SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 14 Julai 2007

Hindari Ilmu Jisim

Ilmu yang mengkaji sesuatu secara permerhatian logik akal yang dikira melalui tindak balas fizikal (boleh nampak) adalah ilmu jisim. Antara contoh ilmu jisim yang paling taksub diamalkan ialah segala amalan rawatan klasik (allopathic medicine/rawatan konvensional di hospital). Selain ilmu perubatan klasik, ilmu mengenai membaca situasi semasa juga adalah ilmu jisim seperti membaca tarikh lahir, membaca maksud kedudukan tahi lalat, membaca maksud sesuatu bentuk atau keadaan pada wajah, membaca maksud sesuatu garisan pada sesuatu tubuh badan termasuk tapak tangan, membaca maksud bentuk tulisan atau tandatangan, membaca maksud sesuatu susun atur perabut, fesyen pakaian, warna pakaian dan sebagainya, membaca business card, membaca maksud sesuatu nombor seperti nombor plat kenderaan dan nombor rumah atau apa sahaja seumpamanya.

Tidak dapat dinafikan bahawa segala ilmu yang disebutkan ini amat tepat tafsirannya tetapi bolehlah dikatagorikan sebagai ilmu jisim. Contohnya dalam ilmu perubatan klasik, simptom gout disebabkan tingginya urik asid dalam darah, tetapi ia hanyalah fakta jisim dan tidak mendatangkan manfaat untuk mengetahuinya. Kerana urid asid sesuatu yang boleh diproses oleh tubuh dan mengurangkan pengambilannya tidak akan mendatangkan sebarang kesan.

Ilmu jisim (terutamanya allopathic medicine/rawatan konvesional di hospital) bukanlah tahyul, syirik, murtad, ajaran sesat dan pelbagai lagi dakwaan tidak adil yang dilemparkan. Ia boleh dipelajari oleh sesiapa tanpa menjejaskan aqidah seseorang. Tetapi ia lebih sesuai digelar sebagai ilmu jisim. Post ini akan mengupas secara umum mengenai ilmu jisim, mengapa ia digelar ilmu jisim, peratus sumbangan dan keperluannya dalam kehidupan dan penyalahgunaan ilmu jisim dan ujiannya terhadap aqidah.

Ilmu Jisim dan Ilmu Masa
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara ilmu jisim dengan ilmu masa.

Ilmu JisimIlmu Masa
Pemerhatian fizikalMeliputi kerohanian (spiritual), akal (mental) perasaan (emosi) dan jasmani (fizikal)
Mengetahui keadaan semasa dengan sedar.Merasai tanpa menyedarinya.
Pemikiran logikInstinct, geras rasa, ilham.
Penyelesaian logik, terbatas.Penyelesaian kreatif, keputusan tanpa had.
Matlamat menghalalkan cara, meninggalkan banyak kesan sampinganKejayaan berpandukan iman, harmoni tanpa kesan sampingan
Mengambil masa kajian yang lama dan berulang-ulang serta ujikaji cubaan (try and error)Mengambil masa yang amat pantas dan serta merta boleh difahami
Perlu ada prinsip, etika dan ketaksuban supaya teori tidak berubah. Tetapi hanya sesatu teori sahaja boleh digunakan kerana ia amat bercanggah.Kreatif dengan pelbagai alternatif, bebas dan saling tidak bercanggah.
Tahu dengan nyata tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah dan penyakit. Contohnya x-ray tulang.. nampak patah, tetapi tiada ubat atau rawatan.Tahu melalui rasa dan pengalaman, tetapi terus dapat menyelesaikan masalah dan penyakit. Jika tulang patah, terus boleh rawat seluruh sistem badan. Tanpa perlu lihat keadaan kepatahan, tulang boleh pulih dengan segera.
Sia-sia dipelajari, membazir wang dan masa bertahun-tahun. Hanya khusus dalam sesuatu perkara.Bermanfaat dipelajari, pantas dipelajari dan murah. Aplikasi luas dalam kehidupan.

Contoh:

Rawatan Allopathic (rawatan konvensional di hospital, juga disebut rawatan klasik/antik), ilmu pernomboran, ilmu mentafsir tarikh lahir (astro numerology), ilmu tahi lalat, ilmu membaca maksud rupa wajah, ilmu membaca maksud tapak tangan, ilmu membaca susun atur / corak / letakkan (geomensi) dan sebagainya.


Contoh:


Rawatan Alternatif, ilmu aqidah / tauhid, ilmu hukum alam, ilmu quantum fizik. aliran ilmu syariat, hakikat, tariqat dan makrifat.


Daripada perbezaan di atas, maka mana-mana ilmu yang mempunyai katagori seperti yang disenaraikan dalam ilmu jisim (yang diwarnakan merah dan di sebelah kiri) adalah digelar ilmu jisim.

Sumbangan Ilmu Jisim

Memandangkan ilmu jisim hanya berkisar kepada pemerhatian fizikal yang dihasilkan melalui keputusan akal logik, maka sumbangannya adalah tidak melebihi 20% daripada keperluan kehidupan seharian.

Oleh itu, ilmu jisim tidak boleh ditolak mentah-mentah tetapi janganlah pula ia dipelajari dengan begitu mendalam kerana ia akan mengecilkan skop pemikiran dan menjadikan tahap pemikiran menjadi jumud dan tertutup. Contohnya, ibu bapa yang menghantar anak belajar dalam bidang perubatan klasik (allopathic medicine/rawatan konvensional di hospital) adalah satu jenis pelaburan yang amat sia-sia.

Keperluannya sebanyak 20% dalam kehidupan adalah kerana kita perlu mengenal sesuatu keadaan apabila berlaku kekeliruan. Sebenarnya kekeliruan adalah disebabkan oleh kelamahan pada diri pengamal itu sendiri, bukan semua pengamal akan mengalami kekeliruan. Ketika itulah ilmu jisim diperlukan sebagai rujukan sampingan. Misalnya masalah iri hati, cemburu atau dendam akan menyebabkan paras gula meningkat. Ketika itu kita perlu tahu keadaan hormon yang terganggu. Daripada rujukan ilmu jisim, didapati paras insulin menurun dalam darah. Tetapi, tanpa mengetahui kaitan insulin dan tindak balasnya terhadap keracunan gula pun rawatan simptom kencing manis masih dapat dijalankan.

Komitmen yang sia-sia

Mempelajari ilmu jisim (seperti allopathic medicine/rawatan konvesional di hospital) selama bertahun-tahun, meniggalkan keluarga tercinta dan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuknya adalah sesuatu yang amat membazir dan sia-sia. Semakin banyak doktor yang dilahirkan daripada fakulti perubatan dan semakin banyak hospital rawatan klasik dibina, masih tidak mampu merawat pelbagai penyakit malah banyak lagi penyakit baru wujud akibat kejahilan dan kesilapan penggunaan ilmu jisim.

Ilmu jisim ialah satu bentuk ilmu untuk mengenal dan mengetahui sesuatu. Ilmu jisim akan menjadikan seseorang yang mempelajarinya seolah-oleh tahu segala-galanya lantaran menjadi seorang yang angkuh dan sombong. Orang ini lupa bahawa ilmunya adalah lebih kecil daripada setitik air berbanding tujuh lautan ilmu Allah. Dengan keangkuhan dan kesombongan, mereka mempengaruhi dan menakut-nakutkan pesakit dengan mengancam supaya segera mendapatkan rawatan di hospital mereka (allopathic medicine) seolah olah pengamal perubatan mereka (doktor allopathic medicine) adalah umpama tuhan yang mempunyai kuasa penyembuh dan hospital mereka umpama rumah ibadat.

Ilmu jisim hanya sekadar untuk mengenali sesuatu sahaja dan ia bukanlan sebagai jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau penyakit. Masalah atau penyakit ialah urusan yang berkaitan dengan ilmu masa yang turut merangkumi rohani dan pemikiran kreatif. Oleh itu, pemikiran logik daripada ilmu jisim tidak mampu mencapai penyelesaian masalah atau penyakit.

Setiap masalah dan penyakit ada penyelesaian dan penawarnya. Tetapi ilmu jisim tidak menjamin penawar melainkan jika ia diganti dengan sesuatu seumpamanya. Contonya pesakit kencing manis akan diberikan insulin tiruan sebagai ganti kepada rembesan insulin semulajadi yang amat rendah dalam tubuh. Sedangkan hakikat sebanarnya insulin akan dirembeskan semula seperti biasa sekiranya pankreas mendapat isyarat tenaga gula yang menjana otak supaya mempertenagakan pankreas untuk merembeskan insulin seperti biasa. Perasaan keperihatinan yang mulia iaitu dengan menghentikan perasaan dendam, iri hati dan cemburu akan menjadikan pankreas dapat berfungsi seperti biasa. Pengambilan insulin yang disarankan oleh ilmu jisim masih tidak dapat membantu pankreas menghasilkan insulin dengan normal.

Penyalahgunaan ilmu jisim

Sesuatu yang belum terjadi adalah tidak wujud tenaganya untuk disukat malah tidak dapat ditentukan. Tetapi, dengan akal logik, mereka yang rendah imannya akan menggunakan ilmu jisim untuk meramal masa hadapan. Contohnya rawatan klasik mengancam bahawa sekiranya seseorang kurang mengambil kalsium akan menyebabkan kerapuhan tulang.

Hakikat sebenar, sekiranya kita mempelajari ilmu masa, kita akan ketahui bahawa kalsium dan segala zat yang lain boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Kekurangan kalsium dalam tubuh akan diseimbangkan oleh gigi. Tetapi malang, fakta ini tidak diketahui oleh mereka yang hanya belajar ilmu jisim.

Beberapa prosedur lain seperti kiraan kelahiran, tempoh nyawa ketika sedang nazak dan sebagainya adalah haram dan amat tidak beretika untuk diketahui. Kebanyakkan pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti kanser, telah diramalakan oleh doktor klasik (allopathic medicine) tempoh hanyatnya sebelum pesakit itu meninggal. Jika pesakit mempercayainya, pesakit juga telah melakukan sesuatu yang amat dilarang oleh agama.

Selain urusan mengenai perkara yang belum berlaku, urusan janin di dalam rahim juga diharamkan untuk diketahui. Tetapi bagi ilmu jisim melalui allopathic medicine, tidak memandang serius perkara ini. Melihat dan mengambil tahu keadaan janin di dalam rahim adalah prosedur yang diwajibkan. Sebenarnya tidak ada sebarang manfaat untuk mengetahui keadaan janin di dalam rahim. Sekiranya keadaan janin tidak sihat, tidak ada sebarang rawatan yang boleh dilakukan. Prosedur ini hanya sekadar hiburan apabila jantina dalam kandungan dapat ditentukan dan dijadikan ramalan.

Perkara yang sama juga terjadi kepada kaedah membaca personaliti daripada tarikh lahir, kedudukan tahi lalat, membaca garisan di tapak tangan dan sebagainya. Ilmu ini hanya tepat jika dikaji terhadap keadaan semasa, tetapi tidak boleh terhadap perkara yang belum berlaku.

Dengan ilmu jisim yang dipelopori oleh allopathic medicine, matlamat menghalalkan cara. Contohnya dalam kaedah rawatan allopathic, asalkan rasa sakit hilang, maka ia dianggap penyembuhan. Tetapi kaedah dan cara yang digunakan tidak mengambil sensitiviti dan batasan etika, banyak melanggar syarak, menggunakan bahan yang jelas diharamkan dan terlarang serta mencabul ketamaduan peradaban manusa. Saya tidak tergamak untuk menyebut segalanya disini (terlampau kejam, zalim dan jahil untuk dipaparkan), mungkin boleh ditulis dalam post yang lain atau sekiranya mendapat comment, insya Allah.

Sebahagian besar kandungan blog bahasa Inggeris saya (http://mostmodernmedicine.blogspot.com/) telah ditulis berkenaan beberapa perkara yang perlu dibaiki dalam rawatan allopathic.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy yang mengaplikasikan ilmu masa untuk merawat sebarang jenis penyakit, sama ada yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya;
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


hubungi_saya
Tel: 012-4008972

6 ulasan:

Tanya berkata...

Baca semula ayat Dr :

Oleh itu, ilmu jisim tidak boleh ditolak mentah-mentah tetapi janganlah pula ia dipelajari dengan begitu mendalam kerana ia akan mengecilkan skop pemikiran dan menjadikan tahap pemikiran menjadi jumud dan tertutup. Contohnya, ibu bapa yang menghantar anak belajar dalam bidang perubatan klasik (allopathic medicine/rawatan konvensional di hospital) adalah satu jenis pelaburan yang amat sia-sia.

Komitmen yang sia-sia

Mempelajari ilmu jisim (seperti allopathic medicine/rawatan konvesional di hospital) selama bertahun-tahun, meniggalkan keluarga tercinta dan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuknya adalah sesuatu yang amat membazir dan sia-sia. Semakin banyak doktor yang dilahirkan daripada fakulti perubatan dan semakin banyak hospital rawatan klasik dibina, masih tidak mampu merawat pelbagai penyakit malah banyak lagi penyakit baru wujud akibat kejahilan dan kesilapan penggunaan ilmu jisim.

