kawasan menunjukkan kehilangan bunyi di kawasan tersebut. Kemungkinan kawasan tersebut suram, tidak ada peredaran udara yang sempurna, hangat dan berbau busuk. Rumah yang mendapat gangguan spiritual biasanya mewujudkan suasana yang tidak menyihatkan.

Menaburkan garam pada ruang yang terganggu dengan niat untuk membaiki keadaan akan membantu mengatasi gangguan di kawasan tersebut.

Aplikasi Garam Memulihkan Bentuk

Struktur organ yang lemah akan melemahkan ikatan struktur dan merobohkan bentuk. Antara contoh gejala yang berlaku akibat keruntuhan ialah;

  1. Usus collaps (usus runtuh) - menyebabkan kemandulan akibat rahim terhimpit - menyebabkan perut buncit bagi lelaki.
  2. Hernia - tisu yang menyokong usus masuk ke ruang scrotal (kantung testis).
Selain beberapa gejala ini, terdapat beberapa keadaan yang merungsingkan bagi sesetengah keadaan seperti kejatuhan otot, lemak yang mengelebeh, pipi londeh dan sebagainya. Ia merungsingkan kerana menghilangkan bentuk dan rupa yang cantik. Sebenarnya selain kehilangan rupa yang cantik, perkara yang utama ialah ia menggambarkan kemerosotan kesihatan dan tanda kekurangan bunyi untuk mengekalkan bentuk.

Garam biasa diperoleh melalui air minuman atau makanan yang mengandungi kandungan mineral alkali yang tinggi.

Mengamalkan garam dapat mengatasi masalah terjadinya keloid, menaikkan otot tubuh dan otot wajah (face lift), mengatasi hernia dan sebagainya.

Mengambil garam atau mineral ringan (mineral beralkali) akan membantu mengekalkan awet muda dan mengatasi masalah kehilangan bentuk akibat kehilangan bunyi.

Mandian Garam

Dalam kaedah Hidrotherapy Ice, garam turut diletakkan sebagai salah satu bahan untuk melengkapkan proses rawatan ini. Sebagai amalan biasa, kita boleh meletakkan segenggam garam kasar di dalam kolah mandi untuk mendapat manfaat kesegaran dan kesihatan di samping mengembalikan bentuk tubuh.

Bunyi Membentuk dan Memusnahkan

Bunyi boleh membentuk, tetapi juga juga boleh memusnahkan. Sebenarnya bentuk sentiasa diperbaharui. Oleh itu, bentuk yang lama akan sentiasa diperbaharui kepada yang baru. Ia akan mengakibatkan bentuk yang lama dimusnahkan.

Sifat malas, suka beristirehat berlebihan, kurang berfikir secara kreatif ialah keadaan yang akan menghilangkan tenaga bunyi di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh akan kehilangan bentuk.

Bentuk tubuh manusia yang semulajadi akan cantik bersama pemikiran yang mulia.

Bentuk Tubuh

Keemua jisim terbentuk melalui ikatan secara bertiga-tiga (membentu segitiga) secara berterusan. Semakin sempurna pembentukan setiga itu maka semakin sempurna bentuk sesuatu jisim.

Pembentukan yang lengkap akan membentuk RNA - DNA - Kromosom - Nukleus sehinggalah ke sel dan tubuh keseluruhan. Segalanya bermula daripada ikatan molekul secara bertiga-tiga.

Keunikan Bunyi Pada Wanita

Wanita mempunyai beberapa keadaan yang sungguh unik. Bentuk tubuh wanita pula amat mudah tercemar dalam keadaan atmosfera luar rumah. Semakin tubuh itu dilindungi bentuknya, maka semakin kekal bentuk semulajadi tubuh. Tetapi semakin rupa tubuh didedahkan, maka semakin mudah ia dipengaruhi oleh aliran elektromagnetik dalam bentuk bunyi persekitaran.
Gambar di atas menunjukkan kesan aruhan elektromagnetik terhadap tubuh yang terdedah dalam atmosfera luar rumah terutama setelah mencecah umur 40 tahun ke atas.
Gambar di atas menunjukkan tubuh wanita yang dilindungi tidak menerima kesan daripada aruhan elektromagnetik luar rumah. Oleh itu bentuk tubuh masih boleh dikekalkan.

Berbeza bagi lelaki, tubuh lelaki akan semakin tegap sekiranya mereka kerap keluar rumah dan melepaskan bentuk tubuhnya.

Pembentukan Keloid

Keloid terjadi apabila molekul terus mencari ikatan disebabkan ketiadaan bunyi. Akibatnya tisu-tisu kulit masih terus tumbuh secara berterusan dan membentuk keloid.

Kelebihan Mengamalkan Garam
  1. Mengamalkan garam sebelum makan membantu menjadikan nutrient membantuk zat yang boleh bersenyawa dengan sel.
  2. Mandi dengan air yang dimasukkan dengan garam membantu membentuk tubuh ideal.
  3. Mencuci wajah dengan Formula Cleansaroma yang dicampurkan sedikit garam membantu membentuk wajah.
  4. Mengamalkan memakan Soul Salt membantu mengelakkan gejala usus prolaps, hernia dan kekenduran otot.
  5. Darah yang mengandungi cukup mineral (garam) akan mencegah pembentukan keloid apabila terjadi luka.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Jumaat, 31 Oktober 2008

Garam Dalam Rahsia Biru

Garam mempunyai kemujaraban yang unik dan suci sebagai pembersih yang meleraikan radiasi serta reaksi protein. Kerja-kerja enzim yang unik ini dapat merangsang kepada kejadian sintesis protein yang lebih berkesan. Apabila garam dan ais bersatu, ia mampu menjadi satu komponen yang menjadi penghantar yang mampu beraksi walaupun dalam jumlah sedikit untuk memicu aksi kimia sementara sifat garam itu sendiri sedikipun tidak berubah. Garam yang bersifat hidup ini terkandung di dalam sel dan sel ini sendiri akan sentiasa diperbaharui melalui proses pembelahan sel khususnya bagi kes pesakit kanser.

Dengan mengamalkan penggunaan garam pada waktu pagi, ia akan meningkatkan tenaga molekul serta sel kerana di situ terdapat unsur daya berupaya makromolekul protein yang kompleks iaitu Deoxyribonucleic Acid (DNA). DNA yang terletak di dalam nukleus sel ini mengandungi kod-kod genetik yang membawa maklumat daripada semua organ serta tingkah laku diri.

Di samping itu juga berdasarkan kajian serta pemerhatian, keberkesanan pengambilan garam dilihat tinggi pada waktu pagi. Ini kerana waktu pagi merupakan masa berlakunya proses fotosintesis serta perlepasan kadar oksigen yang tinggi daripada tumbuh-tumbuhan dan pada waktu ini jugalah kadar karbon dioksida yang diserap oleh tumbuh-tumbuhan juga tinggi dalam melakukan proses pembersihan.

Oleh yang demikian, penjadualan pemakanan garam yang sebelum ini dilakukan di antara waktu pagi sehingga malam diubah sepenuhnya pengambilan kepada waktu siang terutamanya pagi iaitu diantara selepas subuh sehingga pukul 11 pagi kerana waktu ini merupakan waktu yang terbaik disamping mengambil keberkatan pagi. Proses ini memang banyak membantu dalam merangsang pembentukan tenaga yang maksima disamping menjurus kepada proses peleraian sel-sel tubuh yang tidak sihat.

