SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 19 April 2009

Hambatan Masa

Tubuh yang sihat mempunyai tekanan tenaga yang tinggi di semua bahagian organ. Tenaga ini dapat dikenal pasti melalui persamaan lapisan warna terhadap organ seperti gambar rajah di bawah. Penyakit dapat dikesan melalui tenaga yang bertekanan rendah yang terdapat di sesuatu lapisan warna.

Kumpulan organ berdasarkan level tubuh
Perubahan tenaga bertekanan rendah
Gambar rajah di atas menunjukkan tubuh yang mengalami kebocoran warna atau juga disebut tekanan rendah. Cuba perhatikan pengaruh getaran tenaga warna diakibatkan oleh titik bertekanan rendah. Tekanan rendah ini yang akan memberikan tindak balas kelemahan otot tangan ketika ujian Applied Kinesiology dijalankan. Oleh itu, kaedah Applied Kinesiology akan menunjukkan organ yang lemah dan sihat melalui tindak balas terhadap tekanan tenaga yang tinggi dan rendah pada tubuh.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk kategori Applied Kinesiology dalam blog ini.
Kaedah rawatan yang terbaik untuk mengatasi sesuatu penyakit (tenaga bertekanan rendah / titik kelemahan) ialah dengan mengejar dan memberikan tenaga atau “masa” di bahagian organ yang lemah. Kaedah ini biasanya dikongsi atau dibincangkan oleh mana-mana pengamal perubatan alternatif yang mempunyai pengalaman yang lama sebagai seorang perawat. Kaedah ini digelar sebagai “Hambatan Masa”.

Bentuk Tenaga Tekanan Rendah

Tenaga yang bertekanan randah (penyakit) mempunyai sifat asas tenaga iaitu berkeupayaannya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dan mempunyai keadaan jisim yang berbeza.

Secara kimia, tenaga bertekanan rendah adalah bersifat nyah elektron (berasid), mempunyai pergerakan yang rawak (tidak tentu hala dan liar), mempunyai ikatan molekul yang menjarak (panas).

Sifat kimia ini menjadikan keadaan jisim tenaga bertekanan rendah boleh berubah-ubah kepada empat bentuk seperti berikut
  1. Pepejal
  2. Cecair
  3. Gas
  4. Plasma
Empat keadaan jisim

Jadual di bawah menunjukkan contoh keadaan jisim.

KEADAAN JISIM
KETERANGAN
PEPEJAL
Contoh keadaan pepejal adalah seperti batu karang, kristal gout, kanser, ketumbuhan, cyst dan sebagainya.
CECAIR
Contoh keadaan cecair adalah seperti penyakit pneumonia (paru-paru berair), biliari atarasia (perut berair), hidrocephalus (kepala membesar) atau sebagainya.
GAS
Contoh keadaan gas ialah seperti masalah ulser di perut yang menyebabkan sendawa sedu (sendawa pelik yang berturutan tanpa henti seolah-olah seperti sedu tetapi sedunya ialah sendawa). Biasanya wap tidak dapat dilihat kerana peringkat ini sungguh halus dan amat rawak. Tanda lain tenaga bertekanan rendah dalam bentuk wap ialah bersin, batuk, menguap dan tersedak.
PLASMA
Contoh keadaan plasma ialah seperti hadas angin. Semasa tidur, akan terbentuk gas-gas adi dalam keadaan plasma di bahagian rongga hidung.


Proses Hambatan Masa

Disebabkan titik bertekanan rendah sentiasa berubah tempat dari satu organ ke satu organ yang lain, maka sesuatu rawatan perlu kepada susulan untuk memberikan tenaga kepada mana-mana titik bertekanan rendah supaya tenaga bertekanan rendah dapat diberikan tenaga.

Tubuh yang mendapat tekanan tenaga yang tinggi akan kembali menjalankan fungsinya seperti biasa seperti berikut;
  1. Membina dan menumbuhkan sel dan tisu sesuatu organ.
  2. Merembeskan hormon dan enzim.
  3. Berkeupayaan menentang dan mengawal biotik atau antibiotik semula jadi.
  4. Nyah toksik, karbon dioksida atau berkumuh dengan sempurna.
  5. Berkeupayaan menghadamkan dan mencerna nutrien.
Hambatan masa atau dalam bahasa yang mudah ialah bertukar-tukar formula rawatan berdasarkan organ yang paling lemah ialah cara terbaik untuk merawat sesuatu penyakit sehingga sembuh sepenuhnya.

Oleh itu, sesuatu rawatan sama ada Attitude Therapy atau mana-mana rawatan alternatif yang berbentuk “mempertenagakan”, kaedah rawatan yang berbaik ialah rawatan yang mempunyai kekerapan bertukar formula rawatan yang tinggi. Semakin kerap rawatan ditukar dalam tempoh rawatan, maka semakin tinggi dan pantas peluang untuk sembuh.

Dalam kes ini, antara punca rawatan kepada pesakit Diabetes atau Penyakit Darah Tinggi yang tidak dapat sembuh sepenuhnya melalui rawatan klasik (rawatan hospital) adalah disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan yang sama dalam tempoh yang terlalu panjang tanpa ditukar atau melalui proses rawatan susulan yang kerap. Misalnya seseorang pesakit diabetes diberikan ubat pada kadar 500mg untuk bekalan sehingga temu janji seterusnya yang memakan masa hingga 6 bulan. Sedangkan rawatan alternatif akan membekalkan ubat untuk tempoh hingga 6 hari dan perlu mendapatkan rawatan susulan selepas tempoh tersebut.