Saya bukanlah penyokong kepada perawatan konvensional. Tetapi Dr mengatakan ianya amat sia-sia bagi saya tiada satupun Allah jadikan sia-sia, ianya bagaimana kita menggunakan ilmuNya dan berpandukan Al Quran. Perjalanan masih jauh... janganlah berkata pengorbanan orang lain menimba ilmu itu sia-sia...cukup menyedihkan.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Tentu ramai yang berkecil hati setelah membaca post ini. Terutama bagi mereka yang sedang belajar medic di perantauan.

Ilmu allopathic dikuasai oleh yahudi untuk melariskan farmasi mereka. Membuat pemeriksaan prostat dengan cara yang tidak sopan adalah bercanggah dengan Islam. Begitu juga dengan pemeriksaan yang lain terutamanya melibatkan colon dan alat sulit.

Menggunakan x-ray ialah kaedah matlamat menghalalkan cara. Menurut fiqh aulawiyat, ubat-ubatan dadah yang difatwakan darurat, tetapi setelah adanya alternatif, ia jatuh haram. Pembedahan ialah menumpahkan darah yang sepatutnya dibayar kifarah. Tetapi terbalik, paitent pula yang perlu bayar kepada pengamal. Pengamal allopathic tidak dapat keluar daripada apa yang didakwa sebagai menjaga "etika" perubatan. Walaupun mereka menamakan pusat rawatan sebagai pusat rawatan Islam, tetapi masih berpegang dengan "etika" dan menggunakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh farmasi serta mempraktikkan kaedah rawatan seperti yang dipelajari dan diperkenalkan barat.

Setiap organ memegang karektor. Islat of lingerhands dan taransplan, semuanya perlu dituntut dan dipulangkan di akhirat kelak.

Meramal masa hadapan adalah haram, tetapi mereka boleh mengira dan meramalkan tempoh jangka hayat pesakit kronik atau kanser.

Bagaimana ilmu allopathic boleh melatih seorang wanita suci menjadi berani melihat dan memegang lelaki tanpa rasa malu dan gentar (tergetar-getar).

Menggunakan urin, darah, kahak, dan pelbagai jenis najis dan bahan buangan manusia yang lain untuk mendiagnos pesakit. Sedangkan banyak lagi kaedah yang jauh lebih tepat untuk menentukan penyakit. Tidakkah ini sungguh menjijikkan?

Mereka menafikan dan meninggalkan teori biologi tertentu dalam kaedah rawatan kerana khuatir ubatan mereka tidak dapat digunakan. Teori yang diabaikan oleh mereka telah diambil dan diamalkan oleh rawatan alternatif.

Di hospital, doktor tidak dibayar gaji dengan secukupnya lantaran mereka melepaskan tekanan dan kemarahan kepada pesakit sepanjang masa. Mereka enggan menjalankan kerja-kerja terapis sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu perubatan dan nurse yang tidak pernah belajar tentang terapis.

Sungguh tidak masuk akal, tahap kesihatan rakyat ditentukan berdasarkan jumlah katil (di hospital) per populasi. Jika nisbah katil mencukupi, maka rakyat diiktiraf sebagai sihat, sebagai matlamat cir-ciri negara maju.

Sistem di hospital allopathic tidak menjaga syarak, walaupun ramai doktor lelaki dan wanita, tetapi pesakit tidak diasingkan untuk dirawat, dan diperiksa (saya tak pasti mereka benar-benar periksa atau tidak)oleh doktor.

Kelahiran ialah paling menyeksakan, tidak ada ibu yang dapat bersalin di hospital kelas dua dan tiga melainkan dimaki hamun oleh petugas hospital dengan kata-kata kesat yang tidak sanggup saya ungkapkan di sini. Doktor yang bertugas menyambut kelahiran memaksa ibu untuk bersalin atau terpaksa menjalankan caesarean (yang tidak perlu) kerana tidak mahu hadir (panggilan kecemasan) di luar waktu tugasan.

Di hospital tertentu terdapat istilah "wad penghapus". Ramai orang telah tahu tentang kewujudan wad ini dan fungsinya. "Wad penghapus"? Apakah semuanya ini berpandukan Al-Quran?

Ilmu allopathic bukan sahaja tidak diamalkan berpandukan Al-Quran dan Sunnah,tetapi menjatuhkan peradaban ketamadunan manusia.

Rawatan allopathic hanya boleh dikatakan mengikut Al-Quran jika akhlak ini semua dijaga serta berhenti merawat berasaskan ubat-ubatan yang dihasilkan oleh farmasi yahudi.

Tidak perlulah menegakkan benang yang basah. Tidak ada kejadian Allah yang sia-sia, banyak dijadikanNya bunga, tumbuhan, cahaya, warna, bunyi, sifat, karekor.. tetapi rawatan allopathic menafikannya dan suka melakukan komitmen yang sia-sia.

Tanya berkata...

Terima kasih Dr di atas jawapan.

Bagaimana komen Dr mengenai layanan para doktor dan nurse ke atas patient bagi saya semua itu adalah 'nawaitu' kerja mereka. Tidak semuanya begitu cuma keadaan layanan sebegitu memang ketara di hospital kerajaan di Malaysia. Kadangkala tekanan kerja dan kepuasan dalam pekerjaan tidak dicapai sepenuhnya, maka menjadikan ramai orang yang tidak bekerja dengan ikhlas dan sepenuh hati. Kalau didiagnos menggunakan CVT mungkin ramai yang mempunyai masalah bahagian perut agaknya...maka mereka kurang ikhlas dan kurang kreatif dalam kerja mereka (Maaf, Dr lebih arif... saya sekadar mengulas menurut pembacaan di sini). Jika ini disebabkan oleh ilmu jisim puncanya, maka bagaimana pula dengan layanan guru dan juga pegawai kerajaan lain. Bukankah mereka juga mengamalkan cara kerja yang sama seperti mana doktor dan nurse yang belajar ilmu jisim?

Saya melihat di sini, ilmu masa tidak disaintifikkan, maka bagaimana penerimaan bidang2 jisim ini dapat melihat sejauh mana keberhasilannya perawatan yang telah dilakukan. Saya yakin jika ilmu masa ini dapat dibuktikan dengan dijalankan penyelidikan secara pembuktian, dan kemudian dibentangkan di seminar2 dan conference2 sains, perubatan dan teknologi(dan seangkatan dengannya)dan dilihat bagaimana komen dan perbincangan daripada pakar2 ilmu jisim, masakan sesuatu yang terbukti benar akan disangkal dengan mudahnya. Pakar ilmu masa bentangkan kepada pakar ilmu jisim bagaimana tanpa kaedah pembedahan boleh mengembalikan semula tenaga organ yang telah susut hingga boleh pulih.

Terima kasih.

babylito berkata...

Bila kita dalam kegelapan, kita akan mencari cahaya untuk menerangi hidup kita. Saya pernah belajar ilmu numerologi kononnya untuk memperbaiki kehidupan. Memang benar tarikh lahir sememangnya dapat menceritakan tentang cerita kehidupan kita. Namun setelah mempelajari, saya dapat rasakan kehidupan seperti dalam kotak dan segalanya amat terbatas.Setiap perkara perlukan pengiraan untuk mengetahui baik buruk sesuatu hal. Lantas akhirnya saya sedar kenapa Islam melarang tilik nasib. Kerana penyelesaian nya amat terhad dan membuat ruang lingkup pemikiran kita terbatas. Hati kita juga tidak tenang sedangkan ketenangan lah yg dicari setiap insan.

Norhafiza Wahab berkata...

"Bagaimana ilmu allopathic boleh melatih seorang wanita suci menjadi berani melihat dan memegang lelaki tanpa rasa malu dan gentar (tergetar-getar)."

Baru saya terkedu apabila membaca ayat-ayat di atas...ya ALLAH, betapa dunia hari ini telah banyak membelakangi fitrah atas nama keperluan dan kemajuan...atas nama fardhu kifayah...sedang saya tercari-cari kalau semua bijak pandai ingin mengejar pada pencarian ilmu fardhu kifayah, maka pencarian ilmu fardhu ain yang menyeluruh tersisa pada siapa ya...?

Semoga para pengamal dan profesional CVT sentiasa menitik beratkan kerangka Syariat sewaktu melakukan diagnosa dan rawatan...aamiiin.

Tanpa Nama berkata...

salam Dr.
terima kasih kerana memberi ulasan berkaitan dengan allopathy treatment compare to alt mdc..
doktor, kalau tidak keberatan, saya berharap dr dapat ceritakan sedikit sebanyak pengalaman belajar dalam bidang yg doktor ceburi ini..
mungkin dari situ memberi gambaran yang jelas lagi untuk saya melanjutkan pelajaran dalam bidang alt medicine..
di harap doktor dapat membantu
terima kasih.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)