SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 16 Julai 2007

Warna Hari Resonan

Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan panjang gelombang warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.

HARIWARNAPANJANG
GELOMBANG
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyai bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of matter of gases) dan penyerakan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of matter of water).

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

Isnin

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pituitary (CL2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pitutary (CL2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa

Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (CL3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (CL3).

Rabu

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (CL9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (CL9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (CL9) seperi goiter (beguk), tongsil, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (CL12, CL13, CL14, CL15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (CL16, CL17).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (CL11) dan Paru-paru (CL10).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung CL11) dan respirasi (Paru-paru CL10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (CL19), Otot, Darah (CL18), Tulang dan Saraf (CL20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (CL19), Darah dan Otot (CL18) atau Tulang dan Saraf (CL20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Definisi Resonan Warna Hari

Resonan termasuk match, sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Hari Isnin kenakan pakaian Putih. Hari Selasa pakaian Pink atau Violet. Hari Rabu pakaian Biru. Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren. Hari Jumaat pakailah Hijau. Hari Sabtu pakaian Merah dan hari Ahad pakailah Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

Semoga anda bergembira dengan pakaian kegemaran yang dikenakan mengikut warna yang resonan terhadap hari.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk sebarang jenis penyakit sama ada kronik, kritikal atau yang didakwa tiada harapan untuk sembuh, yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal sila hubungi saya.

Ahad, 15 Julai 2007

Ringkasan Sympathetic dan Parasympathetic Tulang Belakang

Setiap ruas tulang akan berhubung terus dengan sesuatu organ atau bahagian. Apabila organ yang dihubungkan ini lemah atau bermasalah, maka bahagian ruas yang terlibat juga akan terjejas dan menjadi punca kepada sakit belakang. Tidak ada sebarang perubatan yang boleh merawat sakit belakang. Simptom sakit belakang boleh dirawat sekiranya organ yang lemah dirawat.

Untuk merawat sakit belakang, di sini kita perlu mengenali sedikit mengenai tulang belakang. Tulang belakang dibahagikan kepada lima bahagian utama (berdasarkan struktur fizikalnya). Setiap bahagian terdapat sejumlah ruas.

Berdasarkan rajah di sebelah kanan, cervical mengelok ke belakang, thoracic mengelok ke depan, sacral mengelok ke belakang semula dan coccyx ialah tulang ekor.
  • Cervical: lapan spinal nerves (C1 hingga C8)
  • Thoracic: duabelas spinal nerves (T1 hingga T12)
  • Sacral: lima spinal nerves (S1 hingga S5)
  • Coccyx: empat coccygeal vertebra (CX1 hingga CX4)
Rajah dibawah menunjukkan bahagian tulang belakang yang dilihat dari pandangan depan, kiri dan belakang.
colour vibration therapy colour vibration therapy colour vibration therapy
Kristal tubuh.
Coccyx atau tulang ekor tidak membawa saraf, tetapi mempunyai fungsi pengutuban elektron (cas negatif) di dalam tubuh. Ia memegang DNA dan RNA kekal dan tidak dapat dimusnahkan dalam bentuk kristal kalsium. Kerana sifat molekul yang tulen dan tersusun, coccyx dikategorikan sebagai kristal. Coccyx boleh tercedera melalui hentakan atau terjatuh terduduk dengan terhempas atau terhentak. Kecederaan coccyx boleh menyebabkan gangguan pengutuban dan menjejaskan fungsi Kelenjar Pitutary (CL2). Antara kesan akibat kecederaan coccyx ialah kemandulan, gangguan hormon yang menyebabkan rambut gugur, pelupa atau nyanyuk atau amnesia (Dy 66).

Jadual Tulang Belakang
Sesuatu organ ada yang melibatkan lebih daripada satu ruas. Berikut ialah senarai setiap ruas tulang belakang, bahagian atau organ yang terlibat, kesan atau tanda atau simptom dan rawatan (berdasarkan Formula CL).
BAHAGIAN CERVICAL
ORGANKESAN
Rawat
C1Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, otak, darah ke kepala, pusat kawalan pergerakan dan mindaSaraf, tidur, tekanan darah, sakit kepala, perencatan otot (convulsions), memori, kelesuan, dizziness (gayat)CL1
CL2
CL3
CL4
C2Saraf, mata, telinga, sinuses, lidah, mastoid, pusat telinga (locomotion centre), deria, tekanan perasaan.Sinuses, alahan, gangguan telinga dan mata, gangguan visiul, memoriCL1
CL4
CL5
CL6
CL7
CL8
C3Telinga, gigi, saraf muka (trifacial nerves), kesedaran seksual, medullaMuka, penyakit saraf(neuritis), neuralgiaCL5
CL6
CL8
CL9
C4Mulut, hidung, eutachian tube, mastoidDemam alergi - pernafasan (hay fever), adenoidsCL5
CL6
CL7
C5Pharnyx, vocal cords (pita suara) leher, pertuturanMasalah kerongkongCL9
C6Tonsil, otot, leher dan bahuBatuk, tonsilitis, otot leherCL9
CL10
C7Bahu, lengan, tiroidTyroid, sendi tulang bahuCL 8 CL9 CL10
BAHAGIAN-THORACIC
ORGANKESANRawat
T1Tangan, lengan bawah, esophagus, batang tengkorakAsma, gangguan pernafasan, lengan dan bahuCL10
T2Injap jantung dan pembuluh darah ke jantungJantung dan ganguan dadaCL11
T3Paru-paru, pleura (penutup paru-paru dan permukaan dalam dinding dada), brongchial tubes, dada dan jantungPleura congestion, influenza, bronchitisCL10
T4Pundi hempeduJaundis, kayap, gengguan pundi hempeduCL14
T5Hati, solar plexus, perutHepatetis, hati, demam, masalah peredaran darahCL12
T6PerutGangguan perut, gastrik, usus, senak perut, pedih hulu hatiCL12
T7Pankreas, duodenumKencing manis, ulserCL15
T8Limpa, diafragma, bahagian atas abdomenGangguan dan masalah sistem limpa, asma, lelah, mencungap-cungapCL12
T9Adrenal, buah pinggangTekanan darah rendah, alahan, kelesuanCL13
T10Buah pinggangPenyakit ginjal, buah pinggang, kelesuanCL13 CL15
T11Pundi kencing, buah pinggangMasalah kulit dan pundi kencingCL13 CL16
T12Usus kecilRheumatic acids, bowelgasesCL15 CL19
BAHAGIAN_LUMBAR
ORGANKESANRawat
L1Usus besar, groinGangguan keseluruhan pada usus besarCL18 CL19
L2Apendiks, bahagian bawah abdomen, pahaKekejangan otot kaki, urat-urat timbul di betis, peredaran darah yang lemahCL18 CL19
L3Uterus, prostat, pundi kencing, lututGangguan urin, pusingan haid, mati pucuk, sakit lututCL13 CL16 CL17
L4Prostat, tulang punggung,saraf siatikSakit punggung, sakit belakang dan sisi luar peha, betis, kaki, sakit belakang pada bahagian bawah (lumbago), gangguan pundi kencingCL17 CL19 CL20
L5KakiKebas, kejang dan peredaran darahCL18 CL20
BAHAGIAN SAKRAL
ORGANKESANRawat
Pinggul, pelvisGangguan behubung dengan sakrum dan illium (sacroiliac) dan pelvisCL15 CL19
Rectal (rektum)Hemorrhoids (buasir)CL18 CL19
CL20

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah sakit belakang atau sakit tulang belakang atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya, saya sedia ikhtiar membantu walau di mana anda berada.

