SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 13 Julai 2007

Sakit Belakang

Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan dihubungkan ke organ melalui tulang belakang. Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja. Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.

Punca Sakit Tulang Belakang

Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang. Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberikan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut. Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.

Rawatan Sakit Tulang Belakang

Sebenarnya apabila seseorang mengalami sakit tulang belakang, ia disebabkan oleh kelemahan sesuatu organ yang berhubung dengan ruas tulang tersebut. Oleh itu, rawatan untuk mengatasi simptom sakit tulang belakang ialah dengan merawat organ yang lemah.

Jika organ yang berkaitan dengan sistem penghadaman terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Thoracic. Jika organ bahagian usus, tulang dan organ pembiakan terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Lumbar dan Sacral. Sebenarnya belakang tengkuk juga terdapat tulang belakang. Tulang belakang tengkuk ialah Cervical. Jika seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah (CL 8) atau masalah Tyroid (CL 9) maka belakang tengkuknya akan merasa sakit, tetapi ia tidak dipanggil sakit belakang.

Antara organ yang lemah yang menjadi punca kepada sakit tulang belakang ialah
CL 12 Hati, Perut dan Limpa
CL 13 Buah Pinggang
CL 14 Hempedu
CL 15 Pankreas

Gambar rajah di bawah menunjukkan bahagian yang terasa sakit yang dikaitkan dengan sesuatu organ:
Organ yang lemah boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada ruas atau bahagian tulang belakang yang terjejas. Gambar rajah di bawah menunjukkan gambaran organ yang berhubung dengan sesuatu ruas di tulang belakang:



Kesimpulannya ialah apabila organ di bahagian hadapan mengalami sesuatu kelemahan, maka bahagian belakang yang akan mengalami kesakitan. Selagi organ yang lemah tidak dirawat, maka sakit belakang tidak akan pulih walaupun melalui pelbagai rawatan termasuk pembedahan.

Slipped Disk

Organ hati dan perut mengawal karektor daya pemikiran, limpa mengawal karektor penerimaan dan rasa penganiayaan, hempedu mengawal karektor kemarahan dan ketegasan, buah pinggang mengawal karektor citarasa dan kecerewetan, pankreas mengawal karektor dendam dan keperihatinan terhadap orang lain.

Kelemahan mana-mana antara organ atau kesemua organ yang disebutkan ini akan menyebabkan lebih daripada satu ruas serta rawan (disk) di antaranya menjadi lemah.

Sakit belakang adalah berpunca daripada lemahnya sesuatu organ ini, tetapi dengan pemikiran yang negatif, kesakitan ini akan bertambah parah. Sekiranya seseorang itu sering memikirkan penganiaan yang berlaku terhadap dirinya secara berulang-ulang kali dalam keadaan marah serta dendam yang kesumat, diikuti pula dengan rasa tidak selesa, maka tekanan rendah akan menjadi paling maksimum dan melemahkan struktur fikizal ruas dan yang paling terjejas ialah rawan (disk) di antara tulang belakang. Jika struktur yang lemah terganggu dengan sesuatu kecederaan atau kemalangan seperti terjatuh, mengangkat beban yang berat, terhentak dan sebagainya, ia boleh menyebabkan fenomena yang dipanggil Slipped Disk. Slipped Disk ialah kemuncak kepada sakit tulang belakang.

Disk yang rosak boleh pulih dan tumbuh semula seperti normal. Slipped Disk boleh dihindari sekiranya kita mengamalkan sifat tenang, ikhlas, rabar dan redha.

Gambar rajah di sebelah kiri menunjukkan saraf (diwarnakan kuning) yang berhampiran dengan disk (diwarnakan merah). Gambar rajah di sebelah kanan menunjukkan disk yang tergelincir yang telah menyekat atau menjejaskan saraf
Gambar rajah di atas ialah x-ray menunjukkan disk yang tergelincir masuk ke kawasan saraf, yang merupakan punca kesakitan.

Orthopedic

Pembedahan tulang belakang untuk membetulkan bahagian ruas sama ada mengasah tulang, menambah, pengklonan semula (islet of lingerhans), transplan atau penggantian rawan (disk) palsu adalah sama sekali tidak akan merawat organ yang lemah (iaitu punca kepada sakit belakang). Tulang belakang amat sensitif dengan jangkitan. Hampir semua pesakit yang menjalani pembedahan tulang belakang 90% daripadanya akan mendapat jangkitan akibat pembedahan. Dengan kos pembedahan yang amat tinggi serta risiko kelumpuhan kekal atau sebarang risiko yang lain menjadikan pembedahan tulang belakang sewajibnya dihindari.

Ilmu orthopedic (atau juga dieja orthopaedic) sebenarnya perlu direvolusikan kerana pembedahan tulang belakang, memasukkan tulang gantian, atau apa sahaja rawatan klasik yang berkaitan dengan tulang adalah amat berbahaya, mengancam nyawa, menyebabkan kemudaratan yang amat besar dan kekal, dan dalam tempoh jangka panjang ia akan meruntuhkan peradaban ketamadunan manusia disebabkan oleh kejahilan merawat penyakit. Dengan rasa penuh bertanggungjawab, berperikemanusiaan dan tidak bermotifkan keuntungan (daripada kos pembedahan yang tinggi) maka amatlah perlu untuk menimbangkan agar ilmu orthopedic dimansuhkan dengan seberapa segera.

Insya Allah sakit belakang boleh dikhktiar untuk dirawat sepenuhnya.

Selasa, 10 Julai 2007

Rawatan Cirit birit

Cirit birit adalah keadaan masalah pembuangan air besar yang kerap, tidak terkawal dan berlaku discaj air yang banyak semasa membuang air besar.

Cirit birit berlaku disebabkan probiotik di dalam usus besar musnah disebakan ketoksidan yang berpunca daripada keasidan yang tinggi di dalam tubuh. Keasidan yang tinggi ini datangnya daripada pemakanan sama ada, keracunan atau pencemaran makanan. Makanan yang dihinggapi lalat antara punca utama yang menyebabkan makanan tercemar. Makanan yang tercemar, mengandungi protein teroksida yang tinggi yang juga bertindak sebagai racun dan berasid.

Pada peringkat awal, keracunan makanan boleh diatasi oleh Hati (CL 12). Tetapi dalam kuantiti yang banyak, hati sudah tidak lagi mampu memproses racun seterusnya akan menukar racun dalam bentuk asid untuk diproses oleh Pankreas (CL 15).

Walaupun organ utama yang berkaitan dengan cirit birit ialah usus besar (CL 19), namun rawatan terbaik untuk menjadikan prebiotik terbina semula secara sedia kala ialah dengan memastikan tahap asid dalam tubuh dikawal. Rawatan masalah cirit birit yang berlarutan dengan menggunakan CL 15 bagi menyeimbangkan asid dalam tubuh mampu adalah cara terbaik. Biasanya Pankreas akan kembali bertenaga selepas 10 minit mengambil rawatan CL15. Ketika itu cirit birit akan berhenti.

Cara Pengambilan CL 15

Cara pengambilan ialah dengan menggunakan Formula CL 15 Fasa Dua, ambil dengan jumlah 7 biji sekali yang diulang setiap minit sehingga habis satu botol yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk dihabiskan.

Petua ketika cirit-birit

Pastikan anda tidak mengambil makanan yang mengandungi kalori tinggi seperti cili, kari atau dari jenis yang pedas.

Elakkan mengambil makanan yang rangup kerana ia tidak mampu dicerna dengan baik disebabkan kekurangan air dalam badan.

Ambil air teh ais sebagai minuman sementara sebagai menggantikan air yang hilang. Teh boleh bertindak sebagai anti oksida yang mampu menahan keracunan daripada terus merebak. Meminum air Aromatherapy Seri Wajah juga bertindak sebagai anti oksida.

Tidur pada waktu Qailulah (11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari) supaya penghadaman berjalan lancar. Tidur awal selepas Isyak (sebelum pukul 9.30 malam) supaya bahagian Hyperthalamus (CL 4) yang mengawal kekuatan usus menjadi lebih bertenaga.

Bahagian hipothalamus mengawal tumpuan dan kekuatan usus amat sensitif dengan bunyi dentuman (high range frequency). Elakkan daripada mendengar bunyi-bunyian berdentum atau muzik yang bergendang.

Insya Allah, petua ini menyumbang kepada 80% faktor penyembuhan.

