SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Khamis, 2 Ogos 2007

Fenomena WiTricity

WiTricity ialah pengaliran arus elektrik tanpa wayar. Ia juga dipanggil Wireless Electricity. Bermaksud dengan menggunakan kaedah WiTricity, anda boleh menekan suis lampu tanpa suis tersebut dihubungkan dengan kabel ke lampu tersebut. Penemuan teknologi yang menarik ini juga sebenarnya merupakan satu fenomena seram bagi mereka yang tidak mengetahuinya.
WiTricity mengalirkan arus elektrik dari punca bekalan ke perkakas elektik (dan menghidupkan alat elektrik tersebut seperti biasa) melalui medium proton. Semakin banyak proton, maka semakin lancar arus yang mengalir. Proton akan menjadi banyak sekiranya eloktron berkurang.

Fenomena Menyeramkan

Apabila elektron berkurang di sekitar tubuh, bulu roma akan mudah meremang terutamanya jika hormon Melatonin kurang dihasilkan daripada Kelenjar Pineal. Ketika itu elektron mudah terpisah dan terkeluar dari persekitaran tubuh hanya dengan tiupan angin.

WiTricity bukan sahaja boleh menghidupkan sesuatu perkakas elektrik, tetapi berkemampuan mewujudkan keadaan seperti berikut;
  1. Menghidupkan alat elektrik seperti lampu, mesen basuh, radio, television, pengisar, kipas angin dan sebagainya.
  2. Boleh juga memutuskan bekalan elektrik walaupun suiz dipasang.
  3. Arus elektrik yang melalui medan elektromagnetik akan mewujudkan daya iaitu pergerakan mengikut konsep motor elektrik. Biasanya mampu menggerakkan daun pintu atau daun tingkap serta mengapungkan objek ringan seperti kertas.
  4. Arus elektrik yang melalui di atas aliran air, akan merakam visual melalui memori air. Arus air yang lalu pada waktu yang lain (dengan syarat isipadu dan kelajuan kinetik yang sama ketika rakaman) akan memainkan semula rakaman seperti yang telah dirakam sebelum itu. Paparan visual adalah dalam bentuk hologram.
  5. Sekiranya terdapat gas adi (seperti argon atau kripton) yang dibebaskan oleh akar tumbuhan, ia boleh menghasilkan cahaya terang dalam bentuk berpasang-pasang (kelihatan seperti mata). Kejadian ini lebih banyak berlaku di kawasan berpaya.
  6. WiTricity boleh merakam bunyi di dalam logam yang diketuk dan memainkan semua. Biasanya ialah bunyi ketukan piano dan jam bandul. Ketika kejadian, ia seolah-oleh piano dimainkan sendiri.
  7. Jika terdapat terlalu banyak kabel yang berarus elektrik yang bersilang atau berlingkar, WiTricity yang mengalir di persekitarannya akan memanaskannya hingga boleh menyebabkan kebakaran. Keadaan ini biasa terjadi kepada litar dalam kereta hingga boleh menyebabkan kebakaran.
Faktor Witricity

Asalkan ada proton, maka elektrik akan mengalir dengan baik. Ia akan mengalirkan arus terus ke alatan elektrik dan dineutralkan ke bumi.

Kehadiran proton menyebabkan elektron berkurang. Elektron atau ion negatif akan menjana tenaga dan aktiviti dan keharmonian sel. Oleh itu, ruang yang mewujudkan keadaan yang memberi konduksi kepada Witricity akan menyebabkan kesihatan terganggu. Selain mewujudkan kekonduksian kepada Witricity, proton akan mengangkat dan mengalirkan zarah bau yang hapak, kurang enak dan busuk atau zarah baru yang berat dan hangit naik ke dalam permukaan udara. Rumah yang sentiasa mudah berbau busuk ialah tanda kekurangan elektron.

WiTricity boleh dicetuskan dalam ruang berproton tinggi oleh faktor kekurangan hormon melatonin dalam tubuh. Ketika itu arus elektik akan dipengaruhi oleh otak dan akan mengalir seperti keadaan ketakutan seseorang. Misalnya apabila memasuki ke bilik yang mengandungi tinggi proton, seseorang yang kekurangan melatonin akan menghadapi bulu roma meremang akibat daripada elektron yang diterbangkan angin. Dengan rasa takut WiTricity akan dijana dan mewujudkan sesuatu fenomena seperti daun pintu tertutup, lampu menyala atau terpadam, piano dimainkan atau hologram dipancarkan.

Hormon melatonin boleh menjadi kurang disebabkan oleh beberapa keadaan seperti berikut:
  1. Pengambilan makanan yang boleh melemahkan Kelenjar Pineal yang merembeskan hormon melatonin seperti makanan masam (limau), kolestrol tepu (sotong, udang, kerang, ketam, siput, organ dalaman hati, limpa, perut).
  2. Pengambilan antibotik daripada rawatan klasik (rawatan allopathic/konvensional).
  3. Percaya atau takut kepada perkara yang tidak berasas seperti kubur, rumah kosong, gelap dan mayat.
  4. Tidak pernah atau jarang bersujud, kerana sujud boleh merangsang kelenjar Pineal merembeskan hormon melatonin.
Jin adalah makhluk ghaib yang turut memainkan peranan dan boleh mengambil kesempatan mengawal dan menggunakan teknologi WiTricity. Ia hanya boleh berbuat demikian apabila manusia menyebabkan jin menjadi takbur, bongkak dan sombong. Ketakburan jin terjadi apabila manusia melakukan perkara seperti berikut:
  1. Meminta pertolongan jin (sedangkan jin amat lemah dan tidak boleh menolong apa-apa).
  2. Takut kepada jin (sedangkan jin amat lemah).
  3. Menyebut atau memain-mainkan atau menakut-nakutkan orang lain dengan sesuatu makhluk bukan manusia.
  4. Mewujudkan keadaan yang boleh membanyakkan proton seperti menghasilkan asap kemenyan, atau menguraikan protein (radioisotop 12) seperti kuning telur melalui kaedah pemanasan.
  5. Mendakwa dan menjustifikasikan sesuatu penyakit atau ketidakseimbangan keadaan sistem dalam tubuh sebagai "saka" atau "sihir" atau "buatan orang" ialah sesuatu yang boleh membuat jin merasa bangga dan takbur.
  6. Menganggap jin lebih berkuasa atau berkebolehan tertentu atau memiliki teknologi tinggi.
Langkah mengatasi fenomena WiTricity

Selain daripada mengatasi daripada perkara yang boleh melemahkan kelenjar Pineal dan ketakburan jin. Ikhtiar tertentu juga perlu untuk mengembalikan semua elektron pada tubuh badan dan juga dalam sesuatu ruang.

Elekton terhasil dengan banyak dengan adanya atom hidrogen. Tubuh manusia menghasilkan dan membebaskan hidrogen terutama selepas mandi dan berwuduk. Rumah yang telah lama ditinggalkan akan kekurangan atom hidrogen hingga menyebabkan ruang di dalamnya kehilangan elektron. Walaupun sesuatu rumah itu berpenghuni, tanda kekurangan elektron boleh dilihat di bahagian sudut rumah yang bersawang. Sawang wujud di bahagian sudut dalam rumah kerana bahagian tersebut kurang pergerakan udara yang boleh membawa elektron. Penghuni rumah yang kerap mandi dan berwuduk akan menjadikan sawang berkurang atau tidak wujud.

Garam menyimpan banyak ion negatif terutama garam yang tinggi iodin, magnesium dan pottasium. Garam bukit mempunyai kandungan mineral ini. Menabur garam bukit di sesuatau kawasan akan meningkatkan kandungan ion negatif atau elektron di kawasan tersebut.

Setiap mentol akan membebaskan pelbagai gelombang dan ion. Gelombang cahaya daripada mentol yang menembusi garam, hanya akan membebaskan ion negatif atau elektron. Elektron ini akan memenuhi ruang dan menyeimbangkan proton di dalam sesuatu ruang. Memasang lampu garam ialah salah satu ikhtiar secara semulajadi, selamat dan berkesan untuk mengatasi masalah fenomena WiTricity.

Pembomohan

Tidak dapat dinafikan WiTricity boleh diaplikasikan bagi tujuan rawatan kesihatan. Gangguan penyakit atau fenomena pelik seperti terdapat kaca, paku, gunting, jarum atau bermacam-macam jenis barang tajam di dalam perut adalah akibat daripada teletranster yang berlaku daripada pemecahan atom yang mengalir melalui medium proton ke dalam perut. Oleh itu, ia juga boleh dikeluarkan semula dengan cara WiTricity.