Kawalan Bentuk Masa

Semakin rawak dan semakin panas tenaga bertekanan rendah, maka semakin tinggi kepantasan untuk menghambat masa. Bermaksud semakin tingkat tempoh kekerapan untuk sesuatu ubat atau formula rawatan perlu ditukar.

Manakala semakin tinggi level pada tubuh manusia, maka semakin rawak dan rumit tekanan tenaga rendah yang perlu dihambat. Pada level spiritual, tenaga bertekanan rendah adalah sungguh rawak. Manakala pada level fizikal, tenaga bertekanan rendah mudah dihambat dan tidak mudah bergerak ke organ yang lain.

Graf di bawah menunjukkan tahap kekerapan berbanding dengan level dan bentuk jisim.

Gambaran kadar kekerapan level dan jisim


Kadar kekerapan hambatan berbanding level dan keadaan jisim


Kepungan Tekanan Rendah

Menghambat titik bertekanan rendah adalah cara yang memakan masa, rumit dan memerlukan kemahiran dan pengalaman yang luas untuk mencapai matlamat. Cara terbaik, pantas dan berkesan untuk menghambat titik bertekanan rendah ialah dengan mengepung dan mengenakan tekanan yang tinggi ke semua arah.

Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui teknologi rendaman ais atau kaedah rawatan Hidrotherapy Ice.
Hidrotherapy Ice mengepung tenaga bertekanan rendah
Dengan kaedah ini, seseorang pesakit perlu direndamkan ke dalam bathtub yang berisi ais dan air yang digunakan akan “dipertenagakan” dengan formula aromatherapy. Titik bertekanan rendah akan dapat dihuraikan pada peringkat plasma kemudian “dikondensasikan” daripada plasma kepada gas kepada cecair dan kepada pepejal. Proses yang betul dan resonan akan menunjukkan kesan tenaga yang bertekanan rendah ini nyah dari tubuh dalam bentuk cairan yang kotor, berbau busuk atau hanyir, berserbuk hitam atau seperti hampas tanah di dalam bathtub.

Kesan ini menunjukkan tenaga bertekanan rendah atau penyakit telah bertukar atau terzahir dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Setakat ini, kaedah ini sentiasa memberikan kejayaan dan keputusan yang resonan sejak diamalkan secara terbuka kepada umum atau konvensional oleh rawatan Attitude Therapy.

Petua Hambatan Masa

Tenaga bertekanan rendah sentiasa terikat dengan sesuatu amalan yang menghalang pengaliran keseimbangan tenaga tubuh. Antaranya ialah;

  1. Bersangka buruk terhadap sesuatu keadaan atau peristiwa. Merasa hampa dan mudah putus asa, suka mengatakan "mengapa diri jadi begini", "saya tidak minta dilahirkan begini" atau seumpamanya adalah termasuk dalam kategori ini.
  2. Pemikiran negatif terhadap sesuatu. Mempunyai sifat cerewet, suka mengeluh, iri hati, hasad, dendam adalah termasuk dalam kategori ini.
  3. Bernafsu dan berkeinginan yang tidak terkawal termasuk rasa ingin menunjukkan keinginan. Ketagihan adalah termasuk dalam kategori ini.
  4. Tamak, kedekut, takut mati atau takut miskin. Seseorang yang suka minta potongan harga ketika membeli tetapi orang yang sama ini juga meletakkan harga yang tinggi ketika menjual adalah termasuk dalam kategori ini.
Oleh itu, perkara yang disenaraikan ini haruslah cuba dirawat atau dielakkan. Antara cara terbaik untuk mengatasinya ialah

  1. Meningkatkan amal ibadat. Amal ibadat akan meningkatkan rasa keyakinan dan sangka yang baik terhadap Allah.
  2. Mengambil makanan yang halal dan suci (toyyibah). Halal dan suci adalah berbeza. Tidak semestinya sesuatu yang halal itu suci. Ada juga yang suci itu tidak selamat atau digelar “syubahah” misalnya kilang penyediaan air minuman yang mengikut peraturan kebersihan tetapi memasukkan bahan penahan dari sumber kimia yang menjejaskan kesihatan, maka minuman ini halal tetapi kesuciannya digelar “syubahah”. Makanan yang halal dan toyyib akan memastikan pemikiran seseorang itu positif.
  3. Secara umumnya nafsu yang dikawal oleh otak Hipothalamus ialah ketagihan terhadap rokok atau tembakau, arak atau alhohol, dadah dan seks. Melakukan amalan sunat seperti berpuasa atau sekurang-kurangnya mengurangkan makan (sila rujuk Petua Pengambilan Nutrien untuk maklumat lanjut)
    Mengamalkan solat malam atau sekurang-kurangnya kurangkan tidur berlebihan atau tidur dengan cara yang betul (sila rujuk post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan)
    Amalan ini adalah contoh amalan terbaik untuk mengatasi kelemahan otak Hipothalamus yang mengawal nafsu, keinginan, kebosanan. Oleh itu, nafsu dan keinginan tanpa batasan boleh diatasi.
  4. Mengeluarkan sedekah dan berzakat. Kita diwajibkan berusaha mencari rezeki, tetapi setiap yang diperoleh tidak ada kaitan dengan usaha yang dilakukan. Oleh itu, mengeluarkan sedekah dan berzakat akan menghapuskan sifat tamak, kedekut, rasa takut rugi atau sebagainya. Sifat ini adalah faktor kepada penyakit-penyakit di bahagian fizikal seperti usus, tulang, saraf, otot dan sistem darah.
Kesimpulan

Di sini dapatlah kita fahami kewajaran kekerapan rawatan berbentuk tenaga dipertingkatkan. Semakin kerap rawatan diambil atau pertukaran formula rawatan atau rawatan susulan dilakukan, maka semakin cepat proses penyembuhan akan berlaku, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)