Semoga anda bergembira dengan post ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk sebarang jenis penyakit, sama ada kronik, kritikal atau yang tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, emosi, mental dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar membantu walau di mana anda berada, insya Allah.

Selasa, 3 Julai 2007

Peluh Berlebihan

Peluh berlebihan yang dimaksudkan ialah seseorang itu akan melihat tanda-tanda seperti tapak tangan kerap basah, bahagian atas dahi, hujung hidung dan bahagian antara bibir dan hidung berpeluh, ketiak basah dan sebagainya. Perkara ini harus dipandang serius kerana ini adalah salah satu simptom terhadap kelemahan organ dan sistem tertentu pada tubuh.

Kesan seperti ini menimbulkan beberapa kerumitan kerana seseorang terpaksa kerap mencuci cadar dan selimut kerana tempat tidur selalu basah setiap kali tidur. Pakaian terpaksa ditukar selalu dan tidak dapat disangkut kerana berpeluh. Sekiranya kandungan toksik atau urik asid berlebihan di dalam badan, peluh yang keluar akan berbau. Bau disebabkan oleh bakteria yang membiak di kawasan lembab dan berprotein (peluh juga mengeluarkan protein).

Kesan terhadap prestasi pekerjaan seharian juga akan terjejas. Contohnya menjejaskan kawalan pemanduan kenderaan kerana stereng licin dan sebagainya.

Kelenjar Peluh

Terdapat dua jenis kelenjar peluh iaitu eccrine dan apocrine.

Liang peluh eccrine terdapat di seluruh badan dan liang peluh apocrine hanya terdapat di bahagian organ seksual seperti atas bibir, payu dara (wanita) dan pangkal peha (bawah dan sekitar bahagian alat kelamin). Perbezaan fizikal ialah apocine mempunyai liang yang lebih besar daripada eccrine. Eccrine mempunyai saluran peluh terus ke permukaan kulit manakala apocrine mempunyai saluran peluh yang keluar melalui liang bulu roma.

Kelenjar eccrine mengeluarkan peluh yang mengandungi bahan kumuh yang berupa toksik, urik asid. Bahan-bahan ini boleh membentuk habitat sementara bakteria tertentu. Oleh itu, peluh yang dirembeskan oleh kelenjar eccrine adalah punca bau busuk pada tubuh. Tempat yang paling terjejas ialah di bawah ketiak kerana terlindung daripada peredaran udara dan hangat. Masalah toksik yang keluar berlebihan melalui kelenjar eccrine disebabkan terdapatnya kelemahan di bahagian kawalan urik asik iaitu kelenjar Pankreas (CL 15)

Kelenjar apocrine mengeluarkan peluh yang mengandungi pheromone semula jadi manusia. Pheromone semula jadi manusia ini mengandungi cas elektromagnetik yang meruap untuk membawa isyarat komunikasi mutlak antara seseorang dengan seseorang yang lain dengan amat berkesan. Pheromone semulajadi ini lebih dikenali sebagai hormon daya penarik. Pheromone tidak membentuk habitat yang boleh menyebabkan polulasi bakteria tidak terkawal. Oleh itu, bakteria berbahaya hampir tidak terdapat di kawasan kelenjar apocrine (sebaliknya cuma miasma yang membantu kekuatan pheromone). Seseorang yang sihat atau mempunyai kadar penghasilan pheromone yang seimbang (walaupun kepada mereka yang ada masalah peluh berlebihan), tidak akan berbau busuk malah kehadirannya di mana-mana akan disenangi oleh orang di sekeliling. Kadar penghasilan pheromon yang baik ditentukan oleh sistem endokrin yang sihat terutama hormon pembiakan (CL 16).

Punca Peluh Berlebihan

Peluh akan keluar disebabkan kelenjar peluh mendapat isyarat bahawa terdapat bahan buangan atau air berlebihan untuk dibebaskan. Isyarat ini diterjemahkan daripada pengaliran jantung (CL 11) yang deras (walaupun tanpa rasa berdebar (CL 8) ). Tanda bagi mereka yang mengalami masalah ini dapat dilihat daripada tidur yang berdengkur atau kerap berdengkur dengan terlalu kuat.

