Sikap Spiritual adalah penentu. Rasa keraguan, tidak yakin, masih dikuasai oleh ketakutan atau rasa bersalah semasa di dalam doa atau ibadah, hanya akan menghasilkan keputusan yang negatif. Amal ibadah atau doa yang penuh keyakinan, rasa mengharap, berfikir ia akan berhasil secara berulang-ulang, disertai dengan kekuatan semangat yang bersungguh-sungguh sahaja yang akan memberikan keputusan yang positif.
Sikap yang positif akan menentukan satu suasana kehidupan yang penuh keriangan dan ketenangan. Sikap yang negatif akan menjadikan kehidupan penuh dengan rasa kekesalan.
Pendekatan Rawatan Attitude Therapy
- Konsep penyembuhan penyakit merangkumi empat faktor iaitu Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal.
- Menepati konsep Islam dengan menggunakan sumber tenaga cahaya yang diperangkap secara semulajadi tanpa pengubahsuaian yang menyamai dengan frekuensi tenaga manusia.
- Perawatan empat dalam satu iaitu bagi tujuan Pertanahan, Kelegaan, Pencegahan dan Penyembuhan.
- Konsep rawatan melalui deria luaran iaitu reseptor kulit.
- Pengambilan peranan getaran mengikut kesesuaian pada waktu amplitud.
- Konsep mengenal warna sekaligus mengenalpasti personaliti, penyakit, bentuk pemikiran dan mengenal diri.
- Aplikasi gelombang bagi tujuan kestabilan pada tenaga hayat semulajadi tubuh.
- Aplikasi mengukur getaran tenaga pada bunga-bungaan, daun-daunan, buah-buahan, kulit, akar kayu dan tumbuh-tumbuhan melalui ukuran getaran cahaya, warna dan bunyi.
- Mengukur masa atau waktu dengan mengenalpasti sempadan warna, peralihan warna dan pertembungan warna di dalam rahsia cahaya.
- Membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pundahkan dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.
- Menggunakan kaedah Applied Kinesiology untuk mengenalpasti punca dan segala permasalahan secara pantas dan sungguh tepat.
- Mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik.
- Percaya bahawa unsur penyakit itu sebenarnya dapat dinilai dalam ancaman gelombang empat unsur atom. Maka lawannya ditemukan dengan padanan yang sesuai dengan gelombang juga dan menjadikan air sebagai medium penghantar gelombang bunyi yang lebih laju untuk menggerakkan semula setiap pergerakan gelombang bunyi yang telah terkeluar dan tidak menepati frekuensi asal organ di dalam tubuh.
- Penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan. Oleh kerana penyakit berlaku secara sub concious mind (minda di bawah sedar), maka penyembuhan juga perlu melalui tenaga di bawah sedar tanpa mengira masa dan keadaan.
- Penyakit yang dikatakan racun itulah juga penawarnya. Untuk menjadikan racun sebagai penawar, maka dosisnya perlu diperkecilkan (homeopatic potentization) untuk mewujudkan getarannya sahaja.
- Penyembuhan adalah dengan mengembalikan semula keseimbangan tenaga dalam banyak cara pada setiap sel-sel tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan