SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 30 September 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 4/9)

Perkembangan teknologi rawatan alternatif yang sungguh pantas, adalah sesuatu yang ketinggalan bagi mereka yang gagal memberi perhatian terhadap perkembangan era baru penjagaan kesihatan ini. Kemunculan rawatan alternatif telah memberi kolum baru dalam media dan menjadi buah mulut masyarakat hari ini. Berikut ialah sesi seterusnya temuramah antara Dr. Ariffaizal bersama editor Majalah KONSEP.

Majalah KONSEP keluaran Oktober 2008

SOALAN KEEMPAT: Keistimewaan perubatan alternatif berbanding kaedah perubatan sedia ada:

Apa sahaja mengenai perubatan alternatif adalah sangat istimewa. Daripada falsafah ilmu, cara perubatan malah personaliti perawat itu sendiri.

Ilmu yang dipraktikkan dalam kaedah rawatan alternatif sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian. Misalnya cara berfikir yang positif, amalan cara makan dan minum sehingga lah cara tidur yang betul. Kesemua amalan ini hendaklah bermatlamat yang baik kerana kesemuanya amat berkait rapat dengan kesihatan sesuatu organ pada tubuh badan itu sendiri. Malah apa sahaja amalan dan pemikiran yang baik adalah “ubat” semulajadi kepada sesuatu penyakit dan menjadikan tubuh “imun” daripada sebarang penyakit.

Keupayaan merawat penyakit kronik, berhadapan dengan keadaan kritikal atau yang diangap tiada harapan untuk sembuh oleh rawatan klasik

Dalam rawatan alternatif, penyakit yang dianggap kronik dan dikatakan tiada harapan untuk pulih sebenarnya masih boleh dirawat melalui kaedah rawatan alternatif. Pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan alternatif akan disambut dengan senyuman mesra. Kemudian pesakit ini diberitahu bahawa penyakit ini masih ada harapan untuk pulih dan rawatan masih ada untuk diikhtiarkan. Tidak dapat dinafikan bahawa penyembuhan itu adalah dengan izin Allah, tetapi apabila pesakit ini mendengar kata-kata yang penuh semangat itu, ia terus merangsang kelenjar pineal pesakit untuk merembeskan hormon melatonin yang berperanan memberikan tenaga dan keceriaan semula kepada pesakit yang selama ini telah diberitahu malah dijangkakan tempoh hayatnya. Rawatan alternatif begitu percaya bahawa semua penyakit itu ada ubatnya kecuali maut. Kata-kata tersebut dinyatakan secara jujur kerana memang terbukti penyakit tersebut sebahagian besar daripadanya pulih dengan sempurna. Bezanya sama ada ia cepat atau memakan sedikit masa untuk pulih.

Rawatan alternatif bukan mengkatagorikan tubuh dan ilmu kesihatan ini sekadar fizikal semata-mata, malah ia merangkumi aspek emosi, mental dan spiritual. Oleh itu, segala aspek mengenai rawatan dan penyembuhan adalah mengambil kira semua faktor yang menyeluruh atau digelar “holistik”. Rawatan alternatif tidak bersandarkan kepada akal logik semata-mata berbanding dengan rawatan allopati yang terikat dengan ujikaji makmal. Selagi tidak dapat dibuktikan secara ujikaji makmal bahawa penyakit itu boleh disembuhkan, maka selagi itu penyakit tersebut dianggap tidak boleh dirawat.

Hampir kesemua pengamal rawatan alternatif yang beragama Islam akan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama dalam aktiviti merawat dan amalan falsafah ilmu. Faktor penyerahan (tawakkal), bersabar, ikhlas dan redho ialah antara faktor penyembuhan yang paling utama.

Surah Am-Nahl ayat 68 dan 69

Surah An-Nahl, ayat 68; Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Surah An-Nahl, ayat 69; Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Madu diambil daripada pelbagai jenis bunga yang berlainan warna

Doa ketika takbir ketiga solat jenazah,

Bacalah doa Ya Allah, Ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat dia dan lapangkanlah jalan masuk dia, mandikanlah dia dengan air, salji, kesejukan, cucikanlah dia daripada kekotoran, gantikanlah rumah yang paling baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya. Masukkanlah dia kedalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan dari seksa neraka.

(Hadith Riwayat Muslim dari Abdul Rahman bin Auf bin Malik r.a)

Surah Sood ayat 42

Surah Saad, ayat 42; (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).

Bagi pengamal rawatan alternatif yang bukan beragama Islam, mereka percaya faktor tawakkal, sabar, ikhlas dan redho ini bukan sahaja merupakan faktor penyembuhan, malah merupakan kuasa penyembuh (Healing Power) pada diri mereka. Itu lah sebabnya mengapa pengamal-pengamal rawatan alternatif amat merendah diri dan tidak sombong atau bongkak apabila bertembung dengan pengamal rawatan allopati. Sedangkan dari segi perbandingan ilmu, falsafah ilmu rawatan alternatif adalah jauh lebih tinggi daripada kaedah rawatan allopati.

Isnin, 29 September 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 3/9)

Membuat perbandingan antara rawatan allopati (klasik / konvensional) dengan rawatan alternatif sangat digemari oleh pengamal-pengamal rawatan alternatif. Dengan adanya perbandingan ini, maka kelemahan dan kepincangan rawatan allopati dapat didedahkan. Tajuk ini tidak pernah diabaikan oleh pengamal-pengamal rawatan altenatif seluruh dunia kerana melalui perbandingan, keunggulan rawatan alternatif akan lebih terserlah. Bagi menjawab soalan editor Majalah KONSEP berkenaan dengan perbandingan antara rawatan altenatif dangan allopati (klassik), ia disampaikan dengan cara yang penuh berhemah.

Majalah KONSEP keluaran Oktober 2008

SOALAN KETIGA: Perbezaan perubatan sedia ada (moden) dengan perubatan alternatif:

Perbezaan antara perubatan allopati dan perubatan alternatif amat ketara dari segi falsafah ilmu. Oleh itu konsep, defisini penyakit dan penyembuhan, kaedah dan ubat-ubatan yang digunakan adalah jauh berbeza daripada rawatan alternatif. Perbezaan ini lah menjadikan masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Malah kelebihan yang memihak kepada rawatan alternatif menjadikan mahu atau tidak, ia pasti menjadi pilihan sebahagian besar pesakit.

Punca Penyakit

Rawatan allopati beranggapan penyakit ialah keadaan ketidakseimbangan tubuh berpunca daripada jangkitan kuman, keracunan, kegagalan organ berfungsi, kegagalan hormon dan enzim dirembeskan dan faktor keturunan. Pengamal rawatan altenatif percaya bahawa tubuh ini berfungsi dengan baik kerana adanya tenaga yang bergerak dengan seimbang dan harmoni di dalam tubuh. Oleh itu rawatan alternatif pula mempunyai beberapa falsafah terhadap maksud penyakit. Antaranya “ketidakseimbangan tubuh” iaitu tenaga tubuh tidak mematuhi “Hukum Keseimbangan”. Atau dengan bahasa yang mudah, penyakit terjadi apabila sejumlah besar sel pada sesuatu organ tubuh kehilangan tenaga. Tenaga terhasil atau hilang serta boleh diperbaharui bergantung kepada kelakuan, amalan dan pemikiran seseorang. Secara ringkasnya satu falsafah yang banyak digunakan oleh pengamal-pengamal perubatan alternatif mengenai punca penyakit ialah “Penyakit Terjadi Apabila Runtuhnya Akhlak”. Huraian daripada falsafah ini bermaksud apabila sikap seseorang itu cenderung ke arah negatif, maka sel yang sepatutnya berfungsi secara semulajadi dalam keadaan hening secara tiba-tiba berhenti menjalankan fungsinya akibat ingin mengimbangkan perbuatan atau pemikiran negatif yang telah dilakukan.

Penyembuhan

Takrifan mengenai penyembuhan juga adalah berbeza. Bagi rawatan allopati, penyembuhan ialah apabila simptom atau gejala itu dihapuskan. Tetapi bagi rawatan altenatif, penyembuhan ialah apabila organ itu sendiri berkeupayaan untuk menjalankan fungsinya seperti asal. Misalnya bagi pesakit yang mengalami diabetes (kencing manis) akan diberi insulin tiruan kerana didapati kandungan insulin di dalam darah sangat kurang dan gula sangat tinggi. Dengan cara tersebut, insulin yang diberikan akan bertindak memproses gula yang berlebihan.

Bagi rawatan alternatif, kencing manis disebabkan oleh organ pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Oleh itu, rawatan alternatif akan memberikan rawatan tenaga kepada pankreas supaya boleh berkerja sendiri dan menghasilkan insulin yang semulajadi. Insulin yang semulajadi adalah jauh lebih baik kerana ia dihasilkan berkadaran dengan tahap gula yang diambil dan dikesan oleh tubuh. Insulin tiruan yang diambil secara tidak semula jadi adalah berlebihan yang boleh menyebabkan keseluruhan gula dalam tubuh hilang. DNA insulin tiruan yang tidak sama dengan DNA tubuh pesakit akan menyebabkan ia dianggap sebagai benda asing dan perlu disingkirkan oleh buah pinggang, oleh itu buah pinggang boleh terjejas apabila insulin tiruan diambil berlebihan. Dalam tempoh jangka panjang, pancreas yang mendapat insulin tiruan terus menjadi pasif dan tidak diterapikan untuk sembuh. Dalam keadaan ini rawatan alternatif tidak menerima tarkrifan dan kaedah penyembuhan yang digunakan oleh rawatan allopati manakala bagi rawatan allopati kaedah, matlamat dan cara yang diamalkan oleh rawatan alternatif untuk mempertenagakan pankreas adalah amat mustahil dilaksanakan melalui cara rawatan allopati.

Secara umumnya rawatan allopati menggunakan kaedah menahan sakit, mengganti hormon atau enzim yang kurang dengan bahan tiruan, malah menggantikan organ yang gagal atau rosak secara transplant atau kaedah sel stim (pengklonan sel), membuang bahagian yang rosak atau terjejas melalui pembedahan atau kaedah laparoscopy (pembedahan secara menembuk), memberikan antibiotik tiruan, kimo (rawatan kanser), laser (batu karang) dan sebaginya.

Konsep ilmu rawatan klasik masih diamalkan ke hari ini

Rawatan alternatif pula beranggapan bahawa tubuh boleh menghasilkan sendiri hormon dan enzim yang berkurang, bahagian tubuh yang terjejas atau mendapat kanser boleh dihapuskan secara cernaan dalaman, tubuh boleh menghasilkan antibiotik semulajadi sendiri. Malah kaedah yang digunakan oleh rawatan allopati (yang sebelum ini digelar sebagai moden) adalah amat bercanggah dengan falsafah perubatan altenatif. Antaranya merawat dengan cara sehingga menyebabkan tertumpahnya darah adalah tidak dibenarkan. Pertumpahan darah hanya boleh sekiranya dibenarkan oleh agama seperti berkhatan, berbekam, bertindik dan sebagainya. Menggunakan bahan asing, berkimia atau bersteroid juga bercanggah dengan falsafah perubatan alternatif. Sedangkan tanpa menggunakan kaedah tersebut, penyakit masih boleh dirawat sehingga sembuh sepenuhnya. Itu lah sebabnya rawatan alternatif terus wujud sebagai alternatif kepada kaedah yang digunakan secara allopati.

RAWATAN KLASIK
(ALLOPATI / KONVENSIONAL)

RAWATAN ALTERNATIF

Konsep ilmu yang digunakan adalah daripada teori klasik yang dipercayai telah diamalkan sejak zaman mesir dan dimajukan pada kurun ke 15.

Konsep akal logik amat memainkan peranan sebagai pegangan utama amalan rawatan klasik. Penggunaan ilmu biologi dan fisiologi adalah terbatas.

Matlamat boleh menghalalkan cara.

Falsafah ilmu adalah bersifat kemanusiaan. Ilmu sentiasa berkembang tanpa batasan serta sungguh lengkap, saintifik dan terkini. Penggunaan ilmu biologi dan fisiologi adalah menyeluruh.

Apa sahaja yang memudaratkan, kotor, najis, benda asing tidak boleh digunakan bagi tujuan merawat malah ia sungguh memudaratkan.

Pertumpahan darah dengan sengaja akibat pembedahan tidak dibenarkan kecuali atas sebab tuntutan agama seperti berkhatan, qisas, dibayarkan kifarah kepada pesakit, darurat atau sebagainya.

Berbekam bukan pertumpahan darah sebaliknya ialah konsep detoksifikasi yang bertujuan menyingkirkan darah yang kotor itu sendiri.

Punca penyakit disebabkan oleh jangkitan kuman, keracunan, kegagalan organ berfungsi, kegagalan hormon dan enzim dirembeskan, ketumbuhan atau kanser dan faktor keturunan.

Apabila sesuatu simptom dan gejala dapat dikategorikan, maka sesuatu penyakit dapat dinamakan.

Punca penyakit dilihat dan ditemui jauh lebih mendalam iaitu punca kepada terjadinya jangkitan kuman, keracunan, kegagalan organ berfungsi, kegagalan hornon dan enzim dirembeskan dan faktor keturunan.

Ia berpunca daripada kehilangan tenaga dalam sel - nukleus sel - DNA / RNA - molekul - zarah - atom.

Kehilangan tenaga ini berpunca apabila pemikiran, amalan, emosi dan spiritual yang menjurus ke arah negatif atau ia telah dirumuskan dalam satu falsafah bahawa "Penyakit terjadi daripada runtuhnya akhlak".

Rawatan alternatif tidak menamakan penyakit sebaliknya memberi beberapa istilah mengikut jenis rawatan masing-masing.

Perawatan adalah dengan memberikan antibiotik, meneutralkan racun, memotong / membuang atau menggantikan komponen atau organ yang baru, memberikan hormon atau enzim tiruan.

Mempertenagakan sel dengan cara terapi tenaga warna, tekanan sejuk, keheningan sabar ikhlas redho.

Sel mempunyai tenaga yang menyamai dengan tenaga warna. Tenaganya boleh dioptimumkan apabila berada pada suhu yang sesuai (dingin dan nyaman). Organ menjalankan fungsinya dengan harmoni apabila seseorang itu hening sabar ikhlas dan redho.

Kaedah rawatan ialah dengan menggunakan bahan kimia, dadah, sumber yang tidak halal menurut Islam, meneutralkan racun dengan antivenom haiwan yang masih hidup, memberikan vaksin dan biotik (benda hidup asing dimasukkan dalam kuantiti yang tidak harmoni), kimotherapy (rawatan panas untuk matikan kanser yang merosakkan kawalan suhu semulajadi tubuh), potong dan buang, potong dan selaras, transplant (mengganti organ pesakit dengan organ asing), transfusi (mengganti darah dengan darah yang asing).

Melakukan kaedah "akibat darurat", pemanasan kimotherapy dan pembedahan serta menumpahkan darah adalah bercanggah dengan falsafah rawatan alernatif serta mencabuli peradaban ketamadunan manusia.

Menggunakan bahan yang selamat, semulajadi, halal menurut Islam

(tiada bahan kimia, tiada dadah, tiada hormon, tiada produk haiwan dan tidak menumpahkan darah).

Penerapan Quantum Resonan (hening / syukur, sabar, ikhlas, redho) dilakukan oleh hampir semua rawatan alternatif dengan kaedah masing-masing.

Diagnosis menggunakan konsep fizikal seperti mengesan nadi, suhu, darah dan hasil buangan tubuh.

Penggunaan radiologi seperti x-ray, ctscan, ultra sound adalah bercanggah dengan konsep rawatan alternatif yang menentang sebarang kaedah yang memudaratkan kesihatan untuk mengesan penyakit.

Beberapa kaedah diagnosis yang tidak perlu juga diamalkan seperti pemeriksaan genetal, x-ray tulang patah, skan bayi dalam kandungan, skan otak, pemeriksaan kelenjar prostat yang kurang sopan dan sebagainya. Kaedah ini adalah teori klasik yang masih diamalkan sejak dulu sehingga ke hari ini.

Diagnosis menggunakan konsep bio-feedback.

Tubuh berkeupayaan memberi maklum balas daripada tenaga yang terhasil olehnya. Kaedah yang paling polular dan sangat tepat ialah Applied Kinesiology (70% diamalkan oleh keseluruhan rawatan alternatif), analisa simptom daripada tindak balas tenaga, peralatan berkaitan dengan konsep bio-feedback, getaran kristal pendulum (kaedah yang paling popular dan mempunyai ketepatan yang amat tinggi untuk megesan
penyakit).

Adap mendiagnos pesakit amat diambil berat. Cara yang kurang sopan amat bercanggah dengan konsep rawatan altenatif.

Kaedah diagnosis sentiasa berkembang dan diperbaharui teknologinya.

Ubat-ubatan adalah dihasilkan oleh pihak Farmasi. Pengamal perubatan klasik (allopati) perlu menyesuaikan penyakit berdasarkan penggunaan ubat atau belajar cara merawat bagi tujuaan memberikan ubat yang dihasilkan oleh pihak Farmasi

Pengamal rawatan alternatif yang professional adalah juga seorang penyelidik (scientist) yang mengkaji mengenai penyakit, punca penyakit serta menghasilkan formula (ubat) dan kaedah rawatan yang terbaik.

Penyembuhan ialah apabila gejala, simptom atau tanda penyakit dihapuskan.

Apabila sesuatu kaedah rawatan gagal menghapuskan simptom, maka penyakit itu akan dianggap tidak boleh disembuhkan.

Penyembuhan ialah apabila organ bertenaga semula dan berpotensi untuk berfungsi dengan optimum.

Rawatan alternatif percaya ubat itu ada dalam diri sendiri. Kita cuma perlu mempertenagakan tubuh dan membantu proses mempertenagakan tubuh.

Rawatan alternatif amat percaya bahawa semua penyakit boleh disembuhkan kecuali maut.

Organ yang bertenaga mampu untuk menentang jangkitan bakeria, virus atau kuman secara semulajadi oleh sistem tubuh, meneutralkan keracunan secara semulajadi oleh sistem tubuh, organ kembali berfungsi, hormon dan enzim semulajadi tubuh dirembeskan semula, kanser atau ketumbuhan mengecil dan dicernakan oleh tubuh secara semulajadi serta kod maklumat genetik dibaiki semula secara semulajadi oleh tubuh yang seimbang tenaganya.

Sabtu, 27 September 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 2/9)

Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada editor majalah Konsep kerana memilih saya dalam tajuk kali ini. Pemilihan saya yang merupakan salah seorang daripada ratusan pengamal perubatan alternatif Colour Vibration Therapy adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kepada rawatan ini keseluruhannya. Saya yakin, tajuk yang diberikan ini sungguh tepat pada masa dan keadaan.

Majalah KONSEP keluaran Oktober 2008

Berikut ialah siri kedua soalan temuramah bersama editor Majalah KONSEP.

SOALAN KEDUA: Apakah pandangan Dr. terhadap rawatan alternatif?

Dunia rawatan alternatif sungguh luas dan mempunyai pelbagai jenis malah akan terus berkembang apabila sesuatu konsep itu dikhususkan. Tetapi pada dasarnya apabila teori-teori perubatan alternatif ini dihimpunkan, kesemuanya mempunyai falsafah ilmu yang hampir sama. Contohnya rawatan alternatif amat mementingkan penggunaan alam semulajadi untuk merawat sesuatu penyakit. Falsafah ilmu ini menjadikan ia amat jauh berbeza daripada rawatan allopati yang sedia ada. Perbezaan ini menjadikan dalam dunia perubatan terdapat dua cabang rawatan iaitu allopati dan alternatif.

Rawatan alternatif sungguh saintifik

Rawatan Saintifik

Rawatan alternatif apabila diteliti dan diamati, ia mempunyai teori-teori saintifik yang sangat maju pada hari ini. Semakin masa berlalu semakin banyak terciptanya belbagai peralatan untuk membuktikan kesahihan teori dan kaedah yang digunakan dalam rawatan alternatif. Suatu ketika dahulu kawasan taman bunga, kawasan air tejun, dalam gua batu kapur atau gua garam yang hening dan tidak dihuni oleh ular dan kelawar merupakan tempat istirehat yang boleh menyihatkan dan mengeheningkan minda. Setelah terciptanya alat yang boleh mengesan kehadiran ion elektron dalam udara, maka terbukti kawasan tersebut mempunyai kandungan elektron yang amat tinggi dan bermanfaat untuk sesihatan tubuh.

Taman bunga penuh dengan ion elektron

Rawatan alternatif sungguh terbuka dan setiap satunya mempunyai kajian teori yang tersendiri. Kelebihan ini menjadikan ilmu dan teknologi rawatan altenatif terus berkembang tanpa batasan. Konsep-konsep ilmu sains ini apabila dipraktikkan dalam proses rawatan, ia menjadikan kebuntuan untuk merawat sesuatu penyakit terutamanya penyakit kronik, kritikal atau yang dianggap sukar disembuhkan itu dapat diatasi.
Terapi External Counterpulsation (ECP) merupakan teknologi tercanggih dihasilkan oleh rawatan alternatif
Kepelbagaian konsep dalam rawatan altenatif serta penggunaan teknologi yang berbeza menjadikan pengamal perubatan alternatif kelihatan bergerak dalam kumpulan-kumpulan yang kecil yang memperjuangkan sesuatu konsep ilmu dan teori masing-masing. Secara dasarnya rawatan alternatif yang merawat menggunakan falsafah-falsafah sains semulajadi serta menggunakan bahan-bahan yang selamat dan semulajadi menjadikan rawatan ini hampir tiada risiko kemudaratan. Oleh itu rawatan altenatif tidak tertakluk kepada mana-mana akta perubatan pihak berkuasa. Ini dibuktikan apabila sesuatu produk atau formula ubat-ubatan yang dihantar bagi tujuan mendapat kelulusan pihak berkuasa telah dikecualikan daripada akta-akta tersebut. Misalnya kesemua bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu ubat tidak mengandandungi bahan kima dan dadah. Oleh itu, ia tidak tertakluk kepada Akta Kawalan Dadah dan juga tidak boleh dikatagorikan di bawah Biro Kawalan Farmasutikal di bawah Kementerian Kesihatan. Tanggapan yang menyatakan rawatan alternatif ini adalah tradisional dan rawatan allopati itu adalah moden adalah meleset. Sebaliknya tanggapan yang betul ialah rawatan allopati adalah lebih selaras manakala rawatan alternatif lebih terbuka dan bebas.

Holistik dan menyeluruh

Ilmu dan falsafah perubatan alternatif merangkumi segala aspek kehidupan termasuk spiritual, mental, emosi dan fizikal. Pengamal rawatan altenatif bukan sahaja berperanan menentukan ubat-ubatan bagi sesuatu penyakit, tetapi lebih daripada itu berperanan sebagai penasihat personaliti dan amalan cara hidup sihat yang meyeluruh. Selain itu, pengamal perubatan altenatif adalah penyelidik dan ahli sains yang pakar mengenai manusia dan alam sekitar.
Era perubatan terkini ialah berkonsepkan getaran tenaga
Rawatan Era Baru

Rawatan Alternatif kini semakin lama semakin pantas berkembang. Alaf baru terkini ialah era perubatan yang menggunakan konsep getaran tenaga sebagai unsur perawatan. Pada masa akan datang, rawatan alternatif akan menjadi antara pilihan yang perlu diberi perhatian utama setiap kali seseorang ingin mendapatkan rawatan. Manakala apabila seseorang ingin mendapatkan nasihat mengenai kesihatan, nasihat daripada pengamal bidang rawatan alternatif akan diberi perhatian utama, insya Allah.

Darjat PerubatanKonsep Perubatan
Pertama - ini ialah darjah perubatan yang paling randah. Ia amat klasik dan mendatangkan banyak kesan sampingan serta banyak jalan buntu. Rawatan Allopati masih mengekalkan kimia yang klasikKONSEP KIMIA
next_down
Kedua - kaedah yang menggunakan bahan mentah semulajadi secara terus sebagai unsur terapeutik. Rawatan herba melalui penyulingan dan estrak pemekanan ialah darjat perubatan kedua.KONSEP MOLEKUL
next_down
Ketiga - Bahan kimia dan herba yang dihaluskan (delution) akan meningkat tahapnya kepada konsep Partikel.KONSEP PARTIKEL
next_down
Keempat - rawatan alternatif Homeopati ialah contoh rawatan yang bermula dari peringkat atom dan terus berkembang maju menuju darjat resonanKONSEP ATOM
next_down
Kelima - rawatan kristal secara semulajadinya bermula pada peringkat cahaya. Air pada peringkat awal ialah cahaya. Tetapi ia boleh meningkat darjatnya mengikut tahap demi tahap hingga mencapai resonan

KONSEP CAHAYA

next_down
Keenam - bunga bungaan, warna baju, warna cat ialah rawatan yang pada semulajadi. Apabila dirangsang dengan niat, ia akan meningkat menuju resonan.KONSEP WARNA
next_down
Ketujuh - Ais secara semulajadi adalah getaran. Ion elektron juga getaran secara semulajadi. Garam, kawasan air terjun, gua, taman bunga, geomensi (susun atur rumah yang kemas dan bersih) ialah rawatan getaran semulajadi. Ia akan meningkat ke tahap resonan apabila dirangsang dengan niat.KONSEP GETARAN
next_down
Kelapan - air, ais, mandi air sejuk, sebahagian herba seperti Habbatus Sauda, Madu, Minyak Zaitun ialah bahan yang mempunyai gelombang bunyi apabila dirangsang dengan isyarat daripada niat dan doa.KONSEP BUNYI
next_down
Kesembilan - Quantum ikhlas, Titik / Point Zero / AFTL, Berdoa dengan penuh keyakinan, Tawakkal setelah berusaha, Keheningan, Alfa - Delta, Tenang sabar iklas redho. Rawatan Colour Vibration Therapy ialah konsep rawatan pada tahap ini.KONSEP RESONAN
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)