Sabtu, 14 Julai 2007

Hindari Ilmu Jisim

Ilmu yang mengkaji sesuatu secara permerhatian logik akal yang dikira melalui tindak balas fizikal (boleh nampak) adalah ilmu jisim. Antara contoh ilmu jisim yang paling taksub diamalkan ialah segala amalan rawatan klasik (allopathic medicine/rawatan konvensional di hospital). Selain ilmu perubatan klasik, ilmu mengenai membaca situasi semasa juga adalah ilmu jisim seperti membaca tarikh lahir, membaca maksud kedudukan tahi lalat, membaca maksud sesuatu bentuk atau keadaan pada wajah, membaca maksud sesuatu garisan pada sesuatu tubuh badan termasuk tapak tangan, membaca maksud bentuk tulisan atau tandatangan, membaca maksud sesuatu susun atur perabut, fesyen pakaian, warna pakaian dan sebagainya, membaca business card, membaca maksud sesuatu nombor seperti nombor plat kenderaan dan nombor rumah atau apa sahaja seumpamanya.

Tidak dapat dinafikan bahawa segala ilmu yang disebutkan ini amat tepat tafsirannya tetapi bolehlah dikatagorikan sebagai ilmu jisim. Contohnya dalam ilmu perubatan klasik, simptom gout disebabkan tingginya urik asid dalam darah, tetapi ia hanyalah fakta jisim dan tidak mendatangkan manfaat untuk mengetahuinya. Kerana urid asid sesuatu yang boleh diproses oleh tubuh dan mengurangkan pengambilannya tidak akan mendatangkan sebarang kesan.

Ilmu jisim (terutamanya allopathic medicine/rawatan konvesional di hospital) bukanlah tahyul, syirik, murtad, ajaran sesat dan pelbagai lagi dakwaan tidak adil yang dilemparkan. Ia boleh dipelajari oleh sesiapa tanpa menjejaskan aqidah seseorang. Tetapi ia lebih sesuai digelar sebagai ilmu jisim. Post ini akan mengupas secara umum mengenai ilmu jisim, mengapa ia digelar ilmu jisim, peratus sumbangan dan keperluannya dalam kehidupan dan penyalahgunaan ilmu jisim dan ujiannya terhadap aqidah.

Ilmu Jisim dan Ilmu Masa
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara ilmu jisim dengan ilmu masa.

Ilmu JisimIlmu Masa
Pemerhatian fizikalMeliputi kerohanian (spiritual), akal (mental) perasaan (emosi) dan jasmani (fizikal)
Mengetahui keadaan semasa dengan sedar.Merasai tanpa menyedarinya.
Pemikiran logikInstinct, geras rasa, ilham.
Penyelesaian logik, terbatas.Penyelesaian kreatif, keputusan tanpa had.
Matlamat menghalalkan cara, meninggalkan banyak kesan sampinganKejayaan berpandukan iman, harmoni tanpa kesan sampingan
Mengambil masa kajian yang lama dan berulang-ulang serta ujikaji cubaan (try and error)Mengambil masa yang amat pantas dan serta merta boleh difahami
Perlu ada prinsip, etika dan ketaksuban supaya teori tidak berubah. Tetapi hanya sesatu teori sahaja boleh digunakan kerana ia amat bercanggah.Kreatif dengan pelbagai alternatif, bebas dan saling tidak bercanggah.
Tahu dengan nyata tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah dan penyakit. Contohnya x-ray tulang.. nampak patah, tetapi tiada ubat atau rawatan.Tahu melalui rasa dan pengalaman, tetapi terus dapat menyelesaikan masalah dan penyakit. Jika tulang patah, terus boleh rawat seluruh sistem badan. Tanpa perlu lihat keadaan kepatahan, tulang boleh pulih dengan segera.
Sia-sia dipelajari, membazir wang dan masa bertahun-tahun. Hanya khusus dalam sesuatu perkara.Bermanfaat dipelajari, pantas dipelajari dan murah. Aplikasi luas dalam kehidupan.

Contoh:

Rawatan Allopathic (rawatan konvensional di hospital, juga disebut rawatan klasik/antik), ilmu pernomboran, ilmu mentafsir tarikh lahir (astro numerology), ilmu tahi lalat, ilmu membaca maksud rupa wajah, ilmu membaca maksud tapak tangan, ilmu membaca susun atur / corak / letakkan (geomensi) dan sebagainya.


Contoh:


Rawatan Alternatif, ilmu aqidah / tauhid, ilmu hukum alam, ilmu quantum fizik. aliran ilmu syariat, hakikat, tariqat dan makrifat.


Daripada perbezaan di atas, maka mana-mana ilmu yang mempunyai katagori seperti yang disenaraikan dalam ilmu jisim (yang diwarnakan merah dan di sebelah kiri) adalah digelar ilmu jisim.

Sumbangan Ilmu Jisim

Memandangkan ilmu jisim hanya berkisar kepada pemerhatian fizikal yang dihasilkan melalui keputusan akal logik, maka sumbangannya adalah tidak melebihi 20% daripada keperluan kehidupan seharian.

Oleh itu, ilmu jisim tidak boleh ditolak mentah-mentah tetapi janganlah pula ia dipelajari dengan begitu mendalam kerana ia akan mengecilkan skop pemikiran dan menjadikan tahap pemikiran menjadi jumud dan tertutup. Contohnya, ibu bapa yang menghantar anak belajar dalam bidang perubatan klasik (allopathic medicine/rawatan konvensional di hospital) adalah satu jenis pelaburan yang amat sia-sia.

Keperluannya sebanyak 20% dalam kehidupan adalah kerana kita perlu mengenal sesuatu keadaan apabila berlaku kekeliruan. Sebenarnya kekeliruan adalah disebabkan oleh kelamahan pada diri pengamal itu sendiri, bukan semua pengamal akan mengalami kekeliruan. Ketika itulah ilmu jisim diperlukan sebagai rujukan sampingan. Misalnya masalah iri hati, cemburu atau dendam akan menyebabkan paras gula meningkat. Ketika itu kita perlu tahu keadaan hormon yang terganggu. Daripada rujukan ilmu jisim, didapati paras insulin menurun dalam darah. Tetapi, tanpa mengetahui kaitan insulin dan tindak balasnya terhadap keracunan gula pun rawatan simptom kencing manis masih dapat dijalankan.

Komitmen yang sia-sia

Mempelajari ilmu jisim (seperti allopathic medicine/rawatan konvesional di hospital) selama bertahun-tahun, meniggalkan keluarga tercinta dan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuknya adalah sesuatu yang amat membazir dan sia-sia. Semakin banyak doktor yang dilahirkan daripada fakulti perubatan dan semakin banyak hospital rawatan klasik dibina, masih tidak mampu merawat pelbagai penyakit malah banyak lagi penyakit baru wujud akibat kejahilan dan kesilapan penggunaan ilmu jisim.

Ilmu jisim ialah satu bentuk ilmu untuk mengenal dan mengetahui sesuatu. Ilmu jisim akan menjadikan seseorang yang mempelajarinya seolah-oleh tahu segala-galanya lantaran menjadi seorang yang angkuh dan sombong. Orang ini lupa bahawa ilmunya adalah lebih kecil daripada setitik air berbanding tujuh lautan ilmu Allah. Dengan keangkuhan dan kesombongan, mereka mempengaruhi dan menakut-nakutkan pesakit dengan mengancam supaya segera mendapatkan rawatan di hospital mereka (allopathic medicine) seolah olah pengamal perubatan mereka (doktor allopathic medicine) adalah umpama tuhan yang mempunyai kuasa penyembuh dan hospital mereka umpama rumah ibadat.

Ilmu jisim hanya sekadar untuk mengenali sesuatu sahaja dan ia bukanlan sebagai jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau penyakit. Masalah atau penyakit ialah urusan yang berkaitan dengan ilmu masa yang turut merangkumi rohani dan pemikiran kreatif. Oleh itu, pemikiran logik daripada ilmu jisim tidak mampu mencapai penyelesaian masalah atau penyakit.