Setelah dikaji, aplikasi WiTricity bagi tujuan rawatan memerlukan penghasilan proton yang amat tinggi dan menjejaskan kesihatan. Kaedah seperti menggunakan kemenyan, kuning telur atau yang melibatkan jin secara terang-terangan hendaklah ditolak kerana ia memberi kesan sampingan terhadap pengamal, pesakit dan juga merka yang berada di kawasan berhampiran dengan upacara rawatan tersebut.

Pengamal perubatan (bomoh tradisional) yang menggunakan aplikasi WiTricity dalam rawatan terpaksa mengelakkan penggunakan peralatan elektrik di rumah mereka dan hanya menggunakan lilin pada waktu malam untuk mengelakkan gangguan akibat daripada fenomena WiTricity.

Pyramid

Elekron sentiasa akan tersusun membentuk pyramid. Piramid (Pyramid) ialah satu bentuk geometri yang merangsang pengaliran tenaga yang hanya membenarkan elektron sahaja berada di dalam ruangnya. Ruang rumah yang bersih, kemas, mendapat pencahayaan yang baik di waktu siang dan baik peredaran udaranya adalah umpama sebuah pyramid. Penghuninya akan tenang, bahagia dan kurang mendapat penyakit berbahaya.

Gambar rajah di sebelah kiri menunjukkan bagaimana pyramid boleh mengekalkan kandungan elektron di dalamnya. Geometri yang berkembang ke bawah dalam bentuk segitiga adalah mematuhi Hukum Keseimbangan terhadap kejadian berpasang-pasangan dan kejadian warna. Warna yang dihasilkan di dalam pyramid adalah sangat sempurna dan lengkap iaitu putih, pink, violet, indigo, biru, hijau, kuning, oren dan merah.

Pyramid yang telah lama dijadikan sebagai salah satu therapy dalam rawatan alternatif, salah satu rahsianya ialah kehadiran ion negatif atau elektron. Tetapi elektron yang hadir di dalamnya hendaklah dirangsang dengan kekuatan melatonin melalui kaedah meditasi (tenang, fokus dan iman kepada Allah). Tanpa kaedah meditasi yang betul, ia tidak mampu menyebabkan kehadiran elektron dalam jumlah yang banyak.

Aromatherapy Seri Wangi


Semua formula Attitude Therapy menghasilkan banyak elektron. Salah satu formula yang menghasilkan elektron berkali-kali ganda banyaknya ialah Aromatherapy Seri Wangi. Pati bunga Aromatherapy Seri Wangi dihasilkan daripada kaedah cool compressed (tekanan sejuk) yang masih akan mengekalkan elektron yang terdapat banyak dalam kelopak bunga. Dalam Aromatherapy Seri Wangi diletakkan garam bukit yang banyak mengandungi dan menyimpan elektron. Kemudian ia dipancarkan dengan gelombang Point Zero iaitu gelombang yang berion negatif.

Elektron daripada setitik aromatherapy yang dititiskan ke dalam air, apabila air itu digerakkan, ia menghasilkan elektron yang sangat banyak berkali-kali ganda. Apabila dititiskan di tapak tangan yang basah dengan air sejuk, kemudian digosok dengan perlahan, ia juga menghasilkan elektron yang terpancar ke semua arah.

Gambar rajah di sebelah kiri menunjukkan ion detector yang boleh mengesan kehadiran elektron yang ditunjukkan dalam bacaan bercas negatif. Elektron yang paling banyak dapat disukat ialah -9999.

Aromatherapy Seri Wangi akan menghasilkan elektron pada tahap yang tidak dapat disukat ketika pada peringkat awal ia dijana. Setelah elektron tersebar dan meruap ke seluruh arah, dalam tempoh 30 minit yang pertama, kandungan elektron yang semakin menyusut telah boleh disukat bacaannya iaitu apabila ia rendah daripada -9999 dan bacaannya akan terus menuju ke bacaan sifar.