Manakala geomensi yang dibuat pada sebelah malam untuk meleraikan radiasi yang mencemarkan persekitaran mesti dibina semula di awal pagi untuk meningkatkan energy yang harmoni. Dengan melakukan terapi garam pada waktu pagi ia akan meningkatkan lagi sistem komunikasi yang disebarkan melalui mesej-mesej kod warna dan bunyi mengikut turutan warna dan bunyi yang bermula dengan warna merah. Begitu juga disusuli dengan rawatan Hidrotherapy Ice bahawa penggunaan garam dalam mandian Hidrotherapy Ice ditukar sepenuhnya pada waktu siang sahaja.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Hukum Garam

Radiasi dan kecelaruan gelombang hanya boleh diurai oleh vibration yang kuat dan bertenaga. Garam mempunyai vibration yang sangat kuat bacaan getarannya yang sama dengan unsur-unsur spiritual yang bersifat rohani dan suci. Melalui konsep sains, ia berfungsi meleraikan radiasi serta gelombang yang kurang sihat di dalam tubuh pesakit.

Vibration kuat ialah di bawah bacaan 20 Hertz atau bawah 400 nanometer.

Semakin rendah bacaan vibration, maka semakin kuat vibration itu. Semakin tinggi bacaan bacaan vibration seperti MegaHertz dan Makrometer, maka semakin lemah vibration atau tenaga gelombang tersebut.
Gambaran dan kedudukan vibration
Peleraian ini yang berlaku dalam tindak balas gelap dengan kehadiran ais akan menyuburkan lagi pembentukan sel-sel baru di dalam tubuh di samping memberi satu tekanan mahupun impak yang baik.

Gelombang aruhan atau caj garam amat mudah berubah untuk menstabilkan keadaan sekitar. Pada waktu malam, garam akan stabil sekiranya aruhan gelombang atau cajnya bertukar kepada positif atau mengandungi ion-ion protion. Menjadi satu pantang larang bahawa tiada urusan jual beli garam dilakukan pada sebelah malam dan terbukti kebenaran yang tersirat di sebalik fakta ini sejak dari zaman Rome dan Yunani. Sehingga kini setiap bangsa di dalam budayanya memiliki pantang larang yang tersendiri dalam menghormati pegangan terhadap keunikan, kegunaan dan keberkatan garam.

Garam amat menguji rahsia kesabaran kepada mereka yang telah melanggar hukum dan kegunaannya. Garam pada waktu malam biasanya digunakan untuk tujuaan yang bersifat negatif dan memberi kesan mudarat kepada seseorang dan ia bergantung kepada niat seseorang itu juga. Akan tetapi sekiranya terdapat kes-kes kecemasan ataupun darurat akibat gangguan spiritual pada waktu malam, penggunaan garam adalah diizinkan memandangkan garam berada di dalam rahsia api dan bertindak sebagai gelombang range tinggi kerana kes kecemasan juga berpunca daripada keadaan yang tingi range nya.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan ruang gelombang persekitaran tidak harmoni di samping mahu mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, maka penjualan garam pada waktu malam tidak digalakkan sama sekali.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

[ini ialah suntingan daripada pekeliling yang dikeluarkan oleh pengurusan dan pengasas Colour Vibration Therapy]

Selasa, 6 November 2007

Rahsia Garam Dalam Rahsia Air

Rahsia Garam Rendah Sodium dalam rahsia air (bunyi) dalam kombinasi air akan mengimbangi semula darah yang telah teroksida kerana terlebih kandungan kolestrol dan urik asid.

Mengubah, memecah, mengurai unsur pemakanan menjadi zat atau nutrien dalam partikel yang halus dan unik untuk potensi getaran. Olahan, kitaran, adunan dan bancuhan akan menghasilkan geseran tenaga kinetik apabila makanan dikunyah dengan baik dan teratur.
Meneutralkan keracunan makanan atau ketempangan kimia di dalam tubuh yang berlebihan urik asid atau bahan-bahan yang masam.

Ia akan memberikan kecepatan kepada semua unsur pemakanan menjadi aktif dengan menghasilkan tindak balas yang pantas dan maksimum.

Kesemua frekuensi atau tenaga getaran terletak dalam rahsia biru yang menjadi penawar.

Kuasa peneutral ini terletak di kelenjar tyroid dengan frekuensi biru yang sejuk. Bagi wanita yang gemar pada makanan yang masam akibatnya wujud gangguan pada sistem tulang dan penyakit mudah sampai ke dasar. Ini akan mendedahkan kepada bahaya kanser. Sebenarnya garam rendah sodium mempunyai kuasa penyerap kepada frekuensi bunyi yang buruk yang memusnahkan sel-sel di dalam tubuh.

Makan pada waktu malam sebelum subuh (bersahur) sebenarnya dapat memerangkap tenaga bunyi berfrekuensi biru sebagai penawar.

Rahsia gigi adalah suatu jasad kenyal di dalam rahsia tulang. Oleh itu, gosoklah gigi anda selalu untuk menghasilkan tenaga kinetik atau geseran.

Cara mengambil Garam Rendah Sodium

1. Sebelum dan selepas makan. Secubit garam rendah sodium sama ada diletakkan di atas lidah atau dilarutkan sedikit dalam segelas air sejuk.

2. Sebelum dan selepas tidur. Minum sekerap mungkin untuk kesan lebih baik. Lebih elok dilakukan di waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur untuk pengimbangan oksigen di dalam darah dan sistem limpatik.

3. Bersama-sama dengan formula CL. Campurkan sedikit garam di dalam larutan air yang dimasukkan formula rawatan CL. Jika CL ingin diambil dengan cara dikemam, minum setengah gelas air sejuk yang dicampurkan dengan secubit garam rendah sodium.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Isnin, 5 November 2007

Garam Rendah Sodium

Garam Rendah Sodium berfungsi menyeimbangkan keadaan berasid, menjadi agen detoksifikasi dan menyingkirkan toksid dan asid daripada tubuh dalam masa yang singkat.

Garam Rendah Sodium mengandungi bahan rendah sodium dan lebih potassium tinggi untuk kesihatan tubuh.

Garam Rendah Sodium mempunyai kuasa penyerap kepada frequensi bunyi yang buruk yang memusnahkan sel-sel di dalam tubuh.

Garam Rendah Sodium bertindak sebagai penyerap atau penapis bunyi (amplifier) getaran tenaga dalam berbagai jenis makanan yang terlalu tinggi kandungan mineral seperti makanan laut.

Garam Rendah Sodium bertindak sebagai pengimbang kalsium dan iodin di bahagian tirod.

Garam Rendah Sodium amat sesuai untuk menjaga struktur ketahanan sistem tulang (kelangsingan) terutamanya pada wanita selepas bersalin.

Garam Rendah Sodium membantu mengatasi masalah saraf dan kekejangan otot.

Garam Rendah Sodium meneutralkan frekuensi elektrokimia di dalam sistem penghadaman yang abnormal.

Garam Rendah Sodium adalah penawar kesakitan atau keracunan di dalam perut yang telah mengalami beban ubat-ubatan daripada dadah termasuk kesan kesakitan yang dialami oleh penagih dadah.

Garam Rendah Sodium bertindak sebagai terapi penyinaran yang pemancaran gelombang elektrik ion-ion negatif kepada pesakit kanser yang telah terdedah kepada ubat-ubatan kemo dna sinar-x yang berlebihan.

Garam Rendah Sodium bertindak sebagai pengimbang persekitaran dalam sistem penghadaman daripada kandungan oksigen, sodium, klorida dan nitrogen.


Garam Rendah Sodium dapat mengurangkan kemunculan gas karbon dioksida yang amat berbahaya di atas kegagalan perut melakukan sistem penghadaman yang menimbulkan gejala sakit-sakit di seluruh tubuh.

Formula Garam Rendah Sodium membantu mengatasi masalah gastrik, sakit tumit, gout, sembelit, cirit-birit, sakit tekak, gangguan suara, keletihan, kelesuan, rasa mengantuk dan daya konsentrasi.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)