Kalori terhasil daripada peleraian ikatan air H2O dan lemak berkarbohidrat. Kalori yang dibakar dengan sempurna akan menyebabkan kandungan darah menjadi cair dan akan menyebabkan darah mengalir deras. Kandungan kalori yang tinggi disebabkan oleh pengambilan diet yang tidak sihat atau belebihan. Biasanya mereka yang obesiti atau mereka yang kerap makan tetapi berat badan tidak meningkat akan mengalami masalah pembakaran kalori walaupun tanpa bersenam atau melakukan kerja berat. Seseorang yang makan berlebihan tetapi berat badan tidak meningkat disebabkan oleh kandungan steroid tanin yang tinggi dalam darah. Steroid tanin banyak terdapat dalam air teh dan berfungsi menyingkirkan air daripada lemak.

Rawatan Masalah Peluh Berlebihan

Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal yang dilakukan oleh rawatan klasik (allopathic medicine) untuk melakukan pembedahan untuk menutup saluran kelenjar eccrine. Menutup kelenjar eccrine melalui pembedahan tidak dapat menyelesaikan masalah peluh berlebihan. Walaupun didapati peluh tidak keluar setelah pembedahan, tetapi air yang dibawa ke bahagian kulit akan terkumpul dan menyebabkan masalah kulit atau pengumpulan lemak yang lebih tepu. Sekiranya buah pinggang (CL 13) lemah, akan berlaku kebengkakan air di kawasan muka dan kaki. Air yang dikeluarkan daripada tubuh mengandungi toksik yang membahayakan tubuh. Peluh sebenarnya mengeluarkan bahan-bahan ini. Sekiranya pengeluarkannya disekat, darah akan tercemar dan beracun. Dalam tempoh jangka panjang, akan timbul masalah urik asid berlebihan dan pankreas (CL 15) akan terbeban.

Kaedah terbaik untuk merawat ialah dengan mencari punca supaya peluh tidak dikeluarkan berlebihan. Antara punca yang lazim ialah kerana jantung (CL 11) yang terganggu rentaknya disebabkan oleh perasaan risau. Sebab lain ialah kerana keaktifan luar biasa hati (CL 12) untuk menggunakan deposit kalori daripada pembakaran lemak.

Apabila jantung telah dipertenagakan semula dengan Formula CL 11, ia akan kembali berdenyut dengan normal mengikut psikologi tubuh. Denyutan yang kencang hanya berlaku sekiranya terdapat penggunaan kalori berlebihan untuk digunakan sebagai stamina semasa bersukan ataude bekerja.

Antara pengalaman salah seorang Pengamal Profesional Attitude Therapy Dr. Aishah Arridza merawat pesakit yang menghadapi masalah peluh berlebihan yang beliau tulis dalam blog beliau bertajuk Excess Sweating.

Petua Merawat Masalah Peluh Berlebihan

Risau punca utama menyebabkan rentak jantung berdenyut dengan pantas. Rentak jantung boleh distabilkan dengan mengawal perasaan risau.

Semasa tidur mengiring di atas rusuk kanan, jantung akan berada dalam keadaan lapang dan tidak terhimpit. Tidur dengan cara mengereng ke kanan dapat mengatasi masalah denyutan kencang terhadap jantung.

Tanin akan memisahkan air dari lemak dan punca kepada darah mengandungi banyak air. Mengurangkan pengambilan teh dapat menurunkan kadar tanin di dalam darah.

Lemak menyimpan banyak air dalam tubuh. Lemak terjadi kerana tabiat makan yang tidak betul, antaranya berfikir ketika makan atau tidak berniat untuk makan. Kebanyakkan yang dilakukan oleh kita ialah makan dan minum bersulaman. Karborhidrat yang bercampur dengan air akan terus menjadi lemak. Minumlah setelah sekurang-kurangnya 10 minit mengambil makanan. Berniatlah (the law of attraction) untuk menjadikan setiap makanan yang dimakan akan mendatangkan manfaat untuk akal, tenaga, dan kesihatan tubuh melalui kaedah mempertenagakan sel dan persenyawaan DNA dan RNA. Oleh itu, pembentukan lemak berlebihan tidak berlaku.

Semoga post ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengatasi masalah peluh berlebihan. Namun rawatan dengan kaedah Attitude Therapy adalah ikhtir terbaik, terpantas murah dan berkesan insya Allah untuk mengatasi masalah peluh berlebihan.
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)