Cara penggunaan Aromatherapy Seri Wangi dalam usaha untuk mengatasi fenomena WiTricity ialah dengan amalan mandian dan minuman untuk tubuh dan renjisan atau siraman untuk ruangan atau bilik. Cara penggunaan Aromatherapy Seri Wajah sila rujuk post bertajuk "Penggunaan Aromatherapy Seri Wangi".

Antara gangguan, tanda atau simptom gejala yang disabitkan dengan dengan fenomena WiTricity ialah halusinasi, ketakutan, bulu roma meremang, skizo, delusi dan sebagainya. Insya Allah, formula Aromatherapy Seri Wangi akan membantu mengembalikan elektron dalam tubuh badan seterusnya mengatasi gejala kesihatan yang dikaitkan dengan fenomena WiTricity ini.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

2 ulasan:

babylito berkata...

Bila membaca artikel di atas, teringat pengalaman 20 tahun dahulu sewaktu berumur 10 tahun di kampung. Ada sawah, paya, sungai semuanya memberi panorama yang indah. Usia 10 tahun memberi tiket kebebasan bermain tanpa had waktu. Dan ketika itu saya dan sepupu yang lain seringkali dimomokkan dengan kisah 'hantu paya'. Satu senja akhirnya kisah 'hantu paya' itu menjadi kenyataan. Berpuluh pasang mata memerhatikan kami. Saat itu 'hantu paya' yg dianggap dongeng oleh kami menjadi sebuah kisah hebat yang tidak mungkin dilupakan.
Keberanian terus lenyap dan peristiwa itu terus menghantui saya dan sepupu yg lain. Saya sering terfikir apakah yg sebenarnya saya lihat itu. Namun bila terbaca post di atas barulah terungkai apa yang telah 20 tahun saya fikirkan.
Kesimpulannya mudah sahaja, jin hantu dan syaitan memang wujud namun dunia mereka dan kita manusia sangat berbeza. Kita tidak perlu takut pada mereka.

Baby_syahiran berkata...

Hormon melatonin boleh menjadi kurang disebabkan oleh beberapa keadaan seperti berikut:

1. Pengambilan makanan yang boleh melemahkan Kelenjar Pineal yang merembeskan hormon melatonin seperti makanan masam (limau),kolestrol tepu (sotong, udang, kerang, ketam, siput, organ dalaman hati, limpa, perut).
2. Pengambilan antibotik daripada rawatan klasik (rawatan allopathic/konvensional).
3. Percaya atau takut kepada perkara yang tidak berasas seperti kubur, rumah kosong, gelap dan mayat.
4. Tidak pernah atau jarang bersujud, kerana sujud boleh merangsang kelenjar Pineal merembeskan hormon melatonin.

Rasional kenapa kita bersujud spt dlm blog saya dimasukkan di sini utk tatapan bersama:
Semasa kita sujud, kita perlu meninggikan punggung dan meletakkan dahi serta kepala ke bumi. Megikut kajian, kedudukan ini, sekiranya dilakukan dari masa ke semasa, baik bagi kecergasan otak. Seperti yang kita maklum, otak memerlukan 25 % oksigen yang terdapat dalam badan walaupun beratnya hanya 3 % daripada keseluruhan berat badan. Dalam keadaan biasa sebahagian sel-sel otak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekaligus melawan tekanan graviti.
Semasa sujud, umat Islam meletakkan kepala mereka ke bumi dan dalam keadaan begini jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala sekaligus memudahkan darah turun ke otak dibantu tekanan graviti. Dalam keadaan ini, otak manusia menjadi semakin cergas dan fokus semakin mantap. Dalam buku The Brain Book oleh Peter Russell mengatakan "Otak manusia beroperasi 7 % lebih cepat dan 14% lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah."
Seorang lagi pakar, Win Wenger, di dalam bukunya How To Increase Your Intelligence mengatakan aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah (upside down activities) meningkatkan kadar oksigen di otak sekaligus, secara fizikalnya, meningkatkan kemampuan otak. Sujud umat Islam yang dilakukan paling kurang 34 kali sehari semalam melalui solat fardhu merupakan aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah secara yang amat sederhana yang mampu dilakukan oleh semua orang.
So, klu kepala sakit, idea kurang dn mcm2 masalah lg, renungkan, oksigen dah sampai ke otak ke tak, bulan oksigen yg 'berasap' tu ye.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)