Setiap masalah dan penyakit ada penyelesaian dan penawarnya. Tetapi ilmu jisim tidak menjamin penawar melainkan jika ia diganti dengan sesuatu seumpamanya. Contonya pesakit kencing manis akan diberikan insulin tiruan sebagai ganti kepada rembesan insulin semulajadi yang amat rendah dalam tubuh. Sedangkan hakikat sebanarnya insulin akan dirembeskan semula seperti biasa sekiranya pankreas mendapat isyarat tenaga gula yang menjana otak supaya mempertenagakan pankreas untuk merembeskan insulin seperti biasa. Perasaan keperihatinan yang mulia iaitu dengan menghentikan perasaan dendam, iri hati dan cemburu akan menjadikan pankreas dapat berfungsi seperti biasa. Pengambilan insulin yang disarankan oleh ilmu jisim masih tidak dapat membantu pankreas menghasilkan insulin dengan normal.

Penyalahgunaan ilmu jisim

Sesuatu yang belum terjadi adalah tidak wujud tenaganya untuk disukat malah tidak dapat ditentukan. Tetapi, dengan akal logik, mereka yang rendah imannya akan menggunakan ilmu jisim untuk meramal masa hadapan. Contohnya rawatan klasik mengancam bahawa sekiranya seseorang kurang mengambil kalsium akan menyebabkan kerapuhan tulang.

Hakikat sebenar, sekiranya kita mempelajari ilmu masa, kita akan ketahui bahawa kalsium dan segala zat yang lain boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Kekurangan kalsium dalam tubuh akan diseimbangkan oleh gigi. Tetapi malang, fakta ini tidak diketahui oleh mereka yang hanya belajar ilmu jisim.

Beberapa prosedur lain seperti kiraan kelahiran, tempoh nyawa ketika sedang nazak dan sebagainya adalah haram dan amat tidak beretika untuk diketahui. Kebanyakkan pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti kanser, telah diramalakan oleh doktor klasik (allopathic medicine) tempoh hanyatnya sebelum pesakit itu meninggal. Jika pesakit mempercayainya, pesakit juga telah melakukan sesuatu yang amat dilarang oleh agama.

Selain urusan mengenai perkara yang belum berlaku, urusan janin di dalam rahim juga diharamkan untuk diketahui. Tetapi bagi ilmu jisim melalui allopathic medicine, tidak memandang serius perkara ini. Melihat dan mengambil tahu keadaan janin di dalam rahim adalah prosedur yang diwajibkan. Sebenarnya tidak ada sebarang manfaat untuk mengetahui keadaan janin di dalam rahim. Sekiranya keadaan janin tidak sihat, tidak ada sebarang rawatan yang boleh dilakukan. Prosedur ini hanya sekadar hiburan apabila jantina dalam kandungan dapat ditentukan dan dijadikan ramalan.

Perkara yang sama juga terjadi kepada kaedah membaca personaliti daripada tarikh lahir, kedudukan tahi lalat, membaca garisan di tapak tangan dan sebagainya. Ilmu ini hanya tepat jika dikaji terhadap keadaan semasa, tetapi tidak boleh terhadap perkara yang belum berlaku.

Dengan ilmu jisim yang dipelopori oleh allopathic medicine, matlamat menghalalkan cara. Contohnya dalam kaedah rawatan allopathic, asalkan rasa sakit hilang, maka ia dianggap penyembuhan. Tetapi kaedah dan cara yang digunakan tidak mengambil sensitiviti dan batasan etika, banyak melanggar syarak, menggunakan bahan yang jelas diharamkan dan terlarang serta mencabul ketamaduan peradaban manusa. Saya tidak tergamak untuk menyebut segalanya disini (terlampau kejam, zalim dan jahil untuk dipaparkan), mungkin boleh ditulis dalam post yang lain atau sekiranya mendapat comment, insya Allah.

Sebahagian besar kandungan blog bahasa Inggeris saya (http://mostmodernmedicine.blogspot.com/) telah ditulis berkenaan beberapa perkara yang perlu dibaiki dalam rawatan allopathic.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy yang mengaplikasikan ilmu masa untuk merawat sebarang jenis penyakit, sama ada yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya;
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


hubungi_saya
Tel: 012-4